Pages

Thursday, December 31, 2009

Good Bye 2009

Esok dah nak tahun baru 2010. Terasa sekejap je. Maknanya umurku pun akan bertambah. Wah! Dah di ambang 40an nampaknya.. Tapi aku tak rasa sangat perbezaannya, melainkan wajah yg semakin kusam nih huhu! Bila lah nak ada masa melawat salon2 kecantikan tu.. lalala!

Pencapaian hidup pun sekadar so-so. Kalau ikut KPI, kira dapat 3 point je kott.. silap2 1 point je. Takpelah.. 2010 boleh cuba lagi memperbaiki diri dan kehidupan. Setakat ni belum ada apa yg aku set dalam minda. Tengah kosong...

Esok nak balik ke Bahrain. Naik Gulf Air pukul 10.30 pagi. Melainkan nak bangun & bersiap pagi2, aku takde apa nak angankan. Nak ikut arus je.. Hopefully Fawwaz dah semakin mengerti tentang perjalanan yang panjang nanti. Janganlah dia boring & meragam. Barang2 pun belum habis masuk beg. Ada 2 kotak besar berisi diapers, makanan dan bahan2 masak. 2 bag check-in dan 2 hand-luggage. Saratle teksi esok nih..

Cuti sebulan lebih kat M'sia, tak banyak yg fulfilled. Letih dan malas je. Banyak masa kat kampung sebab Fawwaz sangat happy kat situ. Tak terkata happynye. Sebab tu aku malas ke mana2. Sesekali tgk rumah kat Bkt Jalil, tp kejap2. Sebenarnya rasa bersalah juga kat saudara-mara & kawan2 sbb tak melawat. Aku sekadar berdoa satu hari dapat berjumpa, andai panjang umur dan Fawwaz dah faham. Setakat ni amat meletihkan kalau kami berdua je.

Sejak balik dari kampung hari Selasa lepas, memang penat gila! Pergi balik airport, shopping, packing, dll sampai petang ni. Bergilir2 keluar aku & hubby.. Ada je yg kurang dan perlu dibuat. Tadi pagi sempat juga aku mengujungi pusat reflexology kat Endah Parade. Best sebab lama dah tak buat. Apalagi, tahan je sakit tu.. Macam terasa darah mengalir seluruh badan. Rm20 for almost 45 min (rate sebenar utk 30 min). Murah. Belum sampai rumah, dpt call anak dah kelaparan..huhu! Baru nak oder kat Madina.. Sesekali keluar sendiri, lupa daratan sket. Petang hubby sambung urusan dia pulak. Kalau guard perasan, sure dia heran 2-3 hari ni kereta yg selalu tak bergerak tu asyik duk keluar masuk. Takpe, esok kereta tu rehat semula till March.. Hope OK je..

Apa2 pun, SELAMAT TAHUN BARU buat semua..

Wednesday, December 23, 2009

Doa dipermudahkan urusan


Rabbi Yassir wala tu-‘assir, Allah Ya Kareem...
“O my Lord, make things easier for me, do not make things difficult for me"