Pages

Sunday, December 30, 2012

Peristiwa Bergambar ;)

Ada cerita yang masih baru.. ada juga yg agak2 basi hehehh...

Peristiwa Hari Ini - Sesi Taklimat Sekolah

Sesi taklimat prasekolah di Sek Keb Darulaman Heights. Akhirnya setelah membuat survey ke beberapa tadika berdekatan, keputusan mak ngan pak ialah masukkan Fawwaz ke prasekolah. Bukan setakat murah, tetapi lebih kepada guru yg terlatih dan kesinambungannya untuk masuk tahun 1. Mak 'concerns' sangat dengan kekurangan anak. Jadi, bila dah biasa di situ, harap2 cikgu yg seterusnya nanti boleh meneruskan apa yg patut tanpa perlu nak bercerita dari A semula.

Kebiasaannya prasekolah ni ada kategori pelajar tertentu yang mendapat tawaran ke situ. Ianya lebih disasarkan kepada yg kurang mampu. Tapi, disebabkan sekolah ni baru, guru besar kata sapa2 boleh masuk berdasarkan pendaftaran tahun 1 dan 'first come, first served basis'. Ramai juga yang transfer anak dari tadika yg paling popular di taman ni, ke situ.

Dan yang kelakaunye... hari ni mak ngan pak, dua2 kena angkat jadi AJK sekolah tu. Pak jadi Pengerusi, mak pulak jadi penolong setiausaha. Hahhh!! Abis nanti kalau meeting, sapa nak jaga anak den yg bernama Fawwaz tu??? Aiyakkk.. nilah akibat cita2 pak yg awal2 rasa nak jadi AJK berdua. Gipang gitew... ekeke.


PERISTIWA PINDAH

Macam2 rupa kotak dan bungkusan. Maklum, pakai 'mover' kampung2 je.. hehehh! Mujo2 bawak lori 5 tan

Rete kesayangan akak... mesti jaga dengan elok. Tapi bila sampai sini, adalah yg tercedera jugak!!

Bila dah clear... Malam tu kami tidur ala2 perkemahan di bawah kipas.. Yg tinggal cuma set Unifi untuk hiburan sebelum serahkan kepada TM dengan penuh kepayahan dan cabaran keesokannya

Sebelum kutinggalkan Anjung Hijau dengan tanpa perlu menoleh lagi... huhuhu  :(
Comel je rumah ni, tapi tahap mahal nak mam... zzzz

Akhirnya... inilah exitnya

Ambik kanan... jumpalah signboard ke rumah akak.. yayyy!

Good night!! Tosbeheena ala khair.. Nak tidor..

Friday, December 28, 2012

Hari Bertapa..

Bermula balik hari2 bertapa ku. Apabila boss kecik a.k.a Ahmad Fawwaz tak mau diajak keluar rumah. Dia suka benor memerap kat dalam rumah ni. Sejuk sikit kot berbanding kat luar tu. Kalau dapat keluar ni, boleh la mak cari carrot. Teringin pulak nak baking kek keret bersalutkan cream cheese yg nipis. Bahan2 lain ada je, kecuali carrot. Pagi ni juga dah mengisi sedikit ruang di freezer dengan karipap frozen. Senang hati. Kot2 ada tetamu, adalah bendanya nak dihidang.. lalala.

Si budak Fawwaz ni dah nak sekolah 1 hb nanti. Tapinya, belum dikenalpasti sekolah yang mana satu. Mesyuarat jemaah belum menentukannya.. haha! Punyalah relaks makpak dia! Budak2 lain dah lengkap baju, kasut.. Ada juga orang kena shopping last minute nanti. Pastu kalau dah kelam kabut, semua pun tak menggembirakan.. Arghhhh... Takat ni dah 4 tadika termasuk sekolah pra kami survey. Tengok jelah nanti.. apa keputusan terutama dari tuan presiden ;)

Ha! Bila dia dah sekolah nanti, baru le panjang langkah mak ni. Nak kena mulakan projek. Back to square one! Takpelah, asal jangan give up! Atau, akak update je resume. Nak hantar ke mana, tak tau lagi. Mungkin hantar dalam folder sendiri je.. erk! Dah duduk tenang2 ni kenalah cari sesuatu untuk diri sendiri tanpa mengharapkan dari orang. Walau orang itu adalah suami kita.


Selain tu projek2 lain pun dah siap tersedia. Projek bina rumah agak tergendala sebentar sebab pelan mungkin ada gangguan untuk masuk mesyuarat dan kelulusan. Ada masalah dalaman. Hari tu PM kepada developer ni dah cerita. Jadinya, lebih kepada perancangan dan angan2 yang lain seperti konsep apa, dapur rupa mana, langsir corak apa... bolehh? Tasik pun dah mengalami fasa pencemaran dengan lambakan tanah yg mencetekkan tasik tu.

Abe pulak duk suruh2 akak attend kursus Umrah. In Shaa Allah, adalah plannya bila tiba serunya nanti. Tapi hati ni alih2 macam tak berapa teruja pulak nak ke kursus. Aishh.. adalah yg tak berapa tenteram kat hati ni. Tercemar sikit kot... Astaghfirullah. Apa jugak aku nihh :(  Moga2 Allah tetap lorongkan kami ke sana. Amin.


Tuesday, December 25, 2012

Cuti Krismas, Kenduri dan Angin Timur

Wahhh... sedapnya bau kari kenduri orang sebelah! Sat lagi pukul 11.30 pagi baru kami nak menjenguk kot. Bukan taknak tolong, tapi baru2 ni seganlaa.. Eh! Bukan segan malas, tapi segan malu. Lepas ni nak kena control kot penggunaan perkataan 'segan' tu.. Nanti dikata orang akak pemalas (penyegan). Almaklum juga, sebelum ni macam kera sumbang kat Anjung Hijo yg serba 'privacy' tu. Lepas ni kena belajar hidup bermasyarakat sikit kot. Apa2 pun kena tengok 'flow' macamana.. Tradisi di kejiranan ni macamana.

Malam tadi konon nak buat apam utk dijadikan buah tangan. Ahh... jiwa kacau lagi rupanya. Apam akak tak jadi elok. Tapi boleh makan laa.. Dahlah bahan cukup2. Jadinya akak cancel nak bawa benda tu. Masuk je dalam freezer. Kali ni nak buat muka tebal je dulu. Dah semalam2 nak cari keledek dan kentang asyik lupa je untuk dibuat karipap. Nak bakar kek pun tak boleh. Pasrah. Abe kata ni bukan macam kat kampung, orang datang tolong2.. Iyalah kot :(

Kat sini orang Kedah kata musim 'angin Timoq (Timur)'. Akan terjadi dari Disember sampai Mac. Kuat dan kencang ya amat sesekali bila angin tu bertiup. Malam pertama dengan Fawwaz je kat rumah ni akak rasa tak lena tidur. Rasa pokok nak tumbang, rumah nak tumbang. Pintu bilik pulak rasa ditolak2 orang.. Seram juga.. hahaha! Malam tadi, Fawwaz pulak jatuh takut dan menambah keseraman. Duk kata ada ada monster je kat atas tu esp dalam bilik. Mujor dia kata 'monster'.. kurang sikit seram berbanding perkataan 'hantu'.. :P  Pintu bilik dan toilet asyik terbuka dan terkatup. Sebab angin kencang tu laa...

So, misi cuti krismas hari ini... Nak pusing2 Alor Star cari apa yg patut. Langsir pun belum ada ni. Duk pakai sheer curtain lama ni lagi. Kalau malam can see through gitu. Jadi, walau dalam rumah, esp malam akak kena berpakaian sopan gitu hehe..

Sunday, December 23, 2012

Mengemas Sokmo

Sejak sampai ke bumi Jitra hari Khamis lepas, aktiviti mengemas akak tak habis2. Termasuk juga aktiviti membasuh langsir, cadar, alas kaki, kain buruk, dan sebagainya. Maklum saja, mesin tak besar mana, langsir pulak pelbagai warna.. belum kira kat mana nak sidai lagi. Jadi, kenalah ikut peringkat memandangkan pakaian harian pun sentiasa banyak. Yelah, dah keja extranya tukar2 baju, itulah jadinya.. :P

Pagi ni bawa Fawwaz ke sekolah. Ingat nak bertanyakan segala macam persoalan yg ada kat kepala ni. Rupa2nya ampeh je.. Selepas keluar kawasan dengan keciwa, akak pun bawa Fawwaz meronda ala kadar kat pekan Darulaman ni. Singgah le kat Yawata beli kitkat dan chipsmore.. hahaha! Itu je semata2.. Adalah lagi 2 barang. Sebenarnya teringin nak cari keledek atau kentang, tapi tak cantik lak yang kat situ. Semalam gi market, tapi missing dari memory pulak.. Pegi pasar malam, lecak.. Akak mengada tak mau jalan jauh. Beli bawang ngan bilis je kat tepi2 tu..

Duk fikir, esok nak meronda ke mana pulak. Risau ni. Tadi jiran selang sebuah rumah menjemput ke kenduri kesyukuran kat rumah dia. Esok lusa. Nak bawak apa? Oven dan dapur akak belum boleh guna. Salur gasnya patah. Oven pula.. bingung memikir nak cucuk kat mana. Memandangkan power point yg ada tak cukup strategik lagi sikit. Takat nak masak biasa, boleh guna yg dah ready kat rumah ni. Cumanya, satu stove tu mengeluarkan jelaga. Abis hitam periuk akak! So, akak banned ia dari penggunaan.

Esok juga nak sambung menyimpan pakaian ke dalam almari. Satu pekerjaan surirumah yg akak tak berapa nak suka. Melipat tu tak mengapa. Menyimpan tu yg buhsan. Sampaikan semalam abe ku sudah buat satu teguran.. Manakan tidak, dah lipat cantik, aku tinggal je kat atas lantai depan TV.. Padahal dah bangun ke sana sini... hahaha!


Thursday, December 20, 2012

20122012 dan Penghijrahanku


Safely arrived! Alhamdulillah... Akhirnya hari dan masanya telah tiba. Petang tadi, menghampiri pukul 6 petang saya tiba di Bandar Darulaman. Agak panjang perjalanan. Keluar rumah seawal 8.40 pagi. Bersarapan di Restoran Barkath bersebelahan apartment. Kemudian berpatah balik ke Anjung Hijau untuk pengambilan deposit pindah dan penyerahan kunci. Jangan tak tau, nak masuk dan keluar ke Anjung Hijau tu nak kena bayar deposit, baru guard bagi lori masuk. Tapi taklah keras mana. Selalu dapat je bulat2 duit tu semula.

Kemudian, nak pulangkan equipment Unifi pulak. Rupanya dapat salah info. Bukan semua TM Point boleh terima dan proses termination tu. Hanya TM Centre. Dah pegi TMP (dealer) di Bukit Jalil, kena reject. Pastu dia kata kat Faber Towers. Jenuh akak mengangkat 4 kotak equipment tu naik Tkt 16 (dalam ragu2..). Sah2 tak betul seperti dijangka. Dari kedai pertama ke TM yg ni, duk saling menyalahkan. Apa tidaknya, confuse customer. Dulu masa call, dia kata boleh serah kat mana2 TM. Pastu seperti info selanjutnya, saya pun pergi ke bangunan TM yg dekat dengan FT tu. Fire Drill pulak! Banyak2 hari, hari ni pulak dia buat fire drill. Masa akak nak cepat2 serah barang... huhuhuu. Abe kata tunggu je walau lagi 1/2 jam. Boleh dia tidur dulu. Maka berkat kesabaran (padahal stress gila!), selesai lah urusan... Pukul 11 pagi baru dapat teruskan perjalanan. Tu yang sampai lambat tuuuuu... argghhh penatsss!


