Pages

Saturday, April 23, 2011

Tangguh Lagi..

Jumaat semalam pergi survey playpen dekat shop lots baru kat sebelah ni je.. Suasananya amat menyenangkan dan saya pun terus tanam hasrat.  En Abi setuju.  Disebabkan semalam pergi tanpa Fawwaz, ingat nak ajak dia tengok tempat tu pagi ni.  Tapi macam biasa, dia tak mau keluar dari kereta.  Dah tak boleh nak tolong, terus blahh.. (bahasa geram nih..).  Pegi je kat playland giant tu... Baliknya dia taknak keluar dr kereta juga sebab baru tertidur.. Saya tinggal je dlm kereta (buka tingkap sket), kunci dan naik atas.  Tengok2 juga dari tingkap, ingat nak ambil masa bertenang 10 minit ke.. Sekali neeno neeno.. alarm berbunyi.  Dia buka lock & pintu juga akhirnya.. berlari2 kencang daku ke bawah, takut kena tuduh dera anak ke, mengabaikan anak ke.... hehe!

Semalam hubby beritahu yg co belum beri pelepasan utk dependence datang ke Bahrain.  Sebabnya kerajaan S'pura masih mengarahkan untuk berjaga2 (take precaution) memandangkan negara2 jiran ada yg masih bergolak.  Sedari awal memang S'pura sangat berhati2 terhadap suasana tersebut.. Malaysia je yg cool.. Tarikh paling awal ialah 15 May.  Disebabkan dah dekat cuti sekolah, maka saya & Fawwaz boleh ke sana pertengahan Jun nanti.  Bulan Jun sebenarnya sudah penuh dengan appointment Fawwaz di hosp Ampang dan Selayang dan saya amat malas untuk menukar2 kepada tarikh yg baru walau diminta berbuat demikian.  It's either you go or not je.. Kalau ke Bahrain, maka saya akan biarkan Dr ENT dan ped tu tunggu je.  Saya hanya akan ikut arus dan jangan ditanya akan perasaan ini...

Harap2 berjaya juga pujuk Fawwaz ke playpen & montessori tu nanti... Nak tengok keberkesanannya...

No comments:

Post a Comment