Pages

Thursday, April 30, 2009

Last Notes from Pasir Ris Street 21

Today is my last day in Singapore.. Akhirnya aku akan meninggalkan tempat ini. Selamanya atau akan patah balik, hanya Allah yg menentukan. Buat masa ni macam selalu, takde perasaan. Tapi aku pasti akan teringat2 juga suasana damai kat sini. Walaupun orang2nya tak berapa mesra (atau aku yg tak mesra ha ha!), tetapi mereka tu sangat beradab. Simple things macam tolong angkat barang, mendahulukan kami sebelum dorang tinggalkan lif, dll amat meninggalkan kesan. Walau nampak rugged atau ala2 rupa mat rempit, tapi still gentleman..

Kebersihan, tak usah cerita.. Memang tempat ni bersih dan nyaman. Nama pun pulau, berangin je.. cuma sekarang tgh musim panas. Tapi inilah sebenarnya negara yang maju - bersih, aman dan kurang jenayah. Kemana pergi tak rasa orang nak rompak atau ragut kau.. Kat sini kami tak pakai kereta sendiri, sebab public transport memang bagus. Walau ada juga kesusahan dengan bawa baby atau budak kecil naik bas, mrt atau teksi, rasa stress tu tak ada. Kalau ada sikit pun masa nak seberang causeway ke JB. Fawwaz pun dah pandai tap ez-link card..

Kami akan balik ke KL malam ni naik AirAsia pukul 920pm. Selama duduk sini, sempat rasa semua carrier SQ, MH, AA, Tiger & Jetstar. Bas pun pernah naik masa belum ada anak. Hubby akan balik kerja till next week and leave for Bahrain in May 10. Aku & Fawwaz pulak pergi June 13. So sempatlah abah survey apa yang patut esp keperluan Fawwaz macam susu & diapers. Kat sana tengah panas, so aku kena buat preparation dari segi ubat-ubatan, pakaian, dll. All for this little boy. Sebulan duduk kampung sempat la kot post 1-2 cerita kampung pulak... he he! Bila la pulak sebulan nak duk Bukit Jalil je.. bukan apa, kesian Fawwaz (dan mak dia). Sebab dia quite close dgn abah, at least kat kampung boleh leka dengan orang2 dan aktiviti lain.

OK laa.. nak sambung packing (last minute)..

Aktiviti hujung minggu terakhir di Pasir Ris Park

2 comments:

  1. huh...sekarang ni nak jadi warga bahrain ke ... seronok ko :D

    ReplyDelete
  2. selamat jadi org bahrain... dan teruskan mengupdate blog ye... nampaknya lama la lagi nak beriunion ngan ko yek... nak visit ko kat singapore pun tak lepas, ni kan pulak kat bahrain... sob sob..

    ReplyDelete