Pages

Sunday, October 24, 2010

Mendung Berarak Pergi..

Kalau kat Malaysia, kadang2 kita confuse mendung nak hujan ke, atau jerebu... Jerebu pulak dah semacam sinonim sangat dengan negara kita akibat perbuatan rakyat negara jiran. Tapi tak boleh juga nak salahkan 100% dorang tu... selain tahap pemikiran yg mungkin tak sama macam para pencinta alam sekitar, modal pun tak sebesar mana... tu main bakar je. Mana penguatkuasa dorang? Tak usah tanyalah... Tapi kalau fikirkan macamana dorang tu buat kat negara kita, dari menyebabkan pencemaran udara, ke bakar bendera, lontar najis, juga ancaman2 lain... grrrrr rasa geram juga. Tapi anggap je lah dorang tu tak berapa bijak dan emosional tahap gaban... hmmmm.

Macam kisah aku ni... hari Jumaat lepas rasa macam diragut rantai emasku (hahahh..). En Hubby cum pemerintah keluarga, tiba2 mengeluarkan keputusan muktamadnya (yg sebenarnya aku boleh agak dari awal..). Haritu dia beri kebenaran untuk aku balik terus November ni dan cari kerja.. aku rindu sangat nak kerja apalagi bila tiap2 bulan terpaksa menolak elaunku untuk membayar loan MARA masa buat masters dulu. Terkenang keperitan aku belajar selama 2 tahun kerana terpaksa bergolok gadai, mempertaruhkan nyawa malam2 tunggu bas dan teksi demi sebuah cita2... Tapi kelmarin, dia minta aku extend sampai Jun... adalah alasan2nya. Terus minta tarikh bila aku nak balik Bahrain sebab nak beli tiket huhuuu.... kan aku dah cakap!!

Sepanjang hari Jumaat aku ala2 sedih... tapi kadang2 tunjuk muka happy jugak. Sambil tu motivate diri sendiri... fikir dan tarik nafas panjang2. Hubby pun duk usik2 je, konon bagi aku gembira la tuu.. aku lak kadang rimas dengan aksi2 romantiknye. Aku ni sensitif tapi aku rock sampai tua.. haha merapu aku ni. Takpela... macam selalu aku beritau diri sendiri, memang bukan rezeki aku... yg aku punya rezeki ialah berjalan2 dan duduk santai2 macam sekarang. Tulis blog, fb... wang bukanlah segalanya, walau wang itu penting untuk macam2 perkara. Aku lupakan hasrat nak makan gaji... mungkin sampai bila2. Tempat isteri kan di sisi suaminya, walau... heheh tak payahle nak teruskan. Kali ni kena jalankan plan B pulak.. slowly dear...

Yang menyeronokkan sekarang ni ialah aku hampir berjaya dengan toilet training Fawwaz. Sejak minggu lepas dah mula, dan baru jam pertama je dia dah pandai menuju ke toilet dan memanjat bathtub kalau nak shishi. Sebab dia kerap minum susu, maka keraplah berulang ke toilet. Tapi aku belum yakin untuk membiarkan dia tidur tanpa diapers. Untuk poo poo pun aku tak reti lagi nak ajar camna... Jenuh, 3 hari dia tak poo. Terpaksa semalam aku pakaikan diapers sepanjang hari. Maklum, pengalaman pertamaku di usia 'remaja' membesarkan anak hahahh... Semalam belikan dia underware yg comel supaya dia lebih yakin bahawa tanpa diapers dia mampu mengatasai masalah 'basah' yg dia mahir sangat nak sebut. Potty yg dah berbulan2 kat toilet tu biar buat hiasan dulu..

Aku semakin lega hari ini... dan biarkanlah mendung itu berarak pergi. Takut nanti penerbangan delayed atau cancelled pulak.. :DD


No comments:

Post a Comment