Pages

Friday, November 30, 2012

Innalillah.. dan Kisah Tudung :)

Masa sibuk2 berkumpul untuk menyediakan hidangan tahlil, kakak saya yg sulung asyik memikirkan kemana lesapnya tudung yg baru dibelinya di pasar. Maklum, balik emergency, macam2 tertinggal. Kenalah beli lain. Sampai ke sudah tak jumpa walau dah digelidah merata-rata. Dahlah cuma bawa 1 tudung, katanya.

Petang terakhir sebelum masing2 nak balik ke KL esoknya, saya suruh kakak baca "innalillahi wainna ilaihi raajiun".. Macam yg saya buat masa kehilangan charger dulu. Saya kata, In shaa Allah boleh jumpa dengan tak semena2.. Dia pun tunduk berdoa.. Kata kakak banyak kali juga dia baca.

Esoknya, waktu saya datang semula ke rumah arwah bapa, dan hampir semua adik beradik termasuk kakak dah balik, mak (ibu tiri saya) beritahu tudung kakak dah jumpa. Wah! Terkejut juga saya..

Tadi saya telefon kakak dan saja2 tanya kisah sebenarnya.. Tudung tu dijumpai di dalam beg tangan yg dikendungnya ke sana ke mari (sebab kakak jadi 'Finance Mgr' masa hari2 tu). Jumpa masa di rumah makcik urut. Elok je dalam beg tu. Agak misteri bunyinya. Tapi takpelah, asal jumpa. Itulah hikmah ucapan "innalillah..".  Wallahua'lam.

Thursday, November 29, 2012

Boring pulak malam ni..

Masa nak maghrib tadi baru sedar yg  telah seminggu bapa saya  pergi menemui penciptanya.. Alangkah cepatnya masa berjalan. Aduhai... Giliran kita pula entah bila. Andai tiba saatnya, tak ada nanti2 dah. Sempat juga berpesan pada makcik (kat suami belum lagi..), kalau saya mati, harap2 bawa jenazah saya ke kampung untuk dikebumikan..Tapi kalau mati kat Mekah ke, tgh berjihad ke, takpelah.. Takyah bawa balik. Ish, entah betul ke wasiat akak ni.

Abe dah balik semula ke Kedah pagi tadi. Terus menjenguk rumah yg bakal saya duduki sementara rumah baru disiapkan tahun depan. Di Taman Tunku Sarina juga. Katanya dapurnya amatlah besar. Wah! Teruja akak. Dah puas dengan dapur sekangkang kera ni. Tapi walau comel saiznya, masih ku mampu menghasilkan pelbagai produk tau.. Tapi lagi katanya, lebih besar dari bakal dapur rumah saya.. hahaha.

Suasana ruang tamu impianku... :)

Bermula minggu ni jadual agak padat. Dengan nak siapkan tempahan kawan yg tak siap2 tu, walau hanya 20 peket pau dan karipap. Dah makan minggu usahanya, tapi penuh berhalangan. Tadi nak buat pun, tersalah masuk bahan penaik. Langsung merajuk tak jadi buat. Rasa nak polish lah otak ni. Asyik mengelamun dan buat salah. Weekend makcik sekeluarga nak datang. Isnin abe balik semula ke KL. Rabu gerak ke Jitra sampai weekend.. Minggu depannya pindah terus! Wahhh.. Padahal banyak lagi barang belum packing tu..

Takpelah.. rasanya lama lagi tu. Nak buat kerja lain dulu... ;)

Monday, November 26, 2012

Al Fatihah Buat Ayahanda

Hari Rabu 21 November 2012 bersamaan 8 Muharam 1434, ayahanda saya, Abu Sujak b Hassan telah kembali ke Rahmatullah.  Begitulah perjanjiannya dengan Allah.  Sebagai anak, saya hanya mampu redha.  Yang tinggal hanyalah doa kita sebagai anak buatnya. Semoga rohnya tenang dan sentiasa dirahmati Allah di sana.

Arwah memang menghidap pelbagai penyakit dan sering keluar masuk hospital.  Dalam 2-3 tahun ni, sering dalam emergency mode. Tapi, rasanya tahun ni hanya sekali dia dimasukkan ke hospital pada awal tahun.  Dan selepas beberapa hari keluar, seperti biasa dia sudah mampu menaiki motosikal ke mana2 hingga ke saat akhir. Itulah semangatnya dan peluang yang Allah kurniakan.

