Pages

Saturday, March 31, 2012

Memang Terbaik!!

Baru je balik dari kampung ni.. sejak Khamis petang dah balik ke sana.  Jumaat Fawwaz ponteng sekolah huhu!  Demi nak memenuhi appointment dgn Cik Dentist di klinik gigi kerajaan yang comel dan manis tu.. Haha!  Punya susah payah nak jumpa dentist je kena balik kampung... Sebabnya, saya dah memulakan lama dulu, masa mula2 balik dari Bahrain. Jadi kena teruskan le, dah alang kepalang berulang alik ke klinik tu.  Saya ni mudah give up separuh jalan.  Sejak dua menjak ni, kurang sikit.. Tu yang gigih driving ke kampung dengan Fawwaz.

Sebelum sampai ke rumah kuning, singgah dulu rumah mak.  Nak hantar sebotol lagi VeMMA sambil tengok keadaan dia.  Mak baru lepas demam 2 hari. Yang sakit2 dan panas badan sebelum ni dah hilang. Yang keluar tepung2 putih kat celah2 jari kaki yang bengkak pun dah tak keluar.. Saya andaikan sendiri, itu toksin keluar dari kaki yang bengkak tu.  Tapi mak kata kaki tu macam dah kurang bengkaknya... peha pun dah kurang sakit..Alhamdulillah.  Ini penangan selepas minum VeMMA.  Mudah-mudahan ada kesan positif selanjutnya... Saya sentiasa berdoa kepada Allah agar mak sihat sepenuhnya macam dulu.  Mak tu belum la tua sangat.. awal 60an je.

Saya sempat juga singgah rumah bapa untuk beri sebotol juga.. Memang saya bagi sikit2 botol dulu supaya selalu saya singgah/balik.. Itulah antara taktik untuk menjadi anak solehah yg lebih istiqamah.. hihi!  Bapa lagi hebat penyakitnya.. dari gout, darah tinggi, jantung, macam2 lagi lah.. duk keluar masuk spital je!  Mudah2an murah rezeki saya untuk supply VeMMA ni sampai mak & bapa sihat dan sembuh.

Saya pula masa driving balik KL tadi, terfikir-fikir yang kaki saya yg selalu lenguh-lenguh dan ngilu ni dah tak meragam macam selalu.  Walau memandu ke sana-sini, kaki OK je.  Kalau tak... asyik nak picit2 dan nak sapu yoko2.  Macam balik yg lepas, siap kejang kat tengah jalan.  Itulah... dulu kecik2 kita tak minum susu, tapi minum kopi... sampai ke tua hehehh!

Moga2 semua mereka yang minum VeMMA ni benar-benar memperolehi penawar kepada penyakit2 tu dengan izin Allah.  Ingat, VeMMA bukanlah ubat, tetapi supplement yang kaya dengan khasiat alam semulajadi.  Selain ianya berbentuk cecair yg lebih mudah menyerap ke badan (mcm gambar tu..), ianya juga adalah produk yang dipasarkan dan diiktiraf di merata dunia.  Jangan berkira dengan harganya, kerana bila kita dah sakit, harga itu bukan ukuran.  Kos akan menjadi lebih tinggi lagi untuk pelbagai rawatan.  Mencegah lebih baik dari merawat..

Wednesday, March 28, 2012

Tips Psikologi Untuk Berjaya

Saya baru saja 'browsing' dan terjumpa artikel yang sangat baik ini untuk menaikkan semangat kita yang masih baru dalam dunia bisnes.  Artikel tersebut adalah dari http://alamonline.net/ yang saya 'bookmark' untuk bacaan akan datang.

Apa yang menarik minat saya dalam tajuk 5 Tips Psikologi Untuk Berjaya Dalam Perniagaan ini ialah teknik 'affirmations' bagi mem'program' semula minda separa sedar kita yang sering dipengaruhi oleh fikiran-fikaran yang negatif.  Contoh yang saya boleh beri di sini ialah ayat "Betul ke boleh buat duit dengan benda ni?  Nanti rugi macamna? Aku dah keluar duit banyak ni...".

