Pages

Wednesday, June 15, 2011

Innahu Sabahul Jameel!

Pagi yg indah... seawal 6 pagi sudah terang benderang.  Waktu terbit matahari sekarang ni pukul 4.44 pagi.  Hari ni nampaknya tak ada ribut pasir melanda, jadi nampak 'clear air'.

Pagi ni dah telefon kedua2 mak di kampung - mak kandung dan mak tiri.  Alhamdulillah, kesemuanya sihat.  Agak lambat sedikit sebenarnya nak telefon sebab tunggu nak beli kredit no baru.  Ingat keluar malam tadi nakle beli, macam biasa LUPA!  Bukan senang nak keluar rumah terutama musim panas ni.  Kena tunggu en hubby ajak, baru melangkah.  Kalau musim tak panas tu gagah juga berjalan ke Al Jazeera Supermarkat yg sepelaung je tu.  Atau kalau takde budak kecik mungkin panjang juga langkah ni.

Malam tadi lepas Maghrib terus keluar ke Bahrain City Centre... nak beli pakaian & mainanan sempena birthday si tuah nih.  Tengah sale kat Mothercare (centrepoint)!  Boleh tahan juga lah.. pakaian kanak2 kat situ boleh tahan cantik dan berkualiti.  Lepas tu makan kejap, dan turun ke Carrefour.  Laju je cari barang sebab dah dekat pukul 9 mlm yakni waktu tidur Fawwaz (dan diriku).  Tu yg tercicir2 ada yg tak terbeli.  Takpe, 3 hari lagi groceries day (Jumaat le!).  Yang kesal, tak dapat soda bicarbonate sebab takde jual.  Apa yg pentingnya soda tu?  Yelahh... nak buat kek, cekodok... semua perlu benda ni.  Wajib ada kat gobok.  Tak ingat pulak dah habis, kalau tau beli je kat M'sia..

Hari ni masih ala2 blurr.. Semua majalah dah habis dibaca.  Nak ajak fawwaz belajar pun, takkan berjaya selagi bukan dia sendiri yg meminta.  So, sementara duduk depan lappy baca dan tulis apa yg patut, part time job ialah me'replay' katun Alam Farhan yg entah berapa ratus kali ulangannya nih... Fawwaz panggil 'muassasah..'.  Macam nama pakej haji pulak hehehe... Tajuk sebenarnya 'warkatul shajarah'.  Cerita pasal pokok dan daun.. Jauh dan perlahan mana pun Fawwaz akan sedar kalau katun tu dah dekat ke penghujung.  Menjerit2 dia suruh replay.. adoi!  Tapi kalau saya takde kat sini, dia buat sendiri...

Takpelah nak... enjoy!! Hahahh...

No comments:

Post a Comment