Pages

Wednesday, December 31, 2008

HAPPY NEW YEAR 2009

Wish all friends a Happy New Year 2009 and Salam Maal Hijrah 1430H.

Hari ni aku sibuk sekali mengemas rumah dan barang sebelum balik ke S'pore esok. Since semalam macam tak selesai2 pun. This time maybe lama sikit nak tinggal rumah.

So, good by Kuala Lumpur....

Saturday, December 27, 2008

Smile Pleaseee.....Doc

Remember once I wrote about a Singaporean doctor who gave treatment to Fawwaz.. Very polite, soft spoken, detailed, etc.. Nak ambil temperature pun cakap 'sorry..' And how rare that kind of dr here..

Actually I just came back from a clinic somewhere in Serdang for Fawwaz' 3 serangkai 1st booster. So sad that there was non a single smile at all nor a word sorry before or while injecting him (mujur baca bismillah).. At least to calm down the little boy or show that you are a friendly Dr, or maybe she's not. Aku pun hairan dan tak suka sangat bila jumpa Dr yang jenis ni.. That's why aku prefer jumpa Paed like Dr R yg lebih informative walau mahal berganda2. Ni kita tanya sikit jawab nak tak nak.. I just want to try this clinic, at least as an alternative for An-Nur (ramai sokmo). Alternative kat kg i.e. Dr Nurul Huda is much better.

My credits always go to Dr Kham, my Gynae. Very soft, friendly dan sejuk mata memandang. Tapi nampaknya peluang nak jumpa tu entah bila-bila ha ha! Aku dah but Pap di klinik kerajaan je. Free beb. Walau staff nurse je yang buat tp macam professional dan sangat mesra. Aku rasa servis klinik kerajaan ada sedikit improved. Cuma aku hairan, kat kampung aku sekarang ni tengah dilanda wabak cikungunya. Tapi macam takde publisiti (perlu ke?) macam di Kedah atau fogging ke.. Sepi je kat jalan rumah ku walau jiran2 dah kena.

What ever it is, to all doctors and nurses out there, how important psycology is. Incl. your touch, smile, words, info, etc. Takkan tak tau ekk... orang sakit kadang bukan nak gi klinik sangat, tapi saja nak jumpa dr untuk melegakan sakit. Setakat pain killer, can buy at sinseh or kedai runcit he he!

Friday, December 26, 2008

Hijrah

Tahun baru hijrah bakal tiba. Sungguh tak terasa, setahun telah berlalu. Tahun 2009 pun turut sama menjenguk. Aku pun tak pasti ada pencapaian memberangsangkan tak tahun ni.. Aku cuma berharap aku akan menjadi lebih baik tahun depan. Kalau dapat green light, nak kerja balik hu hu! Jangan lupa doa akhir dan awal tahun nanti..

Aku baru tengok adik Muhammad baca Al-Quran b4 Mawi diijab kabulkan. Muhammad ni hafiz quran n muka pun agak familiar kat TV termasuk dlm Mari Bertarannum dan Astro Oasis. Hopefully 10-12 tahun akan datang Ahmad Fawwaz pulak macam tu, Insyaallah.

Aku harap di masa akan datang aku akan menjadi lebih pengingat. Yelah, lately ni aku selalu lupa. Malam ni pun aku baru sedar yg tarikh reunion Astopunk sebenarnya akhir bulan Feb. All this while aku ingat dekat CNY nanti. Mujur belum booking tiket. Kalau tak, harus ku rasa bersalah terhadap En Ghazali he he! Thanks Nazirah for your response and reminding me.

OK lah.. sebenarnya aku penat ni sebab baru balik dari kampung tadi. Alhamdulillah everything was so smooth. Ahmad Fawwaz tak meragam. Banyak nak tulis, tapi tak larat lak. Kat TV lak ada ulangan Mawi nikah (hari tu terlepas). So, cau cin cau...

Monday, December 8, 2008

Akhirnya....!!!!

Seperti yang dijangka dan aku cuba elak, akhirnya terkena juga... Last weekend aku terasa gatal2 badan. Ingatkan masalah kulit kering mcm dulu sbb dah lama tak ambil EPO. On Monday I noticed few red spot kat lengan dan muka. Aku ingat jerawat sbb baru kena scrub, tp bila tengok betul2 confirmed chicken pox. Huwaaaa... at 38 baru kena! Suspennya... Mula fikir pasal Fawwaz. Rupanya dia pun dah ada 1-2 bintik merah. Memang tak dapat diselamatkan!

Straight away went to clinic but what Dr can do? Bagi antibiotik, ubat demam dan salap je laa... Dr kata sure akan demam but Alhamdulillah both of us tak demam. Fawwaz memang super! Sentiasa aktif dan ceria..mcm biasa jee. Takde garu2 macam aku. Luckily aku tak demam, so tetap ada tenaga nak kejar dia esp untuk pakai diapers. Boleh sapu ubat masa dia tidur je, sbb memang takkan dapat pegang.

Till today muka aku mcm dah OK sikit. Looks like aku punya tak seteruk my cousins hari tu tapi sedikit slow nak keluar. Kat badan lak masih banyak. Betul kata Dr masa aku nak ambik vaksin utk Fawwaz hari tu, toddler mcm dia kalau kena tak teruk. So far memang sikit sgt eg 1 biji kat tapak kaki, 1 kat tangan, 2-3 kat muka. Tapi aku jaga juga pemakanan though Dr kat semua boleh makan. Hari ni je aku langgar pantang makan daging & ayam. Mana tahan beb.. raya! We have at least 7 days more to fully recovered. Tengah fikir apa nak buat dengan wajahku selepas ini hu hu hu...

Sunday, November 23, 2008

Chicken Pox

Tiga dari empat sepupu ku kat kampung sedang di serang wabak chicken pox. Started with kakak 3 wks ago who is still not fully recovered, followed by nyah and adik. It almost 1 wk and I'm so worry for myself and of course my little Fawwaz. Aku cuma tawakkal je. And I can't stop him from playing around.. Aku cuma follow petua jiranku dengan melukis X dengan kapur di tapak kaki Fawwaz, dengan Bismillah dan Selawat. Spt biasa, banyak juga soal aku sebelum buat tu ha ha! Alhamdulillah, so far so good...

We're back to KL today for few days to settle few things and run from the desease. Thought of doing Pap, but depends on my schedule. My appointment with Dr Kham was last month and I didn't turn up. Sorry doc! And sorry for myself too.. The abnormal bleeding makes me really worry but I try to think positively that it just a hormon problem..hu hu! Entah apa2 lah aku ni...

Tuesday, November 11, 2008

Menghitung hari lagi..

