Wednesday, February 29, 2012

Senyum Pengubat Jiwa

Saya sering berjumpa seorang ibu di tadika.  Kalau bukan hari2 pun, memang selalu sangat.  Dan saya selalu cuba nak senyum padanya... cuma sampai ke hari ni, walau kami duduk bersebelahan di meja yang sama, dia langsung tak sudi nak membalas senyuman saya.. Mungkinkah senyuman saya tak nampak cukup ikhlas?  Keciwa saya...

Oh ohh.... mahalnye senyuman.. dah lama juga saya tak dengar lagu senyum Najwa tu di corong radio.. Atau lagu senyumlah.. senyumlah.. wahai cek mek moleK!!! hahaha... malam2 ni aku pun melalut dahhh

Kuasa Komputer

Sejak hari Isnin lepas keceriaan saya tiba-tiba diragut.  Tiba-tiba saya rasa kehilangan, kebingungan dan sebagainya.  Selama kini, saya tidaklah tak karuan begitu.. Walau berjauhan dengan suami, melayani kerenah anak manja yg seorang ni.. semua saya lalui dengan hati yg masih berbunga2.

Isnin itu, selepas menghantar Fawwaz yg meragam tak mau ke sekolah awalnya, saya melepaskan perasaan dengan memandu jauh-jauh ke Bandar Baru Bangi, tempat yang saya amat jatuh cinta.  Kalau tak jatuh cinta, tidaklah sampai ke situ saya bersalin dulu.  Cuma tak berpeluang nak menjadi penghuninya.  Saya bersarapan di McDonald yg sangat selesa ruangnya.  Sambil melayani perasaan.  Makan muffin dan kopi... pergh! Indahnya..

Sebenarnya tujuan utama ialah nak mencari sesuatu.  Saya nak cari Smart CocoA+ yg dengarnya baik untuk minda kanak2, melalui testimoni yg ada. Puas saya cari di online market, tapi tak ada.  Saya pasti di BBB ada.  Lepas sarapan, saya ke Yummy bakeries, membeli bahan2 kek.  Memang itulah tempat yg saya suka pergi.  Kemudian nak ke Giant, tapi masih tutup.  Terus ke PKNS.. Alhamdulillah, dapat beli smart coco tu di sebuah farmasi.  Saya terpinga2 asalnya sebab tengok harga tu RM14.  Padahal yg saya tau, sekotak RM21. Selepas bersoal jawab dengan pekerja di situ, rupanya dorang salah tag.  Yg 14 tu ialah 14 SGD/BND.  Ayoyo.. tuan kedai, sila pastikan pekerja anda tak membuat salah begitu.  Saya boleh je diamkan dan bayar, tapi mengenangkan halal haram dan nak bagi makan anak, saya kena yakin akan harga itu.

Dah letih pusing2 BBB saya balik lah.. Memandu tenang sambil mendengar radio IKIM.fm.  Dapatlah input sikit2 petua rumahtangga.. Antaranya:
(1)  Suami/Isteri sebaiknya menyedekahkan atau menghadiahkan Al-Fatihah kepada pasangan masing2 untuk kerukunan dan kebahagian rumahtangga, dsb
(2)  Suami harus dengar apa yang diperkatakan isteri sehingga habis ayat.. jgn ego dan potong sekerat jalan (adalah penerangan ustaz tu..)
(3)  Isteri yg biasa berpangkat di pejabat juga kenalah dengar kata2 suami... jgn tau nak marah atau mengarah je ;)

Itu je yg saya ingat... ingat nak post sikit2, sharing kat FB... rupa2nya, malang menimpa.  Lappyku mati sebelah.. kena stroke!  Cth hurup yg boleh ditaip ialah QWERTY je.. sampai UIOP dah tak keluar!  Maknanya sebelah keyboard berfungsi, sebelah kanan tidak.. Maklumle, bawahnya panas dan hangit.. Hwaaa.. sampailah hari ni ia begitu.  3 hari makan hati sebab tak dapat nak menaip..  Rupanya, inilah kegembiraan saya selamakini.  Bila dapat menulis walau sebaris ayat di sini.. Mujur juga masih boleh connect ke internet, sebab mouse masih berfungsi.  Boleh click, tapi tak boleh menaip.. Boleh juga baca akhbar dan macam2..

