Pages

Thursday, December 31, 2009

Good Bye 2009

Esok dah nak tahun baru 2010. Terasa sekejap je. Maknanya umurku pun akan bertambah. Wah! Dah di ambang 40an nampaknya.. Tapi aku tak rasa sangat perbezaannya, melainkan wajah yg semakin kusam nih huhu! Bila lah nak ada masa melawat salon2 kecantikan tu.. lalala!

Pencapaian hidup pun sekadar so-so. Kalau ikut KPI, kira dapat 3 point je kott.. silap2 1 point je. Takpelah.. 2010 boleh cuba lagi memperbaiki diri dan kehidupan. Setakat ni belum ada apa yg aku set dalam minda. Tengah kosong...

Esok nak balik ke Bahrain. Naik Gulf Air pukul 10.30 pagi. Melainkan nak bangun & bersiap pagi2, aku takde apa nak angankan. Nak ikut arus je.. Hopefully Fawwaz dah semakin mengerti tentang perjalanan yang panjang nanti. Janganlah dia boring & meragam. Barang2 pun belum habis masuk beg. Ada 2 kotak besar berisi diapers, makanan dan bahan2 masak. 2 bag check-in dan 2 hand-luggage. Saratle teksi esok nih..

Cuti sebulan lebih kat M'sia, tak banyak yg fulfilled. Letih dan malas je. Banyak masa kat kampung sebab Fawwaz sangat happy kat situ. Tak terkata happynye. Sebab tu aku malas ke mana2. Sesekali tgk rumah kat Bkt Jalil, tp kejap2. Sebenarnya rasa bersalah juga kat saudara-mara & kawan2 sbb tak melawat. Aku sekadar berdoa satu hari dapat berjumpa, andai panjang umur dan Fawwaz dah faham. Setakat ni amat meletihkan kalau kami berdua je.

Sejak balik dari kampung hari Selasa lepas, memang penat gila! Pergi balik airport, shopping, packing, dll sampai petang ni. Bergilir2 keluar aku & hubby.. Ada je yg kurang dan perlu dibuat. Tadi pagi sempat juga aku mengujungi pusat reflexology kat Endah Parade. Best sebab lama dah tak buat. Apalagi, tahan je sakit tu.. Macam terasa darah mengalir seluruh badan. Rm20 for almost 45 min (rate sebenar utk 30 min). Murah. Belum sampai rumah, dpt call anak dah kelaparan..huhu! Baru nak oder kat Madina.. Sesekali keluar sendiri, lupa daratan sket. Petang hubby sambung urusan dia pulak. Kalau guard perasan, sure dia heran 2-3 hari ni kereta yg selalu tak bergerak tu asyik duk keluar masuk. Takpe, esok kereta tu rehat semula till March.. Hope OK je..

Apa2 pun, SELAMAT TAHUN BARU buat semua..

Wednesday, December 23, 2009

Doa dipermudahkan urusan


Rabbi Yassir wala tu-‘assir, Allah Ya Kareem...
“O my Lord, make things easier for me, do not make things difficult for me"

Monday, November 16, 2009

Dubai 2

Sampai Bahrain International Airport hari Isnin pukul 2.45am. Supposedly sampai pukul 5.30pm semalam (Ahad). Hopefully this will never happen again.. we missed the flight.. huhu!

Lepas shopping hari terakhir, hubby was trapped in jam for 1 hr. Aku expect akan buat late check-up so tak berkemas habis. The SMS sent by hubby just received on Monday night.. imagine! Maka jadilah communication breakdown.. Takpelah, as soon as hubby sampai dan cakap nak check-out, akupun jadi lipas kudung. Kejap je siap... Once settled, pegi lunch dulu kat sebuah restaurant yg nampak macam biasa2 je tak jauh dari hotel. Shrimp nugget, fish fillet, roti, vege/herbs and milk shake harganya Dhs81 (RM81).

Selesai makan, terus gi airport. Nak jadi cerita, tersalah pilih jalan dan terus sesat tapi kira belum jauh. Cuma nak U turn tak boleh.. Jam pulak..teruk juga jam di Dubai, macam di Federal Highway. So, sapa2 nak pergi kena plan masa betul2.. Ada 1 hr plus to board.. Hantar kereta kat arrival level. Hubby kena ikut driver tu check pula dan pergi ke another terminal. Aku check in sorang & settled in few minutes. Hubby & Fwz lama tak mucul2.. masa tinggal 20 min. SMS tak jawab, call kata on d way.. About 10mins to 515pm baru tiba.. sempat ke? Hubby ingat board pukul 530pm. Apalagi..upacara pecut bermula. Imegresen then security.. alamak! So detail.. lelaki kena buka kasut, belt, everything!! Mmg lambat... Masuk lif yg gerak sendiri, takde button. Then lari ke gate 122.. tak jumpa2.. dorang kata turn right turn left.. masuk lift lagi satu, go down, turn right.. lari dan lari. Then we realized that the airport is so large. Macam aku berlari dari main terminal KLIA ke International terminal tu with no train. Rupanya gate 122 hujung sekali.. dah gelap dan kosong. Staff datang, trying to help, tp pintu flight dah tutup. That's the story.. Dorang kata boleh transfer utk trip pukul 2.30am. Alhamdulillah.. at no additional charge boleh balik juga. 9 jam lepak kat airport. Mujur Dubai Airport tu sangat canggih, besar dan banyak sudut boleh lepak. Tak perlu cari hotel yg pastinya mahal tu.

Kalau ada sakit jantung, memang boleh collapse, dengan panik, dll. At least kalau terfikir nak pergi bhg information, maybe dorang boleh tunggu kott.. Dan syukur Fawwaz pun happy je. Walau terjaga dari tidur around 12am, dan sedikit meragam, still OK lagi sampailah ke Bahrain. Naik aparment dia dah tak sedar, tertidur sampai siang. Memang tak boleh lupa percutian kali ni. Bermula dengan jalan jam, kesilapan masuk lorong jalan, dan tak double check schedule. Aku fikir dah aware. That's why communication is important. Keep on reminding each other. Don't trust much on SMS esp when you are roaming..

Apa2 pun yang penting selamat.. dan kala aku menulis ni, aku dah dapat tidur (malam tadi..). Malam nanti will be another episode...

Sunday, November 15, 2009

Dubai

I'm now in Dubai.. counting hours to go back to Bahrain (and 2 remaining days to KL). Been here since Friday afternoon for 3 days 2 nights. Taking Emirates Holidays package, so flying Emirates, renting & driving white Toyota Yaris and staying in Marco Polo Hotel at Deira town.

