Pages

Tuesday, November 9, 2010

Seredup Cuaca di Bahrain...

Dalam 16 hari lagi nak terbang balik KL... Seminggu lagi pulak raya korban.. Hari tu masa lalu di hadapan gate Masjid Al-Fateh adalah signboard besar menjemput semua non-muslim expatriate dan visitors ke majlis jamuan terbukanya sempena Eid... pelik kan?  Tak jemput yg muslim ke?  Dorang je ada jawabannya... Eid nanti cuti panjang kat sini, so kami plan nak gi UAE - Dubai dan Sharjah... best2x.  Tapi makcik kenalah berjimat cermat sket sebab nak balik kg nih.. selalunya double triple spending ku... huhuu help!!

Kala ini saya terbayang2 wajah Dr Kham, gynae saya dulu... Lebih sebulan mengalami situasi menstrual yang tidak menentu dan juga keadaan yg tak menyenangkan hati... Sememangnya dah lebih 2 tahun saya skip ujian pap smear sebab bila balik dan ada masa, keadaan tak mengizinkan pula.  Semakin lama semakin tertangguh.. Yang terakhir buat di klinik kerajaan pun dorang perap je result dan takde Dr consult pun.. takpelah, mungkin takde masalah.. Kata makcik, kalau takde masalah, dorang akan senyap je...mmmm.  Dalam sebulan ni, setiap minggu akan berlaku menstrual atau kadang saya anggap bleeding je, sikit2 tapi berterusan.. berhenti, 2-3 hari bleeding lagi.. apakah? Ianya sangat mengganggu saat nak beribadah, mengelirukan, meresahkan takut symptom2 yg tak mahu dan takut utk disebutkan... Kalau symptom menopause boleh kuterima lagi.. tapi kan baru masuk 40?  Kerap juga saya baca ruangan Soal Jawab Seksual di majalan Pa&Ma oleh Dr Ismail.. dan sepatutnya saya dah lama jumpa Dr.. cuma saya belum tergerak nak buat.  Serius kah?  Tanya dan jawab sendiri... dan tanggung sendiri.  Payah sikit nak sembang hal2 perempuan ni pada orang yg tak berapa nak faham atau ambil tahu.... sob sob!

Dengan cuaca di Bahrain yg redup sejak hujan malam dan pagi Ahad semalam jiwa pun ikut redup. First time untuk beberapa bulan (rasanya sejak Januari atau Feb?) saya melihat hujan lebat di sini.  Ada sesetengah tempat air naik, banjir... tapi takle macam banjir kat M'sia.  Kesian kan, kampung hubby tu yg banjir... Adalah rumah ipar2 yg air masuk rumah kat Kedah nun.. Bila redup dan lembab, maknanya winter pun semakin dekat... matapun asyik nak pejam je.  Cuma takde masa nak tido2 nih terutama siang... sibuk dan banyak kerja dan mesti nak siapkan on time.  So, tahan jelah hasrat nak lelapkan mata tu.. kalau dapat lelap kejap dlm 10-15 min dah kira bonus.. mmm jgn ingat surirumah ni boleh sesenang tido siang!

 Apa2 pun rasa nak melelapkan diri juga ni...tak tahan sangat rasanya.  Tapi tengoklah kalau boss kecik ni tido dulu... or else, baru nak 'belayar' je, dah kena kejut... dari tadi MI MI AMI AMI....


No comments:

Post a Comment