Pages

Monday, October 3, 2011

Yang Terakhir

Akhirnya terlaksana sudah vaksin terakhirku... Vaksin HPV! Vaksin yg menangguhkan kepulangan saya dan Fawwaz ke Bahrain. Seawal pagi, sebelum Sempat mengambil breakfast dah keluar rumah, menuju ke Klinik Nurul Huda.. Tapi sedikit kurang bernasib baik sebab vaksin tu dah kehabisan di situ. Kenalah ambil di klinik lain yg berdekatan, Klinik Koh. Kalau ada sesiapa tertanya2 harga vaksin ni di klinik biasa, ialah RM200 untuk satu suntikan. Kena ambil 3 suntikan, so total ialah RM600.. Mahal la juga, tapi InsyaAllah untuk kegunaan selama 20 thn! Tapi perlulah juga buat pemeriksaan atau pap smear tu.. Paling2 sekali dalam setahun dua... Untunglah remaja yg dapat tawaran suntikan percuma tu.. Tapi tak pasti perlu sangat ke tidak, sebab kalau baca tu mmg ada pro n cons dia.

Sempat juga buat cholestrol check selepas 6 thn rasanya... Alhamdulillah, dah banyak turunnya. Tak sangka juga sebab lepas2 raya dan masih cuti2 Malaysia nih hehe! BP pun tahap2 rendah..

Sekarang misi nak membantu en abe kita menurunkan cholestrol, BP dll... Sejak sebulan lepas saya menyarankannya minum susu kolestrum Alpha Lipid. Tunggulah nanti apa testimoninya.. Esok balik dah terima pesanan 2 tin ;)

Bila dah selesai yg ni, bolehlah esok berangkat semula ke B.Jalil, berkemas apa yg patut.. Nak bawa kotak ajaib atau sekadar 2 bag.. Sebab cuma sebulan atau 4 minggu... Nak bawa abaya lagi. Alhamdulillah.. Sambutan abaya sgt menggalakkan walau tak banyak design yg ada. Setakat tukar2 color je... Kalau ruang masih ada dan berat belum maksimum, boleh sumbat selai dua extra nanti.. Tapi tak pastilah, sebab ada juga benda lain yg duk fikir2 nak beli. Maklum saja, lawatan terakhir! Isk isk! Macam sedih la pulak.. Ngengada je kan.

Cukup2 lah berkelana hampir 5 thn... Sekarang adalah masa untuk merancang masa depan dgn lebih baik.. Menaikkan semula semangat yg macam graf bband ni ha... Turun naik je kaedahnya! Masih perlu juga sedikit kekuatan sebab ada perkara yg terdetik di kepala, mungkin tak tercapai.. Apa dia? Adalaaaa... Huhuhu!!!!

No comments:

Post a Comment