Dubai is a nice cosmo city.. much expensive compared to KL. A very clean place, less dusty than Bahrain, I supposed.. So far, it looks like foreigners or expatriates are more than the locals.. Deira is an old town. Banyak2 tempat, nampak muka2 Pakistani, Indian, Filipino & Bangladeshi je... Inilah tempat sapa2 nak SHOPPING! Let me write from the day 1...

Day 1:
Arrived at Dubai Int. Airport at 1245 local time.. The journey was so smooth from Bahrain :) Sampai je terus pick up kereta, but the process was sooo long. Sampai hotel pukul 2 pm+ Nak pusing2 cari lagi.. maklum 1st time. Asyik kena hon je.. Drivers sini sikit2 nak hon. Perangai kaum dorang ni kan memang jenis ni.. either x sabar ke hapa! But here worse than Bahrain.. Jalan tak sunyi dari bunyi hon eeee... I hate it!! Hotel Marco Polo ni 4 star, tapi not bad laa.. Bilik sangat bersih walau kecil dan makanan dia memang sedap (evaluation thru' breakfast je hehe..) Price? Boleh laaa.. huhu!

Petang tu jalan2 ke nearest Mall i.e. Seef Mall. Nak cari makan. Ingat dekat, rupa jauhla juga.. kesal tak drive dah alang2 sewa kereta. Pergi food court. Aku order makan kat Marrybrown je. Tetiba rasa ayam kat situ sedap lak.. kat M'sia tak pernah beli. Set 2 ketul ayam, fries, bun & coke = Dhs14 (<>RM14). Hubby lak order kat Al Safeer for grilled chicken, juice & soup = Dhs46 haha.. mahal sehhh.. Belum lagi pegi makan kat restaurant besar.. paling2 Dhs150 - Dhs500 above per pax (buffet). Sambil makan aku buat pemerhatian dan perbandingan.. Kat sini jarang nampak org tempatan berpakaian tradisional jubah & serban (lelaki) dan abaya (perempuan) macam org2 Bahrain. Dorang lebih moden. Kalau pakai abaya pun, tudung lain2, ada yg bercorak & color. Shhh.. org Bahrain lg vogue walau litup ber'abaya'. Atau maybe aku salah tempat kot utk buat perbandingan. Selesai makan dah malam.. balik n rest.

Day 2:
Lepas bfast, kami ronda2 keliling Dubai.. dari Deira melalui Dubai Creek, terus ke Jumeira. Di Jumeira nilah letaknya malls yang popular spt Dubai Mall dll. Ada Palm Jumeira (in progress), Burj Arab, Burj Dubai (tallest building), dll. Drive jee ikut gerak hati... gitulah! Sebab tu asyik kena hon je sbb kekadang buat decision last minute nak ambil lorong mana.. Dapat tengok rumah2 besar dorang.. Pengangkutan awam bagus dan canggih. Bus stop pun bertutup (macam pondok). Aku pun tak sure mana satu Palm Island kebanggaan dorang tu.. patut ada 2 - Palm Deira & Palm Jumeira.

Sejam meronda, pergi ke Naif Road. Tempat di mana banyak souks utk tourist shopping. Murah dan meriah. Cuma biasalah, meriah mana pun aku tetap ada limitation. Lainlah kalau pergi solo. Area situ, walau jalan lain2 ada banyak souks.. among others naif souk, spice souk & gold souk. 3 tempat ni wajib pegi, orang kata.. Tu belum lagi pergi electronic souk, silk (textiles), dll. Pinggan corelle kat sini orang kata murah berganda2 dari M'sia. Banyak kedai2 kecik kat situ. Orang pun sama banyak.. Malas cek nak explore dahh..

Masuk kedai abaya, aku mula rambang mata. Cantik2 dan murah compared dengan di Bahrain. Yang RM300 di Bahrain, boleh dapat RM90 kat sini lepas tawar menawar.. material macam sama. Cuma design lain sket, cantik lagi di Bahrain. Mungkin sebab kat sana abaya ni pemakaiannya sangat meluas. Apa2 pun wajib beli.. Entah berapa kedai aku masuk hehe.. En Ghaz & Cik Mat sabar menunggu kat luar. Dah penat & Fawwaz mula tak selesa, order makanan utk tapau ke hotel. Lama gila nak tunggu, dekat sejam.. Aku sempat pusing2 dengan Fawwaz kat area Spice Souk, tapi malas nak masuk. Adalah spices, kekacang, dll.

Petang lepas asar sambung ronda2. Ikut jalan lain pulak. Singgah beach kejap sementara Fawwaz tidur. Then spent 1 jam di Dubai Creek. Naik boat utk 3 org (borong 1 bot), Dhs75 (RM75) utk 1/2 jam. Best la jugak. Bot pun besar, tahap ferry.. 1 jam lagi pergi semula ke area souks pagi tadi (jln kaki dari Creek) dan pergi ke Gift Land. Cari souvenirs kononnya.. tapi mcm terdengar2 jerit Fawwaz yg tunggu di luar dgn abah dia. Sempat sambar fridge magnet je then choww.. balik! Fawwaz lapar la tuu.. abah & mama jalan lupa daratan. Siannn... Balik hotel, rest..

Day 3:
Dah nak balik. Lepas breakfast, bagi can kat hubby gi shopping sendiri since dia belum beli apa2. Shopping lah dgn tenang ye..heheh! Cek nak rest sambil ber'fb' dan blogging dan berkemas. Maybe buat late check-out sbb flight pukul 5pm, tp kena return kereta pukul 2pm.

Kesimpulannya : Dubai ni best la jugakk... cuma certain things macam penginapan dan makan agak mahal. Jalan jam boleh tahan.. Construction banyak in progress.. Tapi ini tempat maju dan bersih.. Aku suka! Tapi utk sekejap boleh laaa... Cuma tak sempat jejak ke tempat2 kebanggaan dorang.

Among pictures taken :

Hotel lobby with arabian style


Souks area..


Me in abaya..


Ini budak tak boleh duduk diam.. :D


@ Dubai Creek.



Beach @ Jumeira (seberang sana sedang pesat dengan bangunan2 pencakar langit)

Sunday, November 8, 2009

Photos

'Flash flood' in our apartment at level 6 on Sat Nov 7... water came from the rooftop swimming pool.



Hubby just came back from office due to emergency call.. got other emergency at home :D


Tired little boy...


Pak sheikh & family... :D

Thursday, November 5, 2009

Nothing interesting sehh..

This is maybe my last post from Bahrain for this year... and I've nothing interesting to tell about. Saja nak menambahkan bilangan post..bolehhh??