Pagi ini saya dah tak tahan... Asalnya saya nak ikut rombongan budak2 tadika ke Masjid Wilayah untuk sambutan Maulidur Rasul peringkat zon.. Bila bas penuh, dan fikirkan sampai bila Fawwaz nak berdikari, maka saya tukar arah tuju.  Lepas buat kerja rumah, saya survey netbook kat Mines.. Sebenarnya semalam pun dah survey kat Seri Petaling ni.  Akhirnya saya patah balik ke Seri Petaling... dan dapatlah benda baru.. hehehe!  Nak tunggu abe balik Sabtu ni macam lambat sangat.. Inipun kiranya masih rahsia buat dirinya..

Inilah kuasa komputer yg telah meresapi diriku.. Takde barang kemas takpe, jangan takde komputer dan internet hahahh!  Barulah tenang makcik nak bekerja dan beribadah... Walau Fawwaz yg banyak memegangnya untuk bermain flower n zombie.. ;)

Sunday, February 26, 2012

Merajuk Mak

Dari semalam akak berangan2 nak meronda di Kompleks PKNS Bangi pagi Ahad ni.  Adalah benda yang nak dicari..  Sambil nak hantar karipap frozen ke rumah kawan di Bdr Tun Hussein Onn dan menjenguk CikNya di UKM yg dengarnya tak berapa sihat.  Lepas tu nak beli barang yg dah kehabisan stok dan makan tengahari.

Diri sendiri dah siap.. bibir pun dan merah, tinggal nak sarung tudung je, sambil berfikir "aku ni dah lama tak beli tudung... asik2 tudung ni je!".

Giliran cikmat pula... Mana yg mama keluarkan baik seluar atau baju, semua tak nak.  Memang gitulah sekarang.. pakaian kena dia sendiri yg pilih kat lemari.  Lebih 5 pasang baju baru langsung dia tak pandang.  Nanti tau2 tak muat!  Yang dia suka baju 2-3 thn lepas... Memang masih muat lagi, sebab dia tak membesar cuma meninggi..  Kalau seluar tu, cepat je senteng.  Seluar pula nak yg panjang je.  Favourite dia sekarang ialah SELUAR SEKOLAH! iaitu seluar track tu.  Sekolah pun satu, dah 2 bulan sekolah, uniform tak siap2 lagi.. rumit sangat kot design nye.

Tadi selepas jenuh memilih akhirnya seluar jeans tersarung sampai tahap peha.  Tiba2 dia kata nak tidur (maknanya taknak teruskan pakai..). Tiba2 pula mak jadi bosan.  Terus buka balik (dia pun menyerah) dan tukar niat.  Mak pun tukar pakaian lain.  That's it!  Tak payah dah nak ke mana2..!!

Macam tulah kehidupanku sebagai ibu tunggol.  Nak buat apa2 kena ikut anak, mood anak, selera anak..  Saya ikutkan sebab kira keluar tu bukan terlalu penting mcm nak ziarah orang meninggal, nak pergi jauh, balik kampung atau perkara2 darurat yg lain.  Kalau didesak, saya juga yg susah di jalan.  Tak boleh buat apa2..  Lagipun tadi dia bangun sebelum pukul 6 pagi.  Tidurnya tak pernah sampai 8 jam macam budak2 lain.  Dan masih terngiang2 di telinga saya kata2 seorang ustaz yg saya temui semalam.  Semoga Allah lindungi dia.. dan diriku dari syaitan yg direjam.

Sejak mandi tak pakai baju.. Dan dia happy di alam fantasinya.. ada polis, ada fire engine, ada rumah, doktor.. speaking london lagi.  Anak mat saleh celup... haha!

Friday, February 24, 2012

Kelkatu Terbang Malam

Wah! Macam tajuk novel je.. Sejak lepas solat maghrib tadi tiba2 berlumba2 kelkatu masuk ke bilik dan ruang depan.  Lama tak nampak kejadian gini.. dan rasanya pertama kali kat rumah ni.  Yelah, petang tadi kan hujan lebat.  Sekarang ni sejuk je kat luar tu.  Ditambah dengan lokasi di tepi taman berbukit yg menghijau..

Kalau dulu zaman kecik2 di kampung, bila kelkatu keluar dari sarang selepas hujan, kami kena gelapkan rumah.  Cuma pasang lampu minyak yang diletak di tengah2 dulang besar berisi air.  Kelkatu2 tu akan berkerumun di sekeliling lampu, dan jatuh ke dalam air.

