Pages

Monday, May 16, 2011

Hujan di Sabak Bernam

Malam ni hujan turun membasahi bumi Sg Air Tawar (atau mungkin di seluruh Sbk Bernam).  Dah lama tak hujan dan kepanasan di sini... Belum masuk pukul 11 mlm dan sunyi rumah ni.  Paksu & Cik Nyah tumpang semangkuk tpt tidur Fawwaz kat dpn TV ni.. :D  Org2 di rumah bawah pun macam dah senyap dan gelap.. Akak pulak macam tak ngantuk, sat lagi plan nak main tumblebugs buat cergaskan jari dan otak. Tidur kat luar bilik, depan TV ni memang 'cool'.. Sejak balik hari tu adalah 2-3 kali je tidur kat dalam bilik, selebihnya kat luar ni je.  Kekadang sang nyamuk ikut sukahati, curi makan...

Sepatutnya nak balik BJ hari ni, pastu tunda ke esok... tapi rasanya hari Rabu la kot baru gerak.  Bukan apa, tengok Fawwaz macam seronok sangat kat kg ni... tak sampai hati nak meragut kebahagiaan dia.  Macam ni lah jadi mak kan, selalu pentingkan anak.. :-)  Nanti kat KL berdua je, mulalah aku stress balik huhu!

Terasa lama nak tunggu Jun nanti.  Terasa lama juga tak menatap wajah suami.. Rindu sudah pasti. Sesekali saya disedarkan tentang aturan Allah... yelah, kadang kita ni merancang macam2.  Fikir pun macam2.. Masa nak balik M'sia haritu, saya plan nak sekejap je.. dalam 3 minggu je.  Tapi keadaan di sana tak membenarkan utk saya & Fawwaz ikut suami balik semula, dan entah berapa kali tangguh.  Sebelum tu saya suarakan hasrat pada suami nak balik terus Jun nanti (entah berapa kali buat permohonan..).  Saya dah tak tertahan nak bekerja semula dan makin tak betah tinggal berlama di sana.  Suami pula macam kasi dan tidak..  Rupanya Allah tak mengizinkan untuk saya merealisasikan impian itu.  Kini saya semakin redha dengan apa yg di hadapan saya.  Kerana inilah pilihan dan jalan yg saya pernah tentukan.

Tak tahulah Jun nanti macamana.... aku berhenti mengharap... ikut arus je~ Rasa nak tidur pulak.. sejuk, best!

No comments:

Post a Comment