Pages

Tuesday, April 10, 2012

Cabaran Mama

Dah 3 sesi persekolahan Fawwaz tak mau pergi.  Tak termasuk hari Jumaat lepas (hari cuti sekolah yang kami tak tau).  Saya dah mampu nak pujuk.  Saya dah tak larat nak mengheret atau mengendong dia secara paksa dari tingkat 4 ni ke porch dan seterusnya ke sekolah.  Kesabaran tu mungkin untuk perkara yang lain2.

Kalau semalam saya kurung dia di dalam bilik, hari ni saya biarkan.  Saya kurung tu bukan bermakna saya kunci.. tapi sebab dia tau saya marah, bila saya tutup pintu bilik tu, dia pun tak berusaha nak buka sehingga tengahari.  Memang dia tau kita ni marah, dia pun diam tak banyak cerita sepanjang hari.  Sampai petang baru dia dapat tengok katun dan main game supercow.  Kalau selalu dia paksa saya main, semalam tidak langsung!

Hari ni pula, saya terpaksa telefon cikgu.  Saya minta cuti (mungkin seminggu), sampai abah dia balik ke sini Sabtu ni.  Biar abah yang pujuk sebab abah penyabar.  Cikgu pun tak tau kenapa.  Mungkin sebab ada sehari tu Fawwaz menangis sebab kawan dia kacau, dan cikgu pujuk dia tak mau.  Memang ada satu hari tu dia balik dari sekolah menangis, tapi tak bagitau kenapa.  Masalahnya dia tak pandai lagi bercerita itu dan ini.  Terpaksa dia pendam saja.  Jadi kita ni tak tau apa punca yang membuat dia phobia nak ke sekolah.  Saya pasti, ada sesuatu yang dia phobia dan tak suka.  Yang dia tau cakap tentang sekolah ialah CIKGU dan BUKU.  Sangat kasihan!

Saya harap ianya tidak berpanjangan.  Walau ada masa hampir 2 tahun untuk dia membiasakan diri pada situasi sekolah, ibubapa ni tak bolehlah menunggu saja.  Banyak sangat perkara yang kena tunggu dan lihat.  Saya perlukan kekuatan mental untuk perkara ni.  Tak semua orang faham situasi saya, melainkan beberapa ahli keluarga yang biasa dengan kami terutama adik saya yang mengalami situasi hampir sama dan makcik saya yang biasa mengasuh Fawwaz.  Sekurang-kurangnya faham isihati dan harapan seorang ibu macam kami.

Bukan kerana perangai anak yang seorang, sebab rata2 hampir sama. Tetapi juga apa sebenarnya masalah diri dia dalam usia sebegitu membuat dia sedikit tertinggal dari rakan2 sebaya dari segi komunikasi dan pemahaman.  Melalui ujian hospital yg sekerat jalan kerana semangat yang juga sekerat dan kurang dorongan.. juga perawatan Islam (alternatif) yang menyimpulkan 2 perkara berbeza membuat saya keliru.. dan apalagi nak buat.  Saya sedang berfikir...

Moga-moga ada jalan dan masa depan yang luas terbentang.  Seperti doa saya setiap kali lepas solat.  Moga2 Allah mengangkat doa hambaNya yang sentiasa berharap ini.. Amin!

No comments:

Post a Comment