Pages

Tuesday, February 26, 2013

Perasaan Ibu..

Hari ni birthday Mak akak ke 63.. "Selamat Harijadi Mak!". Walau anak mak ni 'lain' sikit, tapi saya tak pernah lupa doakan kesejahteraan mak. Moga2 Allah angkat doa ni setiap kali ku memohonnya..

Sekejap tadi hati akak berbunga kegembiraan. Bila sikecik yang sangat susah disuruh menulis, melainkan melukis gambar monster, dinasour dan yg seangkatan, melakarkan sesuatu. Selepas penat melukis monster di doodle boardnya, dia menulis angka 1, 2, 3, 4... dengan caranya tersendiri. Kalau nak tau, dalam umur yang nak menjangkau 6 tahun, inilah pertama kali dia melakukannya. Dikala rakan2 lain dah mahir, dia masih terkial2 mencuba. Bukan tak pernah dilatih, disuruh, dipaksa... tapi amat sukar menjinakkannya. Di sekolah susah, apatah lagi di rumah. Sedari tadika 5 tahun, buku tulisan alphabetnya memang kosong. Hanya subjek atau kerja2 tertentu yang dia mau buat seperti Maths, English dan Sains yang tidak perlu menulis. Kemahirannya ialah memadankan benda, menyambungkan titik2, atau mencari jalan.. Untuk ibu seperti saya, perkembangan kecil sebegini (menulis 1, 2, 3), sesungguhnya amat mengujakan.

Selesai sesi sekolah tadi, dia beritahu saya dengan pelat yang selalunya cuma saya yang faham.

F: Fawwaz nangis..
M: Kenapa nangis?
F: Outside.. (fahaman saya dia kena berdiri 'outside' kelas.. atau denda la tu)
M: Kena standing outside the class?
F: Yes...
M: Why?
F: .... Fawwaz don't know buku.. (Fawwaz don't want book)
M: Oo... cikgu bagi buku? Cikgu marah Fawwaz tak mau tulis? Cikgu suruh berdiri outside?
F: Yes...

Hehe... itulah senarionya. Saya pun dah cakap ikut grammar macam Fawwaz. Mungkin cikgu kelas bagi buku dan suruh buat kerja. Tapi dia tak mau buat macam selalu. Cikgu denda suruh dia berdiri di luar kelas dan dia menangis. Mungkin saja.. sebab dia tak pandai nak bercerita dengan jelas. Dan dia mengulang adunya kepada abi di rumah. Abi tercengang2 tak faham... huhu. Abi memang sentiasa memerlukan 'translator' untuk percakapan Fawwaz.

Takpelah nak.. Itulah prosesnya. Kalau tak mau ikut cakap cikgu, memang kena denda. Lama2 kena rotan. Ia akan membina ketakutan dan seterusnya disiplin untuk lebih maju. Sekarang ni Fawwaz dah mula mau ikut  mama. Membaca doa, hafazan, menulis/lukis, baca buku, mengeja.. Hafazan tu masih terlalu pelat dan tak betul sebutan. Tapi saya tetap teruskan, asalkan dia ada kemahuan. Itupun ikut mood dia. Tak boleh nak paksa sebab ragamnya lain macam. Selalunya masa nak tidur, mood elok, saya masuk jarum. Senjata mama ni setakat doa yang sentiasa berpanjangan dan Alhamdulillah, ada kesannya. Agak mencabar juga.. tapi yakinlah yang doa ibu itu makbul.

Kami selalu ajak Fawwaz untuk aktiviti2 yang macam ni.. dia memang suka  :)


No comments:

Post a Comment