Pages

Sunday, October 28, 2012

Rancang Perjalanan Mu..

Alhamdulillah.. lega! Masuk je waktu zohor dah sampai Anjung Hijau.  Tadi perjalanan lancar je. Kalau sangkut pun, takat manja2 je kat area Tg Karang.  Tak silap macam nak ada perhimpunan berunsurkan politik je tadi.  Mujor akak dah melepasinya.. Tapi agak bosan dan letih juga. Rasa macam nak tidur tapi bukanlah mengantuk sangat.  Mungkin sebab cuaca yg panas tadi.  Rasa letih lesu segala..

Kalau menyusuri jalan sepanjang S/Bernam ke KL melalui Ijok, kita akan melintasi beberapa gerai cendol.  Paling popular dan agak menonjol ialah Cendol Borhan antara Tg Karang dan Kuala Selangor, dan Cendol Bakar berdekatan Ijok.  Tak pasti nama lokasi sebenar walau dah berpuluh tahun menjadi laluanku huhu... Hari ni, di kedua2 gerai ni amatlah penuhnya.  Full house!  Walau saya hanya setakat menjeling, nampaklah deretan kereta dan kepala orang di tepi jalan dan dalam kawasan gerai.  Perghhh!! Memang pakcik kayo!  Cendol Borhan saya dah pernah rasa.  Cendol Bakar belum ada rezeki nak rasa.. Tapi saya rasalah, cendol mamak depan Anjung Hijau ni tetap menjadi pojaan hati mokcik!

Sekarang ni dengarnya jam sana sini.  Tadi Abe ku pun bagi message kereta merangkak di Ipoh.  Mmmm... itu pasal saya suka keluar rumah awal sedikit.  Selewat2nya saya akan keluar pukul 9.30 pagi.  Sejak bujang hingga beranak, sedari Fawwaz berumur 3-4 bulan saya sentiasa konsisten soal jadual perjalanan.  Semua urus sendiri, dari A ke Z. Itulah pentingnya disiplin!  Nanti jawabnya kalau dah duduk di Kedah, kenalah saya keluar sesudah subuh kalau nak balik ke Sabak Bernam.  Bukan takat jam je yg saya geruni, kalau keluar awal pagi badan masih segar, tenaga masih banyak.  Kalau dah panas memang tak tahan.. terutama mata ni. Belum lagi nak memikir penumpang kecik di belakang saya tu.  Sekejap kepala kat bawah, kejap kaki terjulur ke atas, kejap tinggi berdiri atas seat.. Masa kecik2 dulu, kekadang dia baring kat dashboard belakang tu. Maklum takde orang lain..

Esok kerja dorang ni kena harung jam lagi kan... stressnya!  Takpelah, nak buat macamana.  Semua dah mampu ada kereta.  Kaya tak kaya, dah jadi barang perlu.  Walau public transport banyak, masih tak cukup memenuhi permintaan dan kepuasan juga.  Tak boleh salahkan sesiapa.  Kita tak tau masalah mereka yg buat perancangan tu.. Tapi memang best kalau dapat merasai kemudahan awam yang bagus2 ni.  Saya sempat juga merasa di Singapura dan London.  Memang masa tu kita akan memikir kenapalah kat Malaysia tak macam tu.. huhuhuu!!  Apa2 pun syukur dan sabar... ;))

Tuesday, October 23, 2012

Kisah Mop dan Aku

Petang ni dah mula aktiviti baking untuk Hari Raya Korban yang bakal menjelma.  Buka banyak pun.. dan saya pun tak berani nak buat iklan raya.  Takut nanti balik raya dalam ngantuk dan kepenatan macam hari raya lepas.  Ini pun terpaksa saya tunda sehari untuk balik kampung sebab ada 2 biji kek nak kena hantar pada hari raya ke-2 di rumah nenek sedara.  Memikirkan situasi storage dan oven di kampung, dan malas nak angkut tools, saya nak balik raya pertama je nanti.  Saya dan Fawwaz je.. Pok dia seperti biasa ngelat! Sebenarnya mak lagi suka... opssss!!

Berbalik kisah baking, hari ni dah bermula dengan kek coklat.  Akan disimpan semalaman supaya lebih moist dan sedap, baru decorate.  Tengah menunggu kek masak dan mengemas perkakasan, Fawwaz terjengket2 ke dapur.  Merayu minta diapers.  Kalau nak 'ber..', memang dia minta diapers. Dah pelbagai cara saya guna supaya dia tak bergantung padanya, tapi tak juga berjaya.  Dah makan tahun.. adalah 3 tahun.. huhu! 3-4 hari ni saya buat dek je bila dia minta.  Tapi kalau dah terjengket2 siang malam, kesian pulak.  Nanti apa2 jadi kat usus dia, mak juga salah.. 