Tinggal beberapa hari je lagi aku kat B/Jalil ni sebelum balik kampung... Lambatnya rasa, tak sabar nak menikmati kedamaian kampungku. Walau kat sini pun terasa damai juga... Yelah, depan balkoni ku ni adalah sebuah taman yang agak luas dan sejuk sekali pemandangannya. Cumanya, takde teman nak borak. Nak call kawan2 pun, tak jadi2.. yelah, mana tau dorang sibuk ke, bukan macam aku ni.. leisure leisure & leisure! So, untuk kurangkan boring, aku visit rumah sedara mara. Semalam rumah Pak Bong - dapatla rasa char kue tiaw pasar malam Sri Serdang yg best tu. Hari ni rumah makcik di Ampang lak.. seronok Fawwaz, melompat2 dia bila sampai dan jumpa pakcik2 kecik tu (my cousin).. Esok, plan nak pergi playland kat Giant tu je.. Abe will be back in the evening and Thursday we'll be busy on the road. Friday, just me & Fawwaz to drive back to kg which will take about 3 hrs journey.

Lately suka baca email kawan2 lama kat yahoogroups.. Astopunk! After 20 yrs, the groups activated and we plan to gather at Bagan Lalang in January 2009.. Sure gempak hiruk pikuk punya.. Hopefully aku dapat attend dengan jayanya. Kelakar bila kawan2 mula kenang kisah silam. The most shameful (but kelakar to recall) is my baggy pink pant with few pockets on it.. Banyak sangat benda yang menyeronokkan untuk dikenang.. Perhaps I'll write about it one day or after the event.

Friday, November 7, 2008

Dah seminggu..

Aku & Fawwaz di Bukit Jalil... Have to stay another week before I can go back to S/Bernam. So, aku mengisi masa dengan mencuba resipi2 baru dan yang paling penting, bawa Fawwaz jalan-jalan ke tempat2 yang ada playground e.g. B.J. Park, Giant Kinrara & Jusco. Kalau tak asyik duduk depan TV je which is not healthy for him. Dia pun nampaknya gembira dapat memanjat dan menggelongsor tanpa halangan. Anak ku memang sukakan aktiviti lasak dan 'real things'. Dia tak berapa nak main dengan toys dia, melainkan memusnahkannya... Itu laahhh citernyaaa..!

Thursday, October 30, 2008

Panggilan Haji

Tahun ni mak akhirnya menerima seruan Haji.. Just few more days left. To accompany her is my sis Suryati alone and will be in KT-17 that will depart on 3rd Nov. I'll be going back to KL on Saturday morning with my family. That means my holidays will start earlier this time. I might be on 'silent mode' for about 2 mths as there is no internet at makcik's house. Unless I go back to Bukit Jalil...

I thought of looking for temp job for 2 mths and train Fawwaz to be more independence at nursery and meet new friends. But my second thought says that I should spend the time with him in a healthier and happier environment at kampung, as usual. It means pampering him more with all the aunties & uncle - cik kakak, cik nyah, cik yun and pak su around. Sometimes a relief and the other times a headache (sbb makin mua & manja). Takpelah.. as long as everybody is happy.

Sunday, October 26, 2008

Stressful Weekend

Spent the weekend at JB. Tapi dari Woodlands Checkpoint lg dah terasa stress dengan sekeliling terutama Fawwaz yg kejap2 meronta2 (meragam). Actually kesian tapi geram pun ada. Kesian fikir mesti dia penat dan bosan nak mengharungi kesesakan kat situ. Baby org lain tak merasa camtu or even kalau dia dok KL pun rasanya tak rasa pengalaman macam ni.. Too adventurous for a baby like him.

Memang kesabaranku tinggal beberapa percent aje lately.. Badan pun macam dah tak larat nak menghadapi semua tu.. Selalu rasa semput & takde stamina..

Fawwaz semakin teruja bila tengok swimming pool... Hilang terus geram bila tengok gelagat dia di situ..

Wednesday, October 22, 2008

Mawi

Akhirnya Mawi nak kawin... Dah lama aku tak berapa ambik pot sangat dengan perkembangan Mawi. Lagu2nya pun macam dah tak berapa berkumandang di udara. Suatu masa dulu aku antara yang fanatik.. macam kawan2 ku kat x-ofis tuu.. Fidah & Ita. Lupa lak, Kak Lela..hu hu hu! Semalam aku ter'miss' nak tgk berita pengumumannya sebab tengah tidurkan Fawwaz. Ala, bukan aku kisah pun.. What ever it is, aku doakan bahagialah Mawi & Ikin ke akhir hayat. Bakpe nak ungkit or cungkil kisah2 buruk dorang. Dah takdirnya dorang bersatu, biarlah! Aku sokong je.. Ikin pun dah makin anggun dgn imej baru nya tu.. Tapi biasalah, manusia ni ada yg suka dan sebaliknya.. Sebagai pencinta kedamaian, aku takleh masuk benda2 yg buruk dalam hati & telinga..

Sunday, October 19, 2008

Cucur Udang (yang lembut..)


Hubby's fav. Simple food esp for tea time.. Makan dengan teh o panas, kat luar rumah sambil tengok pemandangan & menghirup udara petang... Kepala otak masa ni memang nak fikir pasal makanan je.



Bahan2:
2 cawan tepung gandum
1 sudu besar tepung beras
1 labu bawang besar
Tauge/kucai/kobis etc
1 biji Cili yg dipotong halus (opt)
Beberapa ekor udang basah
Udang kering
Garam & serbuk kunyit (ikut rasa)
2 cawan air

Cara2:
1. Blend bawang & udang kering bersama air. Lagi best kalau gunakan air rebusan kulit & kepala udang (stock udang)
2. Campurkan kesemua bahan & gaul hingga sebati
3. Sudukan tepung dan letak udang di atasnya. Goreng hingga kuning keperangan.

p/s: Gambar ni adalah baki cucuq yg tak abis. So, takde udang kelihatan he he!

Friday, October 17, 2008

Melamine

Tiba-tiba benda ni popular sangat-sangat. Dulu kita ingat cuma pinggan mangkuk melamine je yang semakin popular disebabkan orang dah tak larat nak angkat pinggan porcelein yang berat tu. Aku pun banyak gak koleksi melamine dari yang berharga RM1 hingga seterusnya ha ha!

Masa mula-mula heboh diperkatakan tentang kandungan melamine dalam produk tenusu, Singapura adalah antara negara yang paling 'suspen'. Sebabnya banyak produk datang dari China. Aku pun pernah terbeli susu segar Dutch Lady perisa honey dew dari China. Aku ingat semua produk Dutch Lady kat FP ni datang dr Malaysia... Simply picked. Tu yang mengajar aku lebih berhati2 bila beli makanan kat sini hatta yang familiar kat M'sia. Selalunya kalau beli biskut atau aiskrim mesti 'made in M'sia'.