Segalanya bagai tak disangka.  Arwah bapa sempat menikmati durian sehari sebelumnya.  Malah waktu saya balik pada Awal Muharram lepas pun emak mengadu dia menghabiskan sebiji durian. Walhal dia menghidap darah tinggi. Emak risau, saya kata takpelah, buat ubat teringin.  Malam terakhirnya dia sempat juga ngeteh di warung kegemaran selepas solat Isya' di masjid.  Selagi terdaya menunggang motosikalnya, memang bapa akan solat di masjid. Dan di tengah malam tu lah, menurut emak, bapa mengadu sesak nafas, tidak boleh tidur.. Dan pagi itu sekitar pukul 7, bapa menghembuskan nafas terakhir di pangkuan emak.

Sejujurnya saya tidak berapa rapat dengan bapa berbanding adik beradik lain, kerana tidak tinggal bersama sedari kecil.  Namun, setiap kali pulang ke kampung, saya wajib menziarahinya walau sekejap saja.  Agak kerap juga saya menjenguk dia kerana saya memang kerap balik kampung.  Hampir setiap bulan dan kadang2 tak sampai sebulan.  Kenangan bersamanya sedari kecil hingga dewasa tetap ada.  Sayangnya, kala dia pergi, hati anaknya ini tidak tenteram. Bukan kerana menangisi pemergiannya, tapi lebih kepada terguris kerana perkara lain. Kecewa kerana merasa tidak dihormati dan diadili oleh insan penting dalam hidup saya. Tidak mengapalah... Biarlah daku menjadi insan pemaaf.  Tapi mampukah untuk melupakan? Ya Allah, bantulah daku untuk menjadi insan yg sentiasa redha, merendah diri, sabar dalam segala perkara dan menjauhi sifat2 mazmumah.

Semoga bapaku ditempatkan di kalangan hambaNya yg soleh.  Sebagai anak, jangan lupakan doa terhadap ibu bapa terutama selepas solat.  Juga sentiasa hadiahkan al fatihah kepada mereka walau hidup atau telah tiada.  Baru kita akan tenang dan bahagia, kerana dari situlah berkatnya.

Tuesday, November 20, 2012

Selamat Memerap...

"Hello abi! It's me.. Fawwaz"
Hehe.. skema je Fawwaz angkat dan jawab telefon bila abi dia called.  Lepas tu cepat2 dia pass kat mama dia telefon tu.  Langsung tak mau layan abi sampai ke sudah.

Mama tak habis2 fikir sekolah tadika macamana yang sesuai untuk Fawwaz tahun depan.  Dah nak masuk sesi 6 tahun. Cakapnya banyak dalam English walau maknya cakap melayu mamanjang.  Kalau mak speaking tu maknanya biar cepat dapat respon.

Nak sekolahkan aliran Melayu, bimbang macam tahun ni, tak berapa meningkat pemahaman dan struktur bahasanya.  Minat pun tak seberapa sebab walau tunjuk buku Bahasa Malaysia, sebutannya tetap English.  Nak masukkan ke tadika aliran English, bimbang menjadi masalah bila masuk tahun 1 nanti.  Duk fikir sorang2 je, takde pulak abi nak bagi pendapatnya huhuhuu..  Jadi mak memang selalu terlebih fikir.

Lagi satu, dah cemuih mak duduk memerap kat rumah.  Tak boleh nak keluar sangat.  Tak boleh nak ber'projek' secara efisien sebab susah nak keluar cari bahan mentah.  Semua sangkut.  Sebabnya, dia tak mau ikut.
"Fawwaz, jom keluar.. mama nak pegi kedai"
"Don't know (don't want)... (nak) tunggu.."
OK... mama tak jadi pegi... :'(

Sunday, November 18, 2012

Longgar..

