Pages

Sunday, July 24, 2011

Notebook Abe


This old NEC notebook P8100 is really out of control!  Lappy yg akak tengah guna sekarang, kepunyaan En Abe aka suamiku. Sebenarnya akak kesian tengok lappy En Abe yg tahap jurassic ni.  Dah 6 thn beli dan tahap kekuraannya melebihi sang siput.  Akak yg kekadang tukar profession jadi system admin ni dah tak mampu nak membantu.  Tapi akak salute abe yg sangat3x bersabar bila berdepan dengannya.  Memang itulah sifatnya yg sebenar, tidak seperti daku yg umpama ribun topan ni dalam bab2 sabar.  Nasib baik akak ni periang... boleh cover2 mana yg kurang.  Periang2 pun selalu gak stress kan..hihi.  

Lappy putih akak tu pulak sudah menjadi milik sikecik En Fawwaz yg demam postman pat, OSO, Alam Farhan dsb tu.  Manyak susah wooo....dia bukan tengok, tapi dengar je.. tapi tak boleh usik.  Kekadang sedar tak sedar, akak berebut lappy tu macam budak sebaya dia gak.. bukan apa, nak copy atau buka files yg kat situ sekejap je.. bermati-matian dia tak kasi..huhuu! mmmm... memang nampaknya nak kena buat sesuatu.  Nak kena kering hati menyembunyi atau memadamkan sesuatu... tapi takut nanti sudahnya den jugak yg susah :((

Semalam tengahari balik2 dari shopping, dengan tak sengaja ter'disconnect' lappy ni.. Amboi lamanya nak reboot... sampai malam tak OK dan hingga lepas subuh baru daku berjaya menyelesaikan masalahnya.  Akak asyik hints beli lappy baru.. banyak yg murah2 berbanding iPad2 kan.. hehehh!  Tengok je kesabarannya tahap mana, sebab setakat ni memang tak masuk dalam list... melainkan ipad, samsung galaxy dan yg sewaktu.. kan kannn.. :)  Adoi!! Takpelah, selagi boleh reboot dan keluaq gambaq semula, dah kira OK la.. boleh tgk screen bursa saham... boleh transfer RM.... $$$$$$$ :D:D

CERITA SAMPINGAN

Beberapa abaya telah ditempah dan ada yg dah siap.. Thank you Tati (merangkap promoter ku), Atie, Ita and Zu for your support.  Makin bersemangat saya nak memperkenalkan abaya Bahrain ke M'sia.  Bukan apa, sajalah... since kat M'sia pun dah ramai orang pakai.  Fesyen pun iya, tutup aurat pun ye...  Yang dalam gambar ni Tati punya corak bunga di lengan.. saja nak tayang.. boleh jadi terapi mata... :)  Tahun depan akak pun dah tak duduk sini lagi, so takkan ada lagi tayangan perdana abaya Bahrain... hehe


No comments:

Post a Comment