Tapi semalam kecoh lak pasal biskut Malaysia pun ada melamine. Aku pun tak perasan pernah beli biskut2 ni ke tak..tapi macam familiar jek! Benda tu suspected datangnya dari ammonium bicarbonate.. aku pun tak tau gunanya. Kalau soda bicarbonete tu tau la aku. Isk! punyalah manusia ni kreatif sangat.. sampai boleh reka2 protein la, itu la dan ini laa... tapi yang geram, 'bangsa' jenis nih memang nak untung jee.. tu sebab boleh kaya dan berjaya kott. Tapi moral of the story, apabila kita membeli sesuatu barangan terutama makanan, study dulu kandungannya. Kalau aku, mula2 tengok ialah cop halal, pastu kandungannya.. Kalau boleh yang berunsur bumiputera..tapi memang tak banyak kan..

Tiba-tiba aku teringin nak makan biskut ping-pong cicah air teh o.... ha ha ha!

Thursday, October 16, 2008

Good Morning Malaysia & Singapore

A cup of hot nescafe and two slices of bread lightly spreaded with margarine for me..
A bottle of milk and a slice of bread for Fawwaz..
Enough for us this morning for a bright and happy Thursday!!

Monday, October 13, 2008

End of our Raya Celebration

It ended too early as it just mid of Syawal. Yesterday noon we already landed at Changi Airport. Many Singaporeans muslim are still on their Hari Raya suits. Lengkap baju melayu & samping. Thru' my observation since last year, dia orang memang akan celebrate till end dgn pakai baju raya esp on weekend. Kalau family akulah terutama yg lelaki, petang 1st raya dah on casual isk isk.

Raya tahun ni paling sikit aku pergi rumah orang. Rumah adik beradik pun tak pergi, so sorry.. Lama di KL pun on weekdays. Since last year I had not attended any open house. How I missed the event. Sekarang baru aku rasa lebih menghargai acara2 seumpama tu. Takpelah, umur panjang tahun depan boleh perbaiki rekod tahun nih hu hu..

Wednesday, October 8, 2008

Eid Mubarak 2008

Not much time to take photo this year as we are too busy on the road..



Petang hari di Pantai BNO. Bot ikan baru balik..



Bekas kuih gunting yg menarik minat Fawwaz.. selain rempeyek dll. Nasib baik dia tak berapa nak "mengemas" kuih nenek..

Sunday, September 28, 2008

Hari Raya mood

The feel of celebrating Hari Raya is getting stronger even though we are still here in Pasir Ris. We've 2 days left to balik kampung la la la! Slowly we pack our things but my bag still look empty. Last night we went to Geylang Serai, to boost the raya mood. Voila! Memang la meriah... It reminds me of Jln TAR & Masjid India. You can find everything there - foods, clothes, curtains and other households, etc. Rasanya macam tak balance dgn jumlah pembeli pulak. We're there for just 1 hr. Rimas dan kesian kat Fawwaz yg dah lemah mengantuk. Lagi pun bukan nak shopping apa pun..

Tiba2 teringat, aku belum beli tudung yang match dengan baju raya ku.. Not even one that matched. Nampaknya balik esok kena buka drawer tudung2 lama laaa... hu hu hu! Tahun yg agak serabut buat ku... :P

Friday, September 26, 2008

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI..

Sempena hari lebaran yang bakal menjelma, saya ingin mohon ampun dan maaf kepada sahabat2 yg sudi membaca curahan rasaku di ruang siber ni. Saya akan balik ke KL & S/Bernam dari 30 Sept - 12 Oct. So, sesiapa yg lalu Sabak Bernam tu, boleh lah singgah...

Saturday, September 20, 2008

Doctor oh Doctor..

Aku selalu cakap dengan sepupu2ku kalau kepalaku tak kena timpa kelapa masa aku kecil dulu, mesti aku dah jadi doctor.. ha ha! sebenarnya alasan je. Memang aku tak layak jadi doktor sebab aku ni baran orangnya. Cakap pun takde nak lembut2 sangat. Bukan apa aku tulis ni.. Tadi petang, for the first time kami bawa Fawwaz ke Family Clinic di Tampines. Sebab teruk sangat selsema dan batuknya. Malam tadi aku tak dpt lena sebab kesian tengok dia terbatuk2 sampai takleh tidur. Siang pulak asyik meragam, tak selesa kot. We met a chinese male doctor who's so polite. Dia check betul2 tapi Ahmad Fawwaz tidur nyenyak masa tu. Sikit2 cakap sorry.. Kalau kat M'sia experience aku lah..bab2 sakit selsema, batuk tu, doktor tak sentuh apa2 pun. Setakat interview.. biasa sangat kott. Entahlah, experience aku je kott!!

Dalam aku selalu rimas dan lemas dengan perangai Fawwaz lately, seronok juga bila dengar few words yg dia dah boleh sebut i.e. eyo (hello), OK, Mama, bbah, dah, titt (sakit kott), Lailahaillallah (word paling panjang, kdg clear kdg pelat), wiwi (ntah apalah maknanya), tata (bye), Aminn (kekadang bila aku baca fatihah)... Tapi yang paling kerap ialah bahasa Jerman yang aku tak paham, tapi aku iyakan aja..sambil pura2 ketawa, konon faham & kelakar. Budak kecik memang kurniaan Tuhan yang menakjubkan! Love you son...

Thursday, September 18, 2008

Menghitung hari

Pagi-pagi dah rasa mengantuk dan lembab je.. Pagi ni Fawwaz bangun pukul pukul 5 pg, dan tidur semula pukul 9 lebih.. Sambil layan dia, sambil terlelap2.. tapi sempat siapkan satu Sudoku lg. Talking about Sudoku, aku kini dah meningkat ke tahap intermediate.. kira OK lah. Hobi baru aku untuk mengaktifkan otak. Bila tgh lembab tu, seharian aku tak dapat solve satu pun..

Singapore sekarang ni agak panas. Malam2 rasa takde udara je kalau tak buka pintu luas2. Fawwaz tgh selsema, so nak buka aircond pun kena fikir. Kipas angin la kena sentiasa on. Sesak rasa bila duk bilik.

Dua minggu lagi Hari Raya.. aku masih tak dapat feel sbb duduk kat sini. Takde gossip2 raya macam selalu kat office. Rindunya aku kat kawan2 dan suasananya.. esp Fidah, Shima, Jead, dll. Apa khabar agaknya semua.. Tadarus tak? Fidah rambut color apa? he he... Dulu aku pernah cilok ngan Ita, pergi masjid Kg Baru amik bubur Agung..hu hu! Sanggup meredah jam dan beratur kat masjid tu.. punyalah nekad nak rasa bubur tu.

