Pages

Wednesday, January 16, 2013

Minuscule

Leganya bila dah siap kerja. Akak baru menyiapkan inti karipap kentang. Saja untuk buat stok, senang bila2 ada tetamu nak datang. Dah siapkan lauk kari ayam untuk Fawwaz. Dah basuh baju dan sidai di bawah kepanasan matahari. Wangi je bau comforter tu. Apa lagi ye...?

Tadi sempat menontong permulaan Tanyalah Ustazah di TV9 berkenaan MEMELIHARA SILATURRAHIM. Sesungguhnya orang2 yang memelihara silaturrahmi akan dikurniakan umur yang panjang, tidak atau jarang berpenyakit, dipelihara Allah dari segi iman dan takwanya dan dimurahkan rezeki. In shaa Allah, janganlah kita hidup bermusuhan. Kerana hati ini tidak akan aman.

Akhir sekali, akak bukalah channel 114 Al Hijrah tu. Ada animasi Minuscule yang comel ni. Kadang nak tergelak tengok gelagat serangga2 tu.. Kreatif betul orang yg buat cerita ni.. Tapi agaknya tak membantu anak2 kita untuk bercakap. Sebab serangga tu duk kerja merempit je, tanpa bersuara... Layaannn  :D


No comments:

Post a Comment