Pages

Tuesday, July 30, 2013

Mak Kena Mandi Ais..

Selesai sudah sesi rawatan 3 hari di Attitude Therapy untuk Fawwaz.. Seawal 9.40 pagi kami dah sampai ke klinik. Tapi Fawwaz bila nampak je tangga depan klinik tu, terus dia patah balik ke kereta yang agak jauh letaknya. Jenuh memujuk walau dah tukar parking betul-betul depan klinik. Dipujuk dengan pembantu klinik pun tak menjadi. Akhirnya Allah gerakkan hati dia untuk keluar dari kereta dan masuk ke dalam klinik.

Tapi dia masuk bukan untuk mandi ais macam 2 hari yang lepas. Mati2 dia tak mau! Akhirnya, pembantu beritahu boleh tukar dengan mak. Maknanya mak niatkan mandi tu bagi pihak anak. Betapa flexible nya kaedah rawatan ni.

Maka mak pun masuklah ke dalam bilik rawatan. Melalui proses skrub dengan garam. Lepas tu masuk tub macam Fawwaz semalam. Nah! Baru tau betapa sejuknya mandi ais. Menggigil-gigil saya dibuatnya. Tapi kenalah aksi macho dengan menjirus2 air ais tu ke seluruh badan dan kepala. Dah tentu air tu sampai tahap leher. Kasihan Fawwaz... memang patut dia serik. Sampai lebam kehitaman bibir akak ni lah.. Teringat kata doktor, bila tengok bibir Fawwaz kekal warnanya.. Dia kata kalau ada penyakit, bibir akan kebiruan... Huh! Penyakit apalah yg dalam badan akak ni ye.. Kalau ada pun, buat tak tau je lah!! :P

Lepas selesai mandi, terus buat solat hajat. Biasanya saya buat di tengah malam, dalam pukul 2-3 pagi.. Sejak masuk Ramadan ni, agak senang nak melaksanakan solat di waktu sebegitu. Alhamdulillah. Walau doktor tak suruh, sebelum buat treatment tu saya buat dulu solat taubat. Semoga doa2 dan amalan kita nanti diterima Allah.. Maka dengan solat hajat tadi, selesailah proses mandi ais. Dan keputusannya amat baik sekali. InsyaAllah, sudah tiada gangguan makhluk yang kita tak nampak dalam diri Fawwaz. Yang mengekorinya semenjak dia bayi, atau mungkin dari dalam kandungan mengikut kata seorang ustaz yang saya pernah temui (tapi saya ragui ketika itu).. wallahualam.

Hari ni antara yg doktor diagnose selain dari gangguan ialah yang berkenaan masalah dirinya merangkumi IQ, EQ, kesedaran, memori, skill, imaginasi, autism, dan penyakit2 lain termasuk sistem penghadaman. Sistem penghadaman amat penting kerana ia boleh mengawal perkara yang lain. Ada yang menaik, menurun dan masih tahap yang sama. Paling rendah ialah sistem penghadaman. Dalam hati saya mengiyakan kerana memang Fawwaz ada masalah selera makan dan buang air besar. Paling tinggi ialah imaginasinya. Wah! Fawwaz boleh jadi pakar inovasi..atau pereka kot. Yang tak berubah ialah autismnya itu. Masih 15% dan memerlukan paling2 6-10 botol JERI (makanan minda) untuk melihat kesannya. Sistem tiroidnya pun kurang baik.

Kami keluar dari klinik dalam pukul 12.30 tengahari. Terus balik Jitra. Terasa panjang perjalanan sebab saya mengantuk! Singgah di beberapa kawasan rehat. Di Bukit Gantang untuk tidur dan beli aiskrim strawberry permintaan Fawwaz, Gunung Semanggol untuk solat dan isi minyak dan akhir sekali di Gurun sebab ngantuk lagi. Tahap ngantuk di area Gurun tadi membuat saya keliru dengan masuk ke lorong exit instead of R&R. Mujur cepat sedar dan reverse ke belakang untuk beberapa meter. Padahal R&R tu dalam 3 km lagi. Dan bila sampai situ, ngantuk pun dah hilang... hehehe!