Aku akan balik petang sebelum raya. Nampaknya 1st raya baru balik kg. Sedihnyaa.. tapi makcik aku lg sedih kot. Nilah first time aku raya gaya nih.. selalu, aku ikut jadi chef. Tahun ni aku rest.. lepas tu seminggu lebih baru balik S'pore. Hope boleh ziarah lebih ramai saudara & kawan2. Ada sapa2 buat rumah terbuka tak agak2.. Konon2 tanya, padahal aku lah yg tak pernah datang..sorry la.. baru kini kurasa miss nye!

Wednesday, September 17, 2008

If it is truly happen...

I really sick with Malaysian politics today.. too much stories and nonsense things! They make us confuse of who is right and wrong. They make the investments gone. The country seems to lost it stability. Everyone get tense (and perhaps feel like vomiting) when watching news or reading newspaper.. Why don't they just concentrate on their work.. as we had spent millions of ringgit for last election. Let the winner do their job and the opposition just check & criticize or whatsoever to avoid mistakes. And wait for the next election if they really want to replace the govt. Why rush? Then everything will become kelam kabut.. coz it's not simple like a small company. It's a country.. Whatever people say, I like the way S'pore govt manage the country and how they control everything..not a dictator, but 'control' is important in this multi racial country.. Even Indonesia looks better now.. Please laa all the politicians.. STOP IT! DO YOUR WORK!


Monday, September 15, 2008

always limited time

We were in KL last weekend to meet Along who already flown back to UK for his final yr on Friday midnite. We had simple break fast together in Bukit Jalil before hubby sent him to KLIA.

I thought to bring Fawwaz to clinic for his chicken pox immunisation but had to postpone it to some other time, perhaps during Hari Raya. This was b'coz I had to see Dr Kham my gynae for inner problem. Alhamdulillah... the scanning didn't show anything serious. Pap smear will be done after hari raya. Talking about Dr Kham, I don't know why, she's so calming..sejuk hati. everytime I see her, I feel like getting pregnant again..ha ha! Boleh camtuu..

Only have very short time (about 2 hrs) to shop for Fawwaz' baju raya after the check up. I thought I can go to pasar ramadhan Sg Besi in the evening...but as usual Fawwaz spoilt the plan. He slept until 6pm and I gave up when thinking about the traffic, parking, etc. I also gave up my plan to make at least 1 type of raya cookies. Tak sempat! And yesterday pm we came back to Pasir Ris.. Tired.. nothing but tired. Rasanya aku patut give up benda2 travelling ni jugak..

Thursday, September 11, 2008

Resepi Tepung Pelita

So easy... cut & paste je he he!

Bahan2:
1 cawan tepung beras
1 cawan gula
5 cawan air
4 sudu tepung beras (rata)
4 cawan santan dr 1 biji kelapa
4 helai daun pandan (blend dgn sedikit air dan tapis)
Sedikit air kapur (optional tepung jagung) & garam

Cara2nya:
1. Tepung, air, gula, air daun pandan dan air kapur dibancuh hingga sebati.
2. Perah santan, masukkan tepung yg 4 sudu tadi dan garam. Kacau sehingga sebati dan ketepikan.
3. Masakkan tepung yg diadun dan kacau hingga masak dan berkilat.
4. Bila dah masak masukkan dalam acuan yang disukai - lagi best kalau ada daun pisang ke, daun pandan ke.. buat sampan mcm yg jual tu
5. Masak santan yg diadun tadi dan kacau sehingga pekat.
6. Angkat santan dan curah ke atas tepung yg di dalam acuan tadi. (sebelum tu boleh taburkan gula atas adunan hijau untuk membentuk air gula di bawahnya)
7. Sejukkan. Siap!

Sunday, September 7, 2008

Tepung Pelita

Petang tadi aku cuba resepi tepung pelita.. uhh sedapnya. Rasanya lebih original dari yg kat bazar Ramadhan. Terima kasih kepada rakan2 siber yg ikhlas berkongsi resepi.. Tapi aku tak dapat buat 'sampan'nya, sebab dapat daun pandan yang halus jer.. Sambil dukung Fawwaz sambil mengacau tepung..senang rupanya!



Friday, September 5, 2008

Resepi Ikan Bakar

Sejak masuk Ramadhan ni dah 2 kali buat ikan bakar. Favourite aku ikan kembung laa.. Selalu ikan bakarlah yang paling popular kat Bazar Ramadhan. Tp aku tak reti buat macam kat bazar tuu.. Aku ubahsuai dari internet je. Tak sempat nak ambik gambar pun.


IKAN BAKAR I

3 ekor ikan kembung

Bahan2 kisar/tumbuk:
10 biji cili kering (atau ikut citarasa)
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
2 batang serai
1 inci kunyit hidup
Garam & sedikit gula (optional)
Air asam jawa
1/2 sehelai daun kunyit - diracik halus
Minyak untuk menumis

Cara2:
1. Tumiskan bahan2 kisar sehingga masak dan secukup rasa. Last sekali masukkan daun kunyit yang diracik tadi.
2. Susunkan ikan di atas aluminium foil yang dilapis dengan daun kunyit atau daun pisang. (Aku ni tengah menggemari daun kunyit).
3. Letakkan sambal di kedua2 belah ikan dan bungkus.
4. Bakar dalam oven dgn suhu 150C selama 20 - 30 minit. Siap!

Note: Sambal tu agak2 la.. lagi banyak lagi best..




IKAN BAKAR II


Bahan2:
3 ekor ikan selar
Sedikit garam

Kuah/cicah:
1 labu bawang besar - potong dadu
1 biji tomato - potong dadu
5 biji cili padi - tumbuk
1 inci belacan bakar - tumbuk
Air perahan lemon/limau nipis
1-2 sudu makan gula
1 sudu teh garam
Daun ketumbar

Cara2nya:
1. Ikan dilumur dengan garam dan bakar sehingga masak.
2. Cili & belacan ditumbuk bersama garam dan gula. Masukkan air limau dan sedikit air masak.
3. Gaulkan bahan tumbuk dengan bawang, tomato dan daun ketumbar. (ala2 air asam)
4. Tuang terus cicah ke atas ikan. Siap!

Monday, September 1, 2008

Selamat Menjalani Ibadah Puasa

Akhirnya Ramadhan tiba kembali. Bermakna dah setahun aku macam ni..? Hari ni, selepas sebulan kat Malaysia, aku balik ke S'pore. Sampai rumah pun dah dekat nak buka. Nasib baik aku dah siap2 masak kat KL - ikan bakar & sayur goreng je. Seperti biasa, memang penat sangat2.. non-stop dari hari Sabtu (balik dr S/Bernam - KL) sampai hari ni. Yala, semuanya nak kena buat & urus sendiri. Walaupun dah berurut masa kt kampung, badan aku sakit2 balik. Iyalah, urat tua...pastu tak bawa berehat lak. Pastu Ahmad Fawwaz asyik minta dukung je.. Aku rasa memang tahap umur dia tu suka berubah2 sikap. Aku redha je. Lagi satu, aku rasa aku ni dah tahap meng"complicated"kan diri sendiri. Apa yg dalam kepala, kena siapkan cepat2. Sudahnya kepala rasa satu macam..isk! Aku berazam sempena Ramadhan Al-Mubarak, aku nak jadi lebih relax.. tenang supaya mudah untukku beribadat. Amin....

