Pages

Sunday, September 28, 2008

Hari Raya mood

The feel of celebrating Hari Raya is getting stronger even though we are still here in Pasir Ris. We've 2 days left to balik kampung la la la! Slowly we pack our things but my bag still look empty. Last night we went to Geylang Serai, to boost the raya mood. Voila! Memang la meriah... It reminds me of Jln TAR & Masjid India. You can find everything there - foods, clothes, curtains and other households, etc. Rasanya macam tak balance dgn jumlah pembeli pulak. We're there for just 1 hr. Rimas dan kesian kat Fawwaz yg dah lemah mengantuk. Lagi pun bukan nak shopping apa pun..

Tiba2 teringat, aku belum beli tudung yang match dengan baju raya ku.. Not even one that matched. Nampaknya balik esok kena buka drawer tudung2 lama laaa... hu hu hu! Tahun yg agak serabut buat ku... :P

Friday, September 26, 2008

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI..

Sempena hari lebaran yang bakal menjelma, saya ingin mohon ampun dan maaf kepada sahabat2 yg sudi membaca curahan rasaku di ruang siber ni. Saya akan balik ke KL & S/Bernam dari 30 Sept - 12 Oct. So, sesiapa yg lalu Sabak Bernam tu, boleh lah singgah...

Saturday, September 20, 2008

Doctor oh Doctor..

Aku selalu cakap dengan sepupu2ku kalau kepalaku tak kena timpa kelapa masa aku kecil dulu, mesti aku dah jadi doctor.. ha ha! sebenarnya alasan je. Memang aku tak layak jadi doktor sebab aku ni baran orangnya. Cakap pun takde nak lembut2 sangat. Bukan apa aku tulis ni.. Tadi petang, for the first time kami bawa Fawwaz ke Family Clinic di Tampines. Sebab teruk sangat selsema dan batuknya. Malam tadi aku tak dpt lena sebab kesian tengok dia terbatuk2 sampai takleh tidur. Siang pulak asyik meragam, tak selesa kot. We met a chinese male doctor who's so polite. Dia check betul2 tapi Ahmad Fawwaz tidur nyenyak masa tu. Sikit2 cakap sorry.. Kalau kat M'sia experience aku lah..bab2 sakit selsema, batuk tu, doktor tak sentuh apa2 pun. Setakat interview.. biasa sangat kott. Entahlah, experience aku je kott!!

Dalam aku selalu rimas dan lemas dengan perangai Fawwaz lately, seronok juga bila dengar few words yg dia dah boleh sebut i.e. eyo (hello), OK, Mama, bbah, dah, titt (sakit kott), Lailahaillallah (word paling panjang, kdg clear kdg pelat), wiwi (ntah apalah maknanya), tata (bye), Aminn (kekadang bila aku baca fatihah)... Tapi yang paling kerap ialah bahasa Jerman yang aku tak paham, tapi aku iyakan aja..sambil pura2 ketawa, konon faham & kelakar. Budak kecik memang kurniaan Tuhan yang menakjubkan! Love you son...

Thursday, September 18, 2008

Menghitung hari

Pagi-pagi dah rasa mengantuk dan lembab je.. Pagi ni Fawwaz bangun pukul pukul 5 pg, dan tidur semula pukul 9 lebih.. Sambil layan dia, sambil terlelap2.. tapi sempat siapkan satu Sudoku lg. Talking about Sudoku, aku kini dah meningkat ke tahap intermediate.. kira OK lah. Hobi baru aku untuk mengaktifkan otak. Bila tgh lembab tu, seharian aku tak dapat solve satu pun..

Singapore sekarang ni agak panas. Malam2 rasa takde udara je kalau tak buka pintu luas2. Fawwaz tgh selsema, so nak buka aircond pun kena fikir. Kipas angin la kena sentiasa on. Sesak rasa bila duk bilik.