Apa yang longgar? Hehehe... akak rasa skru lutut, tangan, jari ni longgar belaka... Ye benor le ada skru kat lutut kannn.. Kalau suruh menyedapkan cerita, ala2 juara gitu. Tapi memangle rasa badan ni lain macam. Apa2 pun, akak duk berangan2 alangkah indahnya kalau dapat ber'SPA' kala ini.  Siap ada urut2 gitu.. wahhh! Terasa2 dah nih!!!

Apakan daya.. aku hanya mampu berangan.  Abis nak tinggal budak kecik ni dgn sapa?  Nak pegi urut kaki yg 1/2 jam tu pun tak sempat bertahun2 lamanya.  Huhuhu..

Hari ni cuba menyempurnakan tempahan pau yg terakhir untuk seorang kawan lama.  Dia nak 10 peket je.  Patutnya dah siap.. Dan kalau dah siap tu, rasanya terus nak cuti mengepau sampailah tahun depan.  Dah tak mampu nak guna kederat ni.  Mesin tu nak kena hantar ke kilang balik untuk repair.  Patutnya esok.  Nampak gaya tak dapatlah sebab berat sangat.  Ingatkan dia nak datang buat kat rumah..mmmm.  Harap2 abe datang nanti sempat nak hantar dan ambik.  Kalau tak, ku simpan je dalam stor nanti.


Batch pau terakhir tadi ialah inti ceklat.  Dapatlah 4 pek.  Oklah sebab customer nak inti pelbagai.  Tapi bila saya test masa panas2, terasa masam sikit inti tu.  Padahal baru buka bungkusannya dan belum pun expire.  Terus makin longgar kurasa sendi2 nih!  Penat menguli tak hilang lagi.  Kalau dah masam, tak bolehlah jual.  Saya pun tak pasti rasa inti yg sebenar2 sebab yg selalu makan pau inti ceklat ni Fawwaz lah.  Tak sempat nak rasa dia habiskan dulu haha.  Nampak gaya kali ni tak dapat nak memenuhi permintaan pelanggan sangat.  Dari 3 inti, yg boleh supply cuma 1 iaitu inti kacang.  Itu pun mujur cousin bawa dari kampung sebab yang kat kedai sini takde tanda halal.

Nak berangan pergi SPA lagi.  Takpun buat facial yg lepas tu dia urut2 belakang & bahu kita.. Takpun buat reflexology kat Marvell tu.  Huwaaa... bestnya!  Bila ada orang teman Fawwaz, kita pulak tak dapat pegi.  Ada je sebabnya.  Balik kampung hari tu pun tak dan nak panggil makcik urut.  Sehari ke rumah mak, sehari umah bapak.. gi umah mak lagi. Habis sudah cuti :)  Macam tu lah saya ni.  Sesekali balik kampung, harus untuk bahagi2kan masa.  Takpelah, sementara masih ada mak & bapak.  Itulah uniknya hidup akak ni.  Yang seronok Fawwaz lah.  Betapa enjoynya dia di rumah tu sampai mama dia ke mana pun tak mau ikut.  Sama macam kalau kat rumah KL ni.  Rela duduk sendiri kat rumah.. Ingat dia dah besar ke??

Tadi abe pun dah calling2, cerita pasal rumah.  Macam dah dapat rumah sementara tu, tapi belum tengok dalamannya.  Dekat dengan tapak rumah, so senang nanti nak monitor projek.  Akak ala2 angguk2 je.  Rasa makin lemah bila fikir nak pindah, hijrah, dsb.  Tetiba rasa nak syahdu.  Tetiba nak rasa serabut.  Rasa malas  nak meneruskan yg pending ni.  Apa je lah ye... Agak2 best ke ye duk tempat baru?  Mesti lepas ni payah dah nak gi KL ni.  Kalau yak payah pun, malas sebab jauh.  Sobs!!

Terasa2 buat ni..
Kaki orang.. bukan kaki akak  :D

Saturday, November 10, 2012

Petang Yang Relaks..

Sedar2 dah pukul 4.18 petang.. Apa je yang saya buat hari ni?  Bangun pagi, buat sarapan untuk diri sendiri dan Fawwaz, menyelerakkan bilik, masak untuk lunch... lepas tu tidur2 ayam, kejap mengudap, bancuh kopi, tengok cerita Jepun yg sedih di TV Al Hijrah sampai gugur airmata seorang baker yg dulunya rocker..:P, intai2 kat taman sanun yg tengah ada majlis perkahwinan berjalan...  Mmmmm what a relaxing day!