Thursday, July 24, 2008

Social visit rules

Last Sunday, on the way back dari JB di S'pore Immigration, officer tu beritahu yang aku boleh stay di S'pore cuma 9 hari je. Kemudian kena balik M'sia untuk sebulan baru boleh datang S'pore. Isk..kenapa? Rupanya ada undang2 immigration yang kami tak perasan selama ni. Sebab aku tak buat green card tu, so aku dikira sebagai short term social visitor je. Within 90 days, boleh stay 60 days and 30 days in our own country. Pagi tadi pergi ke ICA nak minta extend sampai 9 Aug, tapi tak boleh. So, kenalah balik M'sia dalam minggu ni. Kalau tak aku & Fawwaz jadi pendatang haram kott he he! Mujur belum beli lagi tiket utk 9 Aug tuu.. and Jetstar still selling ticket at reasonable price i.e. SGD258 for 3 of us. Bagus juga ada budget flight nih. Will be in M'sia until 1st Sept. We will miss abah..hu hu!

Sunday, July 13, 2008

Malaysia Fresh Fruits Fiesta

Nama je Fresh Fruits Fiesta.. tapi banyak produk lain buatan Malaysia (bukan fruits) yang ada di Singapore Expo Hall weekend ni. Kami sempat pergi ke situ tengahari tadi. Memang best. Banyak benda aku dapat makan dan beli spt. kopok lekor, rambutan, nasi dagang, lemang, etc. Tetiba aku rasa rindu dengan pasar malam. Dah lebih setahun tak pergi...

Saturday, July 12, 2008

Naik harga lagi...

Like M'sia and perhaps every country, we have to face with the increasing cost of living. Foods, transportation, fuel, rental, all... Here, our rental will increase to SGD1800 (<>RM4,284) wef Sept (tak padan rumah kocik), effective coming Thursday taxi fare will increase 30 cents, electricity tariff also increase.. barang dapur tak usah cakap. Kalau dulu minyak masak yang berharga SGD2.++ sekarang dah SGD3.++ So, actually people everywhere are crying about prices. Tapi...kehidupan perlu diteruskan. So, good luck to all in managing your money. Aku? Macam biasa tak reti simpan duit..ha ha! Agak2 orang2 di CyberSecurity dah dapat increment dan bonus keeeee?

Monday, July 7, 2008

SIN - KUL - SIN

Just back from KL. We stayed only 3 days 2 night at BJalil. Insyaallah balik kampung during school holiday next month. Went to Annur for Fawwaz MMR immunisation. Nangis sekejap je dan Alhamdulillah takde sign nak demam lagi. So far memang dia belum pernah demam since born, syukur sangat2. Aku baru baca petua, lepas cucuk sapu bawang yang dah dibelah pada kesan cucuk tu. Aku pun buat for first time.

This time from SIN we took Jetstar from Changi T1 which is not bad but the price slightly higher than Tiger. From KUL, we took AirAsia and landed at T1 also.. First time le naik Jetstar & AirAsia fro/to Singapore. Di Singapore ni ada few terminals and so far pernah landed/depart at T1 (budget), T2 (MAS/SQ) and Budget terminal itself. Balik SIN thru' budget terminal is a bit trouble for me with a baby like Fawwaz coz normally we have to walk a bit too far from landing site to the immigration without stroller. Apa pun it is much better than LCCT yang makin crowded tu. Hopefully the new building will help.. Apa2 pun aku suka melihat pemandangan yg indah dan service yg baik. Dan pengamatan aku, trophy cabin crew yg comel2 adalah milik MAS & AirAsia ha ha ha!! Service lak MAS le yg best..

Monday, June 23, 2008

Fuel & economic situation

Masa outing ke JB last weekend, aku baru perasan satu perkara.. most of Singaporeans akan tekan2 bumper kereta dorang masa isi petrol.. to ensure that the tank is really full before they get back to S'pore. Petrol di sini is $2.07 which is equal to RM4+ So, eventhough ours is just increased quite dramatically, bersyukurlah.. barang2 di sini pun dah naik macam di Malaysia. It just that they don't make noise or understand the global economic situation or don't have the opportunity to make noise or the govt help them.. I don't really like to see Malaysian demonstrate on the busy road..

For me the Govt of M'sia have to proactively help M'sian to upgrade their living standard to cope with the increasing living cost. It is a continuous process, perhaps forever. Misalnya kalau petani, jadikanlah petani + businessman, etc. So, kuranglah seksanya berbelanja. Hope one day aku pun dapat memenuhi impian aku nak jadi petani moden atau pengeluar makanan yang berjaya. Aku macam dah tak rasa akan duduk di pejabat2 berprestij lagi hu hu!

Semalam jumpa Ida Azurin x-MIMOS di Puteri Pacific. Now into Unit Trust business at Public Mutual..and said that she makes it successfully, woww!!

Tuesday, June 17, 2008

Kurniakan ku kesabaran..

Lately aku sedikit stress.. maybe aku dah biasa kerja & dikelilingi kawan2. Biasa borak2 dan merapu.. suddenly, semua tu dah takde dalam kehidupan harian ku. Fawwaz pulak makin kuat 'membuli'ku.. kejap2 nak gigit aku, cakar, hantuk kepala, etc.. nak marah, budak lg. Tapi kadang tu hilang sabar jugak dgn peel nya tu, ringan je tangan nak cubit.. Suara pun dah meninggi mcm kat cybersecurity dulu ha ha!

Actually macam2 plan dalam kepala ni, tapi tak tau macamana nak buat & bila. I just hope that one day, I have something more interesting to do. Meanwhile, nak kena find out camna nak besarkan Fawwaz dgn baik. Mengikut perhatianku, agak bagus kalau dapat 'expose'kan dia dgn suasana pembelajaran di sini. Tengoklah nanti..he's just 12 mth old.. The earliest maybe next yr..

Saturday, June 14, 2008

Happy Birthday Ahmad Fawwaz..

Today is Fawwaz first b'day. Nothing so special about the celebration. Just outing, bought him a toy and cake. Bawa dia ronda2 naik basikal kat Park/tepi laut. Aku masih menghadapi masalah nak cari kek halal yang sedap like secret receipe ke, etc macam di KL. Plan nak celebrate lagi next week di JB. Tapi bimbang feel dah takde masa tu.. Sian Fawwaz.

Gambar b'day boy hari ni di taman yang terletak di tepi laut...



Friday, June 6, 2008

Back online..