Sampai rumah rasa macam nak lunyai. Tapi teringat pula Fawwaz tadi tak makan apa2 melainkan kek 2 ketul dan air sekotak sedari pagi. Oh ya.. mungkin aiskrim cornetto tu agak membantu. Terus mak masak nasi dan keluarkan lauk segera. Tapi rupanya, dia lebih berminat dengan biskut sarang semut uminya.. hehehe!

Nak istirehat.. Abe dah belikan nasi kerabu dan cucoq udang tu. Bab2 begini, abe memang top!  :P

Monday, July 29, 2013

Perjalanan Seterusnya.. dan Sesi Rawatan Alternatif

Tengah santai melepak atas katil hotel Seri Malaysia yg dah usang ni... Apa2 pun saya bersyukur dgn nikmat Nya. Sekurang-kurangnya ini hotel milik melayu yang masih bertahan sekian lama walau banyak hotel2 lain yg tumbuh bak cendawan selepas hujan. Biliknya lebih luas untuk Fawwaz berlari2 dan melompat2 berbanding hotel bajet yang lain. Cuma kebanyakan hotel bajet baru sekarang ni, masing2 pakai TV LCD ataupun plasma hehehe...

Hari ini merupakan hari kedua saya di Ipoh untuk treatment Fawwaz di Attitude Therapy. Semalam datang bertiga dan balik hari dari Jitra-Ipoh-Jitra. 10 jam jumlah perjalanan, mengikut kiraan en abe. Terasa macam nak lunyai pun ada. Tapi bila dah kat rumah tu, ada pulak tenaga extra. Macam2 dibuat dan sedar2 dah dekat 12 malam... Hari ni pulak saya drive sorang2 dengan Fawwaz sebagai penumpang di belakang. Abe tak ikut. Saya ni malas nak bersoal jawab.. Ikut je apa yang diilhamkan dek bos besar. Walau macam tak mampu kederat, tapi semangat juang yang membara membawa saya ke sini dengan bantuan Allah.

Sesi semalam, Fawwaz kena mandi ais. Sepatutnya berendam selama 15 minit. Tapi tau jelah, budak kecik mana nak tahan. Sejuk... ais 1 bag tu! Dipanjat2nya tub tu.. tapi taklah tahap meraung. Masih dalam kawalan. Doktor kata, Fawwaz ni sihat sebab mulutnya tetap cerah. Kalau berpenyakit, bibir akan menjadi kebiruan waktu ais dimasukkan. Sebelum mandi ais yang bercampur garam dan pelbagai ramuan tu, terlebih dahulu badan Fawwaz kena scrub dulu dengan garam halus yang berwarna kebiruan. Alhamdulillah, dia memberi kerjasama sebaiknya dan tak menyusahkan doktor. Mula2 macam nak meragam juga. Rupanya katil rawatan tu tak menepati citarasanya. Akhirnya dia yang pilih sendiri katil mana nak baring..hehe! Sambil di skrub, mak kena baca al Fatihah, ayat kursyi sebanyak 7 kali dan selawat sebanyak 3 kali. Malam pula, mak kena buat solat hajat bersama doa khusus.. Agak simple dah mudah untuk dilaksanakan. InsyaAllah... dan, pemeriksaan buat kali kedua selepas mandi, banyak perubahan positif  :)

Hari ini iaitu hari kedua, Fawwaz agak agresif. Hari ni rawatan dilakukan oleh pembantu. Masa sesi skrub, masih memberi kerjasama dengan baik. Tapi masa mandi, terutama bila dituang ais, dia pun mula menjerit2. Bergema satu klinik. Mak pula terpaksa korbankan diri untuk basah sekali. Main jirus-jirus je. Bila dah selesai pun, agak lama juga nak pujuk. Sampaikan ke hotel dia masih berseluar mandi. Selepas mandi, buat pemeriksaan lagi. Alhamdulillah, kesan saka dah hilang sepenuhnya. Tinggal 'seekor' makhluk sedara saka yang degil dan mempunyai tenaga agak kuat. Doktor kata, itulah yang menjerit2 tadi... huhuhuuu!

