Pages

Monday, September 6, 2010

Indah...

Angin sepoi2 yg sedikit sejuk masuk ke dalam rumah melalui pintu balkoni.... best betul. Dah lama ku merindui nikmat ini... setelah berbulan2 menikmati suasana panas kering di Bahrain. Hari ni sedikit relaks... hubby je keluar menyelesaikan segala urusan dia. Hari ni aku mengemas, packing, gosok baju dll sebab esok nak balik kampung semula selepas hantar en hubby ke KLIA.

Sejak dalam perjalanan hari Khamis malam tu memang aku terus-terusan bermusafir dan berpenat2an. Perjalanan malam tu tak berapa indah seperti diharap sebab semua seat dalam row ku itu penuh. Selalunya 4 seats kami sekeluarga borong. Tapi pakcik sebelah tu taknak pulak beralih, walau seat belakang kosong pada awalnya. Ikutkan kami yg nak beralih, tapi obvious pulak sebab bertiga... Sudahnya Fawwaz mula menggelisah bila time nak tidur dah memang tak boleh lena sebab tak boleh nak baring selesa macam selalu. Sedikit panas pulak... Sesekali dia menjerit dan menangis sambil mata terpejam. Orang2 sekeliling pun nampak gelisah sama.. what to do? Dan aku hanya dapat tidur sekejap... mungkin 1 jam atau lebih sikit. Sangat letih dan mengantuk... Sampai rumah pun tak rehat. Nak kena mop lantai dan cuci pakaian dsb. Ambil kereta, cari food supplies kat Giant, pegi pasar ramadhan dan malam along n wife datang n tidur rumah. Pukul 2 pg baru dapat tidur, pukul 4 bangun masak utk sahur. Pagi pukul 10 lebih balik kampung pula... tersengguk2 kat jalan, mujur bukan aku yg drive. Kesian kat hubby laa... bila nak shift driver, fawwaz pulak melalak terkejut dari tidur... Sabarrrr.

Tengahari semalam aku dah di Anjung Hijau semula dan sekarang sedang menikmati udara nyaman dari luar, juga kehijauan pokok2 di taman rekreasi bukit jalil. Badan dah rasa selesa dapat tidur cukup malam tadi. Sambil tu kepala duk merancang apa nak beli di pasar ramadhan petang nanti. Setakat ni apa yang aku idamkan sejak di Bahrain dah dapat rasa. Cuma banyak yg tak mencapai spesifikasi. Cendol dan air tebu kira out! Tersalah beli... Nasi kerabu pulak accessories nya tak mencapai sasaran... hahaha banyak pulak komplen! Paling best masa balik kampung makcik masak keli pecel dan kerabu... Kari telurnya pula membuat hubbyku teringat zaman kanak2nya... power makcik ku nih! Kasi credit sket... Memang seronok makan beramai2.

Asyik cerita makan je puasa2 nih.. huhu! Takpelah, aku nak sambung balik kerja2 ku... nak buat filing dan packing lagi. Jangan nanti baju raya tertinggal... Tapi kadang tu iya2 bawa baju lebih, padahal tak pakai pun... Esok agaknya mula banyak kenderaan di jalan. Hari tu pun dah banyak.. kat Sg Besar dah penuh orang, apalagi esok2... mmm semoga perjalananku selamat. Ingatan untuk semua, kalau mengantuk kena berhenti tidur. Aku pun pernah nak terbabas drive masa puasa sebab ngantuk... Lepas tu, bacalah doa perjalanan.. semoga dilindungi dari malapetaka.

No comments:

Post a Comment