Aku, Fawwaz & hubbybi ku akan pulang ke KL pada 17 Nov. Next week hubby dah mula cuti panjang before signing a new contract. Nak recharge battery dulu :D Sebelum balik nak habiskan rondaan di Bahrain dan mungkin negeri berdekatan.. UAE ke..InsyaAllah. Maknanya next week aku pun dah 'less connected'. Macam tu lah selalunya... bz bz!

Banyak dah list down apa nak buat kat M'sia nanti. No.1 nak buat medical check up. Saja nak monitor kesihatan diri sendiri.. Kemudian baru balik kampung. Kepala ni masih dilema nak ikut balik sini semula ke tak.. Ikut hati memang aku nak balik cari kerja. Ikut perasaan jatuh kesihan pada sidia.. Bunga2 selfish dah masuk ke liang romaku hahah! Tapikan... dah nak masuk 40, dgn break yg lama ni, masih lakukah cv ku di pasaran? Itulah persoalannya... Teringin buat bisnes, tapi harap berangan je.. Nak buat MLM online pun, gear 1 tak tukar2... :D Upline aku asyik dapat cheque je...USD gitu! Bila nak buat anjakan paradigma nihh..?

Minggu ni Fawwaz dapat satu kemajuan. Menukar2 CD katunnya sendiri... So, takyah terjerit2 panggil mamanya suruh pasang. Pandai kemas kasut... Sesekali aku nampak diri aku kat dia.. haha! Contohnya bila makanan atau air tumpah walau sikit ke atas meja, cepat2 cari kain lap... Cerewetnya lagi...

Apa2 pun aku tak sabar nak balik kg... katanya bakal ada kenduri, mesti ada nasi ambeng. Dalam senarai perut - roti canai, nasi lemak kerang, lontong, secret recipe, cendul, KFC (sini KFC kurang mantap), carrot cake, dll. Ronda2 dgn MyVi ku.. entah apa citer kat parking tu...

Monday, October 26, 2009

Makanan Supplement dan MLM..

Lately aku agak obses terhadap supplement ni, tapi bukan jenis pil2 vitamin dan yang sewaktu dengannya yang ada di pasaran tu. Susu colestrum, minuman collagen, majun, ECPI, dll... semua tu proven good products. Aku dah cuba. Sakit2 belakang hilang dengan hanya minum susu. Sakit kulit baik dengan perubatan elektronik & ECPI. Majun mampu memanaskan badanku yang sering kesejukan ni.

Bermula minggu ni aku masuk ke fasa supplement yang baru berasaskan manggis, kiwi dan strawberry - VeMMA. Nak cuba kepada yang lebih mantap!

"Vemma provides a powerful liquid formula that makes it easy to get the vitamins, minerals and antioxidants you need to form a solid nutritional foundation.* Each refreshing serving is bioavailable (body-ready), delicious and easy to drink!"



Dengan itu, secara langsungnya maka aku menjadi ahli VemmaBuilder dan menjurus kepada usahawan MLM. Yang penting, aku tak perlu jumpa orang atau cari customer. Tak payah jual barang pun sebab guna sendiri. Tapi terpulang kalau ada yg nak beli. Semua dibuat secara online.. Dah alang2 jadi Internet savvy...

Ada rezeki dan usaha yang lebih (sebab bukan skim cepat kaya), InsyaAllah adalah.. Tak boleh citer lebih lagi, sebab baru nak mula. Baru pasang gear 1.. Tapi AKU SANGAT POSITIF kali ni untuk mencuba. Mana tau aku boleh jadi macam Siti Hajjar, upline aku yang dapat income 5 angka dari rumah je..

So, kalau taknak cuba pun, boleh saja2 browse apake benda nih.. Mana tau boleh sama2 menuju ke arah kejayaan. Membuat satu anjakan paradigma atau paradigm shift... :D

Jom click:
http://www.vemmabuilder.com/709488905
http://www.vpower2u.com/siti/

Sunday, October 25, 2009

King Fahd Causeway

Jumaat lepas utk pertama kali aku masuk ke pasar ikan. Selalu tunggu luar je, sebab leceh nak angkut buggy Fawwaz ke dalam tempat basah tu. Kena bawa buggy tu sebab malas nak dukung Fawwaz yg kadang tak mau jalan sendiri... Hari tu aku tak bawa buggy sekali. So, masuk ke dalam.. terkejut aku dan rambang mata. Sangat besar dalam pasar tu dengan pelbagai jenis ikan yang fresh... tak terjangka aku. Selama ni bila tengok ikan yang dibeli, macam2 dalam fikiranku tentang si penjual dan ikan2 yang agak hanyir walau sama jenis dengan yg kita makan di M'sia. Now, I got the answer and I was wrong... Rugi sebab tak masuk selama kini. Kena pandai pilih la beb.. jangan main tunjuk je heheh!

Petang tu kami menyusuri King Fahd Causeway yang menyambungkan Bahrain dengan Saudi Arabia. Panjangnya lebih kurang 28km. Kat tengah2 tu ada sebuah pulau kecil yang menempatkan sebuah tower, immigration point, restoran, dll. Tol untuk sekali keluar/masuk ialah BD2. Causeway tu lah alternative jalan darat utk negara2 Gulf lain yang nak masuk Bahrain spt Saudi, Kuwait, Qatar, dll (berdasarkan plat no kenderaan). Dorang tengah plan nak buat causeway lagi satu yang menyambungkan Bahrain dan Qatar.. Lepas pusing2 kat tower, kami pun patah balik. Takde yang menarik pun.. patut dorang boleh buat macam some of R&R kat M'sia. Entah bila nak teruskan perjalanan ke Saudi lak..




17hb Nov ni nak balik M'sia, angkut semua.. Jan 2010 baru habibi ku masuk kerja. Aku, kalau rasa baik, akan ikut semula. Resume dah updated, tinggal nak test market je... Permission pun dah dapat.. Aku je kena Istikharah...huhu! Lagipun otak dah lama karat nih..

Sunday, October 18, 2009

Secebis Kisah Kehidupan..

Hari ni dah 29 Syawal.. Maka berakhirlah Hari Raya. Hari ni kalau kat M'sia rasanya masih ada yg pulun buat open house. Takpelah.. sekurang2nya aku kat sini dapat menyelamatkan diri dari kolestrol, gula, garam, lemak dll.. :D Kolestrol sedia ada pun dah tinggi!

Kat Bahrain mcm biasa, hari ni orang2 mula kerja. Waktu kerja normal 7.30am - 2.30pm. Bestnya kan! Tapi tak sama dgn pekerja2 co S'pore nih, dekat pukul 7pm baru muncul.. hehe, sapa lagi.. Semua pun tau orang2 S'pore agak gila bekerja. Don't play play..

