Pages

Sunday, October 10, 2010

101010

Hahahh... aku pun nak buat posting sempena tarikh cantik ni. Aku pasti ada banyak posting ber'title' seumpama ni. Lepas ni ada lagi - 20.10.2010. Sesiapa nak buat majlis bersejarah, bolehlah ambik...

Dulu2 orang2 bangsa cina yg suka nombor. Tak kirala, nombor mapiau ka, nombor kereta ka, dll. La ni orang2 bangsa lain termasuk bangsa aku pun berkira pasal nombor. Tahun ni je berjuta2 ringgit orang spend untuk beli no plat kereta kat JPJ. Termasuk suamiku... untuk beli no 2533 je entah berapa banyak sudah dilabur. Setakat ni ada 6 buah koleksi 2533 kat rumah dia termasuk parking lot rumahku. So, kalau nampak ini no kat jalan, mungkin salah sorang kerabatnya huhu!

Aku sendiri sebenarnya phobia dengan nombor. Aku tak pernah suka matematik kecuali masa nak periksa SRP! Aku juga tak suka accounting! Tapi bila kerja, asyik2 kena main dengan nombor. Dan aku terpaksa meneliti nombor2 tu dengan pelbagai perasaan... hehe malasla nak citer kisah lama ye... nanti lari tajuk. Sebenarnya nak cerita pasal no cantik di atas je... sekian :D


No comments:

Post a Comment