Pages

Monday, March 26, 2012

NYAMAN!

Sejak saya sibuk ber"VeMMA" ni, en abe telah men'transform' bilik kecil yg dulu saya jadikan store, menjadi ofis kecil (yg dikelilingi kotak2.. hehehe).  Bilik ni mengadap blok aparment yang lain.  Dan sejak 2 hari lepas, cuaca luar tu agak sejuk.  Angin pun banyak masuk... Bila duduk kat bilik ni, tanpa kipas apatah lagi aircond, saya sekadar buka tingkap sikit je.  Tapi, subhanallah.. sejuk je!  Angin yang masuk tu nak kat sepoi2 ka, apa ya..?  Mengingatkan saya pada Bahrain pada permulaan musim sejuk dan juga pengakhirnya.  Saya suka sangat keadaan yg macam ni.. nikmatnye!

Saya suka rumah ni.  Tenang, selamat, bersih dan mengadap taman rekreasi yang menghijau.  Yang kedengaran cuma bunyi enjin kereta yg lalu lalang kat jalan besar tu.  Penghuninya sendiri takde suara.  Kalau malam tu, memang senyap sunyi.  Cuma yang tak best, tak kenal jiran.  Jarang jumpa walau selangkah je jaraknya.  Setakat senyum dgn ahso2 dan uncle yg selalu jumpa kat bawah atau lif.  Melihat kepada segala kemudahan dan suasana yang ada di sini, terasa amatlah murahnya sewa di perumahan ni.  Juga lain2 perumahan di Malaysia.  Sewa RM1000-RM3000 sudah dianggap sangat luxury di tempat kita.  Boleh dapat bungalow atau kondo tahap first class!  Untuk apartment nyaman yg macam Anjung Hijau ni dapatlah dalam RM900++.

Berbanding di negara2 lain yg saya pernah tingal, sangatlah bezanya.  Di Singapore dulu, untuk apartment yg agak cantik sikit, kami sewa SGD2,300 dan untuk flat HDB (govt bikin), sewa ialah SGD1,800 - semi furnished.  Convert je la ye ke RM, hehe!  Di Bahrain pula, BD200 ke atas (mujo company tanggung hehe).  Jadi, siapa duduk di Malaysia kena rasa bertuah.  Apa saja sebenarnya murah.  Cuma ramai yang tidak tahu.  Dan mungkin, tiada keseimbangan dengan pendapatan yang diperolehi, terutama yang tinggal di kampung.

Entahlah... Harap2 ekonomi kita semakin baik.  Berdoalah dan berusahalah untuk itu, jangan hanya salah menyalahkan.. Itulah asas kemakmuran negara kita.

No comments:

Post a Comment