Back to KL yesterday morning after almost 3 wks at Kampung. What a long holiday huh! Memang agak bz kali ni. Have to get involved with cousin's wed and also my own sis. Bukan boleh buat kerja sangat pun sebab Fawwaz didn't really like the situation.. minta dukung je. Yelah, ramai nak pegang and sometimes tolak (maybe bila dia besar sikit things will be the otherwise he he!). Perangai pun berubah sikit i.e. manja, kuat merajuk & marah, coz ramai orang boleh layan dia kot. But surprisingly these 2 days at KL, he's a bit good dan tak buat perangai. Easy to manage :D

Esok dah nak balik S'pore. Tak sempat nak shopping kat mana2 except beli diapers & susu di the Store Sri Petaling. Just realised that lots of things e.g. baby products are cheaper here compared to Giant, C4 & Tesco. Inilah masanya utk berbelanja dgn bijak he he!

Tuesday, May 20, 2008

Kuching, bye...

Just back from Kuching, Sarawak yesterday. Cuti-cuti Malaysia... We stayed at Hilton Kuching, near to the riverside. OK laahh... penat sikit. Fawwaz easily got cranky and thought he's too tired with our activities. We went to Cultural Village which I think I liked it. I was so impressed with Melanau house which is sooo big and high. I can't imagine how they built it. Then we went to kedai tikar & pottery. It was a bit too hot and I didn't really comfortable to shop. Beli sikit2 je and not even a piece of tikar. The problem is delivery to Bkt Jalil.. perhaps next time??? When we back to cari makan at M'sia. Along the riverside, infront of the hotel, there're lots of crafts being displayed esp. Sabah Pearl. Quite cheap. With that limited time (most of it is fawwaz convenience) dpt lah beli sikit souvenirs dekat2 situ je. As a conclusion, it was a tiring yet wonderful holiday. Tak sabar nak tunggu Fawwaz besar sikit hu hu!!

Now I am at Bukit Jalil and tomorrow will be 3hrs journey to Sabak Bernam with Ahmad Fawwaz. Just wish myself luck! :D

Friday, May 16, 2008

Bella & cuti-cuti Malaysia

Baru je selesai tgk ending cerita Bella.. A really good sad ending drama. Meleleh juga airmata duyung ku.. This time Elly Mazlin did so well. Lately, there r a lot of gud programmes in TV3 that we can watch thru' internet. Syukurlah..kurang sket rinduku kpd kampung halaman. Sesekali aku tengok melodi utk tgk gossip terkini.. kalau harapkan Starhub ni, RTM1 je la..tu pun kira baik dahh..ha ha!

Esok nak ke Kuching.. saja nak tukar angin. Monday terus balik KL for 3 wks.. Have to attend cousin's wedding on 1st. Sis wedding has been cancelled. Got to listen to the hot story la jawabnya. So, I won't be on the net till 7 June.. Bye Singapore!

Saturday, May 10, 2008

Jalan-jalan cari makan..

As usual, Saturday is our outing day. Pagi tadi breakfast di fav place kami di Restaurant Afghanistan, Tampines. Everytime ke sini, lontong adalah pilihan wajib. Bukanla sedap sgt, cuma takde yang lebih menarik kott.. Takla sedap mcm lontong di JB atau KL. Teringat lontong kat MIMOS dulu, mmmm...tapi paling sedap bagi ku ada kat Ijok & Plaza Kotaraya JB. Kemudian tapau mee soto & mee rebus Bedok. Pun bagiku fail sket.. The best soto bagi aku ialah soto Kak Siti x maid kakak ku. Mee Rebus lak kat restoran apa ntah kat SS19 Subang Jaya (lupa nama tp jenama Johor), wuallahh!! Apa2 pun aku memang banyak komplen bab makan kat sini. KL still the best place for food dari segi taste. Ke sebab lidah aku jenama KL? he he.. Esok plan nak makan tengahari di Rest. Hjh Maimunah kat Geylang. The only place yg menyelerakan aku dari segi lauk pauk dan kuih-muih..kira markah A lah!! Cuma sentiasa penuh dah huru-hara lahh...

Petang tadi pulak kami ke Pasir Ris Park yang terletak di tepi laut. Kalau weekend memang ramai orang. Macam2 aktiviti kat situ spt camping, training bola, jogging, play ground, etc. Tadi tengok kuda & poney & ronda2 naik basikal. Dah bertahun rasanya tak naik basikal, best pulak. Fawwaz pun enjoy the ride sampai tak jadi tidur. Maghrib baru sampai rumah, kelam kabut aku mandikan dia sebab dah menguap2. Minum susu terus je tidur. Kesal aku sebab tak sempat bagi makan. Dahlah tgh pun dia kurang makan. Ntahlah, fail betul aku hari ni. Akibatnya, dia asyik terjaga je.. entah penat, lapar, aku pun tak tau :(

Nearby, a new mall just opened. Downtown East. Sebelahnya Uptown.. Maka jalannya pun jam lahh.. Dari rumahku kira dekat tapi jauh.. haha!

Tuesday, May 6, 2008

Drama Melayu

I really hate some of drama korporat melayu... dengki khianat, gila harta.. Asyik fikir wasiat bila bapak mula sakit.. Tak membangunkan minda langsung! Just imagine kalau company NAZA or AL-BUKHARI tu ada manusia camtu.. lingkup. Different ideas maybe banyak or kipas mengkipas or Gipang (aku la tu duluu..). But please don't show us semangat nak berebut harta mak bapak tuh.. bosan!!!

Saturday, May 3, 2008

Wan, be strong..

Sh Azwan or Wan is my best friend since HRM. I called her this evening with my head thinking 'bout Yati's message. Memang asalnya aku nak call dia sebelum take off. She's crying and told me about Ben, his husband who suffered mild stroke since last 2 wks. Kesiannya.. Ben is just about my age and I do hope and pray that he'll recover soon and Wan to be strong and healthy.. I love u friend!

Friday, April 11, 2008

Balik kampung..

Esok nak balik kampung lagi..erghh! Tak sabar campur letih in advance thinking about Fawwaz hu hu! Hope he'll sleep along the way. Not sure when to be back. Perhaps in 3 wks time until 4th May. Abe is yet to confirm the date but 4th may is definite coz that's our initial plan. He already bought the ticket quite sometime ago. We're going to miss u abe... :D



Fawwaz baru balik kg last month. Baru belajar jalan. Don't bother the background, itulah keadaannya bila baru sampai ha ha!

Wednesday, April 9, 2008

Al-Fatihah...

Akhirnya pakcik ku pergi menemui Ilahi petang semalam pukul 6.15pm. Sedih & terkilan sebab aku tak sempat tengok waktu dia kritikal & jenazahnya. Tuhan je tahu apa yg bermain kat kepala ku ni. Aku cuma dapat balik Sabtu nanti.. Semoga rohnya dirahmati Allah SWT..

