Macam selalu, aku masak sendiri juadah buka & sahur. Nak beli pun, bukan selera kita. Kalau beli pun macam kek, tart, dll. Yang bestnya, berbuka dengan kurma fresh. Nikmatnyee... Balik hari tu, aku bawa sekotak bahan2 masak termasuk kicap manis dan bilis dari M'sia. Tu yang semangat masak. Tengok hubby selera pun dah cukup bagus...
Oh ya.. hari tu balik semua OK. Aku bersyukur sangat2... Itulah berkat doa di bulan Ramadhan, sungguh makbul! Walau masih terasa lamanya perjalanan, puasa lak tu, sekurang2nya tak menggunakan tenaga yg banyak. Ramai juga yg tak puasa dalam tu, musafir katakan.. Aku sekadar dapat bau makanan yg enak. Tergugat juga iman. Cabin crew bungkuskan aku sandwiches masa nak landing.. bagus sungguh!
Gambar2 baru semasa balik kampung :-
Before & after: punya susah budak kecik ni nak gunting rambut. Makcik ku je yg boleh melakukannya dgn bantuan ramai he he..



@ KLIA - back to Bahrain via GF0281. Every time nak fly kena beli toys baru, supaya dia leka sedikit. Kecil pun takpe.. asalkan dia suka.
.
Seharian aku pakai mask nih.. rimas juga. Precaution better than cure.. Fawwaz? Bertuahla kalau dia nak pakai...
Budak baik he he... suspen je aku kalau citer lama berulang. Senyum pun mahal..
Petang semalam buat roti jala + kari ayam utk buka..

