Pages

Friday, December 9, 2011

Cerita Dari Kampung

Tika ini saya di kampung.. sejak hari Isnin yg lepas.  Agak sunyi sedikit kerana ketiadaan beberapa penghuni tetap a.k.a anak2 dara... Malam ni pun cuma kedengaran bunyi riuh wrestling dari TV kat depan tu.  Tempat akak dan Fawwaz lepak dan tidur setiap malam.  Nak buat camna, bukan takde bilik.. ada 4 bilik yg kosong, tapi takde sapa nak isi.  Kami dah chop TV depan tu, 2 orang budak yg dipanggil 'adik' tu pulak chop TV corner yg kat atas tu.  Saya ni ikut kehendak che mat je lah... Lately memang port dia kat depan TV - baik di Bahrain, Anjung Hijau atau kampung ni.

Internet slow sangat bila di kampung.  Banyak benda macam terbantut.. Perkara2 yg dulu dah di set dalam kepala, terpaksa ditunda untuk masa yg belum pasti.  Kadang2 agak sulit untuk diluahkan... Pergerakan masih terbatas dan harap2 akan menjadi lebih mudah selepas ni.  Kalau tidak, susahlah saya..huhu!

Walau haritu merancang nak balik 3-4 hari je, akhirnya saya decide nak lama sikit.  Sebab lepas ni konon2 dah tak balik.  Tapi sejak semalam plan berubah.  Semalam saya pergi buat pemeriksaan gigi di klinik gigi kerajaan.  Yelah, dah alang2 masa tu ada... Selalu klinik gigi ni orang ramai je terutama yg kerajaan punya.  Semalam agak lengang.  Mungkin sebab saya datang tu dah lebih dari pukul 10.30 pagi.  Baru nak selak muka majalah, dah dipanggil.

Dr buat pemeriksaan.. dia kata ada 2 gigi nak kena tampal.  Tapi kena buat appointment dulu.. Saya pun jumpa nurse kat depan untuk set appointment.  Dapat pada 27 Disember, petang.  Huhuhu...  Macam tu lah kan..  Kita ni punya pilihan- yg pertama di klinik kerajaan.  Murah... pendaftaran cuma RM1, tampal satu gigi = RM2.  Tapi, rawatan tak dibuat pada waktu kita datang buat pemeriksaan.  Kena seminggu dua lepas tu, paling awal mungkin.  Pilihan yg kedua pula ialah klinik swasta.  Takde yuran pendaftaran.  Pemeriksaan dan rawatan dibuat pada waktu yg sama.  Tapi, bayaran adalah antara RM50-60 untuk satu gigi.  Haha.. pilih je lah ye!

Tiba2 saya nak buat appointment tu sebagai alasan nak balik kampung lagi.  Walau macam tak sabar je.  Rasa nak pergi jumpa Dr swasta...  Cuma terfikir juga, sesekali apa salahnya gunakan hak sebagai rakyat Malaysia.  Nikmati yg murah atau pun percuma terutama bab2 kesihatan ni.  Dan bersyukur dengan nikmat ini... :))

No comments:

Post a Comment