Weekend lepas waktu menunggu hubby yg sedang membeli beras kat sebuah supermarket, aku didekati oleh seorang wanita Filipina yang ayu dan nampak lembut. Macam menunggu orang dengan bungkusan2 barang kat situ.

Dia tanya "Are you Filipina?"
Aku jawab "No, I'm Malaysian". Muka aku ni pun dah mcm Philipino sbb ramai sangat dorang kat sini hehe..

Ingat dah abis macam tu je.. Lepas tu dia tanya boleh tak tolong dia... Aku tanya balik, kenapa?
"I lost my money...."

Alamak! Ayat ni macam pernah ku dengar. Spontan aku tak benarkan dia bercakap selanjutnya. Cepat2 aku cakap akupun takde duit sebab aku tak kerja. Dia diam... 2-3 orang Philipino keluar masuk supermarket tu, tak pulak dia minta tolong rakan senegara... Serba salah aku... selebihnya menyesal sebab tak bagi dia cerita lanjut. Mana tau dia memang kesusahan..

Aku sebenarnya agak phobia dengan kisah hilang duit ni. Dalam 2 kali kot aku kena. Sekali masa aku muda belia lagi, kat stesen bas Puduraya kalau tak silap. Kesian...kasilah bantuan. Sekali lagi kat kompleks PKNS Shah Alam tempat parking. Pun masa muda lagi. Orang tu cakap bini dia tengah dalam pantang.. Dia datang situ bawa anak2 nak makan KFC. Tetiba perasan wallet tertinggal... Bil dalam RM30+.. Nama dia Sallehuddin, siap tunjuk IC. Kerja DBKL... Bagi phone no.

Aku bila dengar citer anak2 ni terus lemah. Bagilah... lebih sikit. Sama2 saing naik lif. Lepas tu ikut haluan masing2... Lama nak sedar diri tu! Dah 2-3 hari baru teringat, mana boleh makan KFC kalau tak bayar dulu!! Soheh aku kena tipu la tuu... Takpelah, semoga orang tu, kalau hidup lagi, akan insaf dan jadi insan soleh.. Kesannya, aku terus jadi kedekut kat cerita2 mcm ni..

Makin lama kita hidup, makin jauh kita pergi, makin banyak ragam manusia boleh kita lihat. Yang sedia susah, ada yang malas kerja.. buat senang cara 'shorcut'. Yang dah berada, kerja tak habis2 macam takde masa untuk benda lain, kadang umpama takde hari esok. Macam aku nilah, masa kerja dulu rasa macam tak berkesudahan.. kadang jemu sesangat! Tak sabar nak resign. Tapi bila dah resign betul, asyik teringat kerja... tapi sebenarnya lebih kepada yang 'masyuk' tuu..haha! Kekadang semangat materialism tu amat membuak2... Astaghfirullah... :D:D

Sunday, October 11, 2009

Pakaian, Bangsa & Aktiviti Hujung Minggu

Sesekali bila keluar, aku memakai baju kurung terutama bila kerinduan menjelma. Maka nampakla aku berbeza dari yang lain.. Kalau bangsa India tu memang ramai yg pakai pakaian tradisional dorang. Bangsa Malaysia belum nampak. Lagipun belum pernah jumpa wanita melayu kat mana2 melainkan di airport, staff SIAEC dan masa pertama kali aku di sini dulu (kelibat x-lecturer ku). Tapi hari tu, masa shopping groceries di GEANT, ada 1 group 4 org yg aku perasan memerhatikan ku. Aku pun pandang dorang tapi tak mampu menegur waima senyum pun. Sebab dorang lelaki.. Aku dapat rasakan mereka orang MALAYSIA, tu sebab dok pandang2 aku yang pakai baju kurung dan Fawwaz yg pakai baju Melayu Johor. Malah aku terdengar salah sorang menyebut perkataan 'karipap' waktu aku memilih donut di situ (kebetulan asyik terserempak). Sebenarnya ramai orang Malaysia di Bahrain, tapi jarang jumpa melainkan di airport. Itupun selalu buat hal masing2.. Mungkin lokasi tinggal pun berbeza dan yang di sinipun terlalu komited terhadap kerja yang buat tak sempat bersosial..

Hujung minggu ni kami mencari lokasi rekreasi baru. Dari Juffair ke Sitra, lalu Riffa, University of Bahrain, F1 Circuit dan akhirnya sampai ke Al Jazayer Beach. Lalu jalan jauh, tempuh jam, maka lebih 1 jam juga perjalanan. Tapi nampaklah the ugly & beauty of Bahrain heheh! Banyak juga aktiviti di situ boleh dibuat. Pantai boleh tahan tapi orang tak berapa ramai. Kalau kat S'pore dulu mesti penuh tiap ruang dengan khemah. Mungkin lokasinya terlalu nun di hujung... 1/2 jam je kat situ.. keluar lepas asar dlm 3.30pm, sampai 4.40pm... 5.15pm dah maghrib.. kenalah balik. Layan Fawwaz main slide kat playground je. Next time boleh plan masa dan aktiviti yg lebih menarik..




Friday, October 9, 2009

Minggu tak sihat..

Dalam 2 1/2 hari je Fawwaz demam. Malam kedua tu kami cuba nak bawa ke klinik. Tapi pusing2 dalam1 jam, tak jumpa 1 klinik pun kat Manama tu melainkan dental (1) dan optometrist (1). Kat Juffair lagilah takde. Bukan macam kat M'sia, klinik bersepah2.. tiap satu km ada. Macam tu lah lebih kurang.. Kat sini, rasanya macam takde klinik kat deretan shoplots atau tepi2 jalan tu. Pernah masa ronda2 dulu adalah nampak kat deretan bungalow yg aku tak ingat tempatnya, agak jauh juga dari Juffair/Manama. Memang kadangkala agak confuse sebab rumah, pejabat dan klinik, rupanya lebih kurang sama. Alhamdulillah, tanpa perlu jumpa doktor, sihat balik Fawwaz.

Aku pula yang tak sihat, kena gastrik. Apa yg masuk perut semua keluar.. 1 hari tak lalu nak telan apa2 melainkan air kosong. Pening, asyik nak baring je. Fawwaz marah betul bila aku baring nih.. Tulah bila jadi mak orang ni, demam ke, apa ke, memang takkan ada peluang rihat. Anak, suami, kerja rumah, semua nak kena layan. Kadang tak puas hati juga, tapi apa nak buat kann.. Slowly, aku makan sikit2 dan buat air manis utk tenaga.. kurma, teh o (susu jgn sekali), roti.. Pagi ni dah macam OK sikit. Dah boleh masak breakfast, tak mual. Heh! Macam symptom pregnant lak.. haha! saja buat speku... Teruja bila dengar kawan2 preggie.. Last raya sempat buat perjumpaan sulit dgn my preggie friend, Yati kat JM Beriani@Tesco Ampang. Tinggal sebulan lagi adalah 3 org kukenal dapat baby baru. Tiba2 missed saat2 tu..