Monday, December 17, 2012

Customer Service

Hari ni penuh semangat saya ke Putrajaya.. ke KPDNKK. Adalah urusannya. Sayang sekali, kat tempat yg saya pergi tu sistemnya 'down' pula. Jadi tak dapatlah saya berurusan. Takat ambil borang je lah jawabnya, sebab borang yg saya download tu tak boleh guna. Nak tanya beberapa perkara alternatif, cik adik manis tu tak dapat nak bantu dan jawab. Sebab alang2 dah memandu jauh, kalau dapat maklumat jelas tu, kuranglah sikit 'penat'nya. Tapi bila tengok mata dia pun dah tak fokus, akak pun cakaple "takpelah... terima kasih". Macam tak puas hati, nak komplen.. Tapi takpelah, benda kecik.. Cuma, sebagai orang awam, nak juga pesan kat orang2 jaga kaunter ni.. biorle tau hal ehwal produk yg ditawarkan. Idaklah berharap kat orang2 tertentu je. Macam kalau pergi ke sesetengah bank, pak guard pun boleh jawabkan kalau pasal isi borang ke apa...

Tapi tak semua kaunter kerajaan masih tahap tu. Banyak juga yg tip top. Contohnya kat imegresen. Walau ramai, pengalaman yang saya lalui amat memuaskan.

Lepas tu saya ke Pusat Perkhidmatan Pelanggan Astro pula.. di Damansara Utama. Yang ini saya bagi markah penuh. Urusan saya cuma nak re-activate astro. Sebelum ni saya buat temporary disconnection sebab saya nak pasang unifi. Masa tu main calling2 je.. CS dia pesan suruh hantar smart card ke tempat dia, tapi saya tak buat. Simpan je dalam peti. Bila kat Jitra takde unifi, kenalah pasang semula Astro. Alaa.. saja buat hiburan kann. Prosesnya sekejap je. Tunjuk no akaun. Bagi smart card lama yg dia guna dan activate balik. Tukar alamat. Siap! Pastu dapat hadiah tumbler... yeyey!! No reconnection cost... Tak perlu nak sembang banyak2.

Saya bukan nak buat perbandingan. Sajalah.. Bila satu gagal, satu lagi menggembirakan, dah kira Alhamdulillah le.. Dan satu lagi, tadi di One Utama, dalam laman parking yg penuh tu, ada pulak satu petak yg tersedia menunggu kami... Tu laa.. yakinlah dengan doa "Allahumma Yassir.." tu  :)

Saturday, December 15, 2012

Mana Nak Cari Jurugambar yg Macam tu...

Hari ni abi a.k.a. daddy bawa Fawwaz gi kedai foto. Nak ambil gambar ukuran passport untuk kegunaan sekolah. Mak ni yang dah faham jenis anak ni, cuak juga memikirkan. Tak tau dah berapa tahun dan berapa attempt nak ambil gambar kecik dia tu. Entah ngapa susah benor tak macam bebudak lain terutamanya anak2 buah akak tu. Dorang semua camera friendly. But this boy aaa... aiyakk! Very the susah.. Kali ni mak tak mau ikutlah.. Alasan, nak masak ;)

"Assalamualaikum...!" Suara comel memanggil dari luar.
"Waalaikumsalam..."
"Mami! Mami!" Cerianya anak akak..
"Dapat tak ambik gambar?"
"Mmm...." serba ringkas abi menceritakan sesuatu yg dah dijangka. Huhuhu... abi salahkan photographer. Tak pandai katanya..

Alahai anak omak. Bilanya lah nak ambik gambar ni. Camna kita nak gi obesee lagi? Gambar passport pun nak kena tuka, dah expired. Tu gambar umur 2 bulan.

Sebenarnya ada seorang je jurugambar kedai yg paling berjaya dan amat kami kagumi tahap profesionalisme dia. Masa tu kami nak buat kad CPR (Central Population Residence) di Bahrain. Mulanya payah juga nak suruh Fawwaz duduk elok kat kerusi studio tu. Tapi jurugambar tu dengan mulut yg senyap (dan kami pun diam supaya dia concentrate) duk klik2 je, dia yang alih2 badan. Dengan Fawwaz yg gerak sana sini tu. Akhirnya dapat satu shot yang cantik dan comel. Itulah satu2nya gambar ukuran passport dia.. tapi background putih. Tak ingat pulak tu dia bagi CD ke tidak.. Macam takde.

Gambar yg kiri tulah yg ambik utk CPR card.. Yg kanan, mak terpaksa adjust untuk tampal kat borang tadika... hihi

Oh anakku.. Mak rasa ada sorang je lagi yg berpotensi untuk bawa dia ambil gambar ni. Tapi orangnya duduk kat Paka... hahaha!! Cik Nan, if you read this or tersedak2 while makan nasi goreng, it means mami Fawwaz dengan sengaja sebut2 namamu.. :P

Thursday, December 13, 2012

Sinetron & Drama Korea

Haha.. ini baru betul2 suri rumahtangga berjaya! Sejak 2-3 hari ni akak duk menternak lemak kat badan ni. Tak semena2 melekat kat atas sofa depan TV. Santai sehabis-habisnya. Maklum saja, rasa2 macam dah nak habis packing semua barang tu. Tinggal hat kecik2 je yang masih nak diguna. Nak masak, tak boleh gi pasar lagi. Takat kalau nak bagi Fawwaz makan, akak merempit kejap kat mamak Maju tu, beli ayam sikit, cepat2 patah balik. 10 minit!

Tak ingat dah berapa episode dapat tengok sinetron Aliya tu. Alaa... mungkin 2-3 kot. Tapi yg full, cuma hari ni. Sinetron ni memang selalunya cerita ngarut je. Marah orang kalau banding2kan dengan drama kita. Tapi kan.. walau akak pun kekadang kutuk, ada sudut tertentu yg boleh diambil kira. Tahap penghayatan pelakon dan macamana dorang boleh bercakap sorang2 dengan ekspresi wajah yg begitu dan begini. Sama macam telenovela la.. Dan macamana kita boleh tunggu cerita yang meleret-leret, dari logik kepada tak logik, kadang berpuluh dan beratus episode, sampai tak berganjak dari depan TV. Cuma akak pun kadang bosan dan hairan jugak bila tengok semua channel, baik RTM, Media Prima, Astro sampai ke TV Alhijrah semua pasang cerita sinetron.

Kat Alhijrah tadi akak tengok drama Korea, My Beloved Sister. Baru 3 kali tengok kot. Tadi pun belum habis, Fawwaz dah tukar channel 132 (katun Nick Jr). Kebetulan menjadi pulak jari dia harini untuk tukar channel. Potong stim betul! Cerita tu tak tau pasal apa boleh buat air mata akak berjujuran. Padahal duk bergaduh je pelakonnya. Kat mana sedihnya pun tak tau.. hahaha! Mungkin akak menghayati jiwa seorang anak gadis yg dulu mewah, dan sekarang tak berduit bila bapak dia dikatakan mati dalam kemalangan. Mak pulak takde. Syarikat bankrap. Si Seung Soo ni nampak jiwanya sangat kuat.  Tapi sebab tengok dah sekerat jalan, taklah tau sangat kisah hidup awal2nya tu.

Letih kalau dah mula tengok ni. Sebab nak tau endingnya.. Adoi, harap2 lepas ni busy balik supaya tak terus dilekakan dek cerita bersiri tu. Tau takut... Pagi tadi saya dah siapkan RV terakhir utk 2nd cousin saya. Dah 2 kali saya tolak order dia sebab clashed dgn aktiviti lain. Kali ke3 akhirnya dapat juga. Tinggal nak deko esok... Moga tak tumpul imaginasi akak ni selepas sekian lama tak ber'RV".

Tuesday, December 11, 2012

Roti dan Aiskrim

Bukan budak2 yg tengah cuti sekolah je yg balik2 nak periksa apa ada kat dapur. Ni ha.. mak budak yang lebih2. Anak yg seorang tu, jenuh nak disuakan makanan. Tu yang tak jadi tembam macam kebanyakan budak2 sekarang. Baru kejap bagi dia aiskrim cornetto mini  perisa vanilla.. tak abis pun. Kehendaknya tu yg stoberi je, tapi dah lama habis. Yelah, satu kotak ada 6 kon. 3 stoberi, 3 vanila + coklat. Phobia betul dia kalau ada unsur coklat kat aiskrim dan minuman kotak. Coklat biasa atau kek masih OK lagi.. spesial ke tidak anak akak ni.. aiyakkk!

Mak pulak baru sat makan roti gardenia berinti aiskrim. Setelah meng'check' tiada kudapan lain yg lebih indah. Dah makan bulan aiskrim 2 bekas kat dalam freezer. Tu pun dibantu oleh cousins & makcik utk makan. Tak jugak habis. Macamnilah kalau takde geng nak makan. Itu pasat akak ni tetap slim dek non hahaha... Cita-cita yg dah makan bulan juga ialan nak buat aiskrim goreng. Tapi hampeh je...

Makan tengahari?

Hari ni macam busan je. Nak mengemas kotak, rasa macam hampir semua dah masuk kotak. Tinggal sikit2 yg masih aktif digunakan je. Ajak Fawwaz keluar, mmmm... jawapan standard dia lah. Don't want! Nak masak pun dah takde apa, melainkan ikan yg dia kata 'don't want' tu. Jadi, baik tak masak. Susahnya nak ke pasar.. Nak order pasta, la ni min order kena RM20, tak macam dulu, boleh takat pasta je.. Banyak2 tak lalu nak makan. Takkan nak buang..? Dilema betul. Kalau terdesak, kutinggal jugak budak ni sesorang kat rumah, pegi cari apa yg patut.. Kesian sebab dia dah mengadu sakit perut. Agak2 masuk angin tak makan nasi dah beberapa hari lah tu. Dah maunya airtangan mak dia jugak.. Ayam kari takpun kurma. Rasa macam terrible mother lak..huhu!

Tadika vs Sekolah Pra

Semalam abi dia cakap sekolah tempat kami daftarkan dia utk darjah 1 called. Suruh ambil borang sekolah Pra. Memang lama saya dah berfikir pasal sekolah pra ni. Sebab dengarnya sekolah lebih terurus dan guru2nya lebih terlatih. Mungkin kedengarannya macam lebih untuk kelompok yg tak mampu ke tadika. Tapi saya tak kisah sebab memikirkan keupayaan dia yg memerlukan guru sedikit advanced. Beberapa tadika yg kami singgahi masa di sana haritu tak berapa menarik minat saya. Ada satu tadika yg agak popular di situ, masa saya masuk, terperanjat tengok stor terbuka dan peralatan seperti cat, berus dll dibiarkan je di situ (depan stor). Sedangkan budak2 ramai tengah main2. Terus saya rasa tak selesa. Jadinya, hari ni kami ambil keputusan nak hantar borang Pra tu, walau baru je nak mulakan sesi tahun depan. Kiranya Fawwaz jadi pioneer lah nanti. Moga2 itu yg terbaik buat dia.

Mak cerewet.. itu yg anak pun 2x5 hehehe. Itu belum kira bapaknya lagi.. adohh! Hidup biar sedikit relaks.. Tapi nak buat camna. Ada benda agak biasa2, ada benda kena particular sikit. Umpama nak menghias kek. Kena lebih teliti dan cerewet. Baru datang puas.

Sunday, December 9, 2012

Berangan Dulu..

Indahnya dapat berangan2.. :))

Sejak balik dari Jitra, angan2ku semakin memuncak. Walau yang nampak haritu hanya sekeping tanah kosong.. hehehh. Tapi sebab duk kaji plan rumah yg dah dapat kelulusan tu, maka saban masa terluang akak pun asik kerja mem'browse' je lah.. Tak sedaq banyak lagi benda belum masuk kotak dan bertabur lagi esp yg kat dapur tu. Mana nak masuk, ada the last RV of the year nak dibuat dan deliver pada 15 hb nanti. Hat tempahan lain memang akak dah tak sanggup buat.. no feel anymore! Takut kalau memaksa diri, macam2 kesilapan dibuat nanti.

Apa yg akak browse tuuu? Hehehe... dah tentu cari design dapur yang menepati citarasa. Walau tak tentu dapat approval dari 'boss', bolehlah juga try2 diutarakan nanti. Yang penting konsep rumah termasuk dapur adalah modern dan minimalis. Sesuai dengan jiwa ni. Sederhan serba serbi.