Macam malam ni, manakan nak gelapkan rumah... nak matikan 2 unit lampu yg terang di ruang depan tu pun Fawwaz tak kasi.  Jadi, biarkan jelah serangga tu berlegar2 di situ.  Lama2 susut juga bilangannya.. mujurlah!  Hairan juga ye, macamana dia masuk ke dalam dan menyusut.  Padahan pintu bertutup rapat.  Mesti menyelit2 dari celah2 sliding door tu...

Tuesday, February 21, 2012

Apa Tugas Surirumah?


Dulu, semasa bekerja, saya kurang berfikir yang tugas-tugas surirumah ini sangat berat.  Bila sudah melaluinya selama hampir 5 tahun secara sepenuh masa, tidak dinafikan ia bukan semudah yang disangka. Ianya menuntut kekuatan mental dan fizikal.  Ditambah dengan tanggungjawab sebagai isteri dan ibu.  Namun, redhalah... kerana sangat besar ganjaran pahalanya.  Asalkan kita ikhlas dan melakukannya kerana Allah Ta'ala.

Tugas-tugas surirumah tidak akan selesai sedari bangun tidur hingga ke waktu tidur semula.  Namun, semuanya bergantung kepada ketangkasan kita dan kebijaksanaan kita dalam membahagikan waktu.  Surirumah juga perlukan "time management" yang baik.

Kita lihat apa tugas2 biasa yang saya lakukan sebagai contoh:

Pagi :
-  Solat
-  Menyediakan sarapan.  Kalau rajin masak sendiri. Kalau nak senang, buat air/susu dan makan roti atau bijirin je.  Kalau dekat, boleh beli je kat gerai
-  Hantar anak ke sekolah
-  Balik rumah.  Sarapan (saya lebih suka sarapan sambil santai menonton TV, membaca berita online atau buka facebook)
-  Membasuh pakaian (mesin).  Baju sekolah dan tudung, basuh dengan tangan.  Cadar dan tuala kena tukar setiap minggu
-  Menyapu seluruh rumah.  Seminggu sekali, vacuum dan mop lantai
-  Mengemas, terutamanya permainan si kecil yang memenuhi ruang TV
-  Mencuci pinggan, mangkuk, cawan, periuk yg tiada kesudahan
-  Menyidai pakaian dan melipat pakaian kering
-  Masak untuk tengahari.  Kalau cuma berdua dengan anak, lebih ekonomikal beli makanan di restoran atau gerai
-  Online > dilakukan dgn tugas2 lain, utk terapi pagi dan mengikuti perkembangan semasa
-  Menjemput anak dari sekolah

Tengahari
-  Makan dan solat
-  Online
-  Tidur sekejap (selalunya tak sempat atau sekadar tidur ayam sebab anak kacau/bising)
-  Projek dapur > buat kuih, masak untuk malam dan lain-lain
-  Layan anak.  Kalau sempat atau anak tak tidur, pergi beriadah di taman depan rumah
-  Mandi, mandikan anak dll

Malam
-  Solat
-  Makan malam atau sekadar makan ringan dan minum kopi.  Suap anak dan melayan apa yg patut
-  Mengemas dapur termasuk cuci pinggan mangkuk dan lap dapur (saya tak suka tengok dapur putih saya tu berminyak)
-  2-3 hari sekali kena menggosok pakaian, termasuk pakaian harian. Paling tak suka, nak menyimpan pakaian2 tu ke dalam almari  :P
-  Online.  Termasuk menulis, berangan dan macam2..
-  Layan anak.  Kadang2 join dia tengok katun
-  Saya juga sering membasuh pakaian dan melipat kain di sebelah malam.  Kadang siang malam membasuh sebab pantang tengok benda kotor
-  Tidurkan anak
-  Saya pun join tidur... penat dah!!

Ini adalah jadual kalau suami tiada di rumah.  Kalau dia ada, tugas-tugas akan bertambah sedikit.  Yang kurang ialah kadar 'online' saya sebab dia guna laptop ni.. hehehe!

So, memang kerja di rumah takkan habis.  Bezanya dengan kalau kita separuh masa di tempat kerja ialah, kita tiada tekanan lain, dari pihak lain termasuk bos atau rakan sekerja juga pelanggan.  Tapi, yang membuat kita tertekan pula ialah tiada rakan untuk bercerita atau berkongsi perasaan. Kadangkala tak ada 'break' sebab ada sahaja benda yg terlihat atau terlintas di fikiran untuk dilakukan.  Mata sakit tengok gelas di sink, mainan di bawah sofa, rak TV berhabuk, dan lain-lain.