Sunday, October 4, 2009

Fawwaz demam..

Fawwaz demam hari ni.. pertama kali semenjak lahir. Kira pecah rekod heheh! Sejak malam tadi muntah selalu.. So, aku keja extra - basuh carpet bulu2 tu (alamat seminggu tak kering), selimut, kain dll yg kena muntah. Belum lagi pakaian weekend yg selalunya double dari hari biasa. Alaa.. bukan pakai tgn punn.. kecuali carpet tu!

Mujur aku bawa bekal Cortal dan aku berjaya masukkan dlm mulutnya. So, sekarang dah boleh nyanyi2 macam takde masalah.. Bila tengok Cortal ni, teringat zaman aku kanak2.. Rupa2nya masih applicable setelah hampir 40 tahun.. :D

Bawah ni gambar terkini Ahmad Fawwaz dan mamanya..


Sunday, September 27, 2009

Seminggu berlalu..

It's already the eighth day of Syawal.. Hari ni aku balik ke KL. Banyaknya plan dalam kepala sebelum balik Bahrain...

Baru baca blog kawan2 dan dapat berita my former office mate di CyberSecurity, Cik Rosnah telah pergi ke Rahmatullah 2 hari lepas.. semoga rohnya sentiasa dirahmati Allah.. DariNya kita datang, kepadaNya kita kembali.. Lately, ramai orang yg aku kenal pergi secara tiba2. Kadang2 fikir, macam tak percaya. Tapi itulah janji Allah...

Hari raya kali ni amat meriah terutama bagi anakku.. Dah pandai menyambut tetamu yang datang dan turut sama menyibuk kat depan. Kadang2 buat free show! Baru 2 thn tp ini adalah hari raya ke-3 buat Fawwaz. Kegembiraannya kali ini adalah maksimum! Setakat ni dialah sweetheart rumah no.6 tu..

Pagi semalam jantung aku bagai nak berhenti.. Muka pucat lesi. Mana tidaknya, tengah aku buka baju nak mandikan dia, tiba2 dia terjatuh ke belakang. Kepala dulu jatuh & terhentak kat lantai. Prakkk.. bunyi dia. Memang kuat, macam benda retak. Masing2 yg tengah rehat kat depan, termasuk tidur terjaga, terkejut dan suspen... Tengok menangisnya tak lama dan dia balik aktif, boleh nyanyi2, aku lega sikit. Tapi semua dah naik phobia bila tengok dia lari2, takut jatuh lagi.. Hari ni lepas cukur nampak macam bengkak sikit part belakang kepala... Risau juga aku, hope takde apa2.. Tak tau aku apa nak buat, melainkan gosok2, baca selawat... Aku harap yg bunyi kuat semalam tu bukan 100% bunyi kepala yg terhentak...

Malam ni terasa sungguh kesunyiannya di Anjung Hijau. Macam selalu.. Mujur Fawwaz masih belum give up menyanyi :D

Friday, September 18, 2009

Eid Mubarak 2009

Selamat Menyambut Aidil Fitri
&
Maaf Zahir Batin
buat semua rakan2 dan saudara2ku..

Saya akan berada di Malaysia dari
19 September hingga 2 Oktober 2009
InsyaAllah ada rezeki kita berjumpa...

Tuesday, September 15, 2009

Mencari damai di akhir Ramadan

Tajuk takde kena mengena dengan ini gambar. Ramadan dah nak berakhir. Seharusnya dikala inilah, di 10 Ramadan terakhir, kita mencari peluang ke atas hadirnya Lailatul Qadar. Tapi sudah cukup syaratkah kita untuk menemuinya?

Pemandangan di suatu malam baru2 ini....

Fawwaz pun sama letih berpuasa. Tergolek atas lantai dapur :D

Saturday, September 12, 2009

Hidup Tak Semestinya Indah

Hari ni 23 Ramadan. Minggu depan InsyaAllah dah hari raya. Aku kat sini tak buat apa2 persediaan pun. Kelmarin adalah pergi ke Marina Mall untuk membeli pakaian Fawwaz. Tak berapa besar mall tu tapi agak meriah juga dgn pohon2 kurma dikelilingi lampu warna-warni. Ada sebuah Mothercare store yang agak besar dan terlalu banyak pilihan dengan harga yang agak baik. Aku rasa murah sikit dari yang di KL. Cuma Summer Sale dah berlalu, so takde diskaun ditawarkan di mana2 store. Bahrainis memang enjoy shopping.. Seorang lelaki yang sedang membayar di sebelahku membelanjakan hampir BD100 (RM1K) hanya untuk pakaian anak2.. Sesekali aku jadi bz body kat situ heheh!

Kami akan pulang ke M'sia hari Jumaat malam dan InsyaAllah landing di KLIA hari Sabtu pagi. Aku belum pack apa-apa pun. Tunggu last minute kott. Semalam pagi adalah diskus sikit pasal plan raya, tapi terus aku takde mood. Terus tak mau cerita.

C'est la vie.. aku suka mengingatkan perkataan ini. Dulu 3 semester kat ITM aku belajar French, tapi dah tak ingat sangat melainkan perkataan ni. Itulah kehidupan... tak semestinya seperti yang kita idam2kan. Sebagai hambaNya kita boleh berusaha, berdoa.. dan selanjutnya hanya Allah yang menentukan. Dalam kehidupan aku sendiri, banyak perkara berlaku tidak seperti yang aku mahu. Ada masa kita tak punya pilihan tetapi mungkin satu2nya pilihan yang ada itulah yang terbaik untuk kita. Atau ada pilihan lain, tapi itu juga yang kita pilih. Memang ada kebenarannya. Tapi kita sebagai manusia biasa, adakalanya terfikir juga mengapakan dugaan seumpama itu datang kepada kita. Jawapannya hanya Allah yang tahu. Apabila kita diduga, maknanya Allah sayang dan mengingati kita. Dan Allah tidak akan menguji hambaNya di luar kemampuan kita.