Esok, saya agak risau juga untuk menghadapinya. Maklumlah, Fawwaz ni mudah ingat dan serik terhadap sesuatu. Lagi pulak nak me'nyah'kan yang degil lagi power tu.. Doa sya semoga usaha di bulan Ramadan al mubarak ni menghasilkan kejayaan. Esok mak ni kenalah tanam niat untuk mandi ais bersama Fawwaz di dalam bath tub tu... gggggg sejuknyaa!!! Hehe.. belum2 dah fikir yg sejuk. Esok juga merupakan hari terakhir untuk treatment kali ini. Doktor akan diagnose autism nya sekali lagi. Semoga perkembangannya positif seperti result hari ni.

************************
Set produk untuk digunakan oleh Fawwaz. Susu kambing tu tak masuk pakej. Cuma doktor sarankan minum susu kambing yang lebih baik dari susu lembu yang berasid. Air soya pun doktor tak setuju sebab tak bagus untuk usus.  Adalah beberapa benda tu yang mak ni masih tak yakin nak bagi anak. Nak kena kreatif betul untuk bagi anak makan...


Sedang kerimasan bila seluruh badan berlumur dengan garam...

Thursday, July 25, 2013

Satu Perjalanan...

Pagi ni pergi ke Hospital Sultanah Bahiyah untuk ambil referral letter dari doktor pediatrik untuk membawa Fawwaz berjumpa psychiatrist. Sebelum tu 23/7 lepas sesi temuramah dengan ped dulu. Dan sebelum dapat jumpa ped, kena dulu berjumpa dengan doktor di klinik kesihatan Jitra, sebab alamat kami di Jitra. Macam tu lah proses dan prosidur nya huhuhu! Walau dah sampai HSB haritu, kami terpaksa patah balik ke Klinik Jitra. Appointment hospital, pijak klinik uruskan.

Seperti ulangan soalan dari masa kami ke Hospital Ampang suatu masa dulu. Tapi kali ni, lebih banyak soalannya. Fawwaz pula menunjukkan sikap sebenar dia dengan hanya mundar-mandir di kawasan bilik tu tanpa memperdulikan doktor. Duduknya hanya bila doktor beri dia block yang hanya beberapa ketul (5-6 je). Akak rasa macam nak sedekah je blok2 Fawwaz tu kat klinik. Dulu kat Ampang tu pun sama... isk isk. Camna lah nak buat assessment ye.. hehe!

Jadinya, tadi hanya ambil surat tu tanpa appointment. Saya fikir, dorang setkan appointment bagi pihak pesakit. Takpelah.. Saya pun ambil inisiatif sikit sebelum melangkah keluar dari kawasan hospital. Minta nombor telefon dari tempat pertanyaan. Saya pun telefon Klinik Psikiatri Alor Star yang terletak di tempat lain (hospital lama). Alhamdulillah, urusan menjadi lebih mudah sebab boleh set appointment on the spot! Setakat ni, memang bagus layanan para kakitangan hospital. Appointment will be on 5/8/13, 2 pm. Sehari sebelum kami plan nak balik kampung. Syukur... tak mengganggu plan. Tapi demi Fawwaz, umi tak kisah..

Harap2 tak banyak lagi proses tanpa jawaban yang perlu dilalui. Bukan tak sanggup, andai cepat lebih melegakan. Sekurang-kurangnya boleh terus membuat tindakan. Gerak hati umi ni macam tidak memungkinkan yang Fawwaz akan sambung persekolahan di SKDH tu. Nak buat camna, takda rezeki.. Tapi tak boleh buat kesimpulan lagi sebelum dapat keputusan ujian.

Lepas ni nak buat temujanji dengan Attitude Therapy pulak. Bakal berkampung di Ipoh 3 hari nampaknya... :)


Saturday, July 20, 2013

Terkadang Memang Kita Cuai..

Rasa sedih teramat bila membaca kisah anak yang menemui ajal di dalam kereta akibat kecuaian ibunya.. Sebenarnya saya tak sanggup nak mengatakan si ibu cuai, cuma tak jumpa perkataan yang lain. Sebagai ibu, saya tak dapat nak bayangkan perasaan ibu itu. Beratnya ujian buat dia. Berat mata kita memandang, berat lagi bahu memikul. Yang pastinya, seumur hidup tak mungkin mampu peristiwa itu dilupakan.