Akak berangankan dapur je.. Bahagian lain biar encik boss yg fikir. To be specific, akak fikir kitchen appliances macamana yg sesuai dengan dapur yang sederhana besar tu nanti. Adalah tengok jenama Elba, Teka, Zanussi & Electrolux. Memang seronok tengok gambar oven, hob, hood, microwave, etc tu. Hari tu abe dah macam berkenan dengan induction cooker, tapi akak kata tak suka. Bukan apa, memang la cantik dan elegen. Cuma akak tak syok kalau masak guna elektrik. Dulu kat Bahrain dah rasa, walau bukan jenis induction. Lagi pulak, jenuh nanti bil nye.. ye dak? Konon2 nak berjimat cermat ;) Pastu abe kata "Alhamdulillah.....". Hahaha dalam hati 'selamat duit aku'..

Kalau selalunya orang letak asing hob dan oven (dan itu pun citarasa asalku), akak baru je tukar fikiran. Untuk jimatkan ruang, kena guna dapur yg ada oven tu, macam sekarang ni. Macam gambar bawah ni. Sila fokus pada oven dan dapur masak je ye.. Yang lain2 tu tak masuk lagi dalam ini topik.. hehe. Kalau tade bajet, akak perosok kan je dapur lama zanussi akak tu... alamak! :P
 
Apa yg akak berkenan kat dapur ni ialah konsep warna dan meja kecik yg empat segi tu. Meja tulah idaman akak.. mesti mau cari! 

Apa2pun, tak taulah apa hasilnya nanti.. Dah namanya pun angan-angan... :P

Note: gambar2 ihsan google..

Saturday, December 8, 2012

Kisah Perjalanan Semalam

Hari Rabu pagi saya, abe & Fawwaz bergerak ke Jitra dan sampai ke Bandar Darulaman lebih kurang pukul 2.30 petang. Lega dan seronok rasanya bila tengok rumah yg bakal saya duduki. Persekitaran yang nyaman, indah dan tenang. Walau padat dengan perumahan, sesekali melihat tasik dan gunung ganang serta bendang, memang melegakan. Best sangat!!

Rumah dah tentu kosong. Kami bawa benda2 basic untuk duduk 3 hari tu.. Fawwaz nampaknya yang paling teruja dengan rumah baru. Agaknya dia pun dah busan duk kat flat hehe. Tapi itu bukanlah rumah baru kami. Cuma untuk tinggal sementara je sampai rumah yang dirancang siap. Target dalam 7-8 bulan je nak duduk rumah sementara tu. Rumah baru pula baru nak bermula sekitar Januari. Yang saya mula nak kecut2 perut ialah kebimbangan jika tanah2 bersebelahan tidak dibina apa2 dan kosong saja macam yang abe duk sebut2. Mulalah cuak... Dahlah belakang masih hutan belantara..

Di Jitra, saya tengok banyak kemajuannya. Yang paling seronok dah tentu pasal makanan. Merata2 gerai orang Melayu. Tekak akak jadi kembang bila memikirkan kedai mamak.. Kah kah! Konon la kan.. padahal kat sini, hampir hari2 menjenguk Madina. Semalam dalam beria cari tempat breakfast, boleh lepas sampai ke Arau. Lepas tu yang ada nasi campur je walau pagi lagi. Ohhh... orang belah situ pagi2 makan nasi ye. Saya cakap kat abe, setahun kat sana nanti musti ada sikit gemuk.. hehehe!

Breakfast hari pertama di Periuk Mama.. sedap :)

Dinner malam kedua di Old Castle, Alor Star. Makan nasi Ayam Mandi (Arab). Malam pertama tu dinner dgn Char Kuew Tiaw yg banyak sangat orang menjualnya.. sedap jugak!

Breakfast nasi campoq di Arau, Perlis

Saya dah siap2 apply telefon dan internet. Tinggal sekolah tadika je.. Adalah pergi melawat 2 sekolah, tapi macam tak berkenan. Tiba2 datang cerewet mak ni. Dah Jumaat baru perasan kat belakang rumah pun ada tadika. Mungkin dah pindah nanti baru nak tengok.. Ayooo last minute la tuu. Moga2 dapat yang terbaik untuk Fawwaz ni. Kalau masa 5 tahun mak agak slow down, kali ni kena serius sikit sebab tinggal setahun je sebelum masuk sekolah betul.

Hari ni saya belajar balik dan drive sendiri dengan Fawwaz. Dekat 6 jam juga perjalanan sejauh lebih kurang 448km tu. Banyak juga pit stopnya. Tapi yang agak lama ialah di RnR Gunung Semanggol. Tu pun cuma kat Petronas je, beli jajan dan masuk toilet. Saya dah chop RnR ni sebab sesuai utk orang macam saya yg akan ke sana sini dengan sorang budak ni je. Pintu toilet di Petronas tu dekat dengan parking. Kalau perlu, boleh minta pekerja tengok2kan anak dalam kereta. Jangan lupa kunci kereta tu dan buka sikit tingkap untuk bernafas dan tengok kita.

Selain tu, adalah 2-3 lagi hentian sebelah kami singgah. Nak lap tangan lah, nak buka seluar dialah, nak buat susu, nak pasang laptop... macam2 lah kejaku di kala berhenti mahupun memandu. Maklumlah, mak takde gadget macam abi.. takdelah penyediaan game dalam perjalanan macam yg selalu abi suakan. Mujur jajan tu boleh buat ubat boring. Memang jarang belikan.. sesekali je esp bila berjalan jauh.

Syukur.. sampai juga ke rumah akhirnya tak sampai 6 jam. Tak taulah cepat ke lambat tu... hehe! Apa2pun akak looking forward nak pindah nanti. Terasa seronok pulak sebab mungkin environment tu. Kena dengan apa yg dicita-citakan. Cuma akak kena tabah, sabar, dll sebab baru nak settle di negeri orang. Kalau ada geng Jawa kat sana nanti, selain akak sepupuku yg dah nak patah balik ke Selangor pulak, mesti lagi best.. huhu!


Friday, November 30, 2012

Innalillah.. dan Kisah Tudung :)

Masa sibuk2 berkumpul untuk menyediakan hidangan tahlil, kakak saya yg sulung asyik memikirkan kemana lesapnya tudung yg baru dibelinya di pasar. Maklum, balik emergency, macam2 tertinggal. Kenalah beli lain. Sampai ke sudah tak jumpa walau dah digelidah merata-rata. Dahlah cuma bawa 1 tudung, katanya.

Petang terakhir sebelum masing2 nak balik ke KL esoknya, saya suruh kakak baca "innalillahi wainna ilaihi raajiun".. Macam yg saya buat masa kehilangan charger dulu. Saya kata, In shaa Allah boleh jumpa dengan tak semena2.. Dia pun tunduk berdoa.. Kata kakak banyak kali juga dia baca.

Esoknya, waktu saya datang semula ke rumah arwah bapa, dan hampir semua adik beradik termasuk kakak dah balik, mak (ibu tiri saya) beritahu tudung kakak dah jumpa. Wah! Terkejut juga saya..

Tadi saya telefon kakak dan saja2 tanya kisah sebenarnya.. Tudung tu dijumpai di dalam beg tangan yg dikendungnya ke sana ke mari (sebab kakak jadi 'Finance Mgr' masa hari2 tu). Jumpa masa di rumah makcik urut. Elok je dalam beg tu. Agak misteri bunyinya. Tapi takpelah, asal jumpa. Itulah hikmah ucapan "innalillah..".  Wallahua'lam.

Thursday, November 29, 2012

Boring pulak malam ni..

Masa nak maghrib tadi baru sedar yg  telah seminggu bapa saya  pergi menemui penciptanya.. Alangkah cepatnya masa berjalan. Aduhai... Giliran kita pula entah bila. Andai tiba saatnya, tak ada nanti2 dah. Sempat juga berpesan pada makcik (kat suami belum lagi..), kalau saya mati, harap2 bawa jenazah saya ke kampung untuk dikebumikan..Tapi kalau mati kat Mekah ke, tgh berjihad ke, takpelah.. Takyah bawa balik. Ish, entah betul ke wasiat akak ni.

Abe dah balik semula ke Kedah pagi tadi. Terus menjenguk rumah yg bakal saya duduki sementara rumah baru disiapkan tahun depan. Di Taman Tunku Sarina juga. Katanya dapurnya amatlah besar. Wah! Teruja akak. Dah puas dengan dapur sekangkang kera ni. Tapi walau comel saiznya, masih ku mampu menghasilkan pelbagai produk tau.. Tapi lagi katanya, lebih besar dari bakal dapur rumah saya.. hahaha.

Suasana ruang tamu impianku... :)

Bermula minggu ni jadual agak padat. Dengan nak siapkan tempahan kawan yg tak siap2 tu, walau hanya 20 peket pau dan karipap. Dah makan minggu usahanya, tapi penuh berhalangan. Tadi nak buat pun, tersalah masuk bahan penaik. Langsung merajuk tak jadi buat. Rasa nak polish lah otak ni. Asyik mengelamun dan buat salah. Weekend makcik sekeluarga nak datang. Isnin abe balik semula ke KL. Rabu gerak ke Jitra sampai weekend.. Minggu depannya pindah terus! Wahhh.. Padahal banyak lagi barang belum packing tu..

Takpelah.. rasanya lama lagi tu. Nak buat kerja lain dulu... ;)

Monday, November 26, 2012

Al Fatihah Buat Ayahanda

Hari Rabu 21 November 2012 bersamaan 8 Muharam 1434, ayahanda saya, Abu Sujak b Hassan telah kembali ke Rahmatullah.  Begitulah perjanjiannya dengan Allah.  Sebagai anak, saya hanya mampu redha.  Yang tinggal hanyalah doa kita sebagai anak buatnya. Semoga rohnya tenang dan sentiasa dirahmati Allah di sana.

Arwah memang menghidap pelbagai penyakit dan sering keluar masuk hospital.  Dalam 2-3 tahun ni, sering dalam emergency mode. Tapi, rasanya tahun ni hanya sekali dia dimasukkan ke hospital pada awal tahun.  Dan selepas beberapa hari keluar, seperti biasa dia sudah mampu menaiki motosikal ke mana2 hingga ke saat akhir. Itulah semangatnya dan peluang yang Allah kurniakan.

Segalanya bagai tak disangka.  Arwah bapa sempat menikmati durian sehari sebelumnya.  Malah waktu saya balik pada Awal Muharram lepas pun emak mengadu dia menghabiskan sebiji durian. Walhal dia menghidap darah tinggi. Emak risau, saya kata takpelah, buat ubat teringin.  Malam terakhirnya dia sempat juga ngeteh di warung kegemaran selepas solat Isya' di masjid.  Selagi terdaya menunggang motosikalnya, memang bapa akan solat di masjid. Dan di tengah malam tu lah, menurut emak, bapa mengadu sesak nafas, tidak boleh tidur.. Dan pagi itu sekitar pukul 7, bapa menghembuskan nafas terakhir di pangkuan emak.

Sejujurnya saya tidak berapa rapat dengan bapa berbanding adik beradik lain, kerana tidak tinggal bersama sedari kecil.  Namun, setiap kali pulang ke kampung, saya wajib menziarahinya walau sekejap saja.  Agak kerap juga saya menjenguk dia kerana saya memang kerap balik kampung.  Hampir setiap bulan dan kadang2 tak sampai sebulan.  Kenangan bersamanya sedari kecil hingga dewasa tetap ada.  Sayangnya, kala dia pergi, hati anaknya ini tidak tenteram. Bukan kerana menangisi pemergiannya, tapi lebih kepada terguris kerana perkara lain. Kecewa kerana merasa tidak dihormati dan diadili oleh insan penting dalam hidup saya. Tidak mengapalah... Biarlah daku menjadi insan pemaaf.  Tapi mampukah untuk melupakan? Ya Allah, bantulah daku untuk menjadi insan yg sentiasa redha, merendah diri, sabar dalam segala perkara dan menjauhi sifat2 mazmumah.