Setakat ini ujian Allah mampu kuhadapi dengan tenang dan redha. Ianya menambah kekuatan jiwa kita. Kuncinya, ketahui diri sendiri dan bukan tak peduli kata orang, tapi ambil yang penting je. Sentiasa positif dalam kehidupan dan jangan benarkan bisikan2 jahat menerpa dalam kotak minda kita. Walau adakalanya memang kita sedikit 'down' dan 'give up', segeralah atasinya dengan fikiran yang waras dan cerdik. Beri lebih sedikit kasih sayang pada diri sendiri. Kecerdikan atau penggunaan akal fikiran akan membezakan kita dengan orang lain yang memilih untuk menurut nafsu semata-mata. Dalam dunia ini tiada perkara yang menjadi milik kita secara total waima orang tersayang. Kerana itulah pentingnya mengasihi diri kita dengan melengkapkannya dengan iman, takwa, sabar, dll serta menjauhi sifat2 mazmumah. Aku sekadar mengingatkan diri sendiri.. dan mungkin kawan2 lain.

Tiba2 aku teringat hadis Nabi "Tidak sempurna iman seseorang sehingga dia mengasihi saudaranya seperti dia mengasihi dirinya sendiri"....

Sunday, August 30, 2009

Ramadhan @ Bahrain

Lain sikit rasanya puasa di sini. Pukul 2.40am aku dah bangun siapkan makanan dan 3am dah mula sahur. Main panas2kan kat microwave je. Kalau rajin, masak sayur fresh atau buat nasi goreng. Itu utk hubby, aku makan roti je. Pagi ni 3.58am dah azan Subuh. Buka pukul 6pm. Sejak balik sini, puasa agak meletihkan. Tak tau pasal apa.. Kat M'sia hari tu walau macam2 buat, steady jek! Mungkin sebab tak buat apa2 kot kat Bahrin ni heeeee.....

Macam selalu, aku masak sendiri juadah buka & sahur. Nak beli pun, bukan selera kita. Kalau beli pun macam kek, tart, dll. Yang bestnya, berbuka dengan kurma fresh. Nikmatnyee... Balik hari tu, aku bawa sekotak bahan2 masak termasuk kicap manis dan bilis dari M'sia. Tu yang semangat masak. Tengok hubby selera pun dah cukup bagus...

Oh ya.. hari tu balik semua OK. Aku bersyukur sangat2... Itulah berkat doa di bulan Ramadhan, sungguh makbul! Walau masih terasa lamanya perjalanan, puasa lak tu, sekurang2nya tak menggunakan tenaga yg banyak. Ramai juga yg tak puasa dalam tu, musafir katakan.. Aku sekadar dapat bau makanan yg enak. Tergugat juga iman. Cabin crew bungkuskan aku sandwiches masa nak landing.. bagus sungguh!

Gambar2 baru semasa balik kampung :-

Before & after: punya susah budak kecik ni nak gunting rambut. Makcik ku je yg boleh melakukannya dgn bantuan ramai he he..



@ KLIA - back to Bahrain via GF0281. Every time nak fly kena beli toys baru, supaya dia leka sedikit. Kecil pun takpe.. asalkan dia suka.
.

Seharian aku pakai mask nih.. rimas juga. Precaution better than cure.. Fawwaz? Bertuahla kalau dia nak pakai...


Budak baik he he... suspen je aku kalau citer lama berulang. Senyum pun mahal..



Petang semalam buat roti jala + kari ayam utk buka..

Tuesday, August 25, 2009

Semoga bapaku sembuh..

Ramadhan Al Mubarak... Sekejap je dah masuk hari ke-4 kita menjalani ibadah puasa. Masih di Malaysia, aku berpuasa dgn penuh kesederhanaan. Apalagi bila puasa sendirian di KL, memang relaks habis. Tak fikir nak ke Pasar Ramadhan. Tanpa dijangka, aku balik kampung lagi petang Ahad lepas. Dapat berita yang ayahku demam, sesak nafas dan admitted di hospital TAJ, S/Bernam tengahari tu. Dia memang ada problem jantung dan ini pernah berlaku but back to normal. Hati aku mula tak senang sebab tinggal beberapa hari je nak balik ke Bahrain. Sambil masakkan nasi untuk Fawwaz aku terfikir2 apa nak buat.

Aku decide balik juga. Supaya tiada kekesalan nanti. So, siapkan masak. Since Fawwaz macam mengantuk je, tidurkan dia dulu. Packing semua benda masuk beg utk ke Bahrain in case balik lambat, dan masuk baju ala kadar utk balik kg. Pagi tu dah masukkan semua rempah-ratus dll dalam kotak, tinggal nak seal je. Sempat mop dapur comel tu. Mandi, solat, doa banyak2 agar semua OK, siap2, Fawwaz bangun 1 1/2 hrs later, terus aku angkut masuk kereta. Tak makan pun dia apa yg aku masak td.. Syukur dia seronok je sepanjang hampir 3 jam perjalanan. So, smooth journey.. dkt 5.30 ptg sampai kampung. Tak terus ke hospital sebab ada Fawwaz.. Dapat juga buka puasa dgn family..akhirnya!

Pagi semalam (Isnin) baru pergi hospital dgn mak. Lama tunggu, dekat tgh baru dapat masuk. Alhamdulillah, tgk ayahku agak baik, dah tak demam.. cuma kaki bengkak sikit sebab gout. Tak lama aku balik... Cuaca kat kampung semalam berubah2.. pagi hujan, panas, mendung, panas balik.. Aku berkira2 bila nak bertolak ke KL sambil tengok langit. Kg mendung tapi KL terang/panas, so aku decide bertolak lepas buka. Bertahun tak drive jarak jauh belah malam. Fawwaz tidur 3/4 perjalanan. Mungkin sebab sejuk dan asyik tekan break, kaki macam nak cramp bila sampai Ijok. Mujur ada Yoko Yoko dlm handbag. Malam sangat gelap, takde lampu jalan di kebanyakan tempat. Sampai Sg Buloh baru ada lampu.. Lega bila dah nampak OneUtama. Hampir 11 mlm sampai.. penat, tidur...

Harini nak rehat je. Esok (Rabu) dah nak ke Bahrain. Baru dapat sms dari Gulf Air.. flight GF0281 pukul 11.30 pg. Aku hanya mampu berdoa perjalanan esok akan lebih baik dari yang lepas2... Semoga dengan kehadiran Ramadhan ini, semuanya menjadi lebih baik buatku.. dan mereka di sekelilingku.

Monday, August 10, 2009

Aku dah balik...

Yay! I'm already in this small Greenfield @ Anjung Hijau Apartment.. enjoying the green view outside there. Sejuk sungguh mata memandang!

