Pages

Wednesday, December 29, 2010

Cerita Suka dan Duka...

Mata ni mengantuk sangat sebenarnya.. tapi tak boleh nak lelap.  Otak ni duk memikir je apa nak buat sepanjang di KL ni.  Baru je beberapa jam tiba di Bkt Jalil dari kampung.  Yg penting dalam agenda, hari Jumaat nanti seharian bakal berada di HKL sebab pakcik bakal menjalani operasi mata hari tu.  That will be the first session.. the next one is for the CA colon.  Kesian Lek Juri.. dikala menjelang hari pencennya, diduga dengan penyakit yg digeruni semua orang.  Mujurlah family kami dah agak biasa dgn keadaan dan penyakit itu.  So, masing2 saling memberi semangat...  Kalau ada yg suka menyimpan sendiri andai ditimpa penyakit, sebahagiannya lebih bersemangat sekiranya sanak saudara dan rakan handai menziarahi.  Itulah, hati manusia lain-lain kan... Alhamdulillah, sewaktu berjumpa pakcik sebaik saja balik ke Malaysia, dia agak bersemangat dan segar, cuma semakin kurus.

Sayangnya, dek kesibukan mengurus majlis seminggu dua ni dan hal2 peribadi, dan bila dah sampai di perkarangan HKL (hantar makcik2) susah pula nak cari parking, membawa si kecik, dll saya tak sempat nak melawat pakcik di wad.  Sebab tu nak kena pergi juga ziarah sebelum balik ke Bahrain... Selain tu minggu ni kena beli stok barang utk dibawa ke Bahrain, selain nak ke Lendu menghantar cousin ke UiTM.  The off semula ke kampung 2-3 hari... pergh, memang on the move je kami nih!!

Sejak balik dari Bahrain, asyik 'mengukur jalan' je. Ulang alik ke KL je masuk ni 5 kali... sangat penat!!!  Tapi lega sikit selepas 25 Dec semalam iaitu majlis perkahwinan adik bongsu sebelah mak.  Majlis yg sangat meriah tapi penat gilerrrr...... itupun akak cilok2 dan ngelat2..hehehhh!!  Bila ada 'handbag' memang susah nak commit 100%... mujurlah ada 'backup' nanny.  Time tu lah si kecik nak demam, batuk, selsema, meragam.. maklum penat dibawa ke sana ke mari.  Sampai hari ni mama dia masih sedikit semput yg tidak berapa ketara.. hanya si empunya badan yg merasa ketidakselesaannya.  How I wish a SPA is in my own house!!!  Tapi kan, ada infra-red sauna tu duk simpan je kat store.. sejak pindah ke Anjung 4 thn lepas tak pernah buka...agak2 berguna lagi ke?  Patut2 dulu beli je kerusi ogawa tu...


SELAMAT PENGANTIN BARU
Semoga bahagia dan berkekalan ke akhir hayat 
buat adikku Nazliza dan Mohd Amir