Tadi, masa baking saya tak layan langsung permintaan dia.  Biar dia masuk toilet kalau nak.  Kata kat dia 'ber' kat seluar pun mama tak kisah.. Dia pun berlalu.. Tiba2 dia panggil, "mama... mama.."

Saya pun keluar dari dapur.  Terkejut!  Bertakung air dekat lantai.. banyak pulak tu.  Adoii... terkucil sudah anak aku yg tengah tunggu mama kat toilet.  Entah kenapa sehari dua ni dia kerap ke toilet.  Mama selesaikan dia.. Senyap.. jaga mulut dan hati.  Dugaan kecil je.  Ambik baldi dan MOP, masuk pencuci.. Celup2 mop dalam baldi dan putar pada tempat pemerah tu.  TUP!! Tiba2 batang mop patah.. Huwaaaa saat tu lah akak rasa nak menangis.  Belum sempat mop air kencing yg seruang tu, batang mop dah patah.  Kat hujung sekali pulak tu..  Keluar segala habuk2 hitam.

Dengan perasaan penat (mula tadi terpacul juga perkataan baran ku.. Astaghfirullah..), terpaksalah mop sambil melutut.  Buat ulang2 kali, sebab tak yakin.  Macam tulah, kadang2 Tuhan nak uji kita ni sabar ke tidak.. Hati betul2 bersih ke tidak.. Kata orang, masa tengah marah tu lah diri kita sebenar.  Tapi tadi akak taklah marah, tapi mulut hilang sabar je... cepat2 istighfar.  Kesian kat Fawwaz.  Bukan salah dia.. Mop pun satu, masa ni lah dia nak patah.. Selalu tu, elok je... Masa akak tengah tak baking, masa budak tak terkucil, masa tak penat...

Apa2 pun kek dah masak tu.. Tunggu nak sejuk dan simpan.  Ironinya, kek pun agak meragam petang ni.. merekah.  Memang kalau nak baking, jiwa kena betul2 tenang.  Effectnya pada kek dan dekorasi.  Fawwaz pun dah abis 2 1/2 ketul yg cuppies.  Ya Allah, jadikan daku ibu yg sabar, sabar dan sabar... Juga isteri yg tidak berkeluh kesah.

Sambungan kisah... Tiba2 terbaca kata2 Ustaz Azhar & Ustaz Don "Pekerjaaan yg paling banyak beri pahala ialah SURIRUMAH" dan "SURIRUMAH ialah pekerjaan yang terbaik di dunia".  Rasa motivated... Yg bukan surirumah macam akak jangan sentap.  Adalah rezeki masing2.. Itu semua Allah yg nilai  ;)

Saturday, October 20, 2012

Hikmah Memberi

Sebenarnya apa yang saya tulis adalah lebih kepada perkara peribadi dan untuk catatan sendiri.. Kerana bercerita melalui tulisan adalah hobi dan terapi untuk saya.. Sama juga dengan apa yang saya tuliskan di FB. Jadinya kalau orang lain tak minat, tidaklah perlu membaca. Kalau kita tak suka status orang, ignore saja.. Kalau tak berkenan langsung sampai ke sudah, delete saja.

Kalau orang bercerita atau menulis yg baik2, walau siapa dia, kita bersangka baik sajalah.. Ikhlas atau tidak, kita serahkan saja pada Allah untuk menilai. Tak gitu?

OK lah.. hari ni nak cerita pasal kejayaan saya menghadiri Seminar Jutawan Industri oleh Dr Azizan yang sentiasa gempak tu, di Shah Alam.  Hari ni penuh membuak2 sampai ke luar dewan dan depan tangga.  Setakat ni dah 2 kali saya pergi, tapi yang free je.. Alasan yang buat saya tak kaya2 walau dah masuk seminar (tapi Alhamdulillah ada lah juga benda yg positif masuk..) ialah perihal keluarga.  Tak boleh nak buat komitmen masuk kelas advance. Sebab kursus advance selalunya mengambil masa 3 hari yang adakala sampai ke malam, mengikut pengalaman kawan.  Sekian! ;)

Antara tips atau pesanan yg mudah untuk diingat, tak susah nak dipraktikkan ialah SENYUM.. dan berkata2 manis.  Berkata2 manislah kepada pelanggan kita dan orang2 di sekeliling kita.  Nescaya akan menarik lebih banyak rezeki..