Landed di KLIA hari Ahad 9/8 pukul 9.30 pagi. Naik Gulf Air - GF 0280 Boeing 777. Memang besar carrier ni tapi penuh je. Macam selalu, perjalanan berdua dengan Fawwaz memang mencabar. Tapi kali ni kurang sikit sebab malam. Aku pula minta seat yang dekat dengan ruang crew, so senang nak minta bantuan atau saja2 keluar. Aku borong 3 seats terus! Fawwaz meragam sekejap secara tiba2 bila flight baru nak take off. Letih dan mengantuk tapi belum boleh nak settle down. Sepenuh tenaga juga aku mengendalikan dia.. tapi demi flight bergerak, dia dah tidur. Legaaa... in the middle tu, adalah juga dia buat hal. Biasalah, telinga yang sensitif terhadap sebarang bunyi.. eg. trolley makanan, suara stewardess, suara captain, dll. Aku pulak tak dapat tidur langsung sepanjang 8 jam tu.. takut Fawwaz tergolek ke.. dan memang aku pun lebih kurang anak aku, mudah tak selesa untuk tidur di tempat sebarangan.

Balik tu pakcikku Pak Bong aku jemput. Tapi Fawwaz melalak2 tak mau naik. Cool him down, aku tak jadi naik kereta Pak Bong dan bawa dia round KLIA dan makan nasi lemak. Then ambik teksi yang sangat membosankan tu. Bukan apa, sepanjang dari Sepang ke Bukit Jalil, driver cina tu asyik borak kat hp dengan kuat. Dahla cakap bahasa aku tak faham, tak hormat pula kat passenger yang tengah penat nih. Dengan anak aku yang tidur tuu.. Rasa nak sound tapi takut ditinggalkan kami kat jalan je nanti.. Aku perasan pemandu2 teksi KLIA memang macam tu. Kalau tak sembang sesama drivers thru' radio taxi tu, sembang kat phone macam semalam. Irritating sungguh!

Sampai rumah, dah malam baru dapat tidur betul2. It was like 30+ hrs aku tak tidur.. tapi taklah ngantuk sangat. Pagi ni bangun, macam sekejap je rasanya tidur tu.. tau2 dah 6.30 pg. Maknanya lena sungguh kami... Aku biasa je, tak kena jet lag. Fawwaz ada sikit, he he! Pukul 9 pg aku bfast kat kedai mamak Medina di Bkt Jalil ni dengan Fawwaz. Penuh perasaan 2 orang menikmati roti telur + nescafe panas + soya bean utk Fawwaz.. aku dah mula suka kedai ni, baru, bersih dan sedap. Lepas makan drive terus ke Carrefour, cari apa yang patut.. memang banyak yang patut heh!

Balik mengadap laptop.. layan facebook, posting new stories, etc.. nak booking flight balik ke Bahrain lagi next 2 wks... Esok teruskan perjalanan ke Sabak Bernam pula. Memang aku ni dah lali semua tu.. boleh jadi amazing traveller he hehh! Semoga Allah terus memberi aku kekuatan dan kesihatan.. Amin!

Saturday, August 8, 2009

Musim Kurma





Dah dekat nak Ramadhan, kurma segar makin banyak di Pasar.. mana yg elok sikit harganya BD1 untuk 1 kg (<> RM10). Kalau dah ranum sangat, 1 bekas putih polystrene tu dalam BD1 je. Tapi untuk jenis kecik dan tak berapa cantik laa. Beli sedikit je untuk jajan orang kampung. Tak boleh bawa banyak sebab aku dengan Fawwaz je balik, so kena limit barang. Travel light.. Dapat bawa badan pun dah syukur...

Tuesday, August 4, 2009

Anak Mithali

Sejak pemergian Yasmin Ahmad ke Rahmatullah, hampir saban hari aku baca kisahnya. Samada online paper atau sekadar forum gosip. Dan aku baru berpeluang menonton kisahnya di Majalah 3 melalui catch up TV di TV3 online. Memang sedih dan sayu... maka berjurai2lah airmata yang murah ni..

Aku tak mau bercerita kisah yang tak baik.. bukan tak pernah dengar, tapi aku lebih suka cerita yang manis sementelah orang yang dah tak ada. Tapi sejak dia tiada, memang cerita yang baik saja keluar. Itulah, apa2 pun Allah yang Maha Mengetahui... Rezekinya pergi meninggalkan dunia dalam keadaan yang disayangi ramai. Selama ni pun memang aku sentiasa ternanti-nanti iklan barunya, terutama iklan Petronas. Aku paling tak lupa iklan Tahun Baru Cina yang lepas. Kisahnya seorang anak cina tak tau makna makan besar.. rupanya dia duduk rumah anak yatim dan orang yang jemput budak tu dari sekolah ialah wanita India... sedih sangat iklan tu...!!

Aku baca dan dengar pasal ibu bapa arwah bercerita tentang kebaikan dan ketaatan arwah Yasmin.. dan buat aku terfikir tentang diri aku sendiri. Mampukah aku setaat dan sebaik itu? Jawapannya aku sendiri tau.... tapi masih belum terlambat untuk mengubah diri kita ke arah yang lebih baik terutama terhadap ibu bapa kita. Semoga esok masih ada... Dan semoga ibubapaku sentiasa dirahmati Allah dah sihat sejahtera...

Saturday, July 25, 2009

Hari bosan..

Letih tanpa berbuat apa2... namanya letih jiwa. Synonimnya bosan.. entah apala aku nak merepek. Tapi kebelakangan ini aku rasa macam nak lari laju-laju sampai berpeluh! Macam dulu2 masa aku masih boleh berlari tanpa halangan.. kat taman atau tepi tasik.

- aku boring dengan network & internet yg kejap ada kejap takde ni. Mgt apartment dah bagi notis lebih seminggu nak upgrade, tapi sama jugak. Adaka patut awal2 dulu dia cakap suruh guna internet dgn berhemah & ber'limit'. Kedekut betul.. nasib baik free! (tapi SIAEC bayar tau...)

- aku boring hari2 cakap dengan dinding.. cakap dengan orang pun kadang macam di angin lalu. Lebih baik cakap dengan dinding..

- semalam cari barang agak penting utk ibu macam aku ni.. untuk anak. Tapi tak dapat sebab tak cukup masa.. dah 2 minggu cuba. Tapi selalu kalau keluar masa jadi halangan. Sudahnya keciwa tanggung sendiri..

- sejak nak balik kg nih, aku rasa macam taknak balik sini lagi... howww?

Wednesday, July 22, 2009

Confirmed...

