Pages

Wednesday, January 13, 2010

Menjelang pagi...

Waktu sekarang pukul 3.26 pagi. Aku dah terjaga sejak lebih sejam tadi sebab Fawwaz bangun dan nak ke depan tengok TV. Sebelum tu dah beberapa kali terjaga, buat susu dll. Mulanya tak mau ikutkan sangat kehendaknya nak ke depan sebab dah 2 malam sebelumnya tidur atas sofa ni juga sebab dia selsema dan perlu posisi yg agak tinggi, selesa dan kurang sejuk. Tapi abah dia pujuk suruh ikutkan je.. Makanya sampai sekarang aku tak boleh lelap sebab tidur yg dah terganggu walau Fawwaz baru je lena. Bila tak boleh tidur ni, perut pun jadi lapar.. tahan je lah!

Sejak 2 hari lepas dia selsema, tapi nampaknya sekarang ni dah baik sedikit.. Aku cuma sapu vicks kat dadanya. Beri makan ubat batuk HPA sebab batuknya menjadi2 (now dah kurang juga). Semalam ada sekali aku masukkan ubat runny nose ke dalam susunya... Susahnya nak bagi anak makan ubat. Kalau dah malas nak paksa memaksa ni, aku buat jln pintas masuk dalam susu je. Entah betul entah tidak cara tu, aku pasrah je..

Macam nila jadi mak kan.. Sampai umur 37 thn aku selesa sendirian tanpa tanggungjawab. Dah puas rasa. Sekarang tiba masanya diuji sedikit kesabaran dengan kerenah anak.. Actually malam tadi selepas tidurkan Fawwaz aku terfikir kalau tiba2 aku dah tak berpeluang melihat wajah dia lagi.. Senang kata andai tiba2 aku mati.... Maka aku tatap puas2 wajah anak yang suci tak berdosa dan sedang tidur dengan mulut sedikit terbuka.. Memang sayu rasanya. Macamanalah perasaan sebenar anak2 yatim piatu kat luar sana tu..

Takpelah... aku nak cuba lelapkan mata juga sebelum siang nanti aku jadi pening. Dekat pukul 4 pagi, ada sejam lebih je... Tidur duduk je nih, atas sofa share tempat dengan Fawwaz.. :)

1 comment:

  1. emo baca "andai kata ...."

    Eh... betul la. Tasha/Bella sampai sekarang (6 yo) masuk ubat - antenalol dan losatan dalam susu. Make sure dia habiskan je susu tu baru dapat full dose. No worries itu semua kita boley improvise. Arisya tu yang susah sebab dia tak nak makan ubat and tak nak minum susu dalam botol. Bila ada adik, baru nak sebab nak imitate adik. (semua orangkan pandang adik "baru" masa tu). Tapi ubat demam tak boley banyak masuk sebab rasa susu akan jadik lain. payau... so be careful. Dose tak leh banyak. (Maknanya mak dia dah rasa dulu la kan).

    -YY-

    ReplyDelete