Semoga bapaku ditempatkan di kalangan hambaNya yg soleh.  Sebagai anak, jangan lupakan doa terhadap ibu bapa terutama selepas solat.  Juga sentiasa hadiahkan al fatihah kepada mereka walau hidup atau telah tiada.  Baru kita akan tenang dan bahagia, kerana dari situlah berkatnya.

Tuesday, November 20, 2012

Selamat Memerap...

"Hello abi! It's me.. Fawwaz"
Hehe.. skema je Fawwaz angkat dan jawab telefon bila abi dia called.  Lepas tu cepat2 dia pass kat mama dia telefon tu.  Langsung tak mau layan abi sampai ke sudah.

Mama tak habis2 fikir sekolah tadika macamana yang sesuai untuk Fawwaz tahun depan.  Dah nak masuk sesi 6 tahun. Cakapnya banyak dalam English walau maknya cakap melayu mamanjang.  Kalau mak speaking tu maknanya biar cepat dapat respon.

Nak sekolahkan aliran Melayu, bimbang macam tahun ni, tak berapa meningkat pemahaman dan struktur bahasanya.  Minat pun tak seberapa sebab walau tunjuk buku Bahasa Malaysia, sebutannya tetap English.  Nak masukkan ke tadika aliran English, bimbang menjadi masalah bila masuk tahun 1 nanti.  Duk fikir sorang2 je, takde pulak abi nak bagi pendapatnya huhuhuu..  Jadi mak memang selalu terlebih fikir.

Lagi satu, dah cemuih mak duduk memerap kat rumah.  Tak boleh nak keluar sangat.  Tak boleh nak ber'projek' secara efisien sebab susah nak keluar cari bahan mentah.  Semua sangkut.  Sebabnya, dia tak mau ikut.
"Fawwaz, jom keluar.. mama nak pegi kedai"
"Don't know (don't want)... (nak) tunggu.."
OK... mama tak jadi pegi... :'(

Sunday, November 18, 2012

Longgar..

Apa yang longgar? Hehehe... akak rasa skru lutut, tangan, jari ni longgar belaka... Ye benor le ada skru kat lutut kannn.. Kalau suruh menyedapkan cerita, ala2 juara gitu. Tapi memangle rasa badan ni lain macam. Apa2 pun, akak duk berangan2 alangkah indahnya kalau dapat ber'SPA' kala ini.  Siap ada urut2 gitu.. wahhh! Terasa2 dah nih!!!

Apakan daya.. aku hanya mampu berangan.  Abis nak tinggal budak kecik ni dgn sapa?  Nak pegi urut kaki yg 1/2 jam tu pun tak sempat bertahun2 lamanya.  Huhuhu..

Hari ni cuba menyempurnakan tempahan pau yg terakhir untuk seorang kawan lama.  Dia nak 10 peket je.  Patutnya dah siap.. Dan kalau dah siap tu, rasanya terus nak cuti mengepau sampailah tahun depan.  Dah tak mampu nak guna kederat ni.  Mesin tu nak kena hantar ke kilang balik untuk repair.  Patutnya esok.  Nampak gaya tak dapatlah sebab berat sangat.  Ingatkan dia nak datang buat kat rumah..mmmm.  Harap2 abe datang nanti sempat nak hantar dan ambik.  Kalau tak, ku simpan je dalam stor nanti.


Batch pau terakhir tadi ialah inti ceklat.  Dapatlah 4 pek.  Oklah sebab customer nak inti pelbagai.  Tapi bila saya test masa panas2, terasa masam sikit inti tu.  Padahal baru buka bungkusannya dan belum pun expire.  Terus makin longgar kurasa sendi2 nih!  Penat menguli tak hilang lagi.  Kalau dah masam, tak bolehlah jual.  Saya pun tak pasti rasa inti yg sebenar2 sebab yg selalu makan pau inti ceklat ni Fawwaz lah.  Tak sempat nak rasa dia habiskan dulu haha.  Nampak gaya kali ni tak dapat nak memenuhi permintaan pelanggan sangat.  Dari 3 inti, yg boleh supply cuma 1 iaitu inti kacang.  Itu pun mujur cousin bawa dari kampung sebab yang kat kedai sini takde tanda halal.

Nak berangan pergi SPA lagi.  Takpun buat facial yg lepas tu dia urut2 belakang & bahu kita.. Takpun buat reflexology kat Marvell tu.  Huwaaa... bestnya!  Bila ada orang teman Fawwaz, kita pulak tak dapat pegi.  Ada je sebabnya.  Balik kampung hari tu pun tak dan nak panggil makcik urut.  Sehari ke rumah mak, sehari umah bapak.. gi umah mak lagi. Habis sudah cuti :)  Macam tu lah saya ni.  Sesekali balik kampung, harus untuk bahagi2kan masa.  Takpelah, sementara masih ada mak & bapak.  Itulah uniknya hidup akak ni.  Yang seronok Fawwaz lah.  Betapa enjoynya dia di rumah tu sampai mama dia ke mana pun tak mau ikut.  Sama macam kalau kat rumah KL ni.  Rela duduk sendiri kat rumah.. Ingat dia dah besar ke??

Tadi abe pun dah calling2, cerita pasal rumah.  Macam dah dapat rumah sementara tu, tapi belum tengok dalamannya.  Dekat dengan tapak rumah, so senang nanti nak monitor projek.  Akak ala2 angguk2 je.  Rasa makin lemah bila fikir nak pindah, hijrah, dsb.  Tetiba rasa nak syahdu.  Tetiba nak rasa serabut.  Rasa malas  nak meneruskan yg pending ni.  Apa je lah ye... Agak2 best ke ye duk tempat baru?  Mesti lepas ni payah dah nak gi KL ni.  Kalau yak payah pun, malas sebab jauh.  Sobs!!

Terasa2 buat ni..
Kaki orang.. bukan kaki akak  :D

Saturday, November 10, 2012

Petang Yang Relaks..

Sedar2 dah pukul 4.18 petang.. Apa je yang saya buat hari ni?  Bangun pagi, buat sarapan untuk diri sendiri dan Fawwaz, menyelerakkan bilik, masak untuk lunch... lepas tu tidur2 ayam, kejap mengudap, bancuh kopi, tengok cerita Jepun yg sedih di TV Al Hijrah sampai gugur airmata seorang baker yg dulunya rocker..:P, intai2 kat taman sanun yg tengah ada majlis perkahwinan berjalan...  Mmmmm what a relaxing day!

Memang hari ni nak relaks je.. selepas bekerja membanting tulang beberapa hari.. Muahahaaa!  Semalam waktu macam ni rumah Anjung Hijo ni agak hiruk pikuk dengan suara rakan2 dan saya sendiri. Kengkawan datang bawak makanan.. yeyy! Ada nasi ambeng, nasi arab, kuih muih dan kudap2an.  Saya cuma menyediakan air atas permintaan iaitu Asam Boi Limau Kasturi.. Adalah juga yg saya gorengkan karipap dan buat durian crepe, tapi sikit2 je.. Ingatkan cukup2 6 orang je, rupanya lebih.. ekeke.  Apapun makanan memang berlebih macam biasa dan ada upacara bungkus membungkus.  Majlis selesai selepas maghrib.. Sedih laa.. entah bila nak dapat kumpul lagi macam tu.

Esok lusa mungkin nak balik kampung lama2 sikit.  Rasanya laa... Tadi abe telefon, belum2 dah tanya bila nak balik ke sini.  Akak belum lagi confirm tarikh nak balik kampung tuuu..huhu!!  Nak harap dia ikut balik memang takde harap lah.  Kekadang mulut celupar akak keluar juga ayat2 power.  Antaranya "agaknya abang datang kampung tu kalau kita (saya) mati kat kampung tu.."  Senyap.  Perbincangan pun mati. Amacam? Ganas tak akak nih?  Kekadang memang macam tu.. Makan dalammmm..  Alhamdulillah saya hidup dalam keluarga dan ibu bapa yang berhati mulia.. Tidak mendesak, tidak menghasut, berlapang dada, redha je walau macam2 cerita anak2 nih.. Alfatihah buat mereka, semoga Allah kurniakan mereka darjat yang tinggi di akhirat kelak.

Takpelah... apa2 pun jangan stress sangat dalam kehidupan ini.  Macam yg saya tengah dengar dan tonton di TV Al Hijrah ni.. Berlapang dada.. yg bermakna kita redha dengan ujian dan takdir Allah.  Apa jua yang kita lalui, perbanyakkan istighfar.. selawat jangan dilupa.  Peringatan buat diri ku ini.. Cau cin cau!

Saturday, November 3, 2012

MOOD PINDAH TAPI...

Tengah hujan!  Dah lama tak dengar Fawwaz nyanyikan lagu "rain rain go away, come again some other day..".  Tak silap dia stop nyanyi lagu tu bila mak dia yg asalnya blur ni dah pandai nyanyi sama.. hehe!!  Boleh tahan banyak juga lagu kanak2 yang tak ada zaman mak dia ni kecik..

Hari ni nampaknya hari yang sedikit sibuk.  Ni baru je melabuhkan punggung di atas kerusi yg tak berapa menarik dah rupa parasnya.  Seharian di dapur.  Konon2 nak ikut sama abe yg mula nak mengemas barang ke dalam kotak. Rupanya saya setakat update status je kat FB.  Menggembar gemburkan yang saya nak pindah jauh.. Tak lama terus dapat order PAU dan KARIPAP, 10 peket tiap satu!  Belum kira yg tati punya semalam dan Zu punya di awal pagi tadi.  Hahh.. kawan2 yg dah biasa stock up makanan frozen untuk anak2 dah mula mengaum.. takuttt  :D

Baru tadi pun saya bagi notis kat landlord yg entah di mana asal usulnya. Setahun sekali nak calling2 pun tidak. Yang saya tau dia kat Ipoh.  Selamakini sayalah care taker rumah dia ni yg sangat baik menyelesaikan segala hal ehwal maintenance.  Dah nak pindah pun masih bayar sewa walau depositku beribu2 lemon kat dia (minta2 dia pulangkan lah ye... huhu).  Lamanya saya sewa rumah dia!! Bukan apa, dalam 5-6 tahun ni memang tak fikir untuk cari atau beli rumah.  Sebab yang saya tau, abe memang nak bawa saya ke Utara.  Sebagai isteri yg patuh dan tak banyak songel, saya langsung tak tanya atau desak apa2.  Mode pasrah je... Akhirnya rezeki tu adalah, InsyaAllah kalau panjang usia saya sampai tahun depan.

Sudahnya entah bilalah saya nak membungkus2 barang ni.  Walau dengarnya agak lama lagi, by end November ni nampaknya semua barang dah kena bergerak ke Utara. Nampaknya kena gigihlah akak menguli dalam seminggu dua ni.  All out!! Lepas tu baru pergi jumpa makcik urut.. dan packing.  Pagi tadi dah menyiapkan inti karipap. Pastu masak untuk abe. Sambung buat pau, barulah siap ni.  Makan tengahari pun sambil mengerjakan pau. Abe makanle sendiri kat meja tu. Punyalah hectic! Tak kiralah, pau pun dah tak bulat.. herot perot sebab terlebih kembang.  Namun ianya tetap gebu dan sedap... Tag line baru muncul kat kepala "PAU KAMPUNG SEDAPPP".  Tapi cukuplah setakat ni rasanya.. Siapkan Ani, Tati, Zu dan Aida punya, lepastu nak sambung balik kat Kedah nanti.. Kena buat marketing baru lah pulak..huhu!

Perghh.. Lihat Durian Crepe ku! Asalnya nak buat bekal anak dara abe hari ni, tapi akak cancel.  Bukan buruk siku.. Tiba2 ternampak semalam kakak dia dah buatkan dulu... Takpe, makcik tukar dengan karipap je lah. Nak baking ciskek sebagaimana permintaan asal abah dia dah tak sempat + malas.  Jadinya, ini untuk en abah je la.. Sedap tapi kekadang jemu pulak semua manis dalam rumah ni.  Rasa nak juga benda2 pedas.. kerepek pedas ke, tomyam pedas ke, sate pedas ke.. apa lagi ye...