Sentiasa MEMBERI.. Bersedekah, berzakat, membantu yg susah.. Berselawat, istighfar dan sedekah.. Kerana apa yang kita beri, akan kita perolehi semula (what you give, you get back).  Sememangnya apabila kita berselawat, Allah dan malaikat akan berselawat kembali kepada kita. Begitu juga dengan perkara2 yang lain.  Ini untuk peringatan diriku sendiri juga supaya tidak terlalu berkira untuk memberi walaupun kita kekurangan.  InsyaAllah.. 

Selain itu, saya juga amat yakin dengan fadhilat solat Dhuha.  Alhamdulillah, saya dikurniakan rezeki dari segi masa untuknya.  Dulu2 saya sangat lalai dan malas nak buat solat ni.  Kadang2 memang sangat ajaib.. Selepas je solat, ada order masuk.. sungguh!  Ini bukan nak menunjuk2 yg saya buat, cuma nak share betapa hebatnya doa di waktu dhuha.  Dan saya baru je dengar di radio IKIM, ustaz tu kata, waima nak mencari pekerjaan atau nak naik pangkat pun, buatlah solat dhuha.  Cuma kalau di ofis, kena juga tengok situasi untuk mendapat berkatnya, kerana ia hanyalah sunat.

Tadi juga sempat saya curi2 berbual dengan Jana kawan lama saya masa sekolah rendah.  Memang kami mendaftar sama2 secara online dan harini ada rezeki duduk bersama.  Jana share dengan saya pasal membuat pinjaman.. Kalau meminjam, mesti pulangkan! Itu sudah pastilah kan... Dan, kalau kita pun dah senang masa tu, berilah saguhati kepada si peminjam masa pulangkan duit tu. Kalau yg meminjamkan tu 'orang' lah, bukan bank.  Memang banyak liku2 dalam perniagaan, tapi andai kita jujur, berzakat, memberi, InsyaAllah pulangannya hebat.  Itulah Jana, yang sekarang buat bisnes lauk pauk (kantin) dan katering.

Memang seronok kalau nak menulis pasal ni.. Esok2 lah saya kongsikan lagi apa ilmu yang saya dapat dari DAO.  Walau lebih kurang sama pengisian dengan yang sebelum ni, impaknya tetap luar biasa.. 

Gambo kepala2 orang yang melimpah2 sebelum program bermula.. Kalau dah mula, mau sentap kena sound sesiapa yg langgar perjanjian dgn mengambil gambar... hehehe

Friday, October 19, 2012

LHDN & Aku... Pt II

Takyah le baca ye ini entri... Ini untuk luahan hati akak je.  Saja nak cerita sesorang.. dan saje je nak publish! hehehhh.  Dikala hujan turun dan akak baru je habiskan caramel nuts balance dari buat kek hari tu.  Memang enakkk banget... Kudapan homemade dari walnut + almond.. kan sedap. Kalau beli mahal, buat sendiri pun mahal juga... :P

Tadi pagi akhirnya berjaya juga saya ke LHDN di Shah Alam.  Patutnya semalam, tapi sebab Fawwaz tak mau gi sekolah, saya tukar plan, pergi market Sg Besi secara ekspres!  Hari ni, lepas say bye2 kat dia, terus merempit ke Shah Alam sambil terkumat-kamit baca doa Allahumma Yassir.. Alhamdulillah, memang smooth perjalanan saya, langsung tak jam.  LHDN di bangunan Perangsang, tapi saya parked di Wisma MBSA.  Yeahhh... rupanya hari ni free parking dia.  Katanya kalau esok, kena bayar.  Tapi bila dia tanya saya ada urusan MBSA ke? Gagap juga nak jawab.. Belum sempat jawab (sebab saya tanya balik "tak boleh parking kee??", dia dah bagi laluan. Hihihi.... Maaf tuan.. eh encik.. ;)

Memang betul la jangkaan ku.. Problem yang sangkut tu ialah pasal resit perubatan bapaku yg beribu2 lemon, tahun 2006.  So, sudah bagi penjelasan melalui surat bertulis tangan, bagi sekali salinan fotokopi semua perkara sokongan.  Alih2 puan tu datang cakap ada satu lagi bil saya kena bagi.. Perubatan sendiri berjumlah RM75.  Larrr... Mokcik pun tunjuklah surat yg minta saya hantar resit tu dulu, tak sebut yang ni punggg... checklist tu!

