Pages

Sunday, January 30, 2011

Krisis Kehidupan..

Sekarang ni hari2 tengok kat channel France 24 berita pasal krisis negara Tunisia, Yemen dan Mesir.. Semua ni negara2 Islam.  Rakyat mula memprotes terhadap pemerintah.. Negara menjadi huru-hara..  Hanya doa saya di sini, semoga negara Malaysia terus aman makmur walau sentiasa ada ketidakpuasan hati... dan begitu juga buat orang2 Islam di seluruh dunia...

Memang kemana saja kita pergi, di mana2 pelusuk dunia, walau negara kaya apatah lagi yg miskin, pasti ada golongan yang kayaraya, sederhana, merempat apatah lagi... Tak kurang yg gila kuasa, makan rasuah dan sebagainya.  Teringat petikan surat pembaca di salah satu akhbar di Bahrain ni, mengatakan yg Bahrain telah dikuasai oleh org2 asing.. direka oleh orang luar (foreigner), sebab tu semua mahal pun orang tak kisah.  Rumah mahal, makanan mahal... (sebenarnya ada juga yg murah sedikit...). Orang luar apa nak kisah, tempat tinggalnya dibayar oleh company.  Macam kami nilah... huhu!!

Sebenarnya ramai orang tempatan di luar sana yg hidup susah di sebalik kemewahan orang2 arab yg dilihat kaya-raya.  Kalau tempat kita, mungkin macam kais pagi makan pagi lah bahasanya...  Bayangkan kalau sewa rumah je amat payah nak cari yg di bawah RM2K.  Sewa apartment 2 bilik yg kami tinggal ni je adalah dalam RM5K ke atas... tapi mungkin ini adalah service apartment yg lengkap semuanya!  Rasanya kes yg sama pada banyak negara2 Middle East yg lain, yg tengah membangun tu... Kalau tak ditangani dengan baik, pemerintah tak sedar, rakyat akan bersuara dan memberontak.  Makanan dan tempat tinggal adalah perkara yg paling penting dan sangat kritikal..

Tapi, kita orang luar ni memang le selalu nampak yg mewah je kat sini, kalau tak pergi ke tempat2 yg di luar bandar atau paling2 kat market sana.  Macam semalam masa pergi ke Autumn Fair di Exhibition Centre, pergh!! macam Jom Heboh tu ramainya... Masing2 keluar dewan membawa bermacam2 hasil shopping.  Banyak barang2 keluaran China mcm cadar, beg, dsb.  Jalan jam tu... Kami pun join juga sebab macam ada tarikan besar je..  Memang besar, penuh, sesak, dsb kat dalam dewan tu... Tapi akak keluar dengan hanya membawa 1/2kg kekacang + buah2an kering..keh keh!!  Tak tau apa yg best sangat, sebab kat M'sia pun banyak benda2 tu..  Setakat nak beli dan nanti memenuhkan kotak kargo ku, tak payahla..  Sejujurnya, saya sebenarnya dah kurang kuasa membeli + amat tak pandai bershopping utk benda2 yg tak berapa perlu.  Tapi saya sangat teruja bila menyorong troli di hypermarket membeli bahan2 makanan dan masakan.  Bila dah sampai hujung tu, pak hubbybie kadang tu terkejut sebab banyak sangat.  Dah bini dia suka test skill kat dapur, kira syukurla... Paling2 tak lapor atau makan maggi jee...hihi.


Suasana di exhibition ..




Apa2pun, kita rakyat Malaysia kenalah sokong apa2 usaha kerajaan dalam memperbaiki tahap ekonomi dan status negara kita.  Jangan asyik kondem je, tapi cakap tak serupa bikin. Jangan main dengar cakap orang, kemudian tokok tambah macam talipon rosak!  Kalau setakat harap subsidi tanpa usaha memakmurkan tanah dan lain2 kurniaan Tuhan kat mukabumi ni, payahlaa.. Yg rasuah tu wajib ditegur, tapi kalau tak makan saman adalah nanti balasannya.  Kadang kita ni complaint je, bila kita berada kat tempat tu, sedap je bila dapat habuan atau orang kasi itu ini... ala2 tak perasan gitu. Na'uzubillah lah ye... macam tu elok jadi rakyat marhain ni je, jauh sikit dari godaan... :D


No comments:

Post a Comment