Pages

Tuesday, June 16, 2009

Marhaban...

Jam masih pukul 5 pagi tapi di luar sana dah terang benderang. Mataku dah segar sejak Subuh tadi (pukul 3.09 pg). Dah masuk hari ke-3 macam ni. Dah ter'format' kat kepala aku, lepas Subuh tak tidur... Setakat ni aku rasa siang & malam terasa sgt panjang.

Sejak tiba aku masih belum keluar rumah. Keinginan pun belum ada.. Bunyi macam pelik je. Tapi memang aku macam ni.. Lagipun panas dan berdebu, tak pasal2 dapat penyakit nanti. Kulit pun macam mula nak gatal balik sebab kering atau aku memang alergic dengan airnya macam kat S'pore dulu. Bila balik M'sia OK je.. macam-macam la... Selsema Fawwaz makin menjadi2. Kesian dia tak selesa dan asyik nak meragam je. Ubat dah nak abis pulak tu. Akulah yg kena banyak bersabar melayan kerenahnya...

Barang2 dari S'pore baru je sampai semalam (Isnin). Lega... semangat sikit nak buat apa2. Tapi banyak juga yg tak perlu pakai sebab segala kemudahan dah sedia ada dan masih baru. Bawak badan je (dan pakaian)... Hari ni tugasku adalah 'unpacking' dan mengemas segala benda dlm kotak tu. Isk.. tengok barang rasa macam nak bertahun duduk sini hu hu!

4 comments:

  1. wow cantiknya bahrain.Selamat ye ct, moga ceria & bahagia di sana,InsyaAllah khair

    ReplyDelete
  2. Gatal2 tuh biaser lar k ct, udara berbeza, kering plak tuh... Budak2 lagi lar, mulkan nih ha muka dia selalu ajer bersisik kalu tak sapu lotion.. tak tahan, kulit org asia lar katakan...

    ReplyDelete
  3. Impaknya lebih teruk kpd ku dr Fawwaz. Agaknya kulit dah menjelang veteran.. Maka aku terus teringat air soy colagen la la la! Mana ada sini...

    ReplyDelete
  4. T, respeklah sebab boleh endure suma hassle dlm bab pindah randah ni.. Pindah jauh lak tu.. Tak semua orang boleh buat.. Semoga Allah beri kesihatan yang baik sentiasa.. Semoga cepat adjust kat sana.

    ReplyDelete