Jadinya, silalah tukar ayat tersebut dengan "InsyaAllah aku boleh buat.. Aku dah berjaya jadi usahawan ni. Tak lama lagi aku jadi JUTAWAN macam dorang tu.."  :) 

Tips seumpama affirmation ini sebenarnya boleh digunakan untuk apa saja tujuan kita samada dalam bisnes, pelajaran dan apa saja.  Ia umpama menentukan matlamat (goal) kita.  Tuliskan pada kertas, kalau boleh besar-besar, agar minda separa sedar kita dapat menangkapnya, lantas meresap masuk ke tubuh kita dan mengeluarkan energi positif.  Letakkan di mana-mana tempat yang kita mudah melihatnya, atau jika kita punya board khas utk itu lebih baik.  Baca setiap hari atau setiap masa kita lihat.  

Oleh itu, suka saya tuliskan di sini, bahawa
"Saya sedang menyedut kekayaan, kebahagiaan dan kesihatan untuk datang dan melingkari diri saya ini"

Monday, March 26, 2012

NYAMAN!

Sejak saya sibuk ber"VeMMA" ni, en abe telah men'transform' bilik kecil yg dulu saya jadikan store, menjadi ofis kecil (yg dikelilingi kotak2.. hehehe).  Bilik ni mengadap blok aparment yang lain.  Dan sejak 2 hari lepas, cuaca luar tu agak sejuk.  Angin pun banyak masuk... Bila duduk kat bilik ni, tanpa kipas apatah lagi aircond, saya sekadar buka tingkap sikit je.  Tapi, subhanallah.. sejuk je!  Angin yang masuk tu nak kat sepoi2 ka, apa ya..?  Mengingatkan saya pada Bahrain pada permulaan musim sejuk dan juga pengakhirnya.  Saya suka sangat keadaan yg macam ni.. nikmatnye!

Saya suka rumah ni.  Tenang, selamat, bersih dan mengadap taman rekreasi yang menghijau.  Yang kedengaran cuma bunyi enjin kereta yg lalu lalang kat jalan besar tu.  Penghuninya sendiri takde suara.  Kalau malam tu, memang senyap sunyi.  Cuma yang tak best, tak kenal jiran.  Jarang jumpa walau selangkah je jaraknya.  Setakat senyum dgn ahso2 dan uncle yg selalu jumpa kat bawah atau lif.  Melihat kepada segala kemudahan dan suasana yang ada di sini, terasa amatlah murahnya sewa di perumahan ni.  Juga lain2 perumahan di Malaysia.  Sewa RM1000-RM3000 sudah dianggap sangat luxury di tempat kita.  Boleh dapat bungalow atau kondo tahap first class!  Untuk apartment nyaman yg macam Anjung Hijau ni dapatlah dalam RM900++.

Berbanding di negara2 lain yg saya pernah tingal, sangatlah bezanya.  Di Singapore dulu, untuk apartment yg agak cantik sikit, kami sewa SGD2,300 dan untuk flat HDB (govt bikin), sewa ialah SGD1,800 - semi furnished.  Convert je la ye ke RM, hehe!  Di Bahrain pula, BD200 ke atas (mujo company tanggung hehe).  Jadi, siapa duduk di Malaysia kena rasa bertuah.  Apa saja sebenarnya murah.  Cuma ramai yang tidak tahu.  Dan mungkin, tiada keseimbangan dengan pendapatan yang diperolehi, terutama yang tinggal di kampung.

Entahlah... Harap2 ekonomi kita semakin baik.  Berdoalah dan berusahalah untuk itu, jangan hanya salah menyalahkan.. Itulah asas kemakmuran negara kita.