Wahai ibu2 yang lain dan masyarakat semua.. Janganlah kita beratkan lagi perasaan ibu itu dengan pelbagai tuduhan dan kata nista. Berdoalah untuk diri sendiri dan ibu-ibu lain agar peristiwa sebegitu tak berlaku pada kita. Kerana perancangan Allah itu adalah suatu yg misteri. Bagaimana kita cermat dan berhati-hati, ada ketika kita akan alpa.. terlupa.. tercuai. Tanpa kita sedar. Tanpa kita merancang.

Pastinya si anak akan jadi ahli syurga. Bakal menanti ibunya di sana..

Saya mula memandang kepada rekod diri sendiri. Menjaga anak yang seorang. Sering tanpa bantuan sedari dia masih bayi. Melalui zaman2 dia kuat meragam. Menguji tahap sabar ibu yang sedari azalinya kurang penyabar. Astaghfirullah.. hanya istighfar yang sering saya ucapkan. Adakala syaitan berjaya membisikkan kata-kata jahat. Membuat saya bertindak di luar batas ibu penyayang. Padahal dalam diri ini tiada lain melainkan anak yang sentiasa didahulukan.

Saya pernah tinggalkan dia sendiri di dalam kereta waktu membeli barang. Juga waktu ke tandas di RnR juga airport. Saya tinggalkan dia sendiri di apartment untuk keluar membeli barang atau makanan. Juga untuk menghantar pesanan. Sebabnya kerana dia meragam dan tak mahu keluar kereta atau rumah. Saya sedar itu bukan lagi kecuaian tapi mungkin lebih dari itu. Tapi kerana tiada orang lain untuk bergantung harap, kadangkala saya terpaksa. Saya pastikan dulu yang dia akan selamat. Kereta dikunci dan diberi ruang udara. Rumah juga dalam keadaan selamat. Waktu itu ada pengawal dan sistem keselamatan apartment yang ketat. Kemudian, saya berdoa sehabis2nya kepada Allah supaya melindungi anak saya. Saya tawakkal. Saya yakin, Allah sangat kasihan kepada saya yang sering mengurus rumahtangga sendirian. Alhamdulillah, kisah itu sudah berlalu. Keadaan kini adalah lebih baik.

Kini tiba saya ke tahap comfort zone. Si anak sudah boleh bertoleransi. Sudah mudah diurus. Tidurnya sudah tenang dan saya pun dapat menikmati tidur yang lena sepanjang malam. Namun, ujian itu belum putus. Masalah lain pula timbul. Dan saya baru hendak memulakan semula langkah yang pernah terhenti. Saya redha dengan segala ujian ini. Saya tahu Allah sayangkan saya. Seperti apa yang berlaku kepada ibu Allahyarham Iris, tidak semua orang akan faham situasi yang kita lalui. Kerana kita tidak berada di tempat yang sama...

Ramadan dan Selera Yang Hilang

Ngantuknya mata.. dan macam nak terlerai tulang dari badan... haha betapalah ayat exaggerate akakk!! Memang agak semput dan letih hari ni. Membasuh sampai 2 round dan terpaksa isi air secara manual untuk mesin automatik tu. Dah lebih seminggu macam tu sebab salur airnya tak ngam dengan kepala paip di toilet tu. Sejak duduk di rumah ni, entah berapa kali dipasang sambungan yang berharga RM7.50 satu. Tapi 2-3 hari lepas pakai, akan bocor balik sambungan getahnya dan air akan memancur dari paip. Kalau 75 sen takpe juak. Lama2 saya kata kat abe, tak payah tukar. Membazir. Akibatnya akak jugak yang menderita kepenatan. Duk ulang alik masuk toilet tu.. Memang takde tempat khas untuk mesin basuh di rumah ni. Jadi, sementara nak siap rumah sendiri, tahap sabar jelah kepada segala kekurangan. Ada lebih kurang 5 bulan untuk tahan sabar tu.. huhuhu!

Bila penat badan, akak rasa semakin tua rasanya. Nak naik tangga ke tingkat atas pun macam rasa nak merangkak je. Lemah sangat rasa. Ikutkan pergerakan masih cergas, tapi kaki terutamanya, tak berapa kuat.  Dah lama tak makan supplement.. Tapi, takpe ke hidup berharap pada supplement?