OKlah.. masa untuk membungkus pau dan menyorokkannya dalam freezer ku itu.  Entahkan cukup tidak ye ruangnya nanti, sementara nak tunggu Jumaat depan.. :D

Thursday, November 1, 2012

Bisnes Dalam Ayu.. :D

Memang seksa sikit bila hidung berair je ni.. Badan pun jadi tak berapa enak, lesu semacam. Terbayang2 makcik urut kat kampung, takpun amoi Marvel tempat saya selalu berefleksologi dulu2.  Tu yg break sekejap nak menguli pau. Tak habis2 membuatnya.  Mujur customer yg jenis faham dan tak meletakkan tarikh tertentu untuk mengambilnya.. Antara ayat2 regular customers saya yg paling saya suka ialah "ikut lapang ko lah.. dah siap bagitau". Tak pun "ikut sempat akak lah...".  Hehe ini macam punya business pun ada kan.  Ini namanya business dalam keayuan.. Kena jaga badan, tenaga dan level stress.. ikut kemampuan, tak boleh paksa badan hanya demi nak RM.. :D

Petang nanti nak menggigihkan diri bakar 4 kek.. Sampai ke malam le gamaknya. Memang seronok.. Break satu bahagian, buka satu bahagian, break yg frozen, buka bakeri pulak.. Taklah masyuk sangat, tapi Alhamdulillah.. Hari ni juga terpaksa tolak order cousin.  Sebab memang tak mampu nak memproses kuih muih siap dalam waktu2 terdekat ni walau dah bagi 3-4 hari notis.  Nak siapkan order yang datangnya sebelum raya korban ni dulu. Dan macam biasa, kalau hubby ada, sibuk saya lain macam.. Maklum bukan selalu dia ada di depan mata.. :)

Teringat abe cakap malam tadi masa tengok drama Bila Joyah Jadi Jutawan.. Dia cakap kat Fawwaz yg entah faham ke tidak tu "kalau ummi jadi jutawan, mesti dia sombong kat kita.." hahahhh
Ummi pun jawab "Macam ni tak jadilah nak jadi jutawan.. hehehe".  
Sambung lagi.. "Mana tak sombong, dah abi tak tolong pun.. umi penat buat semua keja sorang2"
Hahh.. penat je aku pegi seminar Jutawan Industri kalau gini.. Belum2 dah banyak ramalan...
Anggaplah gurauan di malam hari.. kihkihkih!

Sunday, October 28, 2012

Rancang Perjalanan Mu..

Alhamdulillah.. lega! Masuk je waktu zohor dah sampai Anjung Hijau.  Tadi perjalanan lancar je. Kalau sangkut pun, takat manja2 je kat area Tg Karang.  Tak silap macam nak ada perhimpunan berunsurkan politik je tadi.  Mujor akak dah melepasinya.. Tapi agak bosan dan letih juga. Rasa macam nak tidur tapi bukanlah mengantuk sangat.  Mungkin sebab cuaca yg panas tadi.  Rasa letih lesu segala..

Kalau menyusuri jalan sepanjang S/Bernam ke KL melalui Ijok, kita akan melintasi beberapa gerai cendol.  Paling popular dan agak menonjol ialah Cendol Borhan antara Tg Karang dan Kuala Selangor, dan Cendol Bakar berdekatan Ijok.  Tak pasti nama lokasi sebenar walau dah berpuluh tahun menjadi laluanku huhu... Hari ni, di kedua2 gerai ni amatlah penuhnya.  Full house!  Walau saya hanya setakat menjeling, nampaklah deretan kereta dan kepala orang di tepi jalan dan dalam kawasan gerai.  Perghhh!! Memang pakcik kayo!  Cendol Borhan saya dah pernah rasa.  Cendol Bakar belum ada rezeki nak rasa.. Tapi saya rasalah, cendol mamak depan Anjung Hijau ni tetap menjadi pojaan hati mokcik!

Sekarang ni dengarnya jam sana sini.  Tadi Abe ku pun bagi message kereta merangkak di Ipoh.  Mmmm... itu pasal saya suka keluar rumah awal sedikit.  Selewat2nya saya akan keluar pukul 9.30 pagi.  Sejak bujang hingga beranak, sedari Fawwaz berumur 3-4 bulan saya sentiasa konsisten soal jadual perjalanan.  Semua urus sendiri, dari A ke Z. Itulah pentingnya disiplin!  Nanti jawabnya kalau dah duduk di Kedah, kenalah saya keluar sesudah subuh kalau nak balik ke Sabak Bernam.  Bukan takat jam je yg saya geruni, kalau keluar awal pagi badan masih segar, tenaga masih banyak.  Kalau dah panas memang tak tahan.. terutama mata ni. Belum lagi nak memikir penumpang kecik di belakang saya tu.  Sekejap kepala kat bawah, kejap kaki terjulur ke atas, kejap tinggi berdiri atas seat.. Masa kecik2 dulu, kekadang dia baring kat dashboard belakang tu. Maklum takde orang lain..

Esok kerja dorang ni kena harung jam lagi kan... stressnya!  Takpelah, nak buat macamana.  Semua dah mampu ada kereta.  Kaya tak kaya, dah jadi barang perlu.  Walau public transport banyak, masih tak cukup memenuhi permintaan dan kepuasan juga.  Tak boleh salahkan sesiapa.  Kita tak tau masalah mereka yg buat perancangan tu.. Tapi memang best kalau dapat merasai kemudahan awam yang bagus2 ni.  Saya sempat juga merasa di Singapura dan London.  Memang masa tu kita akan memikir kenapalah kat Malaysia tak macam tu.. huhuhuu!!  Apa2 pun syukur dan sabar... ;))

Tuesday, October 23, 2012

Kisah Mop dan Aku

Petang ni dah mula aktiviti baking untuk Hari Raya Korban yang bakal menjelma.  Buka banyak pun.. dan saya pun tak berani nak buat iklan raya.  Takut nanti balik raya dalam ngantuk dan kepenatan macam hari raya lepas.  Ini pun terpaksa saya tunda sehari untuk balik kampung sebab ada 2 biji kek nak kena hantar pada hari raya ke-2 di rumah nenek sedara.  Memikirkan situasi storage dan oven di kampung, dan malas nak angkut tools, saya nak balik raya pertama je nanti.  Saya dan Fawwaz je.. Pok dia seperti biasa ngelat! Sebenarnya mak lagi suka... opssss!!

Berbalik kisah baking, hari ni dah bermula dengan kek coklat.  Akan disimpan semalaman supaya lebih moist dan sedap, baru decorate.  Tengah menunggu kek masak dan mengemas perkakasan, Fawwaz terjengket2 ke dapur.  Merayu minta diapers.  Kalau nak 'ber..', memang dia minta diapers. Dah pelbagai cara saya guna supaya dia tak bergantung padanya, tapi tak juga berjaya.  Dah makan tahun.. adalah 3 tahun.. huhu! 3-4 hari ni saya buat dek je bila dia minta.  Tapi kalau dah terjengket2 siang malam, kesian pulak.  Nanti apa2 jadi kat usus dia, mak juga salah.. 

Tadi, masa baking saya tak layan langsung permintaan dia.  Biar dia masuk toilet kalau nak.  Kata kat dia 'ber' kat seluar pun mama tak kisah.. Dia pun berlalu.. Tiba2 dia panggil, "mama... mama.."

Saya pun keluar dari dapur.  Terkejut!  Bertakung air dekat lantai.. banyak pulak tu.  Adoii... terkucil sudah anak aku yg tengah tunggu mama kat toilet.  Entah kenapa sehari dua ni dia kerap ke toilet.  Mama selesaikan dia.. Senyap.. jaga mulut dan hati.  Dugaan kecil je.  Ambik baldi dan MOP, masuk pencuci.. Celup2 mop dalam baldi dan putar pada tempat pemerah tu.  TUP!! Tiba2 batang mop patah.. Huwaaaa saat tu lah akak rasa nak menangis.  Belum sempat mop air kencing yg seruang tu, batang mop dah patah.  Kat hujung sekali pulak tu..  Keluar segala habuk2 hitam.

Dengan perasaan penat (mula tadi terpacul juga perkataan baran ku.. Astaghfirullah..), terpaksalah mop sambil melutut.  Buat ulang2 kali, sebab tak yakin.  Macam tulah, kadang2 Tuhan nak uji kita ni sabar ke tidak.. Hati betul2 bersih ke tidak.. Kata orang, masa tengah marah tu lah diri kita sebenar.  Tapi tadi akak taklah marah, tapi mulut hilang sabar je... cepat2 istighfar.  Kesian kat Fawwaz.  Bukan salah dia.. Mop pun satu, masa ni lah dia nak patah.. Selalu tu, elok je... Masa akak tengah tak baking, masa budak tak terkucil, masa tak penat...

Apa2 pun kek dah masak tu.. Tunggu nak sejuk dan simpan.  Ironinya, kek pun agak meragam petang ni.. merekah.  Memang kalau nak baking, jiwa kena betul2 tenang.  Effectnya pada kek dan dekorasi.  Fawwaz pun dah abis 2 1/2 ketul yg cuppies.  Ya Allah, jadikan daku ibu yg sabar, sabar dan sabar... Juga isteri yg tidak berkeluh kesah.

Sambungan kisah... Tiba2 terbaca kata2 Ustaz Azhar & Ustaz Don "Pekerjaaan yg paling banyak beri pahala ialah SURIRUMAH" dan "SURIRUMAH ialah pekerjaan yang terbaik di dunia".  Rasa motivated... Yg bukan surirumah macam akak jangan sentap.  Adalah rezeki masing2.. Itu semua Allah yg nilai  ;)

Saturday, October 20, 2012

Hikmah Memberi

Sebenarnya apa yang saya tulis adalah lebih kepada perkara peribadi dan untuk catatan sendiri.. Kerana bercerita melalui tulisan adalah hobi dan terapi untuk saya.. Sama juga dengan apa yang saya tuliskan di FB. Jadinya kalau orang lain tak minat, tidaklah perlu membaca. Kalau kita tak suka status orang, ignore saja.. Kalau tak berkenan langsung sampai ke sudah, delete saja.

Kalau orang bercerita atau menulis yg baik2, walau siapa dia, kita bersangka baik sajalah.. Ikhlas atau tidak, kita serahkan saja pada Allah untuk menilai. Tak gitu?

OK lah.. hari ni nak cerita pasal kejayaan saya menghadiri Seminar Jutawan Industri oleh Dr Azizan yang sentiasa gempak tu, di Shah Alam.  Hari ni penuh membuak2 sampai ke luar dewan dan depan tangga.  Setakat ni dah 2 kali saya pergi, tapi yang free je.. Alasan yang buat saya tak kaya2 walau dah masuk seminar (tapi Alhamdulillah ada lah juga benda yg positif masuk..) ialah perihal keluarga.  Tak boleh nak buat komitmen masuk kelas advance. Sebab kursus advance selalunya mengambil masa 3 hari yang adakala sampai ke malam, mengikut pengalaman kawan.  Sekian! ;)

Antara tips atau pesanan yg mudah untuk diingat, tak susah nak dipraktikkan ialah SENYUM.. dan berkata2 manis.  Berkata2 manislah kepada pelanggan kita dan orang2 di sekeliling kita.  Nescaya akan menarik lebih banyak rezeki..

Sentiasa MEMBERI.. Bersedekah, berzakat, membantu yg susah.. Berselawat, istighfar dan sedekah.. Kerana apa yang kita beri, akan kita perolehi semula (what you give, you get back).  Sememangnya apabila kita berselawat, Allah dan malaikat akan berselawat kembali kepada kita. Begitu juga dengan perkara2 yang lain.  Ini untuk peringatan diriku sendiri juga supaya tidak terlalu berkira untuk memberi walaupun kita kekurangan.  InsyaAllah.. 