Sunday, March 25, 2012

TESTIMONI VEMMA

Saya faham jika anda tidak berminat untuk mencari sendiri testimoni pengguna VeMMA, apatah lagi jika kita ni bukan peminat tegar Youtube DAN kita juga belum terdesak mencari 'ubat'.  Kadangkala juga banyak gangguan sewaktu kita tengah 'play' youtube tu kan..huhu!

Saya kongsikan beberapa testimoni bertulis mereka2 yang telah berjaya memperolehi penawar panyakit iaitu VeMMA Mangosteen Plus.  Kredit diberikan kepada website http://www.vemmanggis.com/testimony.html.

******************
 
Haji Ali Mansur
Saya tidak menyangka, setelah bertahun tahun mengidap penyakit kencing manis dengan bacaan yang melebihi 15, akhirnya saya bertemu penawar terhebat. Penyakit kencing manis saya sekarang sudah sembuh dengan bacaan normal. Terima kasih Vemma!

 
Sheila Arshad
Ayah saya menghidap penyakit gout,kencing manis,darah tinggi dan banyak lagi……Sampaikan perlu makan 21 biji pil sehari dan perlu ambil darah 1 kali setiap 2 minggu..Setelah 2 bulan mengamalkan Vemma,ayah saya beransur pulih….Tidak lagi perlu makan 21 pil lagi…….Doktor juga terkejut dengan perubahan yang dialami.. Saya sendiri semakin cergas selepas mengamalkannya.

 
Fauziah Maidi
Saya telah memberi suami minum VeMMA single pack selama 4 minggu dan berat badannya turun 5kg. Rasa sihat dan cergas. Masalah kulit yang kering juga hilang.

 
Mazitah Mohammad
Sebelum ni saya ada penyakit buasir. Baru seminggu saya minum air vemma, buasir saya sudah beransur pulih.kini saya mula memperkenalkan produk vemma kepada saudara saya yang menghidap kencing manis(mohammad zafawi bin sulong). Alhamdulillah selepas beberapa hari minum VeMMA kesannya amat positif.
***********************************

Mereka hanya segelintir.. Ramai lagi yang dah kembali sihat setelah minum jus VeMMA.  Semuanya dengan kuasa ALLAH.  Kita perlu berikhtiar untuk menyembuhkan penyakit, bukan hanya setakat berdoa.

Pagi ini mak saya juga sudah memberitahu tentang dirinya yang baru seminggu minum Mangosteen Plus.  Mak dah makan dan minum bermacam-macam produk dan ubat untuk sakit kakinya yg semakin teruk tu.  Kami adik-beradik sentiasa berikan yang terbaik untuk dia, dari rawatan, ubat, makanan tambahan, minyak gosok dan macam-macam.  Lepas je dapat barang ni, saya pass satu dekat mak dengan doa dan harapan dia sembuh dan boleh berjalan seperti dulu.

Mak kata badannya panas, kaki sakit, kaki yang bengkak tu gatal2 hingga keluar 'putih2' (tak pasti apa yg putih..:)).. Saya kata, mungkin sedang bertindakbalas.. Sebab lain orang, lain kesan dan respons nya pada badan.  Macam saya, untuk botol pertama, badan ni macam lemas dan rasa mengantuk je.. Kepala rasa 'high' macam nak pitam (saya memang jenis low blood, tapi tak serius).  Tapi, lutut ni dah tak rasa lenguh-lenguh macam selalu.  

So, kita tunggu untuk feedback seterusnya... Tak ada penyakit serius yg boleh baik serta-merta, mesti ambil masa untuk proses penyesuaian dan pemulihan.  Sabar dan berdoa lah!!