Memang hari ni nak relaks je.. selepas bekerja membanting tulang beberapa hari.. Muahahaaa!  Semalam waktu macam ni rumah Anjung Hijo ni agak hiruk pikuk dengan suara rakan2 dan saya sendiri. Kengkawan datang bawak makanan.. yeyy! Ada nasi ambeng, nasi arab, kuih muih dan kudap2an.  Saya cuma menyediakan air atas permintaan iaitu Asam Boi Limau Kasturi.. Adalah juga yg saya gorengkan karipap dan buat durian crepe, tapi sikit2 je.. Ingatkan cukup2 6 orang je, rupanya lebih.. ekeke.  Apapun makanan memang berlebih macam biasa dan ada upacara bungkus membungkus.  Majlis selesai selepas maghrib.. Sedih laa.. entah bila nak dapat kumpul lagi macam tu.

Esok lusa mungkin nak balik kampung lama2 sikit.  Rasanya laa... Tadi abe telefon, belum2 dah tanya bila nak balik ke sini.  Akak belum lagi confirm tarikh nak balik kampung tuuu..huhu!!  Nak harap dia ikut balik memang takde harap lah.  Kekadang mulut celupar akak keluar juga ayat2 power.  Antaranya "agaknya abang datang kampung tu kalau kita (saya) mati kat kampung tu.."  Senyap.  Perbincangan pun mati. Amacam? Ganas tak akak nih?  Kekadang memang macam tu.. Makan dalammmm..  Alhamdulillah saya hidup dalam keluarga dan ibu bapa yang berhati mulia.. Tidak mendesak, tidak menghasut, berlapang dada, redha je walau macam2 cerita anak2 nih.. Alfatihah buat mereka, semoga Allah kurniakan mereka darjat yang tinggi di akhirat kelak.

Takpelah... apa2 pun jangan stress sangat dalam kehidupan ini.  Macam yg saya tengah dengar dan tonton di TV Al Hijrah ni.. Berlapang dada.. yg bermakna kita redha dengan ujian dan takdir Allah.  Apa jua yang kita lalui, perbanyakkan istighfar.. selawat jangan dilupa.  Peringatan buat diri ku ini.. Cau cin cau!

Saturday, November 3, 2012

MOOD PINDAH TAPI...

Tengah hujan!  Dah lama tak dengar Fawwaz nyanyikan lagu "rain rain go away, come again some other day..".  Tak silap dia stop nyanyi lagu tu bila mak dia yg asalnya blur ni dah pandai nyanyi sama.. hehe!!  Boleh tahan banyak juga lagu kanak2 yang tak ada zaman mak dia ni kecik..

Hari ni nampaknya hari yang sedikit sibuk.  Ni baru je melabuhkan punggung di atas kerusi yg tak berapa menarik dah rupa parasnya.  Seharian di dapur.  Konon2 nak ikut sama abe yg mula nak mengemas barang ke dalam kotak. Rupanya saya setakat update status je kat FB.  Menggembar gemburkan yang saya nak pindah jauh.. Tak lama terus dapat order PAU dan KARIPAP, 10 peket tiap satu!  Belum kira yg tati punya semalam dan Zu punya di awal pagi tadi.  Hahh.. kawan2 yg dah biasa stock up makanan frozen untuk anak2 dah mula mengaum.. takuttt  :D

Baru tadi pun saya bagi notis kat landlord yg entah di mana asal usulnya. Setahun sekali nak calling2 pun tidak. Yang saya tau dia kat Ipoh.  Selamakini sayalah care taker rumah dia ni yg sangat baik menyelesaikan segala hal ehwal maintenance.  Dah nak pindah pun masih bayar sewa walau depositku beribu2 lemon kat dia (minta2 dia pulangkan lah ye... huhu).  Lamanya saya sewa rumah dia!! Bukan apa, dalam 5-6 tahun ni memang tak fikir untuk cari atau beli rumah.  Sebab yang saya tau, abe memang nak bawa saya ke Utara.  Sebagai isteri yg patuh dan tak banyak songel, saya langsung tak tanya atau desak apa2.  Mode pasrah je... Akhirnya rezeki tu adalah, InsyaAllah kalau panjang usia saya sampai tahun depan.

