Pages

Sunday, October 31, 2010

Company Picnic Trip

 Semalam, 30 Okt 2010 ada picnic trip di Al Dar Islands... Picnic organised by SIAEC Bahrain yang dihadiri oleh sebahagian staff dan keluarga.  Adalah dalam 80 orang.. Limit masuk pulau cuma 150 orang..

Al Dar Islands ni kecik je... sangat2 kecil dan tak berapa meriah.  Bermulanya perjalanan dari jetty di kawasan Sitra, dengan tambang (kalau individu) sebanyak BD10 (dalam RM80).  Boleh tahan mahal... Perjalanan menaiki speed boat hanya mengambil masa selama 10 min.

Harga tambang tak berapa padan dengan suasana dan kemudahan di situ.  Tapi takpelah, sebab tambang company tanggung heheh.. Masuk dalam pukul 9 pg lebih dan masa tu matahari tengah terik kat atas kepala.  Memang tak sesuai nak mandi... tapi hubby n fawwaz je ala2 adventurous.  Air memangla sejuk... Selain 'shaded beds' atau kerusi pantai yang dipayungi, macam tak nampak chalet ke apa... hubby kata tengah nak bina.  Pergerakan agak terbatas sebab takde apa2 dan mana2 nak pergi dan pulau kecik.  Kedai souvenir pun takde melainkan kat pintu masuk ada jual snorkel/swimming equipments di tempat security.  Dorang tak bagi bawa makanan luar, tapi dorang tak jual apa2 pun yg menarik untuk isi perut... mujurle penyeludupan makanan tidak dikesan dengan teliti.  Lagi pulak walau orang2 kami dalam 80 orang, caterer tu macam terperanjat dan takut makanan tak cukup... tak biasa ke hapa.  Sudahnye pukul 2pm baru makan dan aku taknak komen rasanya, cukup utk alas perut.  Pukul 2 kalau kat Bahrain, ala2 pukul 4pm di M'sia tau... haha!

Al Dar Islands ni sebenarnya agak terkenal dengan pencarian pearl atau mutiara.  Mutiara adalah salah satu sumber terkenal di Bahrain.  Tapi nak dapat kenalah dive jauh2... Ada sorang visitor pernah dapat pearl ni masa snorkel, terus dijadikan advertisement..kehkeh!!  Tu yg dorang cuba2 nasib termasuk en hubby..

Pukul 5 ptg family ku dah dalam perjalanan pulang.  Penat sangat... aku tak mandi laut langsung sebab panas. Tak sesuai tau masa ni nak picnic.. tak taulah kalau Disember atau Jan nanti... sejuk sangat la pulak kott.. Musim sejuk orang suka picnic dan camping kat desert pulak.  Itulah dia ceritanya... kesimpulannya, kalaulah dorang boleh bangunkan resort yg bersih pantai dan airnya ni macam Tioman, Sibu Island dan yg sewaktu dengannya, alangkah baiknyaa.... Malaysia terbaik!!!!


  
Bermulanya perjalanan...


Dah sampai...




 penat... tidur lena


Excited menanti kawan pulang bersama 'pearl'... hoho

 Hasil pencarian en hubby... kot2 bernasib baik
 hahaha!! Pearl in the making.... :P


Nak balik dah.... tunggu boat sampai




No comments:

Post a Comment