Saturday, March 24, 2012

Jangan RIAK

"Pagi ini kupelajari sesuatu... berdakwah itu tidak semudah yg diucapkan secara lahiriah. Jauh di dalam hati kena ikhlas dan merendah diri... Jangan pernah terfikir ilmu kita sudah tinggi, hati kita sudah sangat baik, untuk memperlekehkan kerja orang lain. Memang kita mudah melihat salah orang lain, tanpa sedar orang juga menilai kita... Semoga Allah tunjukkan kita jalan yang terbaik di dunia ini." - status fb saya kejap tadi.
---------------------------

Pagi tadi saya sempat menangkap hanya sebaris ayat seorang ustaz dengan nada kesal di Radio IKIM iaitu "pada zaman ini berdakwah cara Rasulullah dianggap ekstreme..".  Kerana saya agak kalut nak keluar, saya tak mendengar terus ucapan2 tersebut.  Jadi saya tinggalkan persoalan yang saya sendiri tidak arif..

Kemudian, saya bertemu seorang ustaz lain dengan tujuan berbeza, bersama makcik saya.  Katanya pula, kita ni kalau tak cukup ilmu atau tak tahu jangan buat2 tahu.  Kalau kita belajar pun (dapat ilmu), kalau tidak ikhlas nak buat apa?  Nak cuba menyampaikan kepada orang, tetapi hati kita sendiri tidak bersih (macam longkang? huhu...)

Sebenarnya 2 perkara ini sering berlegar-legar di fikiran saya kebelakangan ini.  Yang membuat saya sering di persimpangan dilema... Agak sukar untuk saya jelaskan, tetapi cukuplah untuk PERINGATAN KEPADA DIRI SENDIRI.  Kata kuncinya ialah menjauhi sifat yang terarah kepada RIAK, merasakan kita sudah cukup ilmu terutama yg berkaitan dengan agama.  Kita mungkin mahu berdakwah, tetapi dalam waktu yg sama, nada kita itu keras.  Kita mempertikaikan kebaikan orang lain, tahap ilmu orang lain, mengungkit kebajikan yg dilakukan orang lain... Sedangkan penilaian atas sesuatu kebaikan itu bagi saya Allah yg empunya hak untuk menilai dan memberi kredit.  Sedangkan kita berbuat sedekah dan kebaikan kepada sang anjing, binatang najis mughallazah itupun Allah bagi pahala...

Kita menegur orang untuk berbuat baik, sedangkan kita tidak menjadi contoh yang baik..kita sendiri melakukan apa yg kita selalu tegur tu.  Tak apalah, asal niat kita baik itu, InsyaAllah ada juga kreditnya... Tetapi sungguh muak kalau terus-terusan melihat kesalahan orang sehingga memaksa orang2 menilai diri kita. Memaksa untuk orang2 menjauhi kita.  Dan kita akan menyalahkan orang yg menjauhi kita itu, tanpa memikirkan kenapa?

Cuba lihat pada diri kita dan membuat pertanyaan sendiri... Kenapa dengan hanya pertemuan singkat orang boleh menilai keburukan kita? Kenapa orang menjauhi kita?  Kenapa orang tak mesra dengan kita? Kenapa orang gerun tengok kita? Kenapa orang tak kenang jasa kita?  Betulkah nawaitu kita selamakini?  Ikhlas dan bersihkah hati kita?  Adakah kita benar2 "walk the talk"?

Banyak pula ye nak tanya... Bukan apa, saya risau jika diri ini tersasar.. Dalam waktu yg sama, leka untuk sampai-menyampaikan.  Saya juga sedang mencari dan menggali, bimbang belum sempat, orang gali dah lubang kuburku.  Tapi jika kita ikut pesan Rasulullah "sampaikanlah walau sepotong ayat..", maka semakin ringan beban fikiran ini.  Apa2pun, apabila melihat sesuatu yang bukan di tahap ilmu pengetahuan atau di luar kotak pemikiran kita, maka belajarlah untuk bertanya, mendengar dan melihat dengan matahati.  Bukan untuk "jump into conclusion".  Wallahualam bissawab.

Wednesday, March 21, 2012

Penyakit Masakini dan Pencegahan

Hidup kita ni memang tak dapat lari dari ancaman penyakit.  Hari-hari kita terpaksa berdepan dengannya.  Keadaan alam sekitar yang sudah tidak 'bersih', pemakanan yang macam-macam, gaya hidup yang 'stressful', dan macam2.  Sehingga kita tidak pasti, apakah sebenar punca sesuatu penyakit kronik itu.  Sebab segalanya sudah teradun menjadi satu.


