Pages

Sunday, September 27, 2009

Seminggu berlalu..

It's already the eighth day of Syawal.. Hari ni aku balik ke KL. Banyaknya plan dalam kepala sebelum balik Bahrain...

Baru baca blog kawan2 dan dapat berita my former office mate di CyberSecurity, Cik Rosnah telah pergi ke Rahmatullah 2 hari lepas.. semoga rohnya sentiasa dirahmati Allah.. DariNya kita datang, kepadaNya kita kembali.. Lately, ramai orang yg aku kenal pergi secara tiba2. Kadang2 fikir, macam tak percaya. Tapi itulah janji Allah...

Hari raya kali ni amat meriah terutama bagi anakku.. Dah pandai menyambut tetamu yang datang dan turut sama menyibuk kat depan. Kadang2 buat free show! Baru 2 thn tp ini adalah hari raya ke-3 buat Fawwaz. Kegembiraannya kali ini adalah maksimum! Setakat ni dialah sweetheart rumah no.6 tu..

Pagi semalam jantung aku bagai nak berhenti.. Muka pucat lesi. Mana tidaknya, tengah aku buka baju nak mandikan dia, tiba2 dia terjatuh ke belakang. Kepala dulu jatuh & terhentak kat lantai. Prakkk.. bunyi dia. Memang kuat, macam benda retak. Masing2 yg tengah rehat kat depan, termasuk tidur terjaga, terkejut dan suspen... Tengok menangisnya tak lama dan dia balik aktif, boleh nyanyi2, aku lega sikit. Tapi semua dah naik phobia bila tengok dia lari2, takut jatuh lagi.. Hari ni lepas cukur nampak macam bengkak sikit part belakang kepala... Risau juga aku, hope takde apa2.. Tak tau aku apa nak buat, melainkan gosok2, baca selawat... Aku harap yg bunyi kuat semalam tu bukan 100% bunyi kepala yg terhentak...

Malam ni terasa sungguh kesunyiannya di Anjung Hijau. Macam selalu.. Mujur Fawwaz masih belum give up menyanyi :D

2 comments:

  1. dah nak balik Bahrain? kejap je rasanya..waahh, aktifnye Fawwaz..erkk..jatuh? dah bawa klinik kak? fobia bila dengar jatuh.. :)

    ReplyDelete
  2. Ye laa Ayu.. cepat sgt masa berlalu. Selalu Fawwaz jatuh, tapi yg aritu mmg kuat hentaknya.. x bawa klinik pun since dia nampak ok.. :|

    ReplyDelete