Pages

Saturday, November 26, 2011

From London With Love Pt 1


Salam dari London!  Wahhh... tak sangka sampai jugak akak kat London.. Memang lama dulu dah berangan nak pegi tempat ni, tapi macam jauh je rejeki tu.  Alih2 en abe ajak pi sini.  Bagai pucuk dicita ulam mendatang.. Banyak2 tempat, inilah paling akak teruja.  Tapi dalam hati tu ada lagi tempat yg paling2 akak teringin... nanti dululah.  Harap2 ada juga rezeki tu nanti.

Bermula dengan perjalanan selama 7 jam termasuk berlegar2 atas udara tunggu giliran nak landing... 7 jam dari Bahrain menaiki Gulf Air.  Memang setia bersama Gulf Air kaedahnya!  Alhamdulillah, perjalanan yg bermula pada pukul 2 pagi tu lancar tanpa Fawwaz membuat masalah.  Fawwaz dah besar!  Dia sekarang teruja bila dengar nak jalan2 naik aeroplane atau train.

Landing di Heathrow Airport terminal 4 pada pukul 6.30pg.  Tunggu stroller yg lama sikit... kemudian ambil underground tube terus ke South Kensington yg mengambil masa lebih kurang 45 minit.  Ini train yg berhenti2 dan bukan jenis express.  Harga dari T4 ke station South Kensington ialah 5 pound seorang untuk peak hrs (awal pagi hingga 930 am) x 1 way.  Kalau off-peak hrs atau lepas 9.30, harganya ialah 8 pound untuk perjalanan sehari x berbagai hala. Macam tu lah kot.. saya pun keliru!

Apartment kami di Harrington Court sungguh comel.  Besar sikit je dari twin bedroom hotel, tapi ada dapur dan sofa, juga meja makan.  Mungkin sebab untuk 2 orang dewasa je, tu yg kecik.  Cukuplah untuk memberi keselesaan.  Lagipun dekat dengan tube station dan amat strategik.  Makan, kedai, dll banyak.  Harganya pun banyak huhuhu!

OKlah... akak pos dulu gambo2... Esok nak ronda2 dengan big bus tours pulak... tengok Buckingham Palace.  Pastu apa lagi ek?  Yg akak tau Harrods tu tak masuk dalam agenda... Shopping sama sekali tak masuk dalam kepala akak.  Fening tengok orang ramai sangat macam semut kat Oxford Street tadi... Tapi masuklah juga kat Selfridges... penuh orang mengelilingi perfumes dan hiasan swarosvski.

Pemadangan awal2 selepas ambil bagasi...
 Kitchen.. antara yg diutamakan
Station bawah tanah terdekat
 
Budak yg keletihan... tidur kepenatan.  Kami dera dia turun naik train dan menyusuri Oxford Street, tempat beli-belah yg amat meriah... Penuh dengan orang.  Tapi tak pening sangat sebab cuaca sejuk kot.. dan orang2nya yg bergaya belaka... cantik!


Sejuk sangat... walau masih lagi 11-12 degree.  Jenuh juga nak pujuk che mat pakai baju sejuk yg tebal tu.. Kekadang sampai menggigil.. sian.

Esok akak tunjuk pulak gambar naik big bus tu... Ngantuk pulak! Ni kalau kat Bahrain dah waktu tidur... kalau kat M'sia dah nak nyenyak tidur...hehe

No comments:

Post a Comment