Pages

Sunday, October 11, 2009

Pakaian, Bangsa & Aktiviti Hujung Minggu

Sesekali bila keluar, aku memakai baju kurung terutama bila kerinduan menjelma. Maka nampakla aku berbeza dari yang lain.. Kalau bangsa India tu memang ramai yg pakai pakaian tradisional dorang. Bangsa Malaysia belum nampak. Lagipun belum pernah jumpa wanita melayu kat mana2 melainkan di airport, staff SIAEC dan masa pertama kali aku di sini dulu (kelibat x-lecturer ku). Tapi hari tu, masa shopping groceries di GEANT, ada 1 group 4 org yg aku perasan memerhatikan ku. Aku pun pandang dorang tapi tak mampu menegur waima senyum pun. Sebab dorang lelaki.. Aku dapat rasakan mereka orang MALAYSIA, tu sebab dok pandang2 aku yang pakai baju kurung dan Fawwaz yg pakai baju Melayu Johor. Malah aku terdengar salah sorang menyebut perkataan 'karipap' waktu aku memilih donut di situ (kebetulan asyik terserempak). Sebenarnya ramai orang Malaysia di Bahrain, tapi jarang jumpa melainkan di airport. Itupun selalu buat hal masing2.. Mungkin lokasi tinggal pun berbeza dan yang di sinipun terlalu komited terhadap kerja yang buat tak sempat bersosial..

Hujung minggu ni kami mencari lokasi rekreasi baru. Dari Juffair ke Sitra, lalu Riffa, University of Bahrain, F1 Circuit dan akhirnya sampai ke Al Jazayer Beach. Lalu jalan jauh, tempuh jam, maka lebih 1 jam juga perjalanan. Tapi nampaklah the ugly & beauty of Bahrain heheh! Banyak juga aktiviti di situ boleh dibuat. Pantai boleh tahan tapi orang tak berapa ramai. Kalau kat S'pore dulu mesti penuh tiap ruang dengan khemah. Mungkin lokasinya terlalu nun di hujung... 1/2 jam je kat situ.. keluar lepas asar dlm 3.30pm, sampai 4.40pm... 5.15pm dah maghrib.. kenalah balik. Layan Fawwaz main slide kat playground je. Next time boleh plan masa dan aktiviti yg lebih menarik..




No comments:

Post a Comment