Pages

Friday, February 17, 2012

LAU KANA BAINANA

MasyaAllah... indahnya bait2 lirik/puisi ini.. Sejak mula mendengar lagu ni, saya rasa sangat indah dan syahdu melodinya sebelum membaca terjemahan lagu arab ni.. Kalau nak dengar, boleh cari di youtube.. ada banyak version.

Kredit kepada penterjemah (di bawah sekali) dan Ustaz Zamri (fb)...


LAU KANA BAINANA

Puisi Intro
----------
Wahai Tuhanku, kami telah lalai lupa,
Namun setiap orang daripada kami tetap tamakkan,
Keampunan-Mu, dan sifat pemurah-Mu dan kebebasan daripada neraka-Mu, 
Dan juga kami tamakkan syurga, yang dimasuki bersama-sama penghulu seluruh manusia.

Kami mohon pada-Mu...
Mohon dengan sangat, wahai Tuhanku, 
Dari sudut hati kami yang paling dalam...

START
-----
Kalaulah Kekasih-Mu, masih berada bersama-sama kami,
Akan terlunaslah segala hutang dan semakin hampirlah 
dengan haruman Baginda, sebelum hilangnya,
rasa yang meronta-ronta untuk berada hampir dengan Kekasih-Mu.

Berada berhampiran Baginda, jiwa turut menjadi harum
Dan apa jua yang kalian doakan kepada Allah, akan diperkenankan,
Cahaya Nabi Muhammad tidak akan pernah sirna,
Sempatkanlah kami bertemu dengan Baginda, 
Wahai Tuhan yang Maha Memperkenankan doa hamba...

Hidayahmu kepada alam merata meluas,
Tanda hampirnya kasih sayang Tuhan pemberi hidayah,
Hadith-hadithmu ibarat sungai mengalir jernih,
Berada di sisimu bagaikan dahan yang tumbuh segar dan basah.

Kutebus diriku dengan dirimu, wahai Kekasihku,
Nabi Muhammad yang mulia, yang asing,
Berada berhampiranmu, jiwa menjadi harum,
Wahai yang diutuskan sebagai tanda kasih sayang Tuhan kepada seluruh alam....

Wahai Kekasihku, wahai Nabi Muhammad
Wahai doktor hatiku, wahai yang dipuji dipuja
Dirimu memiliki kelebihan yang diakui
Oleh Tuhan yang turut berselawat ke atasmu.

===============================
Allahumma Solli Ala Sayyidina Muhammad.

Hakcipta Terjemahan Terpelihara - Asyraff Hafdzan Abdullah.

Wednesday, February 15, 2012

Tak Pernah Serik Membeli

Hari ni agak sibuk di luar rumah.. bukan sibuk kerja, tapi dgn urusan yg personal.  Macam biasa, waktu pagi selalunya saya sempat buat sarapan untuk en abe yg nak pergi kelas Arab di UIAM tu.  Dapat pula harini ada exam, kita buatkanlah cucur udang kegemarannya.

Lepas hantar Fawwaz, singgah rumah untuk minum sekejap, terus keluar balik ke Serdang.  Nak jumpa doktor.. adalah sebabnya tu!  Punyalah lama kat klinik tu.. Ramai orang... Masuk pukul 9, nama naik dekat pukul 11.  So, lepas selesai kenalah terus ke Seri Petaling, jemput Fawwaz.  Hari ni nak treat dia dengan makanan kegemarannya iaitu spaghetti creamy carbonara Pizza Hut.

PHD dekat je dengan sekolah.  Lepas beli, singgah dulu kedai 24.. beli eskrim.  Perghh.. sedapnya panas2 tu makan aiskrim potong berperisa durian.  Dah lama tak makan.  Menjerit2 gigiku kena sejuk.. adalah yg tak kena tu!
Ihsan yahoo - kalau dulu rupa gini, sekarang dah tak..

