Pages

Thursday, January 3, 2013

Moga2 Dipermudahkan

Hari ni memang penuh jadual akak. Dari menghantar Fawwaz ke sekolah di pagi hari, pergi ke market beli ikan dan sayur, masak, mop lantai, basuh dan sidah baju, keluar lagi pergi ke klinik.. Lepas maghrib keluar lagi untuk menghadiri kuliah haji dan umrah anjuran Ustaz Razak. In shaa Allah, ada rezeki dan seruan, akan ke sanalah akak nanti. Balik2 sambung cuci pinggan mangkuk sambil membersihkan kawasan dapur.  Terakhir uruskan anak yg meragam sebelum masuk tidur. Macam nilah kerja surirumah yg Allah kata pahalanya sangat besar. Alhamdulillah.. .

Projek baking akak belum bermula lagi.. Masih stuck dengan aktiviti dan keperluan harian ni dulu. Nak gi beli tepung kat kedai pun tak terbuat. Dan sebenarnya, otak pun buntu memikirkan bagaimana nak memulakan semula perkara yg dah agak lama ditinggalkan. Sudahnya, tiap petang tunggu cerita Korea je lah kat saluran 114 tu. Hohoho!!

Takpelah.. untuk malam ni saya malas nak memikirkan masa depan dulu. Rasa ngantuk pula bila terkena kipas angin ni. Kala ni bumi TTS agak sejuk juga. Maklum tadi siang, asyik hujan, tak pun gerimis atau rebas. Esok nak bangun lewat sikit. Tapi idokle sampai keluor matahari tu.. tahap2 6.30am sedang2 le kan. Pastu azam nak cuci kereta sebagai exercise pagi hari. Harap2 menjadilah ye! ;))


No comments:

Post a Comment