Pages

Tuesday, January 29, 2013

Kena Tukar Gear...

Hari ni terasa produktifnya saya. Lepas hantar Fawwaz, breakfast dan settled apa yg patut di rumah, dan off ke pekan Jitra yang ambil masa dalam 8 - 10 minit je dari rumah ni. Masuk pasar kejap untuk beli barang kering, lepas tu ke klinik gigi. Tujuannya nak tampal semula gigi ni. Hari tu terkeluar tampalannya. Dah lebih 2 minggu baru boleh buat.

Masa first visit ke klinik yg lain, saya resah tunggu berjam2. Klinik buka dan daftar pukul 9.30 pagi, tapi doktor datang pukul 10.15. Pembantu tu dah beritahu siang2. Waktu tu saya peserta ke-3. Jenuh tunggu sebab patient ke-2 buat detailed treatment kot. Makcik ni kan tak penyabor.. blah je lah! Fikir nak ambik anak kat sekolah. Mujur gigi ni tak sakit. Pagi tadi, saya lebih bersedia mentally. Daftar pukul 9.30 pagi, dan pembantu cakap doktor datang paling lewat pukul 10.20. Maknanya saya kena menunggu lama jugalah. Ralit baca majalah, doktor masuk, buat rawatan... siap! Sekejap sangat. Doktor tanpa banyak soal terus buat kerja.

Dari segi pengurusan masa, memang adalah bezanya sejak saya tinggal di sini. Contoh klinik gigi tadilah.. Kalau di Sg Besar tempat selalu saya buat rawatan, pukul 8.30-9.00 pagi dah penuh orang kat klinik. Doktor pun selalunya dah ada dan tak perlu tunggu lama. Kat Bangi pula, pukul 9.30 buka, dan saya selalunya tak sempat berangan lama2 dah kena panggil. Inilah antara bezanya.. Saya kena belajar melangkah perlahan2 dan tidak terkocoh2 mengejar masa 'early bird'... hehehe! Ini belum kira pasaraya dan kedai2 lain. Nak puas hati, keluar rumah selepas pukul 11 pagi rasanya. Baru semua kedai buka. Ohhhh... dulu2 saya ni kalau ke Tesco Puchong, pukul 8.45 pagi dah tercegat kat escalator tu. Atau Giant BK5 yg buka pukul 9.30 pagi.. Kedai bakeri si Ah Wai pun buka pukul 9.30 pagi.

Lupakan pasal masa... Saya baru menyiapkan 2 jenis inti karipap untuk esok pagi. Dah mula ada customer yg order karipap frozen dan siap bergoreng. Sekurang2nya saya tidak melangut.. Nanti mulalah fikir macam2.. mengenang nasib diri ahakss!! Apa2 pun, saya kena reduced price jugalah. Sebab kat sini makanan sedikit murah berbanding KL walau harga bahan mentah sama.. :D


No comments:

Post a Comment