Just received a message from my beloved Mr Ghazali (:D)... "DAH BOOK...8/8". Ha ha ha.. keputusan sudah dibuat & confirmed aku & Fawwaz akan pulang ke Malaysia dalam waktu terdekat ni. Lebih kurang 17 hari je.. Walau bimbang kisah semalam berulang, hati tetap berbunga2.. Macam aku cakap semalam kat fb, this break is good for me as he said.. Memang dah jadi kebiasaan sejak duduk di S'pore dulu setiap bulan balik KL. Dan kebiasaan itu nampaknya berterusan.. Itu juga therapy ku sebab duduk di perantauan ni aku tak berkawan dan tak ada masa cari kawan kecuali di alam maya. Bila balik kampung, macam 'recharging the batteries' je.. termasuk 'battery' anak aku.. Kalau situasi baik dan terkawal, aku akan balik 2 minggu dan puasa di sini (Bahrain). Kesian pulak kat hubby.. Kalau sebaliknya, tunggu je lepas raya... Memang itu rezeki dan diwaktu yg sama dugaan Allah buat ku.. so, aku terima dengan hati yg redha. Life is too short to feel otherwise! Semoga Ahmad Fawwaz semakin tenang perasaannya. Setenang air yang mengalir di kali.... dan menjadi anak yg soleh. Ameen.

Wednesday, July 15, 2009

Macam dekat je...

H: Betul ke tak nak balik?
M: mmm... unless sampai raya terus..
H: 2 wks OK laa..
M: takpelaa.... kalau sorang boleh laa.. ini....

hu huu... really, it was a hard decision. Ada orang lepaskan peluang keemasan.. Tak mampu nak fikirkan perjalanan 8 jam berdua bersama Fawwaz.. mungkin kali ni lebih baik, tapi memang tak boleh nak predict. Maknanya aku hanya akan balik raya nanti untuk seminggu saja.. seminggu umpama sehari tauu... Mujur sempat tempah baju sehelai, jaaadilah! Baju melayu Fawwaz aku berharap pada ihsan makcik je. Takpe, bolehla nanti aku buat kuih raya kat Bahrain.. mengubati hati yang lara ha ha ha!

Wednesday, July 8, 2009

Heal The World..

MJ the memorial.. tengah tengok Larry King Live on CNN... malam tadi dah tengok live memorial, pagi sambung lagi dan lagi dan lagi... (tetiba fanatik).

------------------
There's A Place In
Your Heart
And I Know That It Is Love
and this place could Much
Brighter Than Tomorrow
And If You Really Try
You'll Find There's No Need
To Cry
In This Place You'll Feel
That There's No Hurt Or Sorrow

There Are Ways
To Get There
If You Care Enough
For The Living
Make A Little Space
Make A Better Place...

Heal The World
Make It A Better Place
For You And For Me
And The Entire Human Race
There Are People Dying
If You Care Enough
For The Living
Make A Better Place
For You And For Me

If You Want To Know Why
There's A Love That
Cannot Lie
Love Is Strong
It Only Cares For
Joyful Giving
If We Try
We Shall See
In This Bliss
We Cannot Feel
Fear Or Dread
We Stop Existing And
Start Living

Then It Feels That Always
Love's Enough For
Us Growing
Make A Better World
Make A Better World...

Heal The World
Make It A Better Place
For You And For Me
And The Entire Human Race
There Are People Dying
If You Care Enough
For The Living
Make A Better Place
For You And For Me

And The Dream We Were
Conceived In
Will Reveal A Joyful Face
And The World We
Once Believed In
Will Shine Again In Grace
Then Why Do We Keep
Strangling Life
Wound This Earth
Crucify Its Soul
Though It's Plain To See
This World Is Heavenly
Be God's Glow

We Could Fly So High
Let Our Spirits Never Die
In My Heart
I Feel You Are All
My Brothers
Create A World With
No Fear
Together We'll Cry
Happy Tears
See The Nations Turn
Their Swords
Into Plowshares

We Could Really Get There
If You Cared Enough
For The Living
Make A Little Space
To Make A Better Place...

Heal The World
Make It A Better Place
For You And For Me
And The Entire Human Race
There Are People Dying
If You Care Enough
For The Living
Make A Better Place
For You And For Me

Heal The World
Make It A Better Place
For You And For Me
And The Entire Human Race
There Are People Dying
If You Care Enough
For The Living
Make A Better Place
For You And For Me

Heal The World
Make It A Better Place
For You And For Me
And The Entire Human Race
There Are People Dying
If You Care Enough
For The Living
Make A Better Place
For You And For Me

There Are People Dying
If You Care Enough
For The Living
Make A Better Place
For You And For Me

There Are People Dying
If You Care Enough
For The Living
Make A Better Place
For You And For Me

You And For Me
You And For Me
You And For Me
You And For Me
You And For Me
You And For Me
You And For Me
You And For Me

Sunday, July 5, 2009

Last week...

We drove along the byway last week and only saw dusty areas with many construction works in progress. A lot more unfinished works incl. the sea reclamation projects. I guess in 5 yr time, it should look better & more structured. There're industrial areas that remind me of Bukit Kemuning Shah Alam. We thought of looking for villages or go to the island in the middle of King Fahd causeway that links Bahrain dan Saudi Arabia. We haven't seen any dates garden yet except at the roadside.



We also had a short peek at Lulu Centre for woman robe. A shop we entered offered reasonable price of about BD45 (approx RM450) but can go as low as BD35 for a 'bling bling' robe. That's cheaper than what you can get at the City Centre that can reach more than RM1k (could be different type of materials). OK lahh.. raya boleh pakai Arabian attire.. As usual, we had hypermarket sweep at Geant and Carrefour. And one think I realised, "orang2 kat City Centre lebih cantik & vogue dari yg kat Bahrain Mall!".. ha ha! I'm still comparing prices between Geant, Carrefour and Al-Jazira and looking for better milk & diapers. So far we have tried 5 brands of diapers/culottes and rejected Pampers. This week we change the milk coz the previous one (Milupa) seems not suitable for Fawwaz as he hardly poo. Limited choice, so we try Progress Gold. Kat M'sia minum Lactogen jek.. murah tapi bagus.

Our apartment is just few metres from the sea but the scenery doesn't look good to me lahh! Serabut sikit. Bolehlah untuk bersiar2 atau jogging atau exercise... But the dust may not allow you to go for outing in the open area oftenly especially new comers like us.


Kurma masih menghijau...


Yesterday (Sat) we went to the National Museum which has been opened since 1988 on the reclamed land. It was quite interesting to learn their history, culture, wealth, etc. Based on the pictures, we noticed that Bahrainis have an indian look with darker skin. But in person, they don't really looked so. Macam kita jugak kot, ada yg kuning langsat, hitam manis, sawo matang.. ha ha!

Pictures for this week....

For BD1 you can have these sweet & juicy ripening plums..


Giant lady bird & cockroach sesat di Bahrain City Centre.. and many more creatures


Baru lepas shopping groceries..




IN THE MUSEUM:

Wedding dress...


Wednesday market ..


Villagers activities