"Dorang tak perasan kot, sebab sikit.." katanya.  Adoii... Kalau tengok file akak 4 tahun sekali, memang le tak perasan!!!
Sekarang dah menyusahkan aku nak datang ke situ lagi.  Dah tentu MBSA charge parking ku kali ni.. :P

Saya tanya "boleh hantar pakai pos ke? Pos ekspress ke.. selamat tak?"
"Seeloknya hantar terus.." Jawab puan tu..
"Kalau takde, hilang ke... maklum dah lama sangat.." Ku tanya lagi
"Kena ubahlah semuanya..." erkkkk... 4 tahun lagi akak kena mengadap puan lain pulak kalau gitu!

Arghhh.... Boleh tak saya claim tol dan mileage atas kelalaian dan ketidakcekapan pihak puan?  Kalaulah aku boleh bertanya begini dengan nada kedekut dan berkira...

Memang kecoh la akak ni nak cerita benda ni kat sini.. kat FB la.  Suka hati akulah.. kan ini milik peribadi.. wekkk!  Bukan apa, buat peringatan kepada diri ini dan juga anda, supaya jangan cuai untuk membuat PROPER FILING.  Segala macam tok nenek yang berkaitan dengan hal ehwal duit musti mau file kan dan simpan sampai mati. Kerana 'out of the blue', alih2 timbul balik..

******************************
Kisah semalam (Khamis) yang rupanya saya lupa nak post.. atau mungkin belum sempat publish, En Fawwaz dah conquer sampai ke tengah malam tempat ni.  Takpelah, sebab dah penat menaip, akak publish juga cerita basi ni.. hehehe.

Monday, October 15, 2012

LHDN dan AKU...

Mak kaloi... ooo mak kaloi.. di manakah mak kaloi?  Marilah dengar cerita ku yg gundah gulana ni... Dengar je, takyah cakap apa2.. Letihle takde sapa nak dengar bebelan ku.. Memang boring kalau ianya melibatkan uang! Sabor je lah yee... Dunia je ni!!

Agaknya dah lebih seminggu saya tak buka mail box kat bawah tu.  Selalunya buka kalau hujung2 bulan, nak tengok berapa banyak akak kena bayar bil.. Paling seram bil credit card laa.. Tapi cc ni kalau kita mengamalkan pembayaran maksimum atau bayar habis, tak jadi masalah pun...

Hari ni tergerak nak tengok.. ada surat penyata bank dan LHDN.  Wah.. LHDN?  Cepat2 akak buka.  Rupanya surat tunggakan 2009 yg kena dibayar dan kalau lambat selesai depa nak bawa ke mahkamah!  Potong mood daku di pagi hari.. Bukan apa, kesal sangat sebab kes lama.. Malas betul nak ungkit kisah lama.  Kali terakhir declare dan bayar tax 2007.  Dan saya tau pasal apa jadi macam tu...

Saya pernah buat deduction untuk perubatan ayah saya yg beribu lemon.. Biasalah, masa submit kan tak kepilkan apa2.. Kemudian dah lebih setahun (masa tu saya dah berhijrah ke Singapura), dapat surat suruh hantar bil sokongan.  Saya pulak buat kerja senang sebab masa tu huru-hara duk travel ngan baby je, jadi pos guna snail mail je.. Guna pos biasa.  Lepas tu agaknya lebih setahun juga, dia hantar surat lagi tanyakan bil..  Maka saya pun pergilah ke LHDN Shah Alam tempat fail saya.  Tetapi...

1)  Fail saya masa tu takde.. dorang hantar ke Ipoh untuk apa entah.  Nak scan kot... Pegawai yg saya rujuk pulak takde idea macamana nak selesaikan..  Tapi memang takde rekod penerimaan bil sokongan tu.. Agaknya terselit kat celah2 stor Pejabat Pos!!! (Dah aku fitnah PO lak.. hehe).  Dahlah masa antar tu original receipt!  Lepas tu pegawai tu suruh hubungi semula, kalau tak silap, bagi masa dia nak check

2)  Dah bagi masa, saya pun called... Pegawai tu pergi kursus pulak...  Gone case!  Saya pun malas... Lagi pulak dah semakin jauh merantaunya.  Kira2 masuk hari ni agaknya dah lebih 3 thn perkara ni berlalu