Sudahnya entah bilalah saya nak membungkus2 barang ni.  Walau dengarnya agak lama lagi, by end November ni nampaknya semua barang dah kena bergerak ke Utara. Nampaknya kena gigihlah akak menguli dalam seminggu dua ni.  All out!! Lepas tu baru pergi jumpa makcik urut.. dan packing.  Pagi tadi dah menyiapkan inti karipap. Pastu masak untuk abe. Sambung buat pau, barulah siap ni.  Makan tengahari pun sambil mengerjakan pau. Abe makanle sendiri kat meja tu. Punyalah hectic! Tak kiralah, pau pun dah tak bulat.. herot perot sebab terlebih kembang.  Namun ianya tetap gebu dan sedap... Tag line baru muncul kat kepala "PAU KAMPUNG SEDAPPP".  Tapi cukuplah setakat ni rasanya.. Siapkan Ani, Tati, Zu dan Aida punya, lepastu nak sambung balik kat Kedah nanti.. Kena buat marketing baru lah pulak..huhu!

Perghh.. Lihat Durian Crepe ku! Asalnya nak buat bekal anak dara abe hari ni, tapi akak cancel.  Bukan buruk siku.. Tiba2 ternampak semalam kakak dia dah buatkan dulu... Takpe, makcik tukar dengan karipap je lah. Nak baking ciskek sebagaimana permintaan asal abah dia dah tak sempat + malas.  Jadinya, ini untuk en abah je la.. Sedap tapi kekadang jemu pulak semua manis dalam rumah ni.  Rasa nak juga benda2 pedas.. kerepek pedas ke, tomyam pedas ke, sate pedas ke.. apa lagi ye...

OKlah.. masa untuk membungkus pau dan menyorokkannya dalam freezer ku itu.  Entahkan cukup tidak ye ruangnya nanti, sementara nak tunggu Jumaat depan.. :D

Thursday, November 1, 2012

Bisnes Dalam Ayu.. :D

Memang seksa sikit bila hidung berair je ni.. Badan pun jadi tak berapa enak, lesu semacam. Terbayang2 makcik urut kat kampung, takpun amoi Marvel tempat saya selalu berefleksologi dulu2.  Tu yg break sekejap nak menguli pau. Tak habis2 membuatnya.  Mujur customer yg jenis faham dan tak meletakkan tarikh tertentu untuk mengambilnya.. Antara ayat2 regular customers saya yg paling saya suka ialah "ikut lapang ko lah.. dah siap bagitau". Tak pun "ikut sempat akak lah...".  Hehe ini macam punya business pun ada kan.  Ini namanya business dalam keayuan.. Kena jaga badan, tenaga dan level stress.. ikut kemampuan, tak boleh paksa badan hanya demi nak RM.. :D

Petang nanti nak menggigihkan diri bakar 4 kek.. Sampai ke malam le gamaknya. Memang seronok.. Break satu bahagian, buka satu bahagian, break yg frozen, buka bakeri pulak.. Taklah masyuk sangat, tapi Alhamdulillah.. Hari ni juga terpaksa tolak order cousin.  Sebab memang tak mampu nak memproses kuih muih siap dalam waktu2 terdekat ni walau dah bagi 3-4 hari notis.  Nak siapkan order yang datangnya sebelum raya korban ni dulu. Dan macam biasa, kalau hubby ada, sibuk saya lain macam.. Maklum bukan selalu dia ada di depan mata.. :)

Teringat abe cakap malam tadi masa tengok drama Bila Joyah Jadi Jutawan.. Dia cakap kat Fawwaz yg entah faham ke tidak tu "kalau ummi jadi jutawan, mesti dia sombong kat kita.." hahahhh
Ummi pun jawab "Macam ni tak jadilah nak jadi jutawan.. hehehe".  
Sambung lagi.. "Mana tak sombong, dah abi tak tolong pun.. umi penat buat semua keja sorang2"
Hahh.. penat je aku pegi seminar Jutawan Industri kalau gini.. Belum2 dah banyak ramalan...
Anggaplah gurauan di malam hari.. kihkihkih!