Pages

Sunday, October 30, 2011

Akhirnya Kau Pergi...

Pagi tadi, sewaktu saya sedang sibuk di dapur seawal 5 pagi, hp berbunyi.. ada text message.  Innalillahi wainna ilaihi raajiun... akhirnya pakcik saya Mohd Bajuri Hj Mokhtar pergi menemui Penciptanya.

Dalam sayu dan sedih, ada sedikit perasaan lega.  Semasa solat subuh tadi, saya baru mendoakan agar Allah mempermudahkan dirinya dalam mengharungi saat2 akhir di muka bumi ini.  Agar tidak diuji dengan kesakitan lagi.. dan agar semua insan2 di sekelilingnya tabah dan sabar menghadapi ujian ini.  Itulah doa saya setiap kali lepas solat dikebelakangan hari ini. Juga setiap kali saya membacakan surah Yaasin dari kejauhan ini.

Kami redha... sedari dulu.  Mungkin sudah tidak betah melihat penderitaannya... Melihat bahagian tubuhnya dimamah cancer sedikit demi sedikit dan lama2 seperti mengganas itu.  Jujur saya katakan, saya tidak pernah berani melihatnya.. saya tidak cukup kuat.  Sedang untuk menatap wajahnya yg cengkung itu pun saya tidak berapa kuat.  Mungkin sayalah yg paling lemah di antara sanak saudaranya.  

Kini yang tinggal hanyalah kenangan sedari kecil sehingga kali terakhir saya berjumpa beberapa hari sebelum terbang ke Bahrain.  Sewaktu saya masih seorang anak kecil, dia sering menyorokkan anak2 patung saya ke atas siling rumah.  Sehingga satu ketika pembersihan dibuat, entah berapa anak patung ditemui.. hehe!  Kadang2 dia menjemput saya dari sekolah dengan basikal tua yang tinggi itu... Kadang2 arwah nenek memaharahinya kerana rambutnya sedikit panjang dan kembang... Bila dia dah kahwin dan berpindah ke Kg Bharu, saya pun ikut2 menyibuk tinggal di situ terutama bila cuti semester.  Kerana rumahnya yg strategik di tengah2 KL.  Hinggalah anak2 menjadi dewasa dan masing2 sibuk dengan hal ehwal sendiri.  Itulah lumrahnya hidup yang ada pasang surut..

Hari ini, biarlah dia pergi.  Semoga ada kedamaian buatnya di sana... Semoga Allah sentiasa merahmati rohmu.. dan menempatkanmu di kalangan orang2 yg beriman dan beramal soleh.. Amin.

No comments:

Post a Comment