Kita memang tidak boleh lari.  Walau tidak suka dan takut, kita terpaksa tempuhinya.  Mujur juga dunia ini punya limpahan bijak pandai.  Ramai saintis sentiasa rajin menggali formula untuk berdepan dengan ancaman ini. Banyak juga petua-petua dan amalan orang dulu2 yang sebenarnya lebih bijak, masih ada untuk digunapakai.  Cumanya orang2 dulu amat teliti dan tertib dalam menjaga pemakanan.  Orang sekarang main bedal je (termasuk yg menulis ni..huhu).


Cuba kita tengok, penyakit paling popular di kalangan rakyat Malaysia tak kira peringkat umur.  Penyakit yang juga dihidapi oleh insan2 yang terdekat dengan saya..
  • Kanser
  • Jantung
  • Darah tinggi
  • Kencing manis
  • Gout
  • Sakit sendi termasuk lutut, kaki..
  • Sakit tulang belakang
  • Asma (lelah)
  • Sakit urat
  • Migraine - orang2 muda selalu kena ni
  • Kolestrol tinggi


Vemma, Suplemen Terbaik - diperakui oleh Physicians Desk Reference (PDR)

Jika anda mahu mempercayainya, sebagaimana orang-orang lain yang pernah melaluinya dan mula memperkenalkannya, VEMMA boleh membantu, dengan izin Allah.  Kerana ia adalah makanan tambahan yang mengandungi segala tok nenek minerals yang diperakui oleh pakar di seluruh dunia.  Selain manggis, ianya juga mengandungi teh hijau, aloe vera, kiwi dan strawberry.  Ia bukan produk syok sendiri, yang dijual hanya untuk keuntungan dan business semata2.  Vemma mempunyai 'inhouse scientist' yang sentiasa membuat kajian.  Kalau tidak, ia tidak akan menjanjikan "empty bottle money back guarantee".  Kalau ia memberi mudarat, anda boleh kembalikan dengan botol kosong, dan dapat duit kembali.
Kalau anda tiada cita2 untuk menjadikan ia bisnes, boleh je nak beli guna single pakej.  Harganya ialah RM342 untuk 2 botol dan penggunaan 1 bulan.  Saya menyarankannya kerana saya telah mendengar banyak pengakuan dari pengguna dari pesakit kanser, kencing manis, asma dan macam2.  Rasanya pun sedap dan tak perlu nak terkial2 menelannya.  Boleh hubungi saya untuk pertanyaan.

Pencegahan dan Rawatan Alternatif

Kita mesti ada usaha dan semangat untuk menjauhi penyakit.  Jangan tunggu ia datang baru nak rawat.  Kerana bila penyakit dah datang, kosnya akan lebih berganda.  Masa tu, yang kita tahu ialah nak mencari ubat.  Sebenarnya saya cuba mengingatkan diri saya sendiri juga.  Saya memang rajin ambil supplement, tapi suka testing pelbagai produk.  Kali ini, saya yakin kepada yang satu ini sahaja kerana mudah ditelan dan punya testimoni yang bagus, disamping memberi peluang bisnes.

Sedaya upaya saya mengelakkan ubat terutama yang mengandungi steroid.  Semasa saya diserang penyakit kulit yang serius 4 tahun yang lepas (umpama eczema), saya membuat research kepada setiap ubat yang dr bagi.  Habis ubat, penyakit datang lagi.  Ianya amat mengganggu emosi dan menjejaskan keharmonian rumahtangga.  Semua ubat pula mengandungi steroid dan saya habis lebih RM1000 untuk 2 rawatan yg belum pasti (maklumlah, jumpa pakar terus).  Akhirnya, solusi saya ialah rawatan alternatif (masa tu belum kenal Vemma).  Begitu juga dengan Fawwaz yg susah nak makan ubat ni.  Saya memilih rawatan alternatif untuk batuknya yang berpanjangan lebih setahun.  Ubat klinik biasa langsung tak mujarab.  Rawatan tu cuma mengambil sampel DNA sahaja dan guna ubat titis yang sedikit.  Alhamdulillah, saya tak sedar bila batuk tu hilang.. 