3)  Saya hairan, masa last buat declaration yg pakai sistem apa entah tu.. (jenuh nak ingat!), macam ada lebihan pembayaran melalui PCB... Tapi jawapannya HAMPEH!  Makcik pun jadi konfius... tapi sebab jenis malas nak fikir, biorkan je lahh...  Kalau itu hak makcik, haram jadinya buat mereka... Kalau bukan, makcik redha je laa..  Ehh!  Apa hukum kalau buat sistem yg mengelirukan macam tu ye?  Haa... sapa nak jawab dan tanggung!?

4)  Kenapalah ambik masa lama sangat nak buat tindakan susulan untuk sesuatu perkara.. Kan susah nak recall balik dari A ke Z.. Makcik dahlah semakin berusia.. Rambut dari hitam masa tu, dah makin memutih..  Takpelah, bersangka baik no... Sebab ramai sangat pelanggan, berjuta2 kes nak kena tengok...  Isk! Macam plastik pulak aku ni bila cakap gini...  Yang paling saya bengang bab nilah!  Saya tak suka nak cerita benda lama!!!

Apa2 pun benda macam ni akan berbalik kepada kita.  Maklumlahh... duit.  Walau RM1 pun tetap duit.. Kalau hantar guna pos biasa ke organisasi besar sebegitu, sendiri mau ingat.  Saya pernah hantar wang pos ke Celcom guna pos biasa dan tak masuk rekod pun pembayaran tu... Dah bertahun2 baru tau dan terusan jadi hutang.  Saya cuma ada salinan fotostat yg tak laku!  Samalah kes dengan LHDN ni.. Harap2 saya adalah buat salinan walau saya tak pasti sebenarnya.. esok baru nak check setelah kekesalan reda.  Sebab rasanya masa pos tu, saya tergesa2 sangat.. Dan selalunya bila kita cuai, masa tu lah masalah timbul.. Kalau kita buat salinan beratus2, OK je.. Itulah moralnya.

Nampaknya sehari dua ni kenalah merempit ke Shah Alam.. Sementara Fawwaz sekolah.. Penatlah!

Sunday, October 14, 2012

Kesiannya lah..

Hari ni saya habiskan masa dengan mengemas ala kadar, menguli pau, bersantai, uli pau lagi... santai lagi.  Gitulah kehidupan akak di bumi nan hijau ni, pada hari ini.  Weekend tak pernah rasa nak ke mana2 kalau tak rasa perlu.  Tadi keluarlah juga kejap.  Tapau roti canai dan suratkhabar kat Restoran Madina, dan singgah di MyMydin beli tepung.  Habis best kalau dapat baca suratkhabar sambil bersarapan depan balkoni.

Dah agak petang, baru terfikir... "boringnya ye... dah cuti pun tak keluar jalan2..".
Padanlah Fawwaz macam tu... Salah mak kah??

Tersedar akan diri ini bahawa sekarang ni saya dah tak pernah bawa Fawwaz jalan2 berdua.  Terutama ke shopping complex.  Dah berbulan tak masuk KRR di Mines, fav restaurant kami. Saya cuma pergi ke market, supermarket atau hypermarket masa dia sekolah.  Itupun jalan laju2, takde nak ala2 window shopping dengan membelek itu dan ini. Tak boleh lebih 1 jam!

Mungkin menjadi akibatnya, Fawwaz jadi  tak suka keluar dan bercampur orang.  Kalau ke rumah orang, dia tak mau keluar dari kereta.  Macam tu juga kalau ke kedai atau ke tempat lain hanya dengan mak dia.  Agaknya dia dah hilang fun nak jalan2 ni.  Kecuali bila ada abi, dia agak senang diajak.  Selalunya tak buat hal pun.

Sejak bersekolah, mak dah tak pernah bawa dia ke playland atau playground.. Dunianya cuma dalam rumah ni je.. kartun & games!  Ohhh... harus buat perubahan segera ni.  Supaya dia tak terusan jadi anti sosial.  Sama macam maknya... Asyik nak duduk dapur je!  Aiyaakkk.. boringnya hidup aku rupanya!  HELPP...

