Pages

Thursday, April 7, 2011

Bohsan ke Apa Ye..?

Kebosanan tahap gaban..!  Tapi ye ke aku bosan? Berkata daku kepada diri sendiri... Selepas 2 hari siang yg dipenuhi aktiviti, hari ni tahap relaks mental dan fizikal.  Walau Fawwaz demam... Sebab bila dia demam, dunia jadi sunyi... takde budak melompat2 atau buat ragam tahap menguji kesabaran. Ditambah harini saya puasa.. so, sungguh tenang.  Cuma kena keluar juga ke klinik nun jauh di Serdang untuk beli ubat demam.  Tak jumpa Dr pun sebab dia kata "NO!".  Lepas tu lajak sikit ke Bandar Baru Bangi, ke kedai bakeri Yummy.. Setakat nak beli bekas makanan/kek dan piping bag hahaha!  Sepanjang tu memang Fawwaz tak keluar kereta dan siap buka pakaian lagi.. baring kelesuan.. Saya buka cermin tingkap sikit dan kunci kereta.  Kesian dia!

Sampai malam ni masih tak berjaya nak bagi dia makan ubat.  Mak dah tak kuasa nak guna tenaga, paksa2 dia telan ubat macam selalu (yg paling selalu ubat batuk atau selsema lah).  Cuma sekejap2 saya rasa badan dia... masih panas atau tak (sekarang agak berkurangan).  Bagi makan vitamin, pastikan dia minum dan makan walau sedikit2.  Selera nak makan macam ada sebab kerap juga dia minta itu ini..nasi, roti, biskut, kek.. tapi bila dah masuk mulut, tak jadi... Alaaa, macam kita orang dewasa ni jugalah.  Kalau demam, mulut pahit.. mana selera makan walau perut kruk krak..!!  Tak dapat nak ambik suhu badan sebab lupa je cari ganti thermometer yg dah rosak.

Petang tadi pula saya ingat nak cuba buat macaron lagi.  Tapi awal2 lagi telur putih tu dah meragam.  Kalau meragam, bila kita putar tu dia macam berair je.. So apalagi.. tuang terus ke sink sebelum merugikan masa!  Sok lusalah kalau nak cuba balik sebab nak kena simpan dulu putih telur at least 24 jam.. Jadi makin kurang le hiburan.. mulalah rasa blank mencari arah tuju.. Kejap tengok laptop, kejap baca paper, kejap buka majalah... pastu masak sup ayam.  Sampai bila ntah nak macam ni... Otakku jadi lembaps!  Adoi, harus berbuat sesuatu nih!  Macam2 dalam kepala nak buat sebenornya.  Nak cari buku kanak2 tadika, beli pakaian kanak2, beli baju mak kanak2... erk! tapi tak pasti akan berjaya ke tidak... Kalaulah 'handbag' ku itu boleh ditinggal di mana2 sebelum dia merosakkan rancangan...huhu!

I need a nanny, a baby sitter right now...  apesal lambat pulak bebudak U yg rajin2 tu nak periksa... siapakah bebudak itu? hehehe...

No comments:

Post a Comment