Sunday, April 6, 2008

Outing & Mamy Poko

Outing to JB last weekend sebab hubby nak bawa Fawwaz swimming lagi. So, we overnite at Puteri Pacific as usual. Cuaca betul2 panas terik, tp sebelah petang hujan. So, tak dapat swimming lama2 until the next day. This time Fawwaz already get used with the pool and he looked so happy and excited. Malamnya pergi ke PC Fair sebab just cross the bridge from the hotel je. Nak kutip baloon Maxis for Fawwaz..huhu!

On the first day jalan2 ke The Zon di Stulang Laut. Tak berapa menarik compared to Jusco Tebrau tu, but a little bit nearer to the hotel. Tapi sempat juga beli selai dua baju made in Thailand kat bawah tu, RM10 selai ha ha! For Fawwaz lak sehelai jacket Garfield at the Zon. Perghh..macam rapper lak sebab besar sket. Survey sekali harga Mamy Poko.. mmg different place, diff price eg: the Zon (RM37.90), Giant (RM37 - RM39 - klu x silap haritu), the Store Sg Besar (RM35.90), Kassim Kadir Sg Besar (RM33.90 - old stock) and UO Kotaraya JB (RM34.90 - I like this place, murah byk). Tesco & Carrefour pun lebih kurang RM37++ Di S'pore lak around SGD16.90 (murahnye kalau tak perlu convert).

Whatever it is, hubby already purchased a ticket for me & Fawwaz to balik kg coming weekend. Sejak ada Tiger ni nampaknya budget trip je.. really cheap for 2 of us i.e. SGD91 for 1 way.

Tuesday, April 1, 2008

Pakcik ku

Aku sebenarnya dalam keadaan yg sedih dan terkilan.. Bila dengar pakcik ipar ku, Baharuddin, yg quite rapat gak dengan ku dalam keadaan koma sekarang. Last 2 mth tiba2 je dapat tau dia sakit kepala selalu sampai hantuk2 kat dinding..tapi Dr tak dapat kesan penyakitnya. Dah beberapa kali ulang ke hospital, nothing happened. Kenala buat perubatan alternatif. Aku sempat juga ziarah 2 x.

Day after day, he's getting weaker. Sampaila lst week dia admitted due to pendarahan dalam otak. So scary.. 1st operations started at 9++am until 4pm, then he's quite stable until semalam dengar dia kritikal balik, on life support dan kena operate semula sbb ada darah beku lg... Now, he's in coma.. My sis Wa kata tempurung kepala (belakang) Dr dah keluarkan.. terkilannya sbb aku tak dapat tengok.. dan tak tau bila nak balik KL sbb aku baru je balik SIN. Cuma, dari kejauhan aku doakan yang terbaik buat pakcik & makcik ku.. Makcik mmg strong dan bersedia atas sebarang kemungkinan... Aku rasa nak terbang je ke sana, at least for makcik..sob sob!

Wednesday, March 26, 2008

Being a housewife...

Sometimes I feel like missing the working life.. But it's OK coz I have Fawwaz here.

Just read a magazine that says 'taking care of children for 1 hr equals to 25 min step aerobic'... no wonder I stay slim...ha ha!

Monday, March 24, 2008

Here I am again...

Just back from KL yesterday after 19 days at kampung.. best la!! Yang tak best, everyday is about election yang tak habis2.. to me satu pengajaran buat semua orang - pengundi dan yang diundi, kerajaan dan rakyat. Kali ni raja2 pun ikut pening kot... Selangor pun dah jadi negeri opposition, but I don't care much as long as they serve the best for the rakyat... Yang kelakar, rumah makcik ku pun dah jadi store simpan kerusi/meja balairaya yang dorang kosong kan tu..

The best thing during balik kampung was about my dear son.. he managed to walk just a day before election and a week before he turn 9 mth. Walau tak meet the KPI (to walk by Feb..ha ha!)... Makin mencabar nak monitor dia, luckily he's not so interested to climb the stairs (yet).. Acik2 pun dah letih nak jaga, sian Fawwaz... now in S'pore, his movement quite limited coz rumah a bit sempit compared to KL & kg, but easier for me to jaga him..hu hu!

Friday, February 29, 2008

Ajal tak mengira usia

Al-fatihah... petang semalam dapat berita makcik saudara meninggal dunia. Jatuh dlm toilet due to stroke, last wk. Umurnya kalau tak silap baru menjangkau 49, quite muda lah juga. Dia duduk kt rumah agam @ pusaka moyang ku yg besar dan seram sket tuh, few metres je dr rumah nenek/makcik. Dulu arwah nenek pernah cerita, kalau tentera Jepun cari tak pernah jumpa rumah tu..nampak laut je. Ha ha! ntah apa ilmu arwah moyang ku. Pasni kosong la rumah tu kott..

Talking about arwah makcik... tak lena aku malam tadi sbb kenangkan cepatnya dia pergi dan anak tunggalnya yg sebatang kara.. yatim piatu walau ada sedara yg lain..mana sama kann.. baru je form 4. Last month masa balik kg, sempat ke rumahnya walau aku jarang pegi sebelum ni. Kiranya kebanyakan ahli keluarga dorang meninggal muda - bapak, mak, adik, suami then dia.. takde sampai tahap usia cam nenek ku dulu or even ayah ku sekarang. Maka aku pun berkira2, sempat ke aku nak tengok Fawwaz dewasa nanti.. mmmm!

Saturday, February 23, 2008

Hari yang tak menjadi..

Hari ni few plans tak menjadi.. Thought of nak pergi Changi Beach to watch the air display for the Air Show which is opened for the public these 2 days. Tapi awal2 cabbies dah habaq not going to the airshow, even to the nearby place like the beach etc. Changi dah jam teruk. Sudahnya aku tengok dari tingkap bilik mcm hari2 sebelumnya. Bolehla tgk jet2 tu buat acrobatic dr jauh.. Masa shopping groceries kat White Sands dah nampak berkilometer org beratur nak naik bas ke sana. Sungguh sabar, rajin, etc org2 tu.. ye la, bukan selalu dapat peluang tgk airshow di sini. Mcm tu ka org Langkawi nak tengok Lima?

Petang lak nak pegi Pasir Ris beach utk menikmati angin laut yg segar.. tapi baru sampai ground, hujan dah turun. Maka naiklah balik dan layan Cik Mat Fawwaz..he he! What a day! Tengok cerianya anakku..sebab hari ni aku kurang garang kottt!!


Snap tghari tadi..

Snap petang tunggu maghrib, sempat lagi...

Thursday, February 21, 2008

Te te tehhh....

Ha ha ha! What a title.. Actually that's Fawwaz word.. other than mmamama or bbahhh and sometimes tttettt when he fell down (tergolek) on the floor.. sambil menangis la tu.