Selain itu, saya juga amat yakin dengan fadhilat solat Dhuha.  Alhamdulillah, saya dikurniakan rezeki dari segi masa untuknya.  Dulu2 saya sangat lalai dan malas nak buat solat ni.  Kadang2 memang sangat ajaib.. Selepas je solat, ada order masuk.. sungguh!  Ini bukan nak menunjuk2 yg saya buat, cuma nak share betapa hebatnya doa di waktu dhuha.  Dan saya baru je dengar di radio IKIM, ustaz tu kata, waima nak mencari pekerjaan atau nak naik pangkat pun, buatlah solat dhuha.  Cuma kalau di ofis, kena juga tengok situasi untuk mendapat berkatnya, kerana ia hanyalah sunat.

Tadi juga sempat saya curi2 berbual dengan Jana kawan lama saya masa sekolah rendah.  Memang kami mendaftar sama2 secara online dan harini ada rezeki duduk bersama.  Jana share dengan saya pasal membuat pinjaman.. Kalau meminjam, mesti pulangkan! Itu sudah pastilah kan... Dan, kalau kita pun dah senang masa tu, berilah saguhati kepada si peminjam masa pulangkan duit tu. Kalau yg meminjamkan tu 'orang' lah, bukan bank.  Memang banyak liku2 dalam perniagaan, tapi andai kita jujur, berzakat, memberi, InsyaAllah pulangannya hebat.  Itulah Jana, yang sekarang buat bisnes lauk pauk (kantin) dan katering.

Memang seronok kalau nak menulis pasal ni.. Esok2 lah saya kongsikan lagi apa ilmu yang saya dapat dari DAO.  Walau lebih kurang sama pengisian dengan yang sebelum ni, impaknya tetap luar biasa.. 

Gambo kepala2 orang yang melimpah2 sebelum program bermula.. Kalau dah mula, mau sentap kena sound sesiapa yg langgar perjanjian dgn mengambil gambar... hehehe

Friday, October 19, 2012

LHDN & Aku... Pt II

Takyah le baca ye ini entri... Ini untuk luahan hati akak je.  Saja nak cerita sesorang.. dan saje je nak publish! hehehhh.  Dikala hujan turun dan akak baru je habiskan caramel nuts balance dari buat kek hari tu.  Memang enakkk banget... Kudapan homemade dari walnut + almond.. kan sedap. Kalau beli mahal, buat sendiri pun mahal juga... :P

Tadi pagi akhirnya berjaya juga saya ke LHDN di Shah Alam.  Patutnya semalam, tapi sebab Fawwaz tak mau gi sekolah, saya tukar plan, pergi market Sg Besi secara ekspres!  Hari ni, lepas say bye2 kat dia, terus merempit ke Shah Alam sambil terkumat-kamit baca doa Allahumma Yassir.. Alhamdulillah, memang smooth perjalanan saya, langsung tak jam.  LHDN di bangunan Perangsang, tapi saya parked di Wisma MBSA.  Yeahhh... rupanya hari ni free parking dia.  Katanya kalau esok, kena bayar.  Tapi bila dia tanya saya ada urusan MBSA ke? Gagap juga nak jawab.. Belum sempat jawab (sebab saya tanya balik "tak boleh parking kee??", dia dah bagi laluan. Hihihi.... Maaf tuan.. eh encik.. ;)

Memang betul la jangkaan ku.. Problem yang sangkut tu ialah pasal resit perubatan bapaku yg beribu2 lemon, tahun 2006.  So, sudah bagi penjelasan melalui surat bertulis tangan, bagi sekali salinan fotokopi semua perkara sokongan.  Alih2 puan tu datang cakap ada satu lagi bil saya kena bagi.. Perubatan sendiri berjumlah RM75.  Larrr... Mokcik pun tunjuklah surat yg minta saya hantar resit tu dulu, tak sebut yang ni punggg... checklist tu!

"Dorang tak perasan kot, sebab sikit.." katanya.  Adoii... Kalau tengok file akak 4 tahun sekali, memang le tak perasan!!!
Sekarang dah menyusahkan aku nak datang ke situ lagi.  Dah tentu MBSA charge parking ku kali ni.. :P

Saya tanya "boleh hantar pakai pos ke? Pos ekspress ke.. selamat tak?"
"Seeloknya hantar terus.." Jawab puan tu..
"Kalau takde, hilang ke... maklum dah lama sangat.." Ku tanya lagi
"Kena ubahlah semuanya..." erkkkk... 4 tahun lagi akak kena mengadap puan lain pulak kalau gitu!

Arghhh.... Boleh tak saya claim tol dan mileage atas kelalaian dan ketidakcekapan pihak puan?  Kalaulah aku boleh bertanya begini dengan nada kedekut dan berkira...

Memang kecoh la akak ni nak cerita benda ni kat sini.. kat FB la.  Suka hati akulah.. kan ini milik peribadi.. wekkk!  Bukan apa, buat peringatan kepada diri ini dan juga anda, supaya jangan cuai untuk membuat PROPER FILING.  Segala macam tok nenek yang berkaitan dengan hal ehwal duit musti mau file kan dan simpan sampai mati. Kerana 'out of the blue', alih2 timbul balik..

******************************
Kisah semalam (Khamis) yang rupanya saya lupa nak post.. atau mungkin belum sempat publish, En Fawwaz dah conquer sampai ke tengah malam tempat ni.  Takpelah, sebab dah penat menaip, akak publish juga cerita basi ni.. hehehe.

Monday, October 15, 2012

LHDN dan AKU...

Mak kaloi... ooo mak kaloi.. di manakah mak kaloi?  Marilah dengar cerita ku yg gundah gulana ni... Dengar je, takyah cakap apa2.. Letihle takde sapa nak dengar bebelan ku.. Memang boring kalau ianya melibatkan uang! Sabor je lah yee... Dunia je ni!!

Agaknya dah lebih seminggu saya tak buka mail box kat bawah tu.  Selalunya buka kalau hujung2 bulan, nak tengok berapa banyak akak kena bayar bil.. Paling seram bil credit card laa.. Tapi cc ni kalau kita mengamalkan pembayaran maksimum atau bayar habis, tak jadi masalah pun...

Hari ni tergerak nak tengok.. ada surat penyata bank dan LHDN.  Wah.. LHDN?  Cepat2 akak buka.  Rupanya surat tunggakan 2009 yg kena dibayar dan kalau lambat selesai depa nak bawa ke mahkamah!  Potong mood daku di pagi hari.. Bukan apa, kesal sangat sebab kes lama.. Malas betul nak ungkit kisah lama.  Kali terakhir declare dan bayar tax 2007.  Dan saya tau pasal apa jadi macam tu...

Saya pernah buat deduction untuk perubatan ayah saya yg beribu lemon.. Biasalah, masa submit kan tak kepilkan apa2.. Kemudian dah lebih setahun (masa tu saya dah berhijrah ke Singapura), dapat surat suruh hantar bil sokongan.  Saya pulak buat kerja senang sebab masa tu huru-hara duk travel ngan baby je, jadi pos guna snail mail je.. Guna pos biasa.  Lepas tu agaknya lebih setahun juga, dia hantar surat lagi tanyakan bil..  Maka saya pun pergilah ke LHDN Shah Alam tempat fail saya.  Tetapi...

1)  Fail saya masa tu takde.. dorang hantar ke Ipoh untuk apa entah.  Nak scan kot... Pegawai yg saya rujuk pulak takde idea macamana nak selesaikan..  Tapi memang takde rekod penerimaan bil sokongan tu.. Agaknya terselit kat celah2 stor Pejabat Pos!!! (Dah aku fitnah PO lak.. hehe).  Dahlah masa antar tu original receipt!  Lepas tu pegawai tu suruh hubungi semula, kalau tak silap, bagi masa dia nak check

2)  Dah bagi masa, saya pun called... Pegawai tu pergi kursus pulak...  Gone case!  Saya pun malas... Lagi pulak dah semakin jauh merantaunya.  Kira2 masuk hari ni agaknya dah lebih 3 thn perkara ni berlalu

3)  Saya hairan, masa last buat declaration yg pakai sistem apa entah tu.. (jenuh nak ingat!), macam ada lebihan pembayaran melalui PCB... Tapi jawapannya HAMPEH!  Makcik pun jadi konfius... tapi sebab jenis malas nak fikir, biorkan je lahh...  Kalau itu hak makcik, haram jadinya buat mereka... Kalau bukan, makcik redha je laa..  Ehh!  Apa hukum kalau buat sistem yg mengelirukan macam tu ye?  Haa... sapa nak jawab dan tanggung!?

4)  Kenapalah ambik masa lama sangat nak buat tindakan susulan untuk sesuatu perkara.. Kan susah nak recall balik dari A ke Z.. Makcik dahlah semakin berusia.. Rambut dari hitam masa tu, dah makin memutih..  Takpelah, bersangka baik no... Sebab ramai sangat pelanggan, berjuta2 kes nak kena tengok...  Isk! Macam plastik pulak aku ni bila cakap gini...  Yang paling saya bengang bab nilah!  Saya tak suka nak cerita benda lama!!!

Apa2 pun benda macam ni akan berbalik kepada kita.  Maklumlahh... duit.  Walau RM1 pun tetap duit.. Kalau hantar guna pos biasa ke organisasi besar sebegitu, sendiri mau ingat.  Saya pernah hantar wang pos ke Celcom guna pos biasa dan tak masuk rekod pun pembayaran tu... Dah bertahun2 baru tau dan terusan jadi hutang.  Saya cuma ada salinan fotostat yg tak laku!  Samalah kes dengan LHDN ni.. Harap2 saya adalah buat salinan walau saya tak pasti sebenarnya.. esok baru nak check setelah kekesalan reda.  Sebab rasanya masa pos tu, saya tergesa2 sangat.. Dan selalunya bila kita cuai, masa tu lah masalah timbul.. Kalau kita buat salinan beratus2, OK je.. Itulah moralnya.

Nampaknya sehari dua ni kenalah merempit ke Shah Alam.. Sementara Fawwaz sekolah.. Penatlah!

Sunday, October 14, 2012

Kesiannya lah..

Hari ni saya habiskan masa dengan mengemas ala kadar, menguli pau, bersantai, uli pau lagi... santai lagi.  Gitulah kehidupan akak di bumi nan hijau ni, pada hari ini.  Weekend tak pernah rasa nak ke mana2 kalau tak rasa perlu.  Tadi keluarlah juga kejap.  Tapau roti canai dan suratkhabar kat Restoran Madina, dan singgah di MyMydin beli tepung.  Habis best kalau dapat baca suratkhabar sambil bersarapan depan balkoni.

Dah agak petang, baru terfikir... "boringnya ye... dah cuti pun tak keluar jalan2..".
Padanlah Fawwaz macam tu... Salah mak kah??

Tersedar akan diri ini bahawa sekarang ni saya dah tak pernah bawa Fawwaz jalan2 berdua.  Terutama ke shopping complex.  Dah berbulan tak masuk KRR di Mines, fav restaurant kami. Saya cuma pergi ke market, supermarket atau hypermarket masa dia sekolah.  Itupun jalan laju2, takde nak ala2 window shopping dengan membelek itu dan ini. Tak boleh lebih 1 jam!

Mungkin menjadi akibatnya, Fawwaz jadi  tak suka keluar dan bercampur orang.  Kalau ke rumah orang, dia tak mau keluar dari kereta.  Macam tu juga kalau ke kedai atau ke tempat lain hanya dengan mak dia.  Agaknya dia dah hilang fun nak jalan2 ni.  Kecuali bila ada abi, dia agak senang diajak.  Selalunya tak buat hal pun.

Sejak bersekolah, mak dah tak pernah bawa dia ke playland atau playground.. Dunianya cuma dalam rumah ni je.. kartun & games!  Ohhh... harus buat perubahan segera ni.  Supaya dia tak terusan jadi anti sosial.  Sama macam maknya... Asyik nak duduk dapur je!  Aiyaakkk.. boringnya hidup aku rupanya!  HELPP...