Sejak masuk bulan puasa, walau baru je beberapa hari akak bermula, tak kurang 2 kg hilang. Kalau mula2 duduk sini abe cakap badan nampak naik sikit, dan bila timbang memang naik pun dekat 54 kg, sekarang dah kira underweight balik. Tak sampai 50kg berat ku.. Mungkin bila puasa ni, selera tak berapa menjadi walau makan macam biasa. Bila dah makan nasi, tak mampu nak makan lain2. Kadang teringin dan makan juga extra, tapi perut jadi senak pulak. Jadi, harapan nak tambah berat ni, kenalah tunggu raya nanti...

Kelmarin sempat juga ke pasar ramadan. Memang banyak makanan yang nampak sedap. Favourite akak nasi kerabu dan nasi dagang pun ada beberapa gerai. Tapi langsung tak teringin nak makan sebab duk teringat sambal tempe yg masak sendiri di rumah. Semalam pun abe offer kalau nak kirim apa2 kat pasar ramadan. Puas memikir, lama2 tawaran ditutup.. tapi abe belikan juga sebekas jelly kelapa yg ada lagi kat peti sejuk tu.. ehehhh!

Aku dan tembok rumahku yg belum siap... hehehe!

Monday, July 8, 2013

Ujian Terbaru..

Cuaca sejuk di petang hari. Mungkin pembawaan dari hujan belah pagi tadi. Dah dekat nak asar, mata ni mengantuk bukan main. Sejak balik dari KL, belum sempat nak tidur tengahari macam selalu. Tiba-tiba ada banyak aktiviti pulak.. Ini pun baru siapkan sikit karipap untuk dimasuk ke dalam freezer yang tak habis2 cuti tu. Bila orang bertanyakan karipap, baru makcik menggagau nak buat hehehe!


Kisah pagi tadi... Alhamdulillah, berjaya juga perjumpaan dengan Guru Besar sekolah Fawwaz. Membincangkan perilaku Fawwaz yang di alam fantasi tu. Dah setengah tahun masih tak mau belajar dan buat kerja sekolah. Jadi, guru besar dan cikgu kelas 'concern', bimbang dia jauh ketinggalan. Yang buat mak dia ni puas hati, bila abi dia pun dapat turut serta. Kiranya dah makan tahun mak makan hati sebab ada  rejection terhadap pandangan dan gerak hati mak terhadap anaknya. Sampai mak ni berhenti bersuara, bimbang jadi kemarahan, doa tak baik dan macam2 lagi lah. Dan sekarang, masanya telah tiba untuk kerja berpasukan menangani masalah anak seumpama ni.

Ini nampak macam kesinambungan dari perjumpaan dengan doktor di Attitude Therapy minggu lepas. Kebetulan cikgu bertindak pada waktu yang sama. Masih belum dapat tentukan tarikh untuk buat rawatan di Ipoh tu. Mungkin esok, akan dapat surat sokongan guru besar untuk buat pemeriksaan di hospital. Kegunaannya ialah untuk menentukan samada dia sesuai atau tidak untuk meneruskan persekolah di situ. Sebabnya, kat sekolah tu tak ada cikgu yang khas untuk kes2 sebegini. Cikgu2 yang ada hanya untuk murid2 normal. Tapi InsyaAllah, sekolah yang menyediakan guru khas ni ada di persekitaran. Cuma keluar sedikit dari kawasan taman ni. Sekurang2nya, sedikit lega juga bila ada backup school ni. Walau apa2pun, kena buat rawatan apa yang patut sebelum terus memikirkan pendidikan khas tu.

Mungkin sinar yang menanti menjelang ramadhan. Saya kira, perkembangan Fawwaz terkini adalah sebuah hikmah. Dia nampak semakin mudah diurus di rumah tetapi semakin sukar di sekolah. Penemuan beberapa faktor dalam diri Fawwaz, mendekatkan saya pada Maha Pencipta. Semakin ketagih untuk bertahajjud,solat taubat, hajat dan dhuha. Kalau dulu amat sukar nak buat yang sunat, kini sangat senang melakukannya. Mak ni rasa bersalah sebab tak mampu melindungi anaknya dari jin dan iblis. Kini yg mampu mak lafazkan tatkala tersedar ialah ucapan "Lailahailla anta subhanaka inni kuntu minazzalimin..". Akulah yang telah menzalimi diriku ya Allah... :(


