Pages

Monday, September 1, 2008

Selamat Menjalani Ibadah Puasa

Akhirnya Ramadhan tiba kembali. Bermakna dah setahun aku macam ni..? Hari ni, selepas sebulan kat Malaysia, aku balik ke S'pore. Sampai rumah pun dah dekat nak buka. Nasib baik aku dah siap2 masak kat KL - ikan bakar & sayur goreng je. Seperti biasa, memang penat sangat2.. non-stop dari hari Sabtu (balik dr S/Bernam - KL) sampai hari ni. Yala, semuanya nak kena buat & urus sendiri. Walaupun dah berurut masa kt kampung, badan aku sakit2 balik. Iyalah, urat tua...pastu tak bawa berehat lak. Pastu Ahmad Fawwaz asyik minta dukung je.. Aku rasa memang tahap umur dia tu suka berubah2 sikap. Aku redha je. Lagi satu, aku rasa aku ni dah tahap meng"complicated"kan diri sendiri. Apa yg dalam kepala, kena siapkan cepat2. Sudahnya kepala rasa satu macam..isk! Aku berazam sempena Ramadhan Al-Mubarak, aku nak jadi lebih relax.. tenang supaya mudah untukku beribadat. Amin....

No comments:

Post a Comment