Pages

Sunday, June 13, 2010

Ahad

Dah lama tak update blog... sejak menjejak kaki ke bumi Malaysia, memang aku jatuh malas nak menulis. Macam selalulah, tumpuan lebih kepada aktiviti lain. Diam tak diam dah 4 Ahad aku di sini.. tinggal 1 Ahad je lagi, then balik semula ke Bahrain. Rasa macam sekejap je..

Apa yang aku dah buat? Macam2.. dari renew roadtax, insurance, jumpa dentist, urusan JPJ, pergi showroom, kenduri kawin, dll.. Sejak petang Khamis yg lepas aku balik Greenfields dengan cousins. Macam2 kena selesaikan setiap hari.. Paling best join kekawan Astopunk picnic di Hulu Langat (Impian Rimba Resort) hari Sabtu semalam. Memang seronok dan best tempat tu. Semua anak2 duk pulun mandi sungai dari pagi sampai petang. Mujur aku bawa cousins utk tgk2 Fawwaz dan layan dia dalam air... Kawan2 sekolahku masih mcm dulu2.. ROCKKK!!! hehehhh

Hari Selasa pagi dah nak balik kampung semula. So, esok kena abiskan tugasan yg belum selesai. Nak buat full settlement MyVi, pergi JPJ semula, dll. Eh! Esok birthday Fawwaz yg ke-3. ALhamdulillah.. dah besar anak aku. Allah kurniakan anak yg sihat walafiat, yg sangat jarang demam (baru 2-3 x). Dugaan ditukar dengan cabaran dan kesukaran menguruskan dia di awal2nya. Tapi sekarang dah banyak perubahan pada anakku. Dia dah jarang meragam, mudah diurus, lasak, aktif tetap sama... cuma lambat bercakap. Memang environment menyebabkan dia sukar bercakap. Beberapa hari kat kampung, dia boleh menambah vocab sikit2 dan faham apa kita cakap. Tapi entah bila keadaan macam ni akan berterusan... Sabarlah ye Fawwaz, kita ikut je abah tu.. mmmmm

Aku tak mampu nak jumpa semua kawan2. Dan aku hanya mampu mendiamkan diri tanpa menghubungi sesiapa. Bukan aku sombong atau sengaja menjauhkan diri. Biarlah alasannya aku simpan dalam hati.. Mudahnya, aku kena adil dgn kawan2 dan saudara2 sendiri. Tapi mungkin sapa2 yg berada di keadaan seperti aku akan faham. Sesiapa yg macam aku, no 1 bila jejak bumi M'sia ni memang rasa nak duk melekat je kat kampung, walau ada rumah sendiri. Tak taulah org lain.. Kawan aku Shima yg duk Perth tu pasti tau heheh... Nak buat itu ini, kejar itu ini, tau2 masa dah habis.. Lagi pulak semuanya nak kena buat sorang2. Kalau tak kuat mental dan fizikal, entahlaa..

Yang penting, aku kena ikut perasaan anak aku yg memang happy sangat bila kat kampung. Bebas.. lepas.. paling2 nak tengok2 dia jgn lepas ke jalan. Ronda2 naik motosikal.. pastu tunggu jajan nenek/atuk/acik. Bestnya jadi budak kecik! Kalau lama2 kat KL berdua, dia mesti menung je. Kalau tengok dia menung, aku jadi serba salah.. Kalau dia meragam, aku jadi marah.. huhu

OK lahh.. aku nak buat benda lain. Nasibla aku dah kurang minat tengok bola macam season yg lepas2.. jadi bolehla aku tidur cukup. Kalau dulu2 aku sanggup apply leave esp bila nak tgk final..


No comments:

Post a Comment