Pages

Saturday, June 26, 2010

My Second Summer in Bahrain

Alhamdulillah.. dah selamat tiba di Bahrain semalam (Jumaat). Perjalanan amat memuaskan kali ni. Syukurlah, aku dah terlepas dari cabaran2 seperti mula2 dulu. Fawwaz semakin enjoy di dalam pesawat dan mampu tidur lena. Cuma payah sikit bab2 pakai safety belt. Kena ada trick. Husband pun ada sekali... ada hal, dia pun balik M'sia minggu lepas. Tu yg banyak benda aku tak dapat nak buat masa hari2 terakhir.

Keluar airport, mula2 rasa panas yg biasa2... tapi demi sampai carpark terasa bahang yg teramat sangat. Musim panas katakan... Yg kelakar + angin, hubby confident je kat mana dia park kereta. Sekali dah sampai ke tempatnya, tiba2 kereta takde. Oh no! Dia lupa kat mana... duk cari semua tempat tak jumpa2. Aku dan fawwaz terpaksa tunggu trolley bagasi di tengah2 panas. Mujur ada 4WD besa gedabak kat situ, boleh tumpang teduh. Tapi bahangnya tetap terasa. Lebih 15 min tak jumpa juga. Kesian tengok duk pusing2.. Sekali aku suruh tengok kat seberang sana... ha! Ada pun... Apasal aku tak suruh tgk dari tadi. Betulla aku punya 6th sense yg kuat.. kekeke.

Good boy...

Desert baulu kemboja bersos krim/susu. OK la juga walau lain dari yg mak buat... ada rasa serbuk kayu manis.



Hari ni mood masih kureng. Kemas barang & baju ala kadar.. malas betul! Fawwaz lak ala2 jetlag tapi lama2 hairan kami... bangun pukul 3 pagi, boleh tahan sampai sekarang pukul 4 ptg, tak tidur langsung malah sangat bertenaga. Terjerit2 gembira.. agaknya seronok sangat kot!!

Minggu ni aku nak relaks je. Nak baca majalah2 yg aku bawa dan main game Cafeworld yg dah sebulan aku tak sentuh. Ado! Nak rasa balik jd "lady of leisure" sebelum aku jadi "makcik siti jual kuih". Pastu nak upload gambar2 sepanjang sebulan cuti2 M'sia..




No comments:

Post a Comment