Rasa dah jemu dengan template lama and some more it's a little bit crowded. I have no idea how to make otherwise. So, it is now more simpler and easy for my eyes. In fact, I have no idea what to write. Nak kata mood balik kg masih ada tak pula.. TV show pun takde yg best.. so apa lagi, layan Fawwaz, baca magazine or Sudoku lahh.. House chores semua dah beres..pergh!!

Wednesday, February 6, 2008

CNY..



What else to say... hulalaa.. esok balik kampung!!! Gong Xi Gong Xi!

Tuesday, February 5, 2008

Iklan Petronas

Malam tadi aku dpt tengok iklan Petronas sempena CNY... sedihnyeeeee... tak dpt tahan air mata.. huhuuu...

Sunday, February 3, 2008

Mustafa, Mydin & Kompleks PKNS...

It's a cloudy Sunday.. Hari ni tak ke mana2 just relax di rumah.. Lembab & sejuk di S'pore. Yesterday we went to Mustafa for the first time.. Took MRT from Tampines then stopped at Kallang and continued with Taxi to Mustafa Centre. Balik pun naik MRT dr Ferrer Park and changed at Outram Park then continued with Pasir Ris MRT. It's a big store with concept like Mydin.. macam2 ada tp we end up dgn beli Mamy Poko jee ha ha! The place reminds me of Jln Masjid India & Jln TAR. Rindunya aku nak ke sana.. lama betul! Aku rasa dah setahun lebih tak jejak Sogo. Tp paling aku rindu sekarang ni ialah Kompleks PKNS Shah Alam.. tak tau kenapa, but it's a nostalgic place. Boleh buat facial ke, cuci & trim rambut ke... shopping, etc.

Friday, January 25, 2008

What's cooking..

Tgh masak ni.. sempat lagi tulis blog sementara goreng ikan n Fawwaz tidur. Zaman mak kita dulu mana ada surirumah jenis nih..ha ha!

Hari ni Hubby akan balik lunch as usual coz it's Friday and masjid just few meter je dari rumah. So, aku kena masak. Selalunya aku masak dinner je. Hari ni aku masak Asparagus Goreng (resipi dah tulis..), Sambal tempe + kentang & bilis dan Selar goreng. Actully nak lessen oil in my cooking tp tak berjaya sbb selalu takde idea. And untuk Fawwaz, blended nasi + brokoli + carrot + kentang & bilis. Ni for future ref & idea ku je...

(1) Sambal Tempe & Kentang

Bahan2nya:

2 keping tempe
1 biji kentang
Bilis sesuka hati kuantitinya
- Goreng garing atau separa garing dulu semua bahan di atas
1 sudu gula
sedikit garam
Minyak masak

Bahan2 kisar:
2 sudu cili kering yg dah siap kisar
3 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih - Bawang selalunya ku tumbuk ngan lesung je

Cara2nya:
Tumis bahan2 kisar. Tambahkan gula, garam dan serbuk perasa kalau suka. Bila dah cukup masak matikan api. Masukkan bahan2 goreng dan gaul hingga sebati. Dah siap.. :D


(2) Ikan Bawal Putih Stim (malam tadi aku masak nih..)

Bahan2nya:
1 ekor Bawal Putih sederhana besar
Karot - hiris halus
3 ulas bawang putih - dihiris
1 biji bawang besar - dihiris bulat2
1 1/2 inci halia
Serai - aku guna serai kering dlm 3 sudu kecil
2 helai daun limau purut
1 biji cili merah - hiris panjang & halus
2 hiris tomato
Sos Tiram, garam, lada sulah

Cara2nya:
1. Basuh bersih ikan dan lumurkan dulu dgn asam jawa supaya hilang hanyir. Aku rasa ikan ni a bit hanyir..
2. Sapukan ikan dgn garam dan lada sulah. Perap seketika.
3. Setelah diperap, susunkan ikan dalam pengukus. Taburkan carrot, bawang, halia, serai, cili dan daun limau atas ikan dan dalam perutnya. Sebab takda plum jeruk kat rumah, aku sumbatkan perut ikan dengan tomato je.
4. Tuangkan sedikit sos tiram atas ikan dan kukus selama 15 - 20 minit.
5. Untuk buat sos: tumis lebihan bawang, serai dan halia. Tambahkan sos tiram dan air rebusan ikan. Campur sedikit tepung jagung supaya pekat. Lepastu tuang atas ikan dan makan panas2..

p/s: tak sempat ambik gambar, ikan dah lesap kat perut keh keh!

Thursday, January 24, 2008

Puting oh puting..

Manalah nak ku cari puting Avent 1m+ .. dah merata tempat ku pergi... Tampines Mall, Isetan, Kiddie Palace, Metro... Kat KL lak Jusco, Manjaku, Anakku... tetap tak jumpa yg jenis ni - 2 holes for breastfeed baby. Fawwaz tak mau puting yg 3m+ tu sbb laju sgt kott, takde feel.. Terpaksa pakai 0m+ for newborn punya. 1m+ dapat masa beli botol aritu tapi dah koyak.. tu yg cik mat meragam je tuu..

Friday, January 11, 2008

Balik kampung again :)


I'm now joining Fawwaz watching the Sesame Street, his fav tv prog on Kids Central. Can't leave him alone playing in front of the tv coz he's trying to stand by holding on the sofa all the times. His other fav spots/things are the printer, network cable, notebook and standing fan.

Tomorrow I'm going to 'balik kampung again' thru' JB/Senai. At least can save more than hundred Ringgit by taking MH than thru' SQ or shuttle from Changi. By Feb there'll be Air Asia and Tiger Airways for budget trip, maybe we can consider after this. Just calculate, if we take direct flight from Changi by Shuttle (cheaper than confirmed seat), it's nearly RM400. Thru' JB you have to take a Taxi from home that cost about SGD45, taxi from JB about RM40-50 and MH with cheapest cost RM180++ with infant or AirAsia which you may pay for the taxes only. I normally took shuttle for 1 way only. But it's a bit hectic to catch the flight within <>10 mins time. KL, I'm on my way....


Wednesday, January 9, 2008

What if...

It's a cloudy day. Just back from WhiteSands with Fawwaz by bus. Ha! I've never thought before, taking a baby on a bus or other public transports in KL. But, I managed it in S'pore. The public transportation is so good here and I faced no problem at all. But the most challenging time was taking a bus at the Woodlands check point across the Causeway to JB. I really can't believe it but it happened to us. Think, what if the trans. system in KL is as good as here... mmmm!


Wednesday, January 2, 2008

So Cold...

The weather is so cold since yesterday. So, aku pun rasa lembab je dan malas sket nak buat apa2 aktiviti. Ahmad Fawwaz sleeps more these 2 days, sejuk kot.. Awake, drink some FM or BF, then continue sleeping.. sometimes I joined him on the quilt mmm :P