Pages

Saturday, February 2, 2013

Siti di Alam Fantasi


Sejak tak kerja beberapa tahun, memori akak semakin susut tentang cuti2 Malaysia dan haribulan. Tak alert bila dan bila ada public holidays. Mujur juga anak dah sekolah. Sesekali tengok kalendar. Mujur2 kat Malaysia ni ada kalendar kuda. Senang sikit nak tengok walau dari jauh..

Malam tadi tiba2 nak tengok kalendar tahun baru Cina. Orang kita suka sebut raya cina.. Terkejut mak dek!! Rupanya tak sampai seminggu dah. Maknanya Jumaat depan dah boleh balik kampung! Padanlah abe pi service kereta semalam. Nak bagi isteri dan anak selamat memandu. Dia, seperti biasa tak join the club. Akan kutinggalkan dengan hati yg riang gumbira.. Terus fikir bila nak baking untuk adik2 yg macam anak burung tunggu kek tuu... hahaha!!!

Siti di Alam Fantasi zaman akak dulu, pelakon glamernya ialah Amy Mastura. Akak siap keluar tanduk, ponteng kerja tengok teater tu kat Istana Budaya di petang hari. Dengan sorang lagi office mate, Ayu. La ni bila akak search for image, rupanya dah tukar ke Liana Jasmay. OK lah.. comel jugak. Sesuai je..


No comments:

Post a Comment