Pages

Wednesday, February 1, 2012

Berlaku Adil Itu Bukan Mudah

Agak2 kontroversi tak entri akak nih? hehehe...  Tetiba rasa nak buat entri nakal2 gitu... Ala, bukan glamer pun blog cik siti ni nak mengundang kontroversi.  Blog main2 dan syok sendri gini tak berapa orang nak baca...  So, akan kuteruskan juga lah apa yg sedang kupikirkan ini..

Bukan apa, kepala ni dok terfikir2 akan kisah semalam.  Rasa nak frust, rasa nak sengih, rasa bersalah.. macam2 lah!  Apabila BFF akak Cik N tu ajak bergosip.. Keluor tanduk seketika... :P  Alaaa... citer Tok K kawin lagi.  Bukan Datuk K somi Datuk Siti tu laaa... (suspen jah).  Akak ni bab2 lelaki kawin 2-3 tu takde lah oppose sangat.  Asalkan halal... dan ingat tanggungjawab!  Bukan kerana nafsu je...  Tapi sebab banyak yg sekadar ikut nafsu tu lah yg nampak buruk benor poligami tu.  Rasanya, mereka yg elok2 mengamalkannya selalunya diam2 je tak berbunyi.  Jadi yg gah ceritanya ialah benda yg tak elok!

Standard la tu... sebaik2 isteri, kalau suami tersayang kahwin lagi, pasti terguris juga hati.  Pasti merajuk.. Ada lah kot yg tak merajuk dan tak terguris.. Tapi tak banyak rasanya.  Sedangkan Salih Yaacob pun ada gelora juga rumahtangganya...  Tapi di sinilah peranan suami.  Nak jadi gentleman ke, takut man... atau follow the flow.  Kalau nak tunggu 'mem' cool down, baru nak balik rumah, macam tak betul je.  Lama2 boleh makin hangat berapi rumah tu... langsung tak mau masuk nanti.

Bila akak cerita balik kat orang sebelah, si pengamal poligami yg bolehlaaa... dia suka la pulak.  Eksen gitu!  Meh belajar ngan abang... katanya.  Amboi... macam riak ye!  Tapi kekadang memang ada statement nakal rakan taulannya minta tips!  Susah hati teman...

Apa2 pun peranan encik suami yg penting.  Kedua2 isteri juga kena ada ketahanan diri yg kuat.  Take it or leave it!!  En somi weh.. kalau mem besar tengah merajuk, kenalah pujuk dan2 tu.  Jangan tangguh.. Pi bawak cuti2 eropah ka, australia ka... Paling2 gi Marriot Putrajaya, booking hotel semalam dua.  Sejuuuuk gitu!  Memang ambil masa kot... berdasarkan pemerhatian dan pengamatan ku.  Tapi, InsyaAllah... kalau niat baik, Allah bagi jalan... Melainkan semua2 takde iman.

Duk nak ungkit kisah akak dulu... Dah sebab nak juga ikut kata hati, maka kenalah berkorban perasaan.  Tapi takdelah korban sangat, sebab akak ni jenis tak kisah... malas fikir.  Maksudnya bukan tak kisah perasaan orang... Akak jenis memberi, dan tak kisah orang nak balas tuba ke minyak wangi.  Tapi bukanlah hati malaikat sangat.. sesekali ada jugak terasa.  Sama2 lah berkorban jiwa demi lelaki yg sama2 dikasihi.  Yang untung lelaki lah jugak kan... erkk!!  Tahap sabar tu sampailah akak ni sakit dan pergi meredah jam di tengahari, ke hospital sendiri.  Operation!  Dah seminggu baru dijenguk.  Sebab masa tu adalah cooling down period.  Proses pemujukan sedang berjalan di sebelah pihak.. Dan InsyaAllah, ada insan2 lain yg masih menyayangi dan mengambil berat.  Bukan hanya seorang je dalam dunia ni yg boleh bantu kita!  Segalanya ada hikmah yg tersembunyi.

Mintalah Allah kurniakan kita kasih sayang... dariNya, juga dari insan2 yg lain di sekeliling kita.  Bukan hanya kasih sayang suami semata2.  Benarkan suami untuk mengasihi orang lain juga terutama ahli keluarganya.

Hari ini apa yg saya perhatikan amat melegakan.  Tiada persengketaan suami isteri.. Tiada gangguan fizikal dan mental.  Suami bebas membuat keputusan, dan isteri2 serta anak2 sentiasa patuh.  Didikan agama adalah sangat penting dan tiada kompromi.  Hormat menghormati jadikan amalan.  Bagi saya, saya tahu kedudukan di mana dan juga territory kita.  

No comments:

Post a Comment