Pages

Monday, March 28, 2011

Ilalliqa'... Ma'assalama ya Habibi... :)

Baru je balik dari menghantar en habibi saya ke KLIA bagi penerbangan ke Bahrain pagi ni... Macam yg saya kata, sepatutnya saya pun balik sekali... tapi SIAEC hanya benarkan dependence ikut paling awal 30 April berdasarkan situasi semasa di sana.  SIA kan caring company... :)

Lepas turunkan husband di KLIA, saya & Fawwaz terus ronda2 ke sekitar Seri Petaling, Puncak Jalil dan Bandar Kinrara untuk mencari kindergarten atau daycare centre yg sesuai.  Adalah beberapa, tapi hati belum kuat nak memilih.. Kat seri petaling rasanya mostly chinese kindi, puncak jalil pulak agak jauh ke dalam dan di kinrara tu ada few tadika yg dah tutup.  Ada satu tu, mungkin boleh KIV... Bestnya kalau duduk kat Bandar Baru Bangi atau Ampang... nampak banyak sangat tadika yg menarik, yg ada perawakan ceria dan islamik.  Takpelah, no hurry... kena banyak buat plan dan cari alternatif supaya sebulan ni cikmat tak bosan dan ada pengisian selain sesi mama kat rumah...

Weekend semalam boleh tahan sibuk.. Hubby ada di rumah, anak2 datang dan shopping moping... Paling best masa ke Mines haritu.. Fawwaz buat show lepas terjaga dari tidur!  Terus rasa nak menjauhi shopping complex utk seketika... Mama trauma!!  Esok dah nak balik kampung utk beberapa hari sampai Ahad.  Tak boleh lama2, nanti aku malas!  Banyak eksperimen nak buat kat dapur nih...

Macam semalam, akhirnya terlaksana impian nak buat french macarons yg tengah popular di kalangan bloggers masak.  Fenomena macam tsumacarons dah!  Saya pun tak pasti rasa sebenar yg orang selalu beli di  luar sana.. Maklum, kita ni nama je duk obesee.. tp kat Bahrain sana tak jumpa benda nih hehehh!!  Tapi kalau nak tau lebih, google je.. seronok dan teruja baca comments mereka2 tentang makanan klasik org2 perancis ni.  Paling teruja tengok color macarons tu... warna-warni.  Dorang kata pembuatannya remeh juga... ala2 kena belai manja macam kekasih.  Umpama kena penuh kasih sayang la kott...


versi org tak pernah rasa...


Alhamdulillah, sekali buat tu jadile juga walau tak 100% cantik.  Saya buat eksperimen 2 kali bakar.. Yg satu jadi macam kuih bangkit (retak2) dan yg satu elok je... keluar 'foot' dia.. atau ada yg panggil skirt.. Inilah petunjuk kejayaan pembuat macarons... selain permukaan yg licin dan rapuh, dalamnya yg lembut dan kenyal... fillings nya pula sepatutnya kena lembut cth choc ganache, dulce de leche (susu manis yg direbus 2-3 jam), buttercream dll.  Saya buat shortcut je, guna peanut butter chocolate.  Tumpuan lebih kepada kejadian macarons base tu...


Lepas ni nak kena recall & refresh french language yg saya belajar 3 semester kat ITM dulu.. Jangan tak tau, saya belajar steps buat macarons ni kat youtube dalam french.. nasib baik ada google translate.. merci beaucoup chef et google! 

No comments:

Post a Comment