Sampai rumah Fawwaz excited nak makan pasta.  Yelah.. dah berapa hari tak makan nasi atau lunch yg sempurna.  Serba tak menyelerakan dia.. Asyik2 makan roti.  Pagi tadi pun tak breakfast macam biasa.. Dah tak selera kot.. Mungkin sebab bengkak kelenjar dia tu.

Tapi excited Fawwaz cuma seketika... Bila mama buka je bekas pasta tu, yg nampak bukan carbonara.. tapi spaghetti bolognese.  Mmm.. mati selera si Fawwaz sebab dia tak makan yg lain.  Mak pun naik geram!  Bukan apa, dah terang2 mak sebut carbonara dan budak perempuan tu ulang cakap.  Dapatnya lain..  So, kalau kejadian begini berlaku, telefonlah semula tempat tu.  Sempatle mak sound "Korang ni berangan ke? Saya sorang je pelanggan yg masuk tadi (tu pun boleh silap)..".  Sebelum meneruskan kata2 "Boleh tak ganti dan hantar ke rumah... saya nak carbonara.  Yg ni anak saya tak mau.. Saya pun tak mau.."

Maka, tak lama kemudian sampailah spaghetti gantian ke depan pintu.... Sambil membawa pesanan "manager minta maaf"... Dan jadilah, buy 1 get 1 free... Ado lagi yg free kat atas dapur tu hehe!

Adoiii... ini bukanlah pertama kali PHD tu buat kesilapan.  Kalau setakat isi tak lengkap tu, dah pernah dah, tapi saya tak bising... Pizza tak masak pun ada, saya cuma komplen dan keluar dari situ.  Tak masak dan benyek lagi tepung tu..  Tapi saya tetap melangganinya.  Bukan kerana pizza, tapi spaghetti creamy carbonara kegemaran si Ahmad Fawwaz.  Kalau buat sendiri pun tak berbaloi dengan tenaga dan wang ringgit.  Sebab pemakannya cuma si kecik tu.. Beli kat tempat lain pun tak kena dengan citarasa dia. Nak tak nak kena juga melangkah ke situ.  Inilah antara fast food yg dia makan selain pizza dan fries.  Nugget, ayam goreng dan burger tak berapa masuk atau tak makan langsung.  Sesekali je pun belikan ni.. Tengok situasi dan kesempatan... Tak boleh ajar selalu makan benda2 gini..

Sunday, February 12, 2012

iPad2 Browsing Problem


Hari ni ada sedikit masalah 'internet browsing' dgn iPad2 kami.  Screen hanged, touch screen tak berfungsi.  Screen menjadi gelap atau samar.  Tapi bila kita cuba buat search atau buka facebook, tetap akan keluar webpages tu.  Cuma tak boleh nak buat apa2... Dah tengok setting, tapi takde apa yg boleh membantu (dan saya tak perasan reset 'button' tu pun..).  Tapi kalau buka games, masih berfungsi dengan baik.  Internet je bermasalah.

Tried to find solution from the internet and  I got the answer (for similar problem).  Yahoooo.... sonang ba itu!

Rupanya cuma perlu RESTART.  Caranya, TEKAN POWER BUTTON yg kat tepi tu untuk seketika, SEHINGGA PADAM (shut down).  Skrin akan menjadi gelap.  Kemudian ON SEMULA DENGAN MENEKAN POWER BUTTON SEHINGGA KELUAR LOGO APPLE.  Bila logo tu dah hilang, cuba buka Safari tu.  HAA!! Kan dah terang balik... Dah boleh berfungsi touch screen tu...

Bila dah OK, baru abe ku mengaku tadi dia ada mencuba utk menjawab 1 contest.. tiba2 dia rasa ragu2 dan cancel atau keluar dari page tu sebelum habis isi data... mmm hahaha!!