Sinar yang lain ialah apabila sebuah akhbar bertanyakan andai boleh wartawan tu interview saya. Sebab dia nampak gambar kek2 dan makanan frozen di FB page saya. Saya cakap, saya tak hebat pun.. Jual kecil2an dan orang pun tak ramai tau esp bila dah pindah Kedah ni. Dan dia kata sebab tulah dia nak masukkan saya kat paper tu. Memang cari yg tak popular dan lepas ni satu Malaysia boleh tau yang akak jual kek. Hehehe... macam tak percaya. Jadi macam jakun je akak duk canang kat FB.

Tiba2 saya bimbang sebab bukan pandai sangat sebenarnya. Kedudukan dapur pun tak selesa di sini. Cuma mungkin sebab minat yang mendalam, apa yang saya buat tu menjadi. Sejujurnya, saya merasa amat tak yakin untuk bercerita tentang kepakaran diri. Tapi, bila baca komen kawan2 yang sangat membantu menaikkan semangat ni, saya rasa keyakinan datang semula. Inilah pemasaran percuma yang tak semua orang dapat peluangnya. Semoga ianya menjadi jalan laluan untuk kejayaan yang saya dambakan selepas bertahun semangat merudum. Terima kasih kawan2 dan adik beradikku!

Semoga Ramadhan dapat kulalui dengan limpahan rahmat Allah. Anakku... bisnesku... juga urusan rumahtanggaku.. Untuk petang ni, akak dah alihkan sendiri lokasi dapur oven yang gedabak tu dengan peti sejuk yang akak comel saiznya. Switch tempat. Inilah namanya tenaga "incredible hulk" versi perempuan ayu  :P


Wednesday, July 3, 2013

MARA dan Aku... Hutang

Alhamdulillah syukur... akhirnya saya bebas dari belenggu hutang MARA!! Bukan hutang apa.. Pinjaman pelajaran masa buat post graduate. Hari ni saya berjaya menjelaskan kesemua baki tanpa perlu tunggu jadual terakhir 2015 nanti. Lama kan... Dari 2003 ke 2015 untuk pinjaman belasan ribu. Yang saya suka pada MARA ni ialah jadual pemulangan wang yang tidak terlalu membebankan. Pembayaran bermula hanyalah selepas setahun peminjam habis belajar dengan permulaan bayaran sebanyak RM50 untuk 2 tahun. Lepas tu baru naik sedikit demi sedikit. Agak2 masa tu peminjam dah establised dalam karier masing2. Taklah macam akak yang terus bersara ni... huhuhu!!!

Sentiasa tanamkan dalam hati untuk membayar hutang pelajaran. Walau rasa kerajaan dah kaya untuk tanggung pelajaran kita. Pinjaman yang takda interest mahupun service charge. Apa lagi nak dikeluhkan. Sedangkan gaji masing2 dah tinggi, mampu pakai kereta import yang hebat lagi. Kenapa tak dulukan bayar hutang? Tapi, memang apa jua bentuk pinjaman wang ni agak berat untuk diselesaikan. Kalau tak tanam niat betul2 bersama disiplin. Dan sebenarnya ada cara untuk kita tak membayarnya. Dengan menjadi pelajar cemerlang. Kalau tak 4 flat, sekurang2nya DL selalu. InsyaAllah dapatlah.. Kalau tidak, jangan nak mengeluh2 atau mencabar kredibiliti yg bagi pinjam!

Dah selesai dengan MARA, misi seterusnya ialah nak pulihkan nama dekat Celcom. Kes yang dah makan tahun. Puncanya billing sistem yang bercelaru, wang pos yang lesap tak captured by system, billing jalan walau dah disconnected, customer service tak mampu selesaikan, dan macam2 lagilah yang buat ahkak naik hangen tak mau bayar apa yang akak rasa patut bayar. Tapi susah juga kalau forever blacklisted ni. Yang beban ni, nak mencari office celcom kat sini... :(

******************************
Gambar selingan. Pagaq rumah dah naik semalam... Harap2 sebelum abe gi haji boleh siap. Boleh akak berangan2 deko2 bersama Eric (mimpi laa...)  :P