Dua minggu lagi Hari Raya.. aku masih tak dapat feel sbb duduk kat sini. Takde gossip2 raya macam selalu kat office. Rindunya aku kat kawan2 dan suasananya.. esp Fidah, Shima, Jead, dll. Apa khabar agaknya semua.. Tadarus tak? Fidah rambut color apa? he he... Dulu aku pernah cilok ngan Ita, pergi masjid Kg Baru amik bubur Agung..hu hu! Sanggup meredah jam dan beratur kat masjid tu.. punyalah nekad nak rasa bubur tu.

Aku akan balik petang sebelum raya. Nampaknya 1st raya baru balik kg. Sedihnyaa.. tapi makcik aku lg sedih kot. Nilah first time aku raya gaya nih.. selalu, aku ikut jadi chef. Tahun ni aku rest.. lepas tu seminggu lebih baru balik S'pore. Hope boleh ziarah lebih ramai saudara & kawan2. Ada sapa2 buat rumah terbuka tak agak2.. Konon2 tanya, padahal aku lah yg tak pernah datang..sorry la.. baru kini kurasa miss nye!

Wednesday, September 17, 2008

If it is truly happen...

I really sick with Malaysian politics today.. too much stories and nonsense things! They make us confuse of who is right and wrong. They make the investments gone. The country seems to lost it stability. Everyone get tense (and perhaps feel like vomiting) when watching news or reading newspaper.. Why don't they just concentrate on their work.. as we had spent millions of ringgit for last election. Let the winner do their job and the opposition just check & criticize or whatsoever to avoid mistakes. And wait for the next election if they really want to replace the govt. Why rush? Then everything will become kelam kabut.. coz it's not simple like a small company. It's a country.. Whatever people say, I like the way S'pore govt manage the country and how they control everything..not a dictator, but 'control' is important in this multi racial country.. Even Indonesia looks better now.. Please laa all the politicians.. STOP IT! DO YOUR WORK!


Monday, September 15, 2008

always limited time

We were in KL last weekend to meet Along who already flown back to UK for his final yr on Friday midnite. We had simple break fast together in Bukit Jalil before hubby sent him to KLIA.

I thought to bring Fawwaz to clinic for his chicken pox immunisation but had to postpone it to some other time, perhaps during Hari Raya. This was b'coz I had to see Dr Kham my gynae for inner problem. Alhamdulillah... the scanning didn't show anything serious. Pap smear will be done after hari raya. Talking about Dr Kham, I don't know why, she's so calming..sejuk hati. everytime I see her, I feel like getting pregnant again..ha ha! Boleh camtuu..

Only have very short time (about 2 hrs) to shop for Fawwaz' baju raya after the check up. I thought I can go to pasar ramadhan Sg Besi in the evening...but as usual Fawwaz spoilt the plan. He slept until 6pm and I gave up when thinking about the traffic, parking, etc. I also gave up my plan to make at least 1 type of raya cookies. Tak sempat! And yesterday pm we came back to Pasir Ris.. Tired.. nothing but tired. Rasanya aku patut give up benda2 travelling ni jugak..

Thursday, September 11, 2008

Resepi Tepung Pelita

So easy... cut & paste je he he!

Bahan2:
1 cawan tepung beras
1 cawan gula
5 cawan air
4 sudu tepung beras (rata)
4 cawan santan dr 1 biji kelapa
4 helai daun pandan (blend dgn sedikit air dan tapis)
Sedikit air kapur (optional tepung jagung) & garam

Cara2nya:
1. Tepung, air, gula, air daun pandan dan air kapur dibancuh hingga sebati.
2. Perah santan, masukkan tepung yg 4 sudu tadi dan garam. Kacau sehingga sebati dan ketepikan.
3. Masakkan tepung yg diadun dan kacau hingga masak dan berkilat.
4. Bila dah masak masukkan dalam acuan yang disukai - lagi best kalau ada daun pisang ke, daun pandan ke.. buat sampan mcm yg jual tu
5. Masak santan yg diadun tadi dan kacau sehingga pekat.
6. Angkat santan dan curah ke atas tepung yg di dalam acuan tadi. (sebelum tu boleh taburkan gula atas adunan hijau untuk membentuk air gula di bawahnya)
7. Sejukkan. Siap!