Friday, February 10, 2012

Susah Tidur

Sejak buka lembaran blog baru utk cik mat, dah takde apa sangat modal nak tulis di sini... Ini pun saja nak layan kepala ni biar jgn ngantuk sangat.  Dahla baru makan roti canai sekeping dan nescafe secawan.. Perut ni penuh.. kepala ni 'high'.  Sambil2 menunggu mesin basuh menghabiskan putarannya...

Pagi tadi bangun seawal <>4.45 pagi.  Menahan diri dari keluar bilik, tapi hati tu tak senang je.  Teringat2 budak kecik yg tidur di luar tu.  Lama2 keluar juga.. Mmmm betulla.. TV dah terbuka.  Dan suara halus tu cepat2 ucap "Assalamualaikum!" bila nampak muka mak dia.  Adoi... pukul berapalah kamu bangun nak?!

Dan selepas tu, walau mama dia duk baring sama depan TV tu, pura2 pejam, si anak macam tu juga.  Besar mata dia... Abah pun rupanya tak boleh tidur.  Keluar je, cakap "Sabahul khair..!" dgn kuat.  Lagilah dia suka..  Bila mama tegur (ala marah sbb konon2 terganggu anak nak tido balik), abah masuk bilik semula.. heheh!

Sampai dekat pukul 6, dia minta susu, dan mata tetap besar walau TV dah dimatikan... Mama give up!  Terus buka lampu terang2... Masuk dapur buat sarapan.  Dia lagilah... terus menyanyi2.  Aduh anakku... berapa jamlah kamu tidur ni?  Kamulah budak kecik yg paling tak suka tidur kot... Malam dahla tidur lambat.  Jangan2 masa ni Fawwaz tgh tidur dalam kelas..huhuhu!

Sunday, February 5, 2012

Allahumma Solli ' ala Muhammad Ya Rabbi Solli 'alaihi wa Sallim...

SALAM MAULIDURRASUL... 
YA ALLAH, BERTUAHNYA KAMI MENJADI UMAT NABI MUHAMMAD (SAW)..
SEMOGA KAMI MENJADI HAMBAMU DAN UMAT RASULLULLAH YG TIDAK TERSASAR.. AMIN.


p/s:  lagu fav Fawwaz masa kecil2.... kalau nangis, pasang je lagu ni  :)

Saturday, February 4, 2012

Cerita Tentang Fawwaz

Tadi dah buat entri baru... sekali tu hilang.  Mungkin ter'delete'.... Adoi!!!  Agaknya dek keghairahan membina, mengubah, mendapat idea2 lain yg berkenaan dengan hobi blogging saya ni.  Sabar je lahhh...

Sebenarnya nak menyatakan yang saya sudah mengubah cerita2 tentang jantung hati saya si Ahmad Fawwaz pada ke dalam blog baru yang khas.  Barulah senang saya nak selak2 balik cerita lama dia sedari bayi...  Maklum anak sorang, apa lagi nak buat ye... hehe!  Segala kisah suka, duka, suspens, sedih.. semua ada.

Segala2nya di blog anakkufawwaz.

Malam ni pelik sikit kat screen blogger saya ni.  Mengecik dan menguncup tak semena2... tak tau camna nak repair... :(

Wednesday, February 1, 2012

Berlaku Adil Itu Bukan Mudah

Agak2 kontroversi tak entri akak nih? hehehe...  Tetiba rasa nak buat entri nakal2 gitu... Ala, bukan glamer pun blog cik siti ni nak mengundang kontroversi.  Blog main2 dan syok sendri gini tak berapa orang nak baca...  So, akan kuteruskan juga lah apa yg sedang kupikirkan ini..