Saturday, October 13, 2012

Cerita di Hari yg Dingin

Cuaca yg redup membuat mataku turut redup.. Walau hujan dah berhenti sejak tadi, nampaknya sang suria masih segan silu nak keluar.  Salah satu aktiviti yang terpaksa ditangguh ialah membasuh.  Sejak semalam cadar yang ditukar terperap dalam mesin.  Tunggu giliran yang tak kunjung tiba.  Tadi ditambah dengan pengelap kaki.. Anak bujangku terkucil kat situ.. Tak sempat nak masuk toilet kot.. Maknye duk sibuk kat dapur.  Bila dia panggil, alahai.... tambah kerja aku.  Ringan jugak tangan ni nak memiat telinganya.  Lepas tu bila dia tau mak marah, bukan main lagi nak cium pipi mak kiri kanan berdesup desup..  Hahaha politik betul anak aku nih!  Bila mak buat tak indahkan dia, terus diam2 bawa diri kat sofa dan tidur.  Kesian pulak nengokkan.. buah hati intan payung gunung meletup!  Moga2 anak mama dah besar nanti sentiasa menjadi penyejuk hati..

Hari ni sibuk buat projek karipap.. Dari buat inti sampai ke kuihnya.  Alaaa... buat sikit je, inti yg selebihnya simpan dulu sampai orang order lagi.  Sebab sejuk, akak jadi rajin2 malas.. 2 hari semalam dah mendeko kek.  Lepas tu hari ni ada order pau & kek masuk.. Alhamdulillah.  Namanya bekerja sambil baring2 malas heheh.. Eh sejuk2 ni mulut pantang masuk dapur.  Ada je yang nak dikudap.  Maklum, makanan lebih ramai dari orang.. Kek toksah cakap, dah namanya kedai kek... Mujo2 badan ni tak gebu macam kek.  Tapi tadi nampak juga ada spare tyre baru.. hihi!

Ni sambil2 tengok album terkini... Gambar yang abi ambik masa riadah di taman depan rumah.  Setakat mak ni, prestasi dah merosot.  Sebulan sekali nak ke situ pun dah payah.. :D

Ni sebenornya bukan bersenam.. nak ambik gambor je.. hehe
 
 Peel Fawwaz yg malas nak jalan.. konon2 penat jogging.. Abi buat macam angkat guni beras je

Kat bawah ni masa ke PD sekali lagi Selasa lepas.  Sebelum ada orang sewa apartment tu, abi ingat nak bawa Fawwaz swimming.  Dia pun semangat bukan main lagi..
 
Rupa2nya hasrat tak tercapai.. Agaknya Fawwaz ingat boleh conquer satu swimming pool sorang2 macam visit yang lepas.. Rupa2nya ada ramai orang, walau hari biasa.. (weekend toksah cakaplah..).  Dengar meriah suara budak, terus dia tekan brake!  Tak mau pun masuk area pool tu.. Mencebik2 tahan tangis..  Awatlahhh... pemalu sangat ke apa.  Mak pun confuse.  Abi bawa ke pantai belakang apartment pun, tak mau masuk air..  Tapi memang kesian tengok.. Menangis keciwa dia..  Macam tu lah nak... hidup kenalah berkongsi.. Mendalam maknanya tu  ;P

Visit yang sebelum tu...

Wednesday, October 3, 2012

Rindunya Zaman Itu..

Perbualan singkat pagi tadi sewaktu saya membeli kue tiaw goreng di sebuah gerai nasi lemak tepi jalan..

Kakak NL:  Kerja mana?
Me : Saya tak kerja... surirumah je
Kakak NL : mmm... nampak macam orang kerja..
Me: Hehe.. baru ngantor anak sekolah..

Memang selalu orang bertanya kat saya samada saya kerja ke... termasuklah bila di sekolah Fawwaz.  Agaknya sebab saya tak pernah hantar anak dengan memakai t'shirt dan track bottom.. :P

Sebenarnya saya rindu zaman bekerja.  Dalam waktu yg sama, saya tak boleh bayangkan kalau bekerja semula.. Saya dah lama tak buat sesuatu dalam keadaan didesak, atas arahan dan perintah, ada deadline,..

Teringat kata2 ex boss saya masa saya baru tender resignation dan dia nak tawarkan jawatan lain, kot2 saya resign sebab tak suka kerja dan jawatan masa tu "Awak boleh tahan ke?  Mula2 memang OK, lama2 nanti boring pulak.. sebab dah biasa kerja..".

Boss.. memang lama2 saya boring dan tertekan!  Tapi saya dah get used to it.. dah 5 tahun. Family esp my son is my priority  :)

Sunday, September 30, 2012

Cerita Kedai Kopi..

Tetiba terngiang2 lagu 'cerita kedai kopi' yang saya pun tak tahu siapa penyanyinya.. Yang pasti, cerita pasal bajet 2013 belum habis2.  Ada yang suka, ada yg biasa2, ada yg tak menghargai...  Saya sendiri tak ada apa yang nak disorakkan.. Sudah tentu tak dapat bonus, tak dapat BR1M, tak dapat imbuhan, apa lagi baucer buku, diskaun PTPTN pun tak dapat..  Tapi yang pasti, saya amat bersyukur dengan pembentangan bajet baru2 ini.  Saya masih dapat menikmati subsidi yang tidak nampak... juga menghirup udara yg dikira segar dan bersih. Menikmati keamanan walau banyak juga jenayah di luar tu yg semakin menggila, dan cakap2 politik yang memuakkan.  saya dapat minum air yang bersih terus dari paip, tak keruh atau bergaram.. MasyaAllah, sudah cukup lah..

Dan untuk pertamakalinya saya setuju dengan petikan kata2 MB Selangor di Utusan Malaysia semalam (tak ingat ayat sebenarnya). Kerajaan turut harus mengajar rakyat untuk berjimat.. Ya, kalau asyik ikut cakap rakyat, memberi.. memberi.. lama2 boleh kering kontang, umpama gunung yg ditarah. Tapi sapa yg tak suka nak menerima, ye dak?  Saya pun suka... Tak usah kata tidak!

Mungkin kalau tak pernah duduk di luar saya tak mensyukuri nikmat ini sepenuhnya.  Atau kalau masih bekerja dengan gaji beribu-ribu lemon, saya akan sentiasa kekurangan sebab banyak yg nak dibeli.. Hidup sekarang umpama 'yang sedang2 saja..'.. tapi keseronokan tak dapat digambarkan.  Yang penting banyak masa untuk bersama anak dan duduk lepak2 di rumah sambil dapat menjana wang sikit2.. Tapi untuk melalui situasi gini, perasaan redha tu pun kena beribu2 lemon ye.. hehe!  Tak dinafikan sesekali makhluk bertanduk tu cuba menguasai minda.. Lawan jgn tak lawan!

Kalau ada peluang, boleh juga tengok peluang kot2 boleh jadi usahawan berjaya lagi kaya.  Banyak peluang dan bantuan yg disediakan oleh kerajaan.  Selain peluang menambahkan ilmu dan berguru dengan mereka yang pakar..

Oklah.. tiba2 rasa dahaga sangat ni!  Nak bangun minum dan solat... lepas tu packing karipap yg saya dah buat tadi untuk disejukbekukan.  Fawwaz dah tidur sebelum sempat saya beri makan nasi.  Tapi dia dah minum susu entah berapa botol tadi.. refill dan refill.  Dah besor minum kat botol lagi.. Abahnya kata takpe, sebab katanya yg dulu2 pun gitu.. hehehe!

Ini je yg saya tak berapa nak tahan... Jalan jam!

Sunday, September 16, 2012

Syawal Pun Berlalu..

Sekejap je rasa... dah pun habis raya.  Lepas ni tak dapat lah akak nak dengar lagu si Black ft Malique tu.  Alaaa... lagu "Aku kan pergi, bertemu kekasih abadi.. tiba masanya kau cari pengganti...".  Huh... menusuk hati.  Agaknya sebab Black tu yg nyanyi. Suka saya dengar dia nyanyi.. Apa pun jadi sedap!  Pasaipa tak buleh dengar lagi lagu tu, sebab lirik tu cakap.. "tiba pagi Syawal.."  Lebih kurang laaa..

Petang ni, sepatutnya saya penuhi 2 jemputan rumah terbuka.  Satu di Setia Alam, satu lagi di Jenderam Hilir.  Dua tempat yang bertentangan.  Tadi saya dah tenung je peta Jenderam tu.  Blank!! Takde idea macamana nak pergi ke situ.  Rasa nak pegi sebab tahun2 lepas pun tak dapat pegi ke majlis regular customer kek saya ni a.k.a sahabat zaman sekolah menengah, Atie.

Saya ni sejak ada anak memang fail nak hadir ke rumah2 dan majlis orang.  Hehe.. salahkan anak pulak.  Yelah.. hanya daku yg tahu dan sering mengalaminya.  Sehingga agak2 trauma. Setiap kali dapat jemputan, hati akan terus berkata 20% pegi, 80% gagal. Huhu.. mind set!  Especially bila cuma berdua dengan anak bujangku itu.  Samada dia akan tidur dan tak mau bangun, bangun lepas tu ajak balik, atau tak tidur tapi tak mau keluar dari kereta.  Kalau dapat parking depan rumah, saya akan biarkan je dia dalam kereta.  Kalau tak tu, alamatnya patah balik rumah le..  Semalam ke rumah makcik dan adik pun dia nak duk dalam kereta je.  Apatah lagi ke rumah orang yang tak dikenali..

Inilah hari raya kami.. Mohon maaf kepada kawan2 dan saudara mara kerana gagal mengunjungi korang semua.  S'times I feel helpless.  Tapi syukur kepada Allah, masih ada ruang yang sangat2 membahagiakan.

Sunday, September 9, 2012

Andai anak buat hal..

ISTIGHFAR UNTUK DIRI SENDIRI.. Inilah antara baris2 ayat yang tertangkap dek telinga, hati dan perasan pagi tadi.  Sewaktu saya sedang mengemas di dapur sambil mendengar ulangan program bersama Ustazah Norhafizah di radio IKIM.  Istighfar kala melihat sikap anak atau ragam anak (yang negatif la tu..).  Sebab, ianya mungkin gambaran diri kita atau juga dia telah mencontohi sikap negatif kita..  Astaghfirullah..

Moga2 mama bisa menjadi lebih sabar.. Dan mama tak pernah lupa untuk berdoa untuk Fawwaz agar menjadi anak yg soleh.

Saturday, September 8, 2012

Kurus kah?

Dah beberapa hari en abe pulang ke Kedah.  Sebelum keluar pintu, antara pesanannya ialah "tambahkan berat badan sikit".  Hohoho... dahsyatnya pesanan.  Orang sibuk2 minum susu kurus, akak kena makan appeton pulak nanti.

Isteri yang kuat menjawab ni cepat2 balas "... kalau dapat kerja balik mesti gemuk sikit. Ada geng nak makan2.."  Dan tak perlulah ditulis apa jawab abe pulak..kihkih!  Saya rindu suasana kerja dan hari gaji.. :D

Memang saya ni underweight sekarang.  Bukan pasal tak cukup makan, tapi tak tau pasal apa.  BMI saya ialah 18.8 sahaja.  Kurang beberapa ratus gram. Itu timbangan selepas saya duk pulun roti canai dan nescafe.  Saya pun tak berapa selesa sebenarnya.. Bila pandang cermin rasa cengkung dan tak bermaya.  Di manakah seriku? Ado.. nak tanya kat sini pulok!  Nantilah.. pelan2 pegi ke Aura Seri ekk.. agak2 berapa percent seriku naik.. Hihi.. mula dah aku merepek!

Manusia mana pernah puas.  Bila tembam sibuk nak kurus.  Dah kurus, sibuk nak tambah berat.. Dan orang sekeliling, dari sedara mara, adik beradik ke sahabat handai termasuk suamiku tadi, tak puas2 menegurku kurus.  Cuba dorang bagi aku sampel percuma susu gemuk ke.. bagi rasa sebulan free..hahahh!  Mungkin saya tak cukup rehat, tak cukup tidur ke apa.. Sebenarnya risau juga.  Harap2 bukan penyakit.  Teori Shima haritu ialah saya sebenarnya susah hati... Rasanya beberapa percent ada betulnya.  Lebih kepada gundah gulana sebenarnya.  Otak duk pusing macam gasing.  Terbawa2 selama beberapa tahun.  Bukan pasal rumahtangga.. tapi mungkin kerana satu perkara yang tiada orang faham terutama orang yg paling dekat.  Jadi bila disimpan, ianya menjadi 'makhluk' yang menelan lemak2 dalam badan ni hehehe..

