Pages

Monday, November 29, 2010

Hari Kurang Berhasil...

Hayya Cik Siti... masih berlegar2 di Kuala Lumpur.  Esok baru nak balik kampung yg terchenta..

Pagi ni konon2 nak cepat2 keluar... breakfast pun ala kadar, setakat nescafe secawan dan sesuap dua kek coklat yg kakak bagi semalam.  Tapi, tiba2 Fawwaz macam takde mood pula.. muka macam sakit perut.  So, kena tunggu few minutes tapi dekat sejam, sebelum confirm dia tak apa2 dan mood dia OK balik.  Masa tu dah pukul 9 lebih.  Nak pegi spital gomen, mana ada orang keluar lambat2?  Takpelah, teruskan je niat tu... Pegi Hospital Ampang yg belum pernah kujejak tu.  Then, ada lagi lokasi berdekatan nak pergi iaitu Pos Laju Tmn Shamelin Perkasa.  

Nak ke hospital betul2 100% nak berpandu pada signboard... Masuk MRR2, dah nak exit ke Pandan Indah, tapi tak nampak lak signboard tu.. teruuus je la.. Rupanya dah lajak dan kenalah U-turn jauh kat simpang Ampang tu.. Fawwaz dah boring, terus lelap.  Alamak!  Camna nak bawak jumpa Dr nih!!  Teruskan juga perjalanan... jumpalah hospital yg papan arahnye tak menyerlah berbanding Hospital Pantai, LHDN dan lain2. Pusing2 jap kat pekan Pandan Mewah sebelah tu (sebenarnya tak jumpa pintu masuk..).. Mak Aihhh!! kotor betul tempat tu nampaknya... Rakyat M'sia ni masih kurang kesedaran bab2 kebersihan sebenarnya... Mula terfikir peranan MPAJ, tapi rasanya kenalah semua orang/pihak sedar2 diri jaga kawasan masing2...

Berbalik kepada tujuan ke hospital... nak meneruskan hajat bawa Fawwaz jumpa pakar kanak2.  Tapi camna, dahle tidur lena, tak bawa buggy, pusing setiap tingkat parking lot takde kosong... Sudahnya saya turun semula dan batalkan niat tu.  Terus drive ke Shamelin pula, nak kena cari tempat lagi... Mujur tak jauh drive nampak bangunan Shamelin, kemudian signage pos laju.  Ikut je lah arah tu... senang je, terus jumpa.  Fawwaz masih lena, buka tingkap sikit, kunci pintu, sayapun jalan laju ke tempat collection.  Sambil tunggu tertanya2 apakah yg aku dapat?  Wooww!! Rupanya buku... 6 buah semuanya!  Bila masa aku oder?  Takpelah, ambik je... gembira + hairan  hehehh..

Masih awal lagi, Fawwaz pun sedap pulak tidurnya..  So, terus ke workshop hyundai kat Bukit Serdang.  Dari balik yg lepas nak tukar tayar, tapi tak sampai2 tayar tu.  Bila masuk kaunter, org tu kata boleh tukar tapi ada 4 keta tgh Q, kena tunggu 2-3 jam.. Alamak!!  Esok je lah... before balik kampung.  Dah malas nak kemana2 walau lapar... Ingat bolehle beli cendol ke, rojak ke kat depat rumah... hampeh! Takde la pulak... Order la spaghetti creamy carbonara Pizza Hut kegemaran Fawwaz.  Dia kata kena tunggu 45 min.. wahh, dulu 30 min je rasanya.  Rider takde katanya.. Adik2, pizza hut ada keja kosong tu..hehe.  Akak je buat iklan, ntah ye.... Memangle, dapat2 suma dah sejuk..  Kalau dulu selalu sup tu panas macam baru keluar pot..

Hehh.. banyak pula komplen hari ni.  Dahle semua tak berhasil, mujur dapat buku banyak hadiah Pa&Ma..  Nak pi berkemas nak balik esok... Mak, anak mak yg paling malas tepon dah nak balik neh... :D  20 thn akan datang kalau Fawwaz malas tepon mama dia, sedarlah daku kenapa..huh!  Kena kumpul tenaga banyak2 nak drive sana sini esok.. 2-2 tangan masih sakit lagi ni sebab angkat mengangkat kat aiport ari tu... 

  

No comments:

Post a Comment