Bukan apa, kepala ni dok terfikir2 akan kisah semalam.  Rasa nak frust, rasa nak sengih, rasa bersalah.. macam2 lah!  Apabila BFF akak Cik N tu ajak bergosip.. Keluor tanduk seketika... :P  Alaaa... citer Tok K kawin lagi.  Bukan Datuk K somi Datuk Siti tu laaa... (suspen jah).  Akak ni bab2 lelaki kawin 2-3 tu takde lah oppose sangat.  Asalkan halal... dan ingat tanggungjawab!  Bukan kerana nafsu je...  Tapi sebab banyak yg sekadar ikut nafsu tu lah yg nampak buruk benor poligami tu.  Rasanya, mereka yg elok2 mengamalkannya selalunya diam2 je tak berbunyi.  Jadi yg gah ceritanya ialah benda yg tak elok!

Standard la tu... sebaik2 isteri, kalau suami tersayang kahwin lagi, pasti terguris juga hati.  Pasti merajuk.. Ada lah kot yg tak merajuk dan tak terguris.. Tapi tak banyak rasanya.  Sedangkan Salih Yaacob pun ada gelora juga rumahtangganya...  Tapi di sinilah peranan suami.  Nak jadi gentleman ke, takut man... atau follow the flow.  Kalau nak tunggu 'mem' cool down, baru nak balik rumah, macam tak betul je.  Lama2 boleh makin hangat berapi rumah tu... langsung tak mau masuk nanti.

Bila akak cerita balik kat orang sebelah, si pengamal poligami yg bolehlaaa... dia suka la pulak.  Eksen gitu!  Meh belajar ngan abang... katanya.  Amboi... macam riak ye!  Tapi kekadang memang ada statement nakal rakan taulannya minta tips!  Susah hati teman...

Apa2 pun peranan encik suami yg penting.  Kedua2 isteri juga kena ada ketahanan diri yg kuat.  Take it or leave it!!  En somi weh.. kalau mem besar tengah merajuk, kenalah pujuk dan2 tu.  Jangan tangguh.. Pi bawak cuti2 eropah ka, australia ka... Paling2 gi Marriot Putrajaya, booking hotel semalam dua.  Sejuuuuk gitu!  Memang ambil masa kot... berdasarkan pemerhatian dan pengamatan ku.  Tapi, InsyaAllah... kalau niat baik, Allah bagi jalan... Melainkan semua2 takde iman.

Duk nak ungkit kisah akak dulu... Dah sebab nak juga ikut kata hati, maka kenalah berkorban perasaan.  Tapi takdelah korban sangat, sebab akak ni jenis tak kisah... malas fikir.  Maksudnya bukan tak kisah perasaan orang... Akak jenis memberi, dan tak kisah orang nak balas tuba ke minyak wangi.  Tapi bukanlah hati malaikat sangat.. sesekali ada jugak terasa.  Sama2 lah berkorban jiwa demi lelaki yg sama2 dikasihi.  Yang untung lelaki lah jugak kan... erkk!!  Tahap sabar tu sampailah akak ni sakit dan pergi meredah jam di tengahari, ke hospital sendiri.  Operation!  Dah seminggu baru dijenguk.  Sebab masa tu adalah cooling down period.  Proses pemujukan sedang berjalan di sebelah pihak.. Dan InsyaAllah, ada insan2 lain yg masih menyayangi dan mengambil berat.  Bukan hanya seorang je dalam dunia ni yg boleh bantu kita!  Segalanya ada hikmah yg tersembunyi.

Mintalah Allah kurniakan kita kasih sayang... dariNya, juga dari insan2 yg lain di sekeliling kita.  Bukan hanya kasih sayang suami semata2.  Benarkan suami untuk mengasihi orang lain juga terutama ahli keluarganya.

Hari ini apa yg saya perhatikan amat melegakan.  Tiada persengketaan suami isteri.. Tiada gangguan fizikal dan mental.  Suami bebas membuat keputusan, dan isteri2 serta anak2 sentiasa patuh.  Didikan agama adalah sangat penting dan tiada kompromi.  Hormat menghormati jadikan amalan.  Bagi saya, saya tahu kedudukan di mana dan juga territory kita.