Pages

Tuesday, November 23, 2010

Closing with Mee Siam..

Kala ini cuaca di Bahrain agak sejuk walau matahari sedikit memancar.. Sekejap tadi, saya dan Fawwaz berjalan menyusuri lapangan berpasir menujuk ke Sharjan Centre di mana letaknya supermarket kecil bernama Al-Jazeera.  Adalah 5 minit perjalanan.  Cuma selalunya malas sikit nak jalan ke sana sebab kena melintas jalan besar dan sibuk. Kena ada benda penting dan urgent nak beli baru pegi tanpa driver.  Kalau sorang takpe, ni nak kena sorong buggy lagi...  Masa jalan2 tadi, terasa best sangat bila angin bertiup sepoi2 bahasa..  Rasa macam duk kat resort, tepi pantai... Tapi sememangnya Bahrain ni sebuah pulau, kecik lak tu, so anginnya pun dah tentu angin dari laut...  Kalau kat rumah, selalu buka sikit tingkap dapur tu kasi angin masuk.. cumanya, bila makin sejuk ni lalat banyak la pulak nak jadi tetamu dapur..  tinggi betul lalat tu terbang ye!  Sampai tingkat 6...  




InsyaAllah esok, nak buat penutup jualan breakfast yg menyeronokkan ni dengan mihun goreng atau popular utk Singaporeans sebagai Mee Siam mengiringi karipap aka epok2.  Minggu lepas buat ramai yg tak tau.. bila sorang dua cerita, the next day kedai tutup sebab nak raya, so melepas hehee... Pagi ni kedai mee siam dibuka semula sampai esok.  Khamis terus tutup sampai Januari 2011!!  

Mee siam ni bukan le istimewa sangat pun... biasa2 je.  Yang buat istimewa sebab kat sini takde jual kot.. Mihun pun susah nak cari jenis Thai punya.  Kalau jenis Philippines yg ala2 suhun tu banyak.  Dengan accessories simple, saya jual 500 fils (RM4+)..  Kalau kat M'sia boleh dapat RM1.50 kot hehe..  Tapi bukan boleh untung sangat, barang mahal... cuma macam awal2 saya kata, untuk amal jariah dan mengurangkan kerinduan dorang pada makanan sendiri... tolong buatkan breakfast utk para perantau ni.  Teringat kat magazine company tertulis "Emirates Plaza (apartment ni la..) happens to be the food centre for the staff that are missing Singaporean food here in Bahrain".  Sayalah pelopornya hehe.. lepastu ada auntie tu buat nasi lemak.  So, lengkap.  La ni auntie tu pun tengah cuti/balik Singapore sebulan.  Sian dorang, minggu depan kena pandai2 prepare breakfast sendiri ye!





Aduhh... tak sabar nak menjejakkan kaki kat bumi Malaysia walau baru je 2 bulan lepas balik..  Nak cari nasi lemak lauk kerang & paru..  Tapi yang paling penting nak melawat mak, ayah dan pakcik Juri ku yg harini dengarnya nak buat procedure for CA colon.  Kesian... sememangnya keluarga saya amat familiar dengat CA jenis ni.  Dah masuk 3 orang...  Hopefully, segalanya berjalan dengan baik dan successful!!  I'm praying for the best for all my lovely families... and Allah knows best!!!



No comments:

Post a Comment