Bila bermula dengan dunia baking dan frozen, saya fikir ia terapi.  Rupanya tambah penat bila masuk bab2 nak mencuci dan mengemas.  Kadang2 sampai lupa makan minum. Tapi takpelah, bila tengok2 semula gambar2 kek yang dihasilkan dengan jiwa tu, lega dan seronok.

Pesanan pada diri, tak perlulah memikir sangat.. Bersyukur jadi orang kurus sebab tak semua orang berpeluang di kala ini.  Fikirkan masalah nak kurangkan kolestrol tu je.. Orang tegur "hari2 makan kek pun tak gemuk2..".  Depa tak tau ke memang aku tak gemuk, tapi kolestrol jahat tu yg agaknya melompat2 gembira bertambah ahli saban masa... :P

Friday, August 31, 2012

Jangan Kagum Sangat... hehe!


Yang ni pula kisah en suami ku.. Pagi tadi selesai isi minyak, abe lap pula windscreen tu.. Dah lepas lap, dia terus masuk kereta sambil bercerita satu kisah di hari raya.. 

Satu hari sedang dia nak isi minyak, terpandang akan satu pasangan yg tengah isi minyak juga. Masa si suami isi minyak, si isteri pulak duk lap cermin kereta tu.  Jadi, abe saya pun menyatakan kekagumannya pada si isteri tu yg tak hanya duduk dalam kereta baca paper (macam yg saya buat tadi).  Elleh.. apa sangatlah yg nak kagumnya kataku, ala2 'biawak' bak kata Dr Azizan tu.  Biasalah tu, saya pun kalau isi minyak kekadang lap juga cermin tu.. Saya lagi cuci kereta sendiri, siap panjat2 lagi.. Kereta matrix kan tinggi... :P

Tapi en abe tetap kata situasi pasangan tu sangat 'rare'.. Suka ati lahhh.. tak berapa rajin nak ulas lagi. Boring kan..?  Maka suamiku pun start engine dan mulakan perjalanan.  Tetiba ada satu bunyi... prangg!! (lebih kurang laa bunyi gitu..).  Hahhh... rupanya dia lupa nak letak hose balik dan tutup tank minyak tu. Tersipu2 abe ku keluar betulkan keadaan.. Haa!! tu dia!!  Akak pun pulang paku buah keras..

"Mmm.. tulah.  Heran sangat kat orang, sampai lupa... Elokla tu, semua orang (kat stesen minyak) pandang... sebab tak pernah jadi".  Moralnya, jangan sangat nak puji bini orang yg rajin tu, sedangkan bini sendiri dan tahap superwoman...tak pernah dipuji, lagi tidak disedari..  Bukan apa, kadang2 tu terbuku di hati tapi malas keluarkan je.. Pagi ni Allah bagi jalan untuk keluargan sikit... hehe!!


Thursday, August 30, 2012

Lemah nya!

Entahlaa.. pasal apa semangat juang ku ini tak kunjung datang.  Nak kata terlebih makan kuih raya, ketupat rendang idakle pulak..  Akak sentiasa memelihara kesopanan mulut dan perut ni dari tergolong dalam kategori melantak! Makan setakat rasa je kununnya.. Selari dengan pergerakan akak..

Lemah je badan ni, mata rasa nak lelap je macam tak pernah tidur malam.. Macam puasa je.  Padahal puasa sehari je haritu. Apalagi gantinya sehari je, dah settle pulak tu.. nak meneruskan ke 6 hari tu macam2 halangan.  Aishh! Teruk betul aku ni... come on!! come on!! wake up.. (terus teringat cara jawab Fawwaz, "no thank you!")  haha..

Agaknya sebab berperang dengan dalaman ni.. Dalaman ni sedang memencilkan dan mengecilkan diri.. Dalam waktu yg sama terasa nak buat macam2, tapi tak mampu.. banyak kekangan.  Sampaikan nak jenguk adik dekat hospital yg amat dekat tu pun tak dapat.. Nak melawat di luar waktu tak dapat, apatah lagi dalam waktu melawat. Budak kecik macam Fawwaz tak boleh masuk melainkan weekend katanya.. Jadi, saya ni tinggal mengenang je..  Tak apalah, Allah sedang membataskan pergerakan saya yang dulunya puas ke sana sini tanpa halangan!  Ditakdirkan saya ini perlu bergerak dan hidup sendiri sampai bila2 walau dah berumahtangga... Redha je lah ye!  :)

Mulalah rasa nak berangan2... kalau lah.. kalaulah boleh... mmmm...  Tadi sempat sembang dengan Shima, masa hantar kek ke ofisnya... Ku bilang "aku nak jadi perempuan sihir macam mak tiri si Rapunzel.."  Hado!! Saat merapu sudah tiba... :P

Tuesday, August 28, 2012

Ujian Allah..

Ini kisah adik bongsu saya... yang membuat saya kurang semangat hari ini.  Asyik terkenang-kenangkan dia yang sedang menahan kesakitan di hospital... Teringin nak jenguk lagi tapi tak mampu dengan keadaan diri sendiri.. Tadi dapat jenguk sekejap dan melayan apa yg patut sebelum tergesa2 balik nak ambil anak di sekolah.

Adik saya ni baru saja bersalin anak pertama beberapa hari sebelum hari raya.  Kira anak aidil fitri lah juga.. Comel dan tembam macam mummy dan daddy dia juga. Kesan bersalin dah tentu belum cukup sembuh... Beberapa hari lepas, masa buat pemeriksaan, gynae dia ternampak benda macam cyst di ovarinya sebesar 12cm.. Beberapa hari lagi check, dah naik 14cm! Cepatnya. Saya yg dengar pun jadi hairan! Maka semalam adik sayapun secara emergency masuk ke Hospital Serdang.  Beberapa jam selepas tu, selepas beberapa pemeriksaan, terus masuk OT.  Dalam 2 jam lebih selamat dah... masuk wad.

Pagi tadi, diluar waktu melawat saya usaha juga melawat dia.  Asalnya dah nak give up juga sebab tak dibenarkan, tersalah pintu dan takde orang buka, tapi Allah permudahkan akhirnya.  Sama macam Allah permudahkan saya menemui tempat parking kereta.. Tau2 je lah kat hospital tu, tak pernah tak sesak!  Masuk2 tu memang takde siapa yang menjaga.. Sama macam pesakit2 lain juga.  Suaminya dah kehabisan cuti.. kesian, nak bergerak pun susah.  Yang paling kesian bila dengar adik cakap, Dr beritahu yang tiada cyst dijumpai melainkan bladder (pundi kencing) yang penuh.  Pasal tu adik susah nak buang air kecil lepas bersalin...

Mmm... kalau saya kecewa mendengarnya, apatah lagi empunya badan yang terpaksa menanggung kesakitan dibedah.  Saya anggarkan 5-6 inci kot..  Sedangkan untuk tujuan itu, hanya perlu bantuan tube sahaja.  Begitulah kisahnya.. Sesungguhnya doktor itu manusia biasa dan tak lari dari kesilapan dan kecuaian.. Padahal tak kurang dari 4 orang doktor yang memeriksa adik saya tu dan mengatakan perkara yang sama.  MasyaAllah, besar juga ujian adik saya tu.. Mujur juga baby nya ada yang menjaga iaitu ibu mertua yang masih sihat dan cergas.  Ibu sendiri dah sedikit uzur..

Semoga adikku tabah dalam menghadapi ujian ini.  Dan semoga kesakitan itu bisa menggugurkan segala dosa2 kecil mahupun yang besar..


Saturday, August 25, 2012

Kisah Hari Raya 2012

Sejak semalam (Jumaat) tengahari, saya dah tiba di Anjung Hijau ni.  Pulang bersama Fawwaz dan CikYum nye... Alhamdulillah, mungkin sebab ada co-pilot, saya tak mengantuk macam masa balik hari tu.  Tak taulah.. samada sebab faktor umur atau ada symptom lain yang membuat saya tak tahan mengantuk.  Masa balik ke kampung hari tu, tak kurang 5 kali saya berhenti untuk tidur atau membasuh muka dalam perjalanan dari KL ke Sabak Bernam.  Masih juga ala2 terlelap atau mamai ketika memandu.  Mujurlah kereta tak terlalu sibuk, masih berjarak dan mungkin juga sebab saya dah baca doa naik kenderaan.  Selamat juga saya tiba ke destinasi.. Cuma ada satu insiden tu, sampai terpelanting kek saya ke bawah dek kerana brek mengejut dalam keadaan saya terlalu mengantuk!

Tak lama sampai, keluar balik sebab roadtax & insurance belum sempat nak renew.  Untunglah pejabat pos tak sibuk.. Semua dapat on the spot!  Balik lagi nak panaskan kuah kari, rupanya gas habis.  Gas yg baru seminggu dipasang.  Masa balik haritu terlupa nak tutup kepala dia.  Rupanya bocor sepanjang saya takde!  Mujur tak jadi apa2 dan ada lubang angin sebab tingkap dapur ke dry area tak ditutup.  Sebenarnya letih campur sedih!  Padanlah tong yg sebelum tu pun rasa cepat je habis.. mesti pasal bocor juga. Dan bukan perkara baru.  Nak buat camna, kita pun dah takde sapa yg boleh diharapkan walau sebenarnya ada.  Yg saya mampu buat, zipkan mulut ni je.. Takut2 akak jadi superwoman, terus akak delete semua org!!

*****************************

Hari raya pada saya sama je setiap tahun.. Kemeriahan dan perasaan pun sama je, tak lebih tak kurang.  Cuma yang extra, tahun ni keluarga kami menganjurkan perjumpaan keluarga Hjh Siti Makiah iaitu ibu kepada mak saya, yg juga nenek yang membela saya sedari bayi.  Majlis diadakan pada 2 Syawal.  Alhamdulillah majlis berlangsung dengan jayanya, dimulai dengan bacaan yaasin dan tahlil, seterusnya upacara makan2 dan bergambar.  Namun ada juga yang tak hadir disebabkan bertugas dan juga memang takde niat nak datang..mmmm!

Kami berdua masih gembira dan ceria walau tak pernah beraya dengan abi.. Mana tak gembiranya, Fawwaz masih memegang piala "centre of attraction".. Semua orang kat rumah tu duk tumpu kat dia, tak kurang yg menyakat.. Sampai je rumah sehari sebelum puasa, dia dah cakap yg dia "HAPPY'.. hehehe! Tahun ni utk pertama kali, dapat bawa Fawwaz solat sunat Syawal di masjid.

Hari Raya ke-2, family besar kami buat gathering untuk pertama kalinya.  Anak cucu cicit kepada nenek Hjh Siti Makiah berkumpul untuk bertahlil dan makan2 serta mendengar serba sedikit kisah hidup arwah nenek yang amat tabah tu.. Walau dulu nenek anak ketua kampung, hidupnya penuh berliku.  Dan atas kesedaran itulah, kami semua cuba menjaga tali silaturrahim dengan sebaiknya.  Jangan sampai berbalah dan sentiasa bersatu.  Almaklumlah, jika tidak, kesannya akan hinggap ke anak cucu atau keturunan kita.  Sememangnya waktu susah, orang memandang rendah.. dan bila senang, akan jadi sebaliknya.  Itu lumrah manusia..


Tahlil yg dikepalai oleh abang sepupu (ipar) yg sulung (menantu sulung nenek)...

Adik beradik, ipar dan anak saudara..

 Family saya (7 adik beradik sama ibu).. 

Sebenarnya masa kami duk sibuk di depan, seorang budak kecik tgh sakit perut.. Berulang ke tandas, tapi mak dia tak tau, ingatkan tidur je.. Mujur ada penyelamat yg biasa jadi back up nurse..  Sian dia.  Sudahnya orang pakai hensem2, dia pakai track bottom je sebab tak selesa..  Yg penting, buku tak lepas dari tangan  :D