Semasa berbual-bual dengan rakan-rakan seangkatan di Bahrain dulu, mereka pun mengadu yang kerja di rumah tiada penghabisannya.  Dan mereka memberi tips kepada saya, agar sesekali membiarkan sinki penuh, pinggan mangkuk tidak bercuci, rumah bersepah dengan permainan.. kerana jika tidak, kita akan penat mengulangi pekerjaan yang sama.  Memang betul...

Tapi, membersihkan rumah sebenarnya satu terapi.  Hati jadi lapang selepas kita melihat tandas dan bilik mandi bersih (sebab tu juga anak kita akan 'geli' dengan tandas lain.. huhu).  Hati jadi gembira apabila dapat memasak makanan yang enak yang dihargai anak dan suami.  Lagi gembira kalau dapat bersedekah atau berkongsi makanan2 tu dengan orang lain.  Jadi, bersyukurlah kerana dapat peluang menjadi surirumah sepenuh masa.  Kerana ramai yang menanti peluang itu.  Hidup sederhana adakalanya lebih baik dari berlebih2.. Kerana banyak mana pun wang, ianya tetap tidak akan mencukupi.

Monday, February 20, 2012

Pelbagai Cerita Hujung Minggu

Sememangnya kita ini hanya mampu merancang.  Namun Allah yang menentukan segalanya..

Banyak perancangan nak dibuat di hujung minggu, tapi berakhir dengan balik kampung.  En abe balik ke Jitra, cousin nak balik kolej, nak buat sample kuih, nak mengemas semula selepas unpack barang2 yg baru tiba dari Bahrain, dan lain2.  Namun menjelang senja hari Jumaat, Kak Sur  menelefon yang ayah jatuh (almost kena stroke), dan dimasukkan ke hospital.  Bunyinya macam kritikal bila pihak hospital Sabak Bernam tu nak menghantar ayah ke Hospital Kelang.  Tapi tak jadi kerana jantungnya lemah.  Dihantar pula ke Hospital Teluk Intan.  Saya risau yg tersangat kerana sepanjang siang menahan tidur (walau mengantuk sebab berjaga di awal pagi membuat kuih), dah tentu semakin malam makin mengantuk.. Dan saya juga dah lama tak memandu jauh di tengah malam.  Amat berat nak memandu selama lebih 3 jam hanya bersama Fawwaz.  Saya hanya mampu berdoa, memohon Allah berikan yg terbaik untuk semua orang, sambil bersiap sedia untuk pulang di awal pagi esoknya.

Alhamdulillah... dalam perjalanan, kak Na pula menghantar pesanan SMS yang ayah bertindakbalas dengan baik terhadap ubat yang diberi.  Saya pun lega dan memandu dengan tenang.  Sebelum meneruskan perjalanan ke sempadan Perak, saya pass dulu Fawwaz pada pakcik di Sabak Bernam.  Dari Sabak Bernam ke Teluk Intan mengambil masa hampir 1 jam.  Lega bila berjumpa ayah dan mak di situ.  Walau nampak lemah pernafasannya, ayah kelihatan segar.  Memang dia mempunyai masalah jantung, darah tinggi dan macam2 lagi..

2 malam di hospital, akhirnya doktor benarkan ayah keluar pada hari Ahad semalam.  Menggelisah juga sementara nak tunggu keputusan dan keluar dari situ.  Nak jadi cerita, demi nak keluar je, gout ayah pula menyerang.  Bengkak kakinya.. Tapi demi nak keluar dari situ, dia gagahkan juga..  Semoga ayah semakin sihat dan dikurniakan kesabaran dalam sebarang perkara.

------------------
Hari ni (Isnin) kami pulang ke KL.  Fawwaz ponteng sekolah.. Singgah sekejap di rumah mak di Sg Besar.  Mak yang masih gagah membuat kuih untuk dijual walau keadaan kakinya yg sakit tu.. Walau pun boleh kata tak berapa sihat, mak memang rajin di dapur.  Dan mungkin sebab itu, anak2 ni mengikut sedikit sifatnya yang tak boleh diam berehat.. dan suka memasak.  Segalanya secara semulajadi walau antara kami anak2 perempuan mak seramai 5 orang, hanya 2 orang yg membesar bersama mak.  Kami mewarisi sikap berdikari dan kekuatan jiwa mak dan tidak hanya bergantung kepada orang lain.  Ada ketika dirasakan, sebab berdikari ni lah, ada pihak yg mengambil kesempatan samada secara sedar atau tidak.