Sunday, September 7, 2008

Tepung Pelita

Petang tadi aku cuba resepi tepung pelita.. uhh sedapnya. Rasanya lebih original dari yg kat bazar Ramadhan. Terima kasih kepada rakan2 siber yg ikhlas berkongsi resepi.. Tapi aku tak dapat buat 'sampan'nya, sebab dapat daun pandan yang halus jer.. Sambil dukung Fawwaz sambil mengacau tepung..senang rupanya!



Friday, September 5, 2008

Resepi Ikan Bakar

Sejak masuk Ramadhan ni dah 2 kali buat ikan bakar. Favourite aku ikan kembung laa.. Selalu ikan bakarlah yang paling popular kat Bazar Ramadhan. Tp aku tak reti buat macam kat bazar tuu.. Aku ubahsuai dari internet je. Tak sempat nak ambik gambar pun.


IKAN BAKAR I

3 ekor ikan kembung

Bahan2 kisar/tumbuk:
10 biji cili kering (atau ikut citarasa)
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
2 batang serai
1 inci kunyit hidup
Garam & sedikit gula (optional)
Air asam jawa
1/2 sehelai daun kunyit - diracik halus
Minyak untuk menumis

Cara2:
1. Tumiskan bahan2 kisar sehingga masak dan secukup rasa. Last sekali masukkan daun kunyit yang diracik tadi.
2. Susunkan ikan di atas aluminium foil yang dilapis dengan daun kunyit atau daun pisang. (Aku ni tengah menggemari daun kunyit).
3. Letakkan sambal di kedua2 belah ikan dan bungkus.
4. Bakar dalam oven dgn suhu 150C selama 20 - 30 minit. Siap!

Note: Sambal tu agak2 la.. lagi banyak lagi best..




IKAN BAKAR II


Bahan2:
3 ekor ikan selar
Sedikit garam

Kuah/cicah:
1 labu bawang besar - potong dadu
1 biji tomato - potong dadu
5 biji cili padi - tumbuk
1 inci belacan bakar - tumbuk
Air perahan lemon/limau nipis
1-2 sudu makan gula
1 sudu teh garam
Daun ketumbar

Cara2nya:
1. Ikan dilumur dengan garam dan bakar sehingga masak.
2. Cili & belacan ditumbuk bersama garam dan gula. Masukkan air limau dan sedikit air masak.
3. Gaulkan bahan tumbuk dengan bawang, tomato dan daun ketumbar. (ala2 air asam)
4. Tuang terus cicah ke atas ikan. Siap!

Monday, September 1, 2008

Selamat Menjalani Ibadah Puasa

Akhirnya Ramadhan tiba kembali. Bermakna dah setahun aku macam ni..? Hari ni, selepas sebulan kat Malaysia, aku balik ke S'pore. Sampai rumah pun dah dekat nak buka. Nasib baik aku dah siap2 masak kat KL - ikan bakar & sayur goreng je. Seperti biasa, memang penat sangat2.. non-stop dari hari Sabtu (balik dr S/Bernam - KL) sampai hari ni. Yala, semuanya nak kena buat & urus sendiri. Walaupun dah berurut masa kt kampung, badan aku sakit2 balik. Iyalah, urat tua...pastu tak bawa berehat lak. Pastu Ahmad Fawwaz asyik minta dukung je.. Aku rasa memang tahap umur dia tu suka berubah2 sikap. Aku redha je. Lagi satu, aku rasa aku ni dah tahap meng"complicated"kan diri sendiri. Apa yg dalam kepala, kena siapkan cepat2. Sudahnya kepala rasa satu macam..isk! Aku berazam sempena Ramadhan Al-Mubarak, aku nak jadi lebih relax.. tenang supaya mudah untukku beribadat. Amin....