Saturday, October 13, 2012

Cerita di Hari yg Dingin

Cuaca yg redup membuat mataku turut redup.. Walau hujan dah berhenti sejak tadi, nampaknya sang suria masih segan silu nak keluar.  Salah satu aktiviti yang terpaksa ditangguh ialah membasuh.  Sejak semalam cadar yang ditukar terperap dalam mesin.  Tunggu giliran yang tak kunjung tiba.  Tadi ditambah dengan pengelap kaki.. Anak bujangku terkucil kat situ.. Tak sempat nak masuk toilet kot.. Maknye duk sibuk kat dapur.  Bila dia panggil, alahai.... tambah kerja aku.  Ringan jugak tangan ni nak memiat telinganya.  Lepas tu bila dia tau mak marah, bukan main lagi nak cium pipi mak kiri kanan berdesup desup..  Hahaha politik betul anak aku nih!  Bila mak buat tak indahkan dia, terus diam2 bawa diri kat sofa dan tidur.  Kesian pulak nengokkan.. buah hati intan payung gunung meletup!  Moga2 anak mama dah besar nanti sentiasa menjadi penyejuk hati..

Hari ni sibuk buat projek karipap.. Dari buat inti sampai ke kuihnya.  Alaaa... buat sikit je, inti yg selebihnya simpan dulu sampai orang order lagi.  Sebab sejuk, akak jadi rajin2 malas.. 2 hari semalam dah mendeko kek.  Lepas tu hari ni ada order pau & kek masuk.. Alhamdulillah.  Namanya bekerja sambil baring2 malas heheh.. Eh sejuk2 ni mulut pantang masuk dapur.  Ada je yang nak dikudap.  Maklum, makanan lebih ramai dari orang.. Kek toksah cakap, dah namanya kedai kek... Mujo2 badan ni tak gebu macam kek.  Tapi tadi nampak juga ada spare tyre baru.. hihi!

Ni sambil2 tengok album terkini... Gambar yang abi ambik masa riadah di taman depan rumah.  Setakat mak ni, prestasi dah merosot.  Sebulan sekali nak ke situ pun dah payah.. :D

Ni sebenornya bukan bersenam.. nak ambik gambor je.. hehe
 
 Peel Fawwaz yg malas nak jalan.. konon2 penat jogging.. Abi buat macam angkat guni beras je

Kat bawah ni masa ke PD sekali lagi Selasa lepas.  Sebelum ada orang sewa apartment tu, abi ingat nak bawa Fawwaz swimming.  Dia pun semangat bukan main lagi..
 
Rupa2nya hasrat tak tercapai.. Agaknya Fawwaz ingat boleh conquer satu swimming pool sorang2 macam visit yang lepas.. Rupa2nya ada ramai orang, walau hari biasa.. (weekend toksah cakaplah..).  Dengar meriah suara budak, terus dia tekan brake!  Tak mau pun masuk area pool tu.. Mencebik2 tahan tangis..  Awatlahhh... pemalu sangat ke apa.  Mak pun confuse.  Abi bawa ke pantai belakang apartment pun, tak mau masuk air..  Tapi memang kesian tengok.. Menangis keciwa dia..  Macam tu lah nak... hidup kenalah berkongsi.. Mendalam maknanya tu  ;P

Visit yang sebelum tu...

Wednesday, October 3, 2012

Rindunya Zaman Itu..

Perbualan singkat pagi tadi sewaktu saya membeli kue tiaw goreng di sebuah gerai nasi lemak tepi jalan..

Kakak NL:  Kerja mana?
Me : Saya tak kerja... surirumah je
Kakak NL : mmm... nampak macam orang kerja..
Me: Hehe.. baru ngantor anak sekolah..

Memang selalu orang bertanya kat saya samada saya kerja ke... termasuklah bila di sekolah Fawwaz.  Agaknya sebab saya tak pernah hantar anak dengan memakai t'shirt dan track bottom.. :P

Sebenarnya saya rindu zaman bekerja.  Dalam waktu yg sama, saya tak boleh bayangkan kalau bekerja semula.. Saya dah lama tak buat sesuatu dalam keadaan didesak, atas arahan dan perintah, ada deadline,..

Teringat kata2 ex boss saya masa saya baru tender resignation dan dia nak tawarkan jawatan lain, kot2 saya resign sebab tak suka kerja dan jawatan masa tu "Awak boleh tahan ke?  Mula2 memang OK, lama2 nanti boring pulak.. sebab dah biasa kerja..".

Boss.. memang lama2 saya boring dan tertekan!  Tapi saya dah get used to it.. dah 5 tahun. Family esp my son is my priority  :)