Boleh klik atau daftar percuma di laman web http://www.okeedsihat.bisnesdirumah.net/
Atau hubungi terus saya melalui email okeed_05@yahoo.com

Monday, March 19, 2012

Apabila Bosan

 6th anniversary & 42nd birthday.. :)
Dah 2 hari berlalu.. 2 hari lepas yg agak penting buat diriku ini.  Alhamdulillah, penambahan usia untuk setahun lagi.  Namun, pada tahun-tahun kebelakangan ini sebenarnya tarikh keramat itu tidak berapa bermakna buat saya.  Sekadar gembira dengan ucapan-ucapan dan doa dari rakan-rakan dan insan terdekat.  Saya selalu sibuk tak tentu hala pada tarikh hari lahir saya.  Macam juga tahun ni.  Saya sangat penat di perjalanan sehingga menenggelamkan keterujaan saya.

Cuma yang lainnya pada tahun ini ialah, saya dapat meraikan hari lahir dan anniversary perkahwinan saya yang berlaku serentak, dengan en abe tercinta.  Selamakini, tidak pernah.  Jadi, bila rasa biasa2 je, saya akan lebih menumpukan ingatan saya kepada arwah nenda yg juga kembali ke rahmatullah pada tarikh yang sama.  'Hadiah' ayat2 suci kepada nenda adalah lebih utama.  Kerana dialah yang membela saya dari bayi sehingga dewasa.  Itulah istimewanya tarik 17 Mac.  Hari lahir, ulangtahun perkahwinan dan tarikh pemergian nenda disambut pada hari yg sama.  Dan setiap kali tiba tarikh ini, saya juga akan memikirkan kematian saya yg mungkin pada tarikh yang sama?

Tak mengapalah... Hari itu telah berlalu.  Hari ini saya perlu lebih ke depan memikirkan kehidupan.  Adakalanya tidak dinafikan, ianya sangat membosankan.  Tapi jika perasaan itu tiba, apakah kita perlu terusan melayaninya?  Cuba cari sesuatu yang bisa mengikis perasaan itu.  Saya akan membersihkan rumah seperti vacuum seluruh rumah dan kemudian mengemopnya (betul ke bahasa ni?).  Saya akan masak makanan yang saya suka (tapi kebelakangan ni saya tak suka masak lauk).  Main game?  Ya!  Saya main supercow sehingga terangkat2 kaki sambil Fawwaz bersorak di belakang.  Permainan ni memang 'stressful' tapi menggembirakan  :D

Memang kalau boleh kita nak membuat sesuatu tanpa gangguan.  Tapi, siapalah kita.. Kita kena seimbangkan segala aktiviti kita agar sama-sama memberi faedah.  Kita juga punya tanggungjawab yang bukan untuk diabaikan.  Cuma bila kita rasa penat, molekul2 negatif akan menyelinap masuk ke dalam tubuh.  Mulalah rasa nak marah je..  Cepat2 ingat niat dan tujuan kita.  InsyaAllah, niat yang baik  akan menghasilkan sesuatu yang baik juga.  Cuma kadangkala ada cabaran dan halangan yang mesti ditempuhi.  Andai boleh terlepas, capat2 kita berlari menjauhinya...  Ada faham ka?  Takpe, ni akak cerita sorang2 je...

Semoga tahun ini memberi sirna buat saya.  Semoga Allah membukakan pintu rezeki yang luas.  Semoga hidup ini lebih berkat dah dirahmati Allah.. Amin.  Cantik tak kek harijadi yg saya buat tu?  hehe...