Pages

Sunday, August 30, 2009

Ramadhan @ Bahrain

Lain sikit rasanya puasa di sini. Pukul 2.40am aku dah bangun siapkan makanan dan 3am dah mula sahur. Main panas2kan kat microwave je. Kalau rajin, masak sayur fresh atau buat nasi goreng. Itu utk hubby, aku makan roti je. Pagi ni 3.58am dah azan Subuh. Buka pukul 6pm. Sejak balik sini, puasa agak meletihkan. Tak tau pasal apa.. Kat M'sia hari tu walau macam2 buat, steady jek! Mungkin sebab tak buat apa2 kot kat Bahrin ni heeeee.....

Macam selalu, aku masak sendiri juadah buka & sahur. Nak beli pun, bukan selera kita. Kalau beli pun macam kek, tart, dll. Yang bestnya, berbuka dengan kurma fresh. Nikmatnyee... Balik hari tu, aku bawa sekotak bahan2 masak termasuk kicap manis dan bilis dari M'sia. Tu yang semangat masak. Tengok hubby selera pun dah cukup bagus...

Oh ya.. hari tu balik semua OK. Aku bersyukur sangat2... Itulah berkat doa di bulan Ramadhan, sungguh makbul! Walau masih terasa lamanya perjalanan, puasa lak tu, sekurang2nya tak menggunakan tenaga yg banyak. Ramai juga yg tak puasa dalam tu, musafir katakan.. Aku sekadar dapat bau makanan yg enak. Tergugat juga iman. Cabin crew bungkuskan aku sandwiches masa nak landing.. bagus sungguh!

Gambar2 baru semasa balik kampung :-

Before & after: punya susah budak kecik ni nak gunting rambut. Makcik ku je yg boleh melakukannya dgn bantuan ramai he he..



@ KLIA - back to Bahrain via GF0281. Every time nak fly kena beli toys baru, supaya dia leka sedikit. Kecil pun takpe.. asalkan dia suka.
.

Seharian aku pakai mask nih.. rimas juga. Precaution better than cure.. Fawwaz? Bertuahla kalau dia nak pakai...


Budak baik he he... suspen je aku kalau citer lama berulang. Senyum pun mahal..



Petang semalam buat roti jala + kari ayam utk buka..

1 comment:

  1. mujur fawwaz x meragam kan kak..alhamdulillah merasa puasa di bumi arab..hehe..

    bila cakap sal mask..hmm..jgn kata budak kak, kit ayang org tua nie pun rimas..panas sbb wap karbon dioksida tu tak kemana kan..hehe..ayu pakai masa kat airport, dlm flight rasa dah x tahan, buke juge..defeat the purpose laa..hehe..

    ReplyDelete