Hanya beberapa minit bersembang dengan mak, saya pun meneruskan perjalanan dengan membawa 2 ketul kuih apam mak yg tiada tandingan untuk Fawwaz yg selalu mengelat nak jumpa mbah.

---------------
Perjalanan yg tenang ada ketika menguji iman.  Yang penting, jangan lupa membaca doa naik kenderaan setiap kali memulakan perjalanan.  Jalan yg tidak berapa rata, berlekuk2, mendap dan sebagainya agak membahayakan.  Lampu isyarat pula agak mengelirukan... Di beberapa tempat, lampu kuning hanya menyala bagai sekelip mata atau sesaat.  Tadi saja, beberapa kali saya terpaksa membuat 'emergency brake'.  Manakan tidak, jarak hanya beberapa meter, lampu masih hijau menyala.  Kita pun memandu macam biasa, sederhana laju.. Tiba2 bertukar kuning terus merah.  Satu saat je kuning, dan tak sempat buat persediaan untuk berhenti macam biasanya tu.  Bila tekan brek kecemasan, terpelanting budak yg sedang tidur di belakang.  Mujur tak keterlaluan dan tangan saya pantas menahan.  Memang 'habit' saya apabila menekan brek, tangan pantas menahan si anak yang kadang2 di sebelah.  Kadang2 kalau orang lain duduk di sebelah pun saya terbuat begitu... Dan tadi, mujur juga tak banyak kenderaan tiap kali saya buat tindakan kecemasan.

Itulah gunanya doa naik kenderaan... Hanya perlu yakin dan berserah apabila berdoa..

Friday, February 17, 2012

LAU KANA BAINANA

MasyaAllah... indahnya bait2 lirik/puisi ini.. Sejak mula mendengar lagu ni, saya rasa sangat indah dan syahdu melodinya sebelum membaca terjemahan lagu arab ni.. Kalau nak dengar, boleh cari di youtube.. ada banyak version.

Kredit kepada penterjemah (di bawah sekali) dan Ustaz Zamri (fb)...


LAU KANA BAINANA

Puisi Intro
----------
Wahai Tuhanku, kami telah lalai lupa,
Namun setiap orang daripada kami tetap tamakkan,
Keampunan-Mu, dan sifat pemurah-Mu dan kebebasan daripada neraka-Mu, 
Dan juga kami tamakkan syurga, yang dimasuki bersama-sama penghulu seluruh manusia.

Kami mohon pada-Mu...
Mohon dengan sangat, wahai Tuhanku, 
Dari sudut hati kami yang paling dalam...

START
-----
Kalaulah Kekasih-Mu, masih berada bersama-sama kami,
Akan terlunaslah segala hutang dan semakin hampirlah 
dengan haruman Baginda, sebelum hilangnya,
rasa yang meronta-ronta untuk berada hampir dengan Kekasih-Mu.

Berada berhampiran Baginda, jiwa turut menjadi harum
Dan apa jua yang kalian doakan kepada Allah, akan diperkenankan,
Cahaya Nabi Muhammad tidak akan pernah sirna,
Sempatkanlah kami bertemu dengan Baginda, 
Wahai Tuhan yang Maha Memperkenankan doa hamba...

Hidayahmu kepada alam merata meluas,
Tanda hampirnya kasih sayang Tuhan pemberi hidayah,
Hadith-hadithmu ibarat sungai mengalir jernih,
Berada di sisimu bagaikan dahan yang tumbuh segar dan basah.

Kutebus diriku dengan dirimu, wahai Kekasihku,
Nabi Muhammad yang mulia, yang asing,
Berada berhampiranmu, jiwa menjadi harum,
Wahai yang diutuskan sebagai tanda kasih sayang Tuhan kepada seluruh alam....

Wahai Kekasihku, wahai Nabi Muhammad
Wahai doktor hatiku, wahai yang dipuji dipuja
Dirimu memiliki kelebihan yang diakui
Oleh Tuhan yang turut berselawat ke atasmu.

===============================
Allahumma Solli Ala Sayyidina Muhammad.

Hakcipta Terjemahan Terpelihara - Asyraff Hafdzan Abdullah.