Pages

Sunday, March 6, 2011

Anjung Hijau... Setia Ku Di Sini


Home sweet home... Saya sudah selamat pulang!  Lagi dan lagi... Pulang ke tanahair untuk pertamakali di tahun 2011 setelah berangkat ke Bahrain pertengahan Januari lepas.  Tak taulah, entah berapa trip lagi nak berulang dari KL-Bahrain-KL.. rasa dah muak entah berapakali diluahkan.  Takde sapa mengerti isi hati ini melainkan diri sendiri dan Allah jua..

Perjalanan macam biasa.. penat dan lesu sebab tak boleh tidur.  Anak yg dah acapkali travel macam mamanya asyik duk mengigau menjerit sambil tutup mata.. Adalah 4 kali tu.  Maka itu kitapun jadi pengawal jelah!  Bimbang penumpang2 lain marah tak dapat tidur.  Kekadang ada baca kat forum, penumpang2 yg terganggu dek anak2 yg meragam dalam flight ni dan mengatakan ianya 'irritating'.. uhhh!  terasa sungguh daku!

Semalam macam biasa, sampai rumah je kepenatan berganda.  Sebab habuk dan tahi cicak yg bertaburan terutama di dapur.  Al maklum, dekat 2 bulan kosong macam tu je.  Belum tengok kereta kat porch yg macam baru masuk padang pasir di musim hujan tu!  So, tugas pertama dalam kemalasan ialah mengemop.  Badan pun gatal2 sebab habuk kot.. Kaki toksah cakap... Pandaile habuk ni nak menyelit masuk, padahal nak tinggal dulu dah kilat kena mop!  Fawwaz jadi mangsa, terlentang jatuh.. sebab tak dengar mama kata jgn pijak lantai licin... Selalu tunggu dia tidur, tapi semalam segar bugar dia.

Malam dah pekena nasi goreng kampung mamak Madina, my favourite mamak @ Bukit Jalil.  Fawwaz lak makan roti telur.  La ni mamak pun pandai buat goreng2 nasi macam stall melayu.  Sampai pagi ni kenyang dan tak teringin apa2.. Minum Check Hup Ipoh White Coffee je, the best instant white coffee!  Sat lagi kenalah keluar cari barang2 sikit.. Giant ke, C4 ke... yg terdekat je.  Pastu rasa nak rehat je sambil baca paper.. Esok banyak urusan... Nak service kereta, nak bayar saman, bill... Lusa nak balik kampung pulak.

Talking about bill... emm paling malas nak revise bills ni.  Bukan tak bayar... selalu online dari jauh tanpa tengok bill.  So, ada gak yg tertunggak, yg mengelirukan, dsb.  This time TNB punya bill macam banyak padahal bulan lepas takde orang kat rumah, fridge je.  Kee.. dah naik tariff utk minimum rate?  Astro pun dah ada gomen tax ye? Hahaha... banyaknya tax itu ini.  Paling suka credit card takde tunggakan... dan tak pernah tertunggak!  Petua utk tidak pening dan tak bayar riba byk2 ialah BAYAR KESEMUA JUMLAH penggunaan kredit card.  Pinjam sekejap je utk tak bawa cash ke hulu hilir.. tak sempat dia nak charge kita.

Apa2 pun.. enjoy the moment here in KL.. esp bukit jalil yg permai ni.  Selepas Shah Alam suatu ketika dulu (masa kita duk sana laa..), inilah kawasan yg nyaman.  Dengan kehijauan taman rekreasi di depan sana.. dan padang golf yg tak kelihatan dari balkoni ku di sini (dr rumah depan nampak la). Cuma nampak ada bangunan tinggi baru nak bina, mungkin sesak selepas ini... Tengahari nak jalan2 cari makan kat mana pulak ye?!


No comments:

Post a Comment