Pages

Thursday, April 29, 2010

Misteri yang perlu difikirkan.. ENDING

Akhirnya, walau merangkak perlahan seperti kura-kura, aku mengakhiri pembacaan buku misteri Dajjal dengan penuh keinsafan. Maklum, otak tak berapa laju dan banyak gangguan.. lambatlah habisnya walau "interesting". Sambil berfikir, mampukah kita untuk memperkukuhkan iman kita dan meninggalkan gaya hidup yg dipenuhi dakyah barat dan yahudi; sempatkah melihat hari esok?; apakah kita akan mengalami keadaan yg maha dahsyat itu nanti atau kita dimatikan dahulu (yg mungkin lebih baik).. bagaimana anak2 kita..?

Pada akhir kemunculan Dajjal dengan membawa fitnah yang amat dahsyat dan getir untuk dihadapi oleh manusia... dia akan dikenali sebagai seorang penyelamat dunia (savior) yg ketika itu sedang kacau. Manusia akan mengkaguminya dan klimaksnya apabila dia memperakui diri sebagai tuhan manusia. Sedang umat Islam pada ketika itu amat nipis imannya, dia mampu menzahirkan (dgn izin Allah) kepada manusia akan syurga dan neraka yg sebenarnya palsu. Mereka akan diberi pilihan memilih 'syurga' atau 'neraka' tersebut.. Pada ketika itulah, dajjal yg asalnya muncul dengan wajah muda dan mungkin kacak, bertukar dengan wajah sebenar yg bermata satu dan antara 2 keningnya tertulis 'kaf-fa'ra' atau kafir.

Dalam kekacauan dan hati yg berkecamuk, mungkin orang2 Islam yg tidak cukup kuat tauhidnya tidak mampu melihat petanda itu. Sedangkan hakikatnya menatap wajah Allah iaitu Tuhan Yang Esa merupakan nikmat apabila berada di Syurga Firdausi nanti. Bimbang sungguh... mampukah kita berfikir dengan waras dan bertahan ketika berhadapan dengan keadaan yg penuh kekeliruan itu nanti walau saat ini kita mengaku beriman sedang tauhid kita belum teruji. Kita, anak cucu kita atau keturunan kita nanti... apabila harinya tiba. Mampukah kita membelakanginya dan lari ke gunung/gua sebagaimana firman Allah SWT? Semoga Allah melindungi kita2 semua.. Amin.

Umat Islam nanti sebenarnya akan ada pemimpinnya yg membawa kegemilangan iaitu Imam Mahdi, seorang berketurunan Arab (keturunan Nabi) namun tidak mampu memusnahkan Dajjal sehingga turun Nabi Isa AS membunuhnya. Dajjal akan menjejaki segenap inci bumi melainkan Mekah dan Madinah... Umurnya sangat panjang (dikatakan dari zaman Nabi Sulaiman) dan berkeupayaan di luar jangka fikiran. Beberapa penulis mengaitkannya dengan Pulau Atlantis (yg kini hilang), Bermuda Triangle yg banyak menghilangkan orang, wonders of the world, dll. Rasanya kita tak payah terlalu taksub utk memikirkannya. Cukup sekadar mengingatkan diri yg Allah Maha Berkuasa dan Dia yang memberi keizinan ke atas segalanya.

Nabi Muhammad SAW bersabda "Barangsiapa yg ingat (serta membaca) sepuluh ayat permulaan Surah Al-Kahfi adalah dia yang akan dipelihara dari fitnah Dajjal.".. Wallahualam.

TQ to my friend Iza for introducing this book to